Rabu, 1 Ogos 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kampung yang tidak Merdeka

Posted: 01 Aug 2012 05:44 PM PDT

Di hampir pertengahan tahun 1980-an, saya mulai aktif didalam politik parti PAS.  Peringkat awalnya saya sekadar mahu belajar agama.  Saya dapati Ustaz Ishak Abdullah sebagai seorang yang guru agama yang cergas dan progresif.  

Saya menawarkan diri saya untuk membawa Ustaz Ishak ke setiap kelas yang beliau terlibat mengajar di seluruh Daerah Temerloh dan dengan itu juga saya dapat belajar darinya melalui kelas-kelas tersebut.  Diantara apa yang diajarkan oleh Ustaz Ishak termasuklah tafsir Al-Quran, pemahaman Hadis, Bahasa Arab, Sejarah dan Politik Islam dan beliau juga membimbing kader-kader parti PAS dan kelas-kelas usrah.  Pusat utama kelas-kelas ini diadakan ialah di Markas PAS Kg Paya Kechik.

Saya menyertai kelas-kelas tersebut tetapi tidak terikat dengan politik PAS yang dibawakan oleh Ustaz Ishak, dan Ustaz Ishak pun tidak pernah memaksa saya supaya menyertai PAS.  

Ustaz Ishak adalah Yang Di Pertua PAS kawasan Temerloh pada waktu itu.  Tetapi didalam waktu yang sama saya libatkan diri saya dengan kerja-kerja gotong royong yang diadakan oleh PAS kawasan Temerloh khususnya pada waktu itu untuk mendirikan pusat tarbiah PAS di Kg Sg Rabit.

Suatu hari, Ustaz Ishak memberitahu saya bahawa kelas yang sepatutnya diadakan terpaksa dibatalkan kerana Haji Hadi Awang akan memberikan ceramah di Pusat Tarbiah Kg Sg Rabit dan menjemput saya mendengar ceramah itu.

Saya hadir dan mendapati ucapan Haji Hadi sebagai suatu inspirasi yang tak pernah saya dengar sebelum itu.  Di hujung ceramah Haji Hadi itu semasa jamuan makan malam saya mengambil peluang untuk berbual dengan Haji Hadi.  

Saya tidak kenal Haji Hadi sebelum itu dan saya juga tidak tahu bahawa beliau dirujuk sebagai Tuan Guru, dan saya memanggilnya Tuan Haji, satu panggilan yang janggal kepada ahli-ahli PAS.

Saya bertanya dengan Haji Hadi samada beliau ada mengadakan kuliah mingguan di mana-mana untuk saya sertai.  Beliau menjawab mudah dan dia kata setiap malam khamis ada kuliah di Masjid Rusila, Marang.

Selepas itu saya tidak pernah miss menghadiri Kuliah Haji Hadi di Rusila dan pada Hari Jumaatnya pula saya terus berada di Kota Bharu menghadiri kuliah yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Begitulah setiap minggu jadual saya.  Cikgu Ali, Ketua Pemuda PAS Temerloh pada waktu itu mengajak saya menyertai PAS untuk sama-sama berjuang kearah politik Islam.  Agak berat untuk saya menerima ajakan itu kerana saya sudah tidak mahu lagi terlibat dengan sebarang gerakan politik.  Bagaimana pun saya malu alah juga kerana Ustaz Ishak adalah guru ugama saya yang banyak membimbing saya.

Akhirnya saya menyertai PAS dan pada Muktamar PAS kawasan Temerloh saya diangkat sebagai Ketua Pemuda PAS disamping menjadi Setiausaha PAS kawasan.

Sedar tak sedar saya sudah terlibat dengan gerakan PAS, turut sama-sama mengaturkan program untuk PAS kawasan, dan sebagai seorang yang terlibat dengan pembelaan terhadap peneroka-peneroka Felda, saya bawakan perjuangan itu sebagai salahsatu program didalam PAS, sehinggalah membawa saya ke seluruh Negara ke rancangan-rancangan Felda memperjuangkan hak dan kepentingan peneroka-peneroka Felda.

Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai pemimpin tetapi saya letakkan kedudukan saya sebagai kader parti.  Sebagai kader parti saya bawakan sedikit perubahan didalam gerak kerja PAS kawasan Temerloh.  Saya adakan siri ceramah kelompok sehingga setiap malam diadakan 5 ceramah kelompok, dan setelah dapat mengaturkan lebihkurang 30 ceramah kelompok, saya adakan pulak ceramah secara besar-besaran dan samada ceramah kelompok atau besar-besaran gerak kerja yang diutamakan ialah pengedaran risalah dan juga jemputan ceramah dari rumah ke rumah.

Diantara kampong-kampong yang sukar untuk lantas (sukar pergi) ialah Kg Belengu dan kampong-kampong sebelumnya seperti Kg Paya Batu selepas Kg Bukit Kelulut.

Tanpa berbincang dengan rakan-rakan lain, saya menulis surat kepada DYMM Sultan Pahang dengan salinan kepada Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong dari kampong Paya Kemuning membawa kepada Kg Bukit Kelulut ke Kg Paya Batu, Kg Bukit Bintang dan Kg Belengu menyatakan bahawa Kg Belengu itu adalah sebuah kampong pedalaman yang belum Merdeka.  Kampung itu tidak ada bekalan elektrik, air bersih, dan jalan raya.

Saya tidak tahu risiko surat saya itu dan apakah reaksi daripada DYMM Sultan Pahang.  Rupa-rupanya surat itu sampai ke tangan Tuanku dan baginda menyatakan hasrat untuk melawat kampong Belengu itu.  

Saya telah dipanggil oleh Pegawai Daerah Temerloh yang memaki hamun saya.  Saya tidak menjawab panjang maki hamun Pegawai Daerah itu tetapi saya menjawab mudah bahawa sepatutnya menjadi tugas Pegawai Daerah untuk memajukan kampong-kampong yang ketinggalan.

Tuanku telah memberikan tarikh lawatan, dan cubalah bayangkan bahawa time-frame yang diberikan itu adalah begitu singkat.  Maka bekerjalah semua jabatan kerajaan untuk menyiapkan semua persediaan seperti mengadakan jalanraya bertar, paip air, bekalan elektrik dan sebuah masjid.

Persediaan itu siap sebelum lawatan Tuanku ke Kg Belengu.  Selepas peristiwa itu, Tok-Tok Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung yang sebelum ini tak pandang sebelah mata pun kepada saya mulai menegur sapa kepada saya walaupun saya tahu sikap hipokrit mereka.

Saya tak kisah itu semua tetapi yang pentingnya 'KAMPUNG YANG BELUM MERDEKA ITU TIBA-TIBA MENJADI KAMPONG YANG SUDAH DIHINGGAPI KEMAJUAN' Alhamdulillah, walaupun Pegawai Daerah memang berbulu memandang kepada saya.

Dengan pengalaman itu, saya sekali lagi menulis surat kepada Tuanku menyatakan bahawa jalan dari Kg Tebal membawa ke Kg Lebak Seberang di tepi Sg Pahang perlu dibina dan saya juga salinkan surat itu kepada Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong bagi kampong-kampong yang terlibat. 

Kali ini Pegawai Daerah tidak lagi memanggil saya ke pejabatnya, menggunakan kuasa yang ada padanya, jalan ke Kg Lebak Seberang dari Kg Tebal telah dibina.  

Sebenarnya surat kepada DYMM Sultan Pahang itu tidak pun saya hantarkan.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kes Rafizi Bukti Umno-BN Tak Mahu Telus Dan Bertanggungjawab

Posted: 01 Aug 2012 09:00 PM PDT

SHAH ALAM 2 OGOS : Kerajaan Selangor kesal terhadap pendakwaan yang dikenakan ke atas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pendedahannya mengenai butiran perbankan National Feedlot Corporation (NFC).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan ke atas Rafizi membuktikan  komitmen kerajaan Umno-BN terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diuar-uarkan Perdana Menteri ternyata hanya janji kosong.

"Kerajaan Negeri berpendapat rakyat Malaysia haruslah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam memastikan wang rakyat ditadbir dan diurus secara adil dan beramanah.

"Bagi menepati janji Kerajaan Selangor untuk membanteras kegiatan rasuah di setiap peringkat, kita menyediakan satu dana khas (whistle blower fund) untuk membantu membiayai kos guaman Rafizi," katanya semasa sidang media di SUK di sini semalam.

Menurut Abdul Khalid, dana itu diperolehi menerusi peruntukan Geran Selangorku sejumlah RM5 juta untuk membanteras rasuah.

Beliau berkata, dana itu akan digunakan kepada pihak yang dianiayai dalam usaha membanteras rasuah di negeri ini.

"Kerajaan Negeri boleh menggunakan dana tersebut untuk mempertahankan individu yang teraniaya supaya usaha membanteras rasuah dapat dilakukan dengan lebih efektif," katanya lagi.

Mahkamah Seksyen Shah Alam menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 terhadap Rafizi dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad serta menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber depan.

Rafizi ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Sumber: Selangorku

The Arrest of Rafizi Ramli

Posted: 01 Aug 2012 08:30 AM PDT

PRESS STATEMENT                                                                                 
AUGUST 1, 2012

THE ARREST OF RAFIZI RAMLI


I condemn the arrest of Parti Keadilan's Strategy Director, Rafizi Ramli, this morning. The arrest is politically motivated with the purpose to silence a man exposing scandal after scandal involving those controlling Putrajaya presently.

I am convinced that his arrest is related to the National Feedlot Corporation(NFC) and George Kent — which has just been awarded the Ampang LRT-extension contract. 

By exposing continuously these scandals for months, he has built powerful enemies and now they are using what is at their disposal.

This is Prime Minister Dato' Seri Najib Razak's personal vendetta being played out by the various government agencies.

The charge against Rafizi under the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) is only a smokescreen to put fear into the hearts of Malaysians trying to unearth the truth behind contracts and cronyism involving Barisan Nasional (BN) leaders.

I commend Rafizi and the courage he has shown, and to his family I ask them to bear through these hard times and remember that social justice will prevail in the end.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION

Selangor Sedia Biayai Kos Guaman Rafizi

Posted: 01 Aug 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM 1 OGOS : Kerajaan Selangor bersedia membiayai kos guaman bagi membantu Rafizi Ramli menjalani proses mahkamah berikutan penahanannya berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Menerusi Twitternya pagi tadi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar tindakan penahanan tersebut berikutan pendedahan beberapa skandal utama yang melibatkan pemimpin Umno-BN termasuk Projek Tambahan LRT Ampang.

"Kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman saudara Rafizi Ramli.

"Kerajaan Negeri mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent," katanya.

Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad serta menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber 2012.

Awal pagi tadi, Rafizi Ramli menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa beliau ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Menerusi paparan twitter itu juga, Rafizi menjelaskan rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Johari Muhamad yang turut ditahan bersama Rafizi merupakan bekas kerani Public Bank yang dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Selangor Selesaikan Kegagalan Syabas

Posted: 01 Aug 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM,1 OGOS : Kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk mengedar air terawat dengan baik akan diselesaikan oleh Kerajaan Selangor sendiri dengan membaik pulih tangki simpanan air yang tidak mampu berfungsi pada tahap terbaik.

Pembaikan itu akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di mana kos kerja-kerja tersebut akan ditanggung oleh Syabas.

Usaha ini merupakan antara langkah yang terpaksa diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memperbaiki pengurusan air terawat di Selangor ekoran kegagalan Syabas menunaikan tanggungjawabnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata loji-loji itu tidak diselenggara dengan sempurna dan ada loji yang peralatannya seperti pam air langsung tidak berfungsi.

Menurut beliau,kerajaan negeri mempunyai perancangan bagi meningkatkan jumlah kapasiti air terawat dengan beberapa cadangan yang dikemukan untuk mengatasi isu itu.

"Kita mencadangkan pembinaan tapak rawatan air yang baru disebelah loji dengan menggunakan teknologi membrane.

"Justeru dengan adanya projek ini,kita boleh meningkatkan jumlah air terawat sehingga 50 peratus tambahan," Abdul Khalid berkata dalam sidang media selepas mesyuarat exco pada 1 Ogos lalu.

Tambah Abdul Khalid,pada masa kini,negeri Selangor bukan berhadapan dengan jumlah air terawat tetapi sistem pengagihan air yang perlu diperbaiki sehingga dapat mengurangkan jumlah air tanpa hasil.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan,Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata hasil lawatan yang dilakukakan mendapati banyak tangki simpanan air yang tidak diselenggara dengan baik oleh Syabas membahayakan penduduk sekitar.

"Didapati banyak tangki simpanan air itu dengan pamnya tidak berfungsi dengan baik, sehingga mengakibatkan tangki-tangki air yang besar itu tidak mempunyai air.

"Selagi Syabas tidak memperbaiki tangki simpanan air itu maka usaha kita tidak berguna kerana ia tidak dapat mengagihkan air," katanya.

Ujar beliau lagi,Syabas digesa memberi penjelasan dan penyelesaian berkenaan penyelenggaraan tangki simpanan air pada masa segera.


Sumber: Selangorku

Syabas Gagal Selenggara Rumah Pam Punca Taman Tiada Air, Kata Ronnie

Posted: 01 Aug 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu (gambar) ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya.

"Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ...  bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran.

Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.

Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan.

"Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka.

Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi.

Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas.

Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi.

Sumber: TheMalaysianInsider

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kecam Tindakan Menahan Rafizi Ramli

Posted: 01 Aug 2012 03:40 AM PDT

Saya mengecam sekeras-kerasnya penangkapan Saudara Rafizi Pengarah Strategi Parti Keadilan awal pagi ini.

Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga Georg Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.

Sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini, dan beberapa lagi skandal penyelewengan, beliau telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.

Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi PM Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh.

Rafizi telah dituduh di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) dan ini hanyalah satu cara bagi mereka untuk terus menakutkan rakyat yang mahu mencari kebenaran disebalik kontrak dan kronisme yang berkaitan dengan pimpinan UMNO/ Barisan Nasional (BN).

Saya dengan ini memberi sokongan penuh terhadap Rafizi atas semangat dan keberanian beliau dan berharap keluarga beliau akan dapat melalui dugaan ini dan yakin bahawa keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG

THE ARREST OF RAFIZI RAMLI

I condemn the arrest of Parti Keadilan's Strategy Director, Rafizi Ramli, this morning. The arrest is politically motivated with the purpose to silence a man exposing scandal after scandal involving those controlling Putrajaya presently.

I am convinced that his arrest is related to the National Feedlot Corporation(NFC) and George Kent — which has just been awarded the Ampang LRT-extension contract.

By exposing continuously these scandals for months, he has built powerful enemies and now they are using what is at their disposal.

This is Prime Minister Dato' Seri Najib Razak's personal vendetta being played out by the various government agencies.

The charge against Rafizi under the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) is only a smokescreen to put fear into the hearts of Malaysians trying to unearth the truth behind contracts and cronyism involving Barisan Nasional (BN) leaders.

I commend Rafizi and the courage he has shown, and to his family I ask them to bear through these hard times and remember that social justice will prevail in the end.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION

Kenyataan Media YB Mohamed Azmin Ali Berhubung Penahanan & Perbicaraan Sdr Rafizi

Posted: 01 Aug 2012 03:38 AM PDT

KEADILAN mengecam keras tindakan pihak polis yang menahan saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan. Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan adalah bukti jelas keterdesakan UMNO – BN akibat pendedahan butiran skandal National Feedlot Corporation (NFC).

KEADILAN percaya UMNO – BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat. Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara.

Justeru, KEADILAN menyeru supaya seluruh rakyat bangkit menyatakan solidariti bersama saudara Rafizi Ramli serta mendesak supaya beliau diadili secara adil di Mahkamah. Semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk meneruskan perjuangan demi rakyat.

Salam perjuangan

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

Dakwa Rafizi: Sah Transformasi Najib Hohong

Posted: 31 Jul 2012 11:51 PM PDT

Harakah

SHAH ALAM: PAS menyifatkan segala janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan tranformasi politik hanya cakap politik semata-mata.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang ditemui di Mahkamah Shah Alam berkata, segala janji Najib itu terbatal dengan hanya tindakan pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini.

“Kes pendakwaan hari ini membuktikan segala janji kerajaan di bawah Najib dalam membawa perbaharuan selaras dengan demokrasi semuanya terbatal.

“Apa yang dijanjikan oleh beliau itu hanya sekadar cakap-cakap politik Umno-Barisan Nasional sahaja,” jelasnya ketiaka ditemui di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Beliau yang hadir memberi sokongan kepada Rafizi berkata, sempena bulan Ramadhan ini sepatutnya kerajaan menggalakkan rakyat meningkatkan ibadat serta meningkat amalan kebaikan.

Namun katanya, tindakan pendakwaan terhadap individu yang menegakkan kebaikkan telah mencemar kesucian bulan Ramadhan.

“Kesucian bulan Ramadhan akhirnya tercemar apabila tiba-tiba orang yang ingin membawa perubahan kebaikan dalam menonjolkan penyelewengan dan rasuah akhirnya didakwa.

“Pendedahan penyelewengan dilakukan kerana ia melibatkan ratusan juta wang rakyat dan wang negara namun kerajaan di bawah Najib tetap meneruskan pendakwaan,” katanya.

Kamaruddin turut menyatakan, ini bukti yang jelas bahawa semua rakyat mesti memahami bahawa kerajaan di bawah Najib seperti mahu melindungi mereka-mereka yang terlibat dalam rasuah serta penyelewengan.

“Kita melihat tidak ada sedikit pun unsur-unsur yang dilakukan oleh Najib dalam mengambil tindakan serta menghukum mereka yang melakukan jenayah terutamanya rasuah walaupun bukti yang jelas telah didedahkan.

“Malah Najib masih lagi mahu melindungi mereka-mereka ini serta memberi peluang untuk mereka-mereka yang terlibat membersihkan nama,” tambahnya.

Beliau yang ketika ditanya tentang peluang kemenangan dalam kes hari ini memberitahu bahawa pendakwaan hari ini memberi peluang untuk melakukan pendedahan yang lebih mendalam.

“Bagi kes ini telah memberi ruang kepada kita membuat lebih pendedahan dan kita berpeluang untuk menang.

“Selain itu juga peluang kepada kita menjelaskan lagi kepada rakyat bahawa tidak ada penyelesaian terhadap masalah hari ini jika berada di bawah Umno-Barisan Nasional kecuali melakukan perubahan melalui pilihanraya umum yang akan datang,” tegasnya.

Penahanan Rafizi Ramli: Hayat Rejim Tunggal Asean Bakal Berakhir

Posted: 31 Jul 2012 10:14 PM PDT

Kelab Anwar Ibrahim percaya penahanan Pengarah Strategi PKR , Sdr Rafizi Ramli dibawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) adalah satu pentafsiran positif bahawa nyawa Barisan Nasional sebagai rejim tunggal di Asean ini bakal berakhir tidak lama lagi.

Rafizi yang didakwa pagi tadi di Mahkamah Seksyen Shah Alam sebelum diikat jamin RM 15 ribu , didapati mendedahkan maklumat tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail , yang dipercayai terlibat dalam salahguna pinjaman mudah kerajaan dalam projek penternakan lembu fidlot tersebut.

AIC yakin anak-anak muda tidak akan goyah malah akan terus berani untuk menyatakan kebenaran dan bersolidariti atas keberanian Rafizi Ramli yang begitu konsisten untuk membongkar salahguna kuasa dan pecah amanah yang selama ini menjadi barah dalam negara kita.

AIC melihat tindakan Barisan Nasional untuk menekan Rafizi Ramli ini persis kisah “Singapura Dilanggar Todak” apabila penguasa zalim dan sombong terpaksa akhirnya membunuh anak muda cerdik bernama Hang Nadim kerana kebijaksanaan anak muda itu membuka mata bahawa penguasa adalah lemah dan tidak berupaya mentadbir.

Rafizi sejak lebih setahun lalu telah menjadi duri dalam daging terhadap pentadbiran Najib Razak sehingga terpaksa tidak menyambung tugas Shahrizat Jalil sebagai Senator dan Menteri akibat skandal lembu tersebut.

Justeru, AIC menyatakan sokongan padu terhadap usaha gigih Rafizi Ramli, dan berterima kasih kerana usaha beliau itu telah membuka mata banyak pihak untuk menyedari bahawa Barisan Nasional sudah tidak lagi diperlukan buat masa depan Malaysia. Cukuplah penindasan, penghinaan dan rompakan yang telah mereka lakukan bukan sahaja ke atas harta tetapi hak dan maruah rakyat Malaysia.
Janji bahawa Barisan Nasional akan menzalimi rakyat telah ditepati, kini masa untuk membalas dengan menumbangkan mereka pada PRU 13 akan datang.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC MALAYSIA

Rafizi Tidak Mengaku Bersalah, Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM15,000

Posted: 31 Jul 2012 09:48 PM PDT

The Malaysian Insider

Pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melanggar seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Rafizi diwakli oleh peguamnya N. Surendran dan Puspawati Rosman, dilepaskan oleh Hakim Aslam Zainuddin dengan wang jaminan sebanyak RM 15,000 dengan seorang penjamin.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan penjamin bagi Rafizi.

Sementara itu Johari Mohamad didakwa bersubahat dengan Rafizi dan melanggar seksyen 112(1)(c) akta yang sama.

Dato Seri Dr.Wan Azizah Kecam Penahanan Rafizi

Posted: 31 Jul 2012 09:31 PM PDT

Keadilandaily

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

"Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi," kata Azizah dalam twitternya pagi ini.

Rafizi yang merupakan Pengarah Strategi KEADILAN menjadi tumpuan dalam isu NFCorporation, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Johari – bekas kerani Public Bank dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Shahrizat yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.

Rafizi Ditahan Dan Di Dakwa Dibawah Akta Bafia

Posted: 31 Jul 2012 09:19 PM PDT

Malaysiakini

Pengarah Strategi PKR Mohd  Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

Beliau pagi ini ditangkap polis atas alasan sama.

“Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang,” katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

“Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa,” katanya.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Polis berat sebelah gari Rafizi tapi suami Shahrizat dikecuali

Posted: 31 Jul 2012 11:51 PM PDT


(Oleh Aisha Geoffrey)

SHAH ALAM 1 Ogos: Polis berat sebelah menggari Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebaliknya, tindakan ini dikecualikan ke atas suami Shahrizat Jalil, yang sebelum ini diheret ke mahkamah kerana menyalahguna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.
"Tindakan itu tidak perlu, ia jelas menunjukkan sikap polis yang berat sebelah bila melibatkan pemimpin Pembangkang," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
"Kenapa dulu suami (Datuk Seri) Sharizat Jalil yang juga didakwa tidak pula digari dan ditangkap di rumah awal-awal pagi? Kenapa ada layanan istimewa?," tegasnya.
Menurut Surendran, tindakan itu sebenarnya untuk memberi tekanan kepada Rafizi supaya berhenti mendedahkan penyelewengan pemimpin Umno.
"Apatah lagi, Rafizi sekarang sedikit demi sedikit mendedahkan skandal LRT (Ampang) yang melibatkan Perdana Menteri, pasti beliau (Najib Razak) juga memainkan peranan dalam konspirasi ke atas Rafizi," katanya.
"Kita mengutuk tindakan menggari tersebut. Rafizi bukan penjenayah, malah beliau sepatutnya diberi penghormatan kerana berbakti kepada negara dalam menyelamatkan dana rakyat dari terus diseleweng," tegas Surendran lagi.
Rafizi digari bersama-sama bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang turut didakwa kerana dituduh bersubahat mendedahkan dokumen perbankan melibatkan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM3 juta.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin dengan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil sebagai penjamin Rafizi, manakala Johari diwakili abangnya.
Surendran mewakili Rafizi dan Johari selaku peguam.
Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan.
Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.
Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen 12 Mac lalu atas dakwaan pecah amanah dan melanggar akta syarikat.
Bagaimanapun, beliau dikecuali daripada tindakan gari oleh polis.

Cek rasuah: PM dicabar pecat Awang Adek

Posted: 31 Jul 2012 11:41 PM PDT


(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 1 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa memecat Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa dan terlibat rasuah.
Ia berikutan pendedahhan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkenaan isu dua cek bernilai RM30,000 dan RM50,000 yang diberikan oleh syarikat yang mahu melanjutkan kontrak penyelenggaraan untuk JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu kepada Awang Adek.
"Kami mendesak Datuk Seri Najib memecat Awang Adek dengan segera kerana didapati terlibat dengan skandal penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Kami juga mencabar Awang Adek supaya membuktikan segala dokumen yang kami dedahkan ini adalah palsu jika benar beliau tidak melakukannya," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, semalam.
Menurut Nik Mohd, cek tersebut telah diberikan oleh Advance Maintenance Precision Management (AMPM) Sdn Bhd kepada Awang Adek sebagai bayaran dan ganjaran untuk melanjutkan kontrak pengurusan dua bangunan tersebut dari lima tahun hingga 10 tahun.
"Surat permohonan tersebut yang bertarikh 6 Disember 2010 disertakan dengan lampiran dua keping cek dari AMPM pada tarikh yang sama kepada Awang Adek," katanya.
Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizin Ahmad Kamil pula menambah, terdapat beberapa keraguan di dalam urusan lanjutan kontrak itu.
"Kami yakin terdapat unsur-unsur rasuah dan penyelewengan berhubung kontrak lanjutan dan dua keping cek tersebut.
"Oleh yang demikian, kami mendesak Awang Adek segera menjawab berhubung pendedahan ini dan tidak terus berdiam diri.
"Awang Adek selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputra merangkap Timbalan Menteri Kewangan tidak seharusnya menerima cek ini sebagai ganjaran untuk melanjutkan kontrak syarikat tersebut, menerima cek ini adalah satu kesalahan rasuah dan menyalahi undang-undang negara," tegas beliau.
Awang Adek sebelum ini seperti yang telah didedahkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam salah laku semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Pakatan pilih ‘Sehati, Senegara, Sejiwa’ untuk tema Hari Merdeka

Posted: 31 Jul 2012 11:39 PM PDT


(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 1 Ogos: Pakatan Rakyat memilih 'Sehati, Senegara, Sejiwa' sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan.
Pengumuman itu dibuat oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hari ini.
"Dia (kerajaan) kena ingat, (tema ini) datang dari rakyat sendiri. Kalau dia tak nak dengar kita (Pakatan Rakyat) tak apa…tapi dengar kata rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.
Beliau berkata, tema ini dirangkum daripada tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.
"Kita harus bermula dengan bangsa untuk membina negara. Jadi negara, bangsa dan jiwa itu diambil seringkasnya, dengan tidak ada apa-apa niat kecuali itulah niatnya – untuk menyatakan secara kudus dan tulus.
"Kami rumus dan ranumkan sehingga kami memilih "Sebangsa, Senegara, Sejiwa," tegas Pak Samad yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat.
Slogan 'Sehati, Senegara, Sejiwa' diilhamkan Alhaimi Adam, antara 250 slogan yang diterima Sekretariat Pakatan Rakyat selepas pengumuman cadangan tema alternatif dibuat sekretariat tersebut 24 Julai lalu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tema oleh Pakatan Rakyat lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.
"Kita turut cadangkan logo dan lagu mesti serasi dan selari dengan tema yang dicadangkan. Kami akan hantar secara rasmi kepada kerajaan Malaysia," katanya.
Hadir sama, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatamnkuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan turut dianggotai bekas Pengarah Eksekutif  Women's Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun.

Rafizi dikenakan ikat jamin RM15,000, bicara 10 Sept

Posted: 31 Jul 2012 11:08 PM PDT

dipetik dari Keadilan Daily


(Oleh Aisha Geoffrey)
SHAH ALAM 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dilepas dengan dikenakan ikat jamin berjumlah RM15,000.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM3 juta.
Turut didakwa, bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad kerana dituduh bersubahat mendedahkan dokumen perbankan melibatkan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin dengan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil sebagai penjamin Rafizi, manakala Johari diwakili abangnya.
Rafizi dan Johari diwakili peguam, N Surendran.
Turut hadir memberi sokongan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan.
Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Rafizi ditahan, dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam

Posted: 31 Jul 2012 10:58 PM PDT

dipetik dari Keadilan Daily


KUALA LUMPUR 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.
Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.
Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.
Johari – bekas kerani Public Bank dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.
Rafizi sebelum ini  disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Penipuan Linguaphone

Posted: 31 Jul 2012 09:30 PM PDT

Aduan Rakyat 1 Ogos 2012 - Pada awal 2003, saya bekerja dengan syarikat Linguaphone, Pada awalnya, mereka mengatakan jawatan kami adalah sebagai Inspektor Bahasa (Language Inspector) tugas kami untuk menerangkan kelebihan belajar bahasa asing.

Namun, setelah bekerja barulah kami tahu sebenarnya kami ini adalah jurujual (salesman) yang perlu bergerak ke sana ke mari menjual produk mereka, set belajar bahasa, Yang mahal tidak terhingga dan tidak langsung padan dengan produknya.

Tidak sampai sebulan, saya telah berhenti kerana merasa tertipu, dan melanjutkan pelajaran. Setelah setahun berlalu, saya tiba-tiba menerima surat daripada lawyer yang menuntut bayaran rm1500 dari Linguaphone bagi produk set bahasa yang mereka jual.

Saya lantas mendapatkan penjelasan mengenai pembelian yang tidak pernah sy buat. Setelah berbincang, seorang pengurus besar mereka menunjukkan borang pembelian yang berlampir Kad Pengenalan saya. Beliau mengatakan ini adalah bukti pembelian saya.Setelah diteliti, ternyata itu adalah satu penipuan kerana tandatangan saya telah dipalsukan, Tetapi Pengurus itu meminta hal itu diselesaikan begitu sahaja, dimana saya tidak perlu membayar apa-apa dan beliau membatalkan pembelian saya.

Percaya dengan janji tersebut, saya menganggap hal itu telah selesai.

Namun, setelah 9 tahun berlalu, saya membuat pinjaman kereta dan pinjaman itu telah lulus namun ditolak kerana nama saya telah disenaraikan di CTOS. Saya pelik kerana saya tidak pernah berhutang. Setelah diperiksa, pihak bank memberitahu nama saya telah di blacklistkan oleh CTOS. Saya terus ke CTOS mendapatkan kepastian dan ternyata mmg benar.

Dan sekarang saya sedang meneliti hal ini untuk membawa ke muka pengadilan. Saya telah pun berhubung dengan Pihak Linguaphone bg hal ini kerana CTOS memberitahu, hanya Linguaphone yg boleh menarik balik tindakan blacklist itu.

Mereka (Linugaphone) telah berjanji akan menyelesaikan hal ini secepat mungkin. Namun, saya tidak percaya dengan kata-kata mereka dan kini sedang menimbang untuk ke Tribunal Tuntutan dan Biro Pengaduan Awam. Cuma laporan polis yg ditunda kerana saya sukar mendapat cuti.

Apa pendapat anda, jenis tindakan apa dan kepada siapa harus saya bawa kes ini. Saya sudah dapat melihat yang saya takkan dapat membeli apa-apa pun sekarang ni, memandangkan saya membuat pinjaman untuk membeli kereta kerana keperluan kerja dan perlu mendapatkan dengan kadar segera. Namun hal ini kelihatan sengaja di lengahkan oleh pihak mereka.

Jadi apakah cara bg saya untuk menuntut sekaligus kerugian dari segi masa dan kos dan juga peluang, kerana hal ini telah menjejaskan kerjaya saya. dan kepada Pihak mana kah sesuai untuk saya ajukan aduan saya. tq

By: Shamz

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Lawatan Ketua AMK Pusat Ke Bukit Gantang

Posted: 31 Jul 2012 11:42 PM PDT













Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin dan rombongan pimpinan muda pusat telah mengadakan lawatan ke Cabang Bukit Gantang.

Rombongan berjumlah 40 orang telah singgah ke Masjid Simpang untuk solat asar seterusnya berprogram dengan Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak.

Ketua AMK dan rombongan juga telah singgah di Pasar Ramadan Batu 2 ½ Jalan Simpang untuk beramah mesra dengan pengunjung disamping mengedarkan kurma. Sejumlah 400 bungkus kurma telah diedarkan pada petang itu.

Amanat Ketua AMK dan pimpinan cabang telah diadakan di pejabat cabang disusulu sumbangan 20 naskah Al Quran dan duit raya kepada Maahad Tahfiz Wa Ta'akimul Quran Arrahimiyah Asam Kumbang yang diwakili Mudirnya Ust Khairul Afrif Al Hafiz.

Majlis berbuka (Iftar) menamatkan program kunjungan ini.

AMK Bukit Gantang mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan ini.