Rabu, 1 Ogos 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Penipuan Linguaphone

Posted: 31 Jul 2012 09:30 PM PDT

Aduan Rakyat 1 Ogos 2012 - Pada awal 2003, saya bekerja dengan syarikat Linguaphone, Pada awalnya, mereka mengatakan jawatan kami adalah sebagai Inspektor Bahasa (Language Inspector) tugas kami untuk menerangkan kelebihan belajar bahasa asing.

Namun, setelah bekerja barulah kami tahu sebenarnya kami ini adalah jurujual (salesman) yang perlu bergerak ke sana ke mari menjual produk mereka, set belajar bahasa, Yang mahal tidak terhingga dan tidak langsung padan dengan produknya.

Tidak sampai sebulan, saya telah berhenti kerana merasa tertipu, dan melanjutkan pelajaran. Setelah setahun berlalu, saya tiba-tiba menerima surat daripada lawyer yang menuntut bayaran rm1500 dari Linguaphone bagi produk set bahasa yang mereka jual.

Saya lantas mendapatkan penjelasan mengenai pembelian yang tidak pernah sy buat. Setelah berbincang, seorang pengurus besar mereka menunjukkan borang pembelian yang berlampir Kad Pengenalan saya. Beliau mengatakan ini adalah bukti pembelian saya.Setelah diteliti, ternyata itu adalah satu penipuan kerana tandatangan saya telah dipalsukan, Tetapi Pengurus itu meminta hal itu diselesaikan begitu sahaja, dimana saya tidak perlu membayar apa-apa dan beliau membatalkan pembelian saya.

Percaya dengan janji tersebut, saya menganggap hal itu telah selesai.

Namun, setelah 9 tahun berlalu, saya membuat pinjaman kereta dan pinjaman itu telah lulus namun ditolak kerana nama saya telah disenaraikan di CTOS. Saya pelik kerana saya tidak pernah berhutang. Setelah diperiksa, pihak bank memberitahu nama saya telah di blacklistkan oleh CTOS. Saya terus ke CTOS mendapatkan kepastian dan ternyata mmg benar.

Dan sekarang saya sedang meneliti hal ini untuk membawa ke muka pengadilan. Saya telah pun berhubung dengan Pihak Linguaphone bg hal ini kerana CTOS memberitahu, hanya Linguaphone yg boleh menarik balik tindakan blacklist itu.

Mereka (Linugaphone) telah berjanji akan menyelesaikan hal ini secepat mungkin. Namun, saya tidak percaya dengan kata-kata mereka dan kini sedang menimbang untuk ke Tribunal Tuntutan dan Biro Pengaduan Awam. Cuma laporan polis yg ditunda kerana saya sukar mendapat cuti.

Apa pendapat anda, jenis tindakan apa dan kepada siapa harus saya bawa kes ini. Saya sudah dapat melihat yang saya takkan dapat membeli apa-apa pun sekarang ni, memandangkan saya membuat pinjaman untuk membeli kereta kerana keperluan kerja dan perlu mendapatkan dengan kadar segera. Namun hal ini kelihatan sengaja di lengahkan oleh pihak mereka.

Jadi apakah cara bg saya untuk menuntut sekaligus kerugian dari segi masa dan kos dan juga peluang, kerana hal ini telah menjejaskan kerjaya saya. dan kepada Pihak mana kah sesuai untuk saya ajukan aduan saya. tq

By: Shamz

Tiada ulasan: