Rabu, 1 Ogos 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kes Rafizi Bukti Umno-BN Tak Mahu Telus Dan Bertanggungjawab

Posted: 01 Aug 2012 09:00 PM PDT

SHAH ALAM 2 OGOS : Kerajaan Selangor kesal terhadap pendakwaan yang dikenakan ke atas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pendedahannya mengenai butiran perbankan National Feedlot Corporation (NFC).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan ke atas Rafizi membuktikan  komitmen kerajaan Umno-BN terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diuar-uarkan Perdana Menteri ternyata hanya janji kosong.

"Kerajaan Negeri berpendapat rakyat Malaysia haruslah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam memastikan wang rakyat ditadbir dan diurus secara adil dan beramanah.

"Bagi menepati janji Kerajaan Selangor untuk membanteras kegiatan rasuah di setiap peringkat, kita menyediakan satu dana khas (whistle blower fund) untuk membantu membiayai kos guaman Rafizi," katanya semasa sidang media di SUK di sini semalam.

Menurut Abdul Khalid, dana itu diperolehi menerusi peruntukan Geran Selangorku sejumlah RM5 juta untuk membanteras rasuah.

Beliau berkata, dana itu akan digunakan kepada pihak yang dianiayai dalam usaha membanteras rasuah di negeri ini.

"Kerajaan Negeri boleh menggunakan dana tersebut untuk mempertahankan individu yang teraniaya supaya usaha membanteras rasuah dapat dilakukan dengan lebih efektif," katanya lagi.

Mahkamah Seksyen Shah Alam menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 terhadap Rafizi dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad serta menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber depan.

Rafizi ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Sumber: Selangorku

The Arrest of Rafizi Ramli

Posted: 01 Aug 2012 08:30 AM PDT

PRESS STATEMENT                                                                                 
AUGUST 1, 2012

THE ARREST OF RAFIZI RAMLI


I condemn the arrest of Parti Keadilan's Strategy Director, Rafizi Ramli, this morning. The arrest is politically motivated with the purpose to silence a man exposing scandal after scandal involving those controlling Putrajaya presently.

I am convinced that his arrest is related to the National Feedlot Corporation(NFC) and George Kent — which has just been awarded the Ampang LRT-extension contract. 

By exposing continuously these scandals for months, he has built powerful enemies and now they are using what is at their disposal.

This is Prime Minister Dato' Seri Najib Razak's personal vendetta being played out by the various government agencies.

The charge against Rafizi under the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) is only a smokescreen to put fear into the hearts of Malaysians trying to unearth the truth behind contracts and cronyism involving Barisan Nasional (BN) leaders.

I commend Rafizi and the courage he has shown, and to his family I ask them to bear through these hard times and remember that social justice will prevail in the end.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION

Selangor Sedia Biayai Kos Guaman Rafizi

Posted: 01 Aug 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM 1 OGOS : Kerajaan Selangor bersedia membiayai kos guaman bagi membantu Rafizi Ramli menjalani proses mahkamah berikutan penahanannya berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Menerusi Twitternya pagi tadi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar tindakan penahanan tersebut berikutan pendedahan beberapa skandal utama yang melibatkan pemimpin Umno-BN termasuk Projek Tambahan LRT Ampang.

"Kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman saudara Rafizi Ramli.

"Kerajaan Negeri mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent," katanya.

Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad serta menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber 2012.

Awal pagi tadi, Rafizi Ramli menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa beliau ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Menerusi paparan twitter itu juga, Rafizi menjelaskan rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Johari Muhamad yang turut ditahan bersama Rafizi merupakan bekas kerani Public Bank yang dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Selangor Selesaikan Kegagalan Syabas

Posted: 01 Aug 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM,1 OGOS : Kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk mengedar air terawat dengan baik akan diselesaikan oleh Kerajaan Selangor sendiri dengan membaik pulih tangki simpanan air yang tidak mampu berfungsi pada tahap terbaik.

Pembaikan itu akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di mana kos kerja-kerja tersebut akan ditanggung oleh Syabas.

Usaha ini merupakan antara langkah yang terpaksa diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memperbaiki pengurusan air terawat di Selangor ekoran kegagalan Syabas menunaikan tanggungjawabnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata loji-loji itu tidak diselenggara dengan sempurna dan ada loji yang peralatannya seperti pam air langsung tidak berfungsi.

Menurut beliau,kerajaan negeri mempunyai perancangan bagi meningkatkan jumlah kapasiti air terawat dengan beberapa cadangan yang dikemukan untuk mengatasi isu itu.

"Kita mencadangkan pembinaan tapak rawatan air yang baru disebelah loji dengan menggunakan teknologi membrane.

"Justeru dengan adanya projek ini,kita boleh meningkatkan jumlah air terawat sehingga 50 peratus tambahan," Abdul Khalid berkata dalam sidang media selepas mesyuarat exco pada 1 Ogos lalu.

Tambah Abdul Khalid,pada masa kini,negeri Selangor bukan berhadapan dengan jumlah air terawat tetapi sistem pengagihan air yang perlu diperbaiki sehingga dapat mengurangkan jumlah air tanpa hasil.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan,Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata hasil lawatan yang dilakukakan mendapati banyak tangki simpanan air yang tidak diselenggara dengan baik oleh Syabas membahayakan penduduk sekitar.

"Didapati banyak tangki simpanan air itu dengan pamnya tidak berfungsi dengan baik, sehingga mengakibatkan tangki-tangki air yang besar itu tidak mempunyai air.

"Selagi Syabas tidak memperbaiki tangki simpanan air itu maka usaha kita tidak berguna kerana ia tidak dapat mengagihkan air," katanya.

Ujar beliau lagi,Syabas digesa memberi penjelasan dan penyelesaian berkenaan penyelenggaraan tangki simpanan air pada masa segera.


Sumber: Selangorku

Syabas Gagal Selenggara Rumah Pam Punca Taman Tiada Air, Kata Ronnie

Posted: 01 Aug 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu (gambar) ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya.

"Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ...  bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran.

Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.

Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan.

"Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka.

Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi.

Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas.

Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi.

Sumber: TheMalaysianInsider

Tiada ulasan: