PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Polis berat sebelah gari Rafizi tapi suami Shahrizat dikecuali
- Cek rasuah: PM dicabar pecat Awang Adek
- Pakatan pilih ‘Sehati, Senegara, Sejiwa’ untuk tema Hari Merdeka
- Rafizi dikenakan ikat jamin RM15,000, bicara 10 Sept
- Rafizi ditahan, dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam
Polis berat sebelah gari Rafizi tapi suami Shahrizat dikecuali Posted: 31 Jul 2012 11:51 PM PDT (Oleh Aisha Geoffrey) SHAH ALAM 1 Ogos: Polis berat sebelah menggari Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebaliknya, tindakan ini dikecualikan ke atas suami Shahrizat Jalil, yang sebelum ini diheret ke mahkamah kerana menyalahguna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot. "Tindakan itu tidak perlu, ia jelas menunjukkan sikap polis yang berat sebelah bila melibatkan pemimpin Pembangkang," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. "Kenapa dulu suami (Datuk Seri) Sharizat Jalil yang juga didakwa tidak pula digari dan ditangkap di rumah awal-awal pagi? Kenapa ada layanan istimewa?," tegasnya. Menurut Surendran, tindakan itu sebenarnya untuk memberi tekanan kepada Rafizi supaya berhenti mendedahkan penyelewengan pemimpin Umno. "Apatah lagi, Rafizi sekarang sedikit demi sedikit mendedahkan skandal LRT (Ampang) yang melibatkan Perdana Menteri, pasti beliau (Najib Razak) juga memainkan peranan dalam konspirasi ke atas Rafizi," katanya. "Kita mengutuk tindakan menggari tersebut. Rafizi bukan penjenayah, malah beliau sepatutnya diberi penghormatan kerana berbakti kepada negara dalam menyelamatkan dana rakyat dari terus diseleweng," tegas Surendran lagi. Rafizi digari bersama-sama bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang turut didakwa kerana dituduh bersubahat mendedahkan dokumen perbankan melibatkan skandal National Feedlot Corporation (NFC). Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM3 juta. Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin dengan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil sebagai penjamin Rafizi, manakala Johari diwakili abangnya. Surendran mewakili Rafizi dan Johari selaku peguam. Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan. Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu. NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot. Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen 12 Mac lalu atas dakwaan pecah amanah dan melanggar akta syarikat. Bagaimanapun, beliau dikecuali daripada tindakan gari oleh polis. |
Cek rasuah: PM dicabar pecat Awang Adek Posted: 31 Jul 2012 11:41 PM PDT (Oleh Aliff Fikri) KUALA LUMPUR 1 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa memecat Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa dan terlibat rasuah. Ia berikutan pendedahhan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkenaan isu dua cek bernilai RM30,000 dan RM50,000 yang diberikan oleh syarikat yang mahu melanjutkan kontrak penyelenggaraan untuk JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu kepada Awang Adek. "Kami mendesak Datuk Seri Najib memecat Awang Adek dengan segera kerana didapati terlibat dengan skandal penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. "Kami juga mencabar Awang Adek supaya membuktikan segala dokumen yang kami dedahkan ini adalah palsu jika benar beliau tidak melakukannya," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, semalam. Menurut Nik Mohd, cek tersebut telah diberikan oleh Advance Maintenance Precision Management (AMPM) Sdn Bhd kepada Awang Adek sebagai bayaran dan ganjaran untuk melanjutkan kontrak pengurusan dua bangunan tersebut dari lima tahun hingga 10 tahun. "Surat permohonan tersebut yang bertarikh 6 Disember 2010 disertakan dengan lampiran dua keping cek dari AMPM pada tarikh yang sama kepada Awang Adek," katanya. Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizin Ahmad Kamil pula menambah, terdapat beberapa keraguan di dalam urusan lanjutan kontrak itu. "Kami yakin terdapat unsur-unsur rasuah dan penyelewengan berhubung kontrak lanjutan dan dua keping cek tersebut. "Oleh yang demikian, kami mendesak Awang Adek segera menjawab berhubung pendedahan ini dan tidak terus berdiam diri. "Awang Adek selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputra merangkap Timbalan Menteri Kewangan tidak seharusnya menerima cek ini sebagai ganjaran untuk melanjutkan kontrak syarikat tersebut, menerima cek ini adalah satu kesalahan rasuah dan menyalahi undang-undang negara," tegas beliau. Awang Adek sebelum ini seperti yang telah didedahkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam salah laku semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). |
Pakatan pilih ‘Sehati, Senegara, Sejiwa’ untuk tema Hari Merdeka Posted: 31 Jul 2012 11:39 PM PDT (Oleh Sidiqin Omar) PETALING JAYA 1 Ogos: Pakatan Rakyat memilih 'Sehati, Senegara, Sejiwa' sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan. "Dia (kerajaan) kena ingat, (tema ini) datang dari rakyat sendiri. Kalau dia tak nak dengar kita (Pakatan Rakyat) tak apa…tapi dengar kata rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN. Beliau berkata, tema ini dirangkum daripada tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera. "Kita harus bermula dengan bangsa untuk membina negara. Jadi negara, bangsa dan jiwa itu diambil seringkasnya, dengan tidak ada apa-apa niat kecuali itulah niatnya – untuk menyatakan secara kudus dan tulus. "Kami rumus dan ranumkan sehingga kami memilih "Sebangsa, Senegara, Sejiwa," tegas Pak Samad yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat. Slogan 'Sehati, Senegara, Sejiwa' diilhamkan Alhaimi Adam, antara 250 slogan yang diterima Sekretariat Pakatan Rakyat selepas pengumuman cadangan tema alternatif dibuat sekretariat tersebut 24 Julai lalu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tema oleh Pakatan Rakyat lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia. "Kita turut cadangkan logo dan lagu mesti serasi dan selari dengan tema yang dicadangkan. Kami akan hantar secara rasmi kepada kerajaan Malaysia," katanya. Hadir sama, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatamnkuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai. Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan turut dianggotai bekas Pengarah Eksekutif Women's Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun. |
Rafizi dikenakan ikat jamin RM15,000, bicara 10 Sept Posted: 31 Jul 2012 11:08 PM PDT dipetik dari Keadilan Daily (Oleh Aisha Geoffrey) SHAH ALAM 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dilepas dengan dikenakan ikat jamin berjumlah RM15,000. Beliau didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM3 juta. Turut didakwa, bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad kerana dituduh bersubahat mendedahkan dokumen perbankan melibatkan skandal National Feedlot Corporation (NFC). Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin dengan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil sebagai penjamin Rafizi, manakala Johari diwakili abangnya. Rafizi dan Johari diwakili peguam, N Surendran. Turut hadir memberi sokongan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan. Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu. NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot. |
Rafizi ditahan, dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam Posted: 31 Jul 2012 10:58 PM PDT dipetik dari Keadilan Daily KUALA LUMPUR 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989. Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang. Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi. Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama. Johari – bekas kerani Public Bank dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar. Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu. NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan