Jumaat, 8 April 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Peratusan Perahan di Kawasan Jengka adalah tinggi

Posted: 08 Apr 2011 07:00 AM PDT

Keputusan makmal menunjukkan bahawa peratusan perahan di kawasan Jengka adalah melebihi 26%, bahkan lebih tinggi dari itu. Beberapa orang Peneroka dari beberapa rancangan di kawasan Jengka yang menghantar tandan ke makmal buah sawit masing-masing mendapati bahawa peratusan perahan mereka melebihi 27%, bahkan seorang peneroka di Jengka 9 telah memilih buah tandan yang tidak begitu baik untuk dihantar ke makmal dan mendapati bahawa peratusan perahannya juga melebihi 25%.

Dengan keputusan-keputusan sebegini mereka merasa amat kesal kerana selama ini Kilang Felda hanya memberikan kepada mereka antara 17-18% sahaja, dan hanya beberapa bulan yang lepas Kilang-Kilang di Jengka 8 dan Jengka 3 menaikkan peratus perahan buah sawit mereka kepada 20-21% apabila peneroka-peneroka sudah berkira-kira mahu menyaman Felda.

Ini bererti bahawa Felda telah menipu peneroka-peneroka di Jengka sebanyak lelbihkurang RM1000.00 setiap bulan, bayangkan selama lebih 20 tahun mereka ditipu sebanyak RM1000.00 setiap bulan.

Ini bermakna mereka telah dinafikan pendapatan sebanyak RM1000.00 x 12 bulan x 20 tahun bersamaan RM240,000.00.

Saya menyatakan bahawa kalau beginilah keadaannya bukan sahaja Felda menjadi Along bahkan juga sudah menjadi POLONG!

Seronok sungguh Felda merampas pendapatan dari peneroka-peneroka. Seronok sungguh Felda membayar pegawai-pegawai tingginya hingga berpuluh ribu ringgit sebulan dan Pengerusinya memperolehi lebih dari RM2 juta setahun.

Peneroka-peneroka hanya diberikan sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan yang dikira hutang.

Penyelewengan oleh Felda ini akan terdedah apabila lebih 700 orang Peneroka di kawasan Jengka iaitu peneroka-peneroka yang menghantar buah sawit mereka ke Kilang Felda Jengka 3 dan Kilang Felda Jengka 8 akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Pihak Peguam bagi peneroka-peneroka itu sudah bersiap sedia menyediakan dokumen-dokumen tuntutan untuk difailkan di Mahkamah Temerloh. Pemfailan itu dijangka akan dibuat pada hujung bulan April ini di Mahkamah Tinggi Temerloh.

AMK KEDAH

AMK KEDAH


Kekayaan dibolot Taib: Saifuddin buat analogi MU, Chelsea

Posted: 07 Apr 2011 11:45 PM PDT


MIRI: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menarik perhatian pengundi di Miri apabila membuat analogi pasukan Manchester United dan Chelsea pada perlawanan akhir UEFA, bagi mengaitkan kekayaan yang dibolot Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 yang membanjiri Miri Waterfront malam tadi, Saifuddin berkata, selepas 30 tahun Taib mentadbir Sarawak , kekayaan negeri itu masih dikongsi sesama adik beradik dan kroninya- sama keadaannya seperti perlawanan bola sepak.

"Kalau 'pasukan' Sarawak, 'bola' itu hanya berlegar kepada Taib Mahmud. Kemudian kepada (anaknya) Raziah Mahmud. Raziah Mahmud kepada Onn Mahmud. Onn Mahmud kepada George Chan, George Chan kepada Alfred Jabu dan kembali semula kepada Taib Mahmud," kata Saifuddin, mengajuk percakapan seorang pengulas perlawanan bola sepak.

"Kenapa tidak sampai kepada rakyat di bawah? Ini tidak betul. Kekayaan negeri ini hanya berlegar di kalangan keluarga dan kroni mereka," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 2,000 hadirin di Miri Waterfront malam tadi.

Menurut Saifuddin, Taib Mahmud membolot dan menjarah kekayaan negeri itu dengan memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri bagi mengagihkan projek kepada kroni dan saudara maranya.

"Ketua Menteri, Taib Mahmud. Menteri Kewangan, Taib Mahmud. Menteri Pembangunan Sumber Negeri, Taib Mahmud. Pengerusi Land Custody and Development Agency (Pelita), Taib Mahmud.

"Bila dia nak bangunkan satu projek, Menteri Pembangunan Sumber akan bincang dengan Menteri Kewangan. Kemudian ia akan dipersetujui oleh Ketua Menteri dan diagihkan pula kepada Onn, Raziah dan Sulaiman Taib Mahmud.

"Kita mesti hentikan rompakan ini," kata Saifuddin sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.


Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan calon N 65 Senadin Dr Teo Yu Kheng.

Terdahulu sebelum itu, di Kampung Tunku Abd Rahman dalam DUN Lambir, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyampaikan ceramah kelompok di hadapan 150 penduduk yang rata-ratanya terdiri dari suku Kedayan dan Iban.

Tian dalam ceramahnya menjelaskan, konteks politik pembangunan di negeri Sarawak telah disalahertikan apabila ketika kemajuan dilaksanakan, dalam masa yang sama hak peribumi dirampas.

"Sekarang adalah masanya untuk perubahan, Jika ia tidak dilakukan sekarang, maka anak cucu kita akan kembali menyalahkan kita. Mengapa masih memilih kelompok yang sama.

"Berbanding di Selangor yang mana seseorang ahli keluarga kita meninggal dunia pun, kita masih boleh mendapat bantuan. Tetapi, untuk hidup di Sarawak ini adalah satu kesukaran,"ujar Tian.

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


SPYGAME!?

Posted: 08 Apr 2011 05:32 AM PDT


(Kenyataan media Datuk Shazryl Eskay yang jelas maksudnya)

Salam 2 all.

Berikut kenyataan media Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dibuat di Hotel Impiana Kuala Lumpur pada Isnin 16 Rabi'ul Akhir 1432 / 21 Mac 2011. Pada teman jelas beliau benar-benar cuba untuk menghadkan isu videoklip tersebut, tetapi malangnya ada "orang" memilih untuk mempolitikkan isu ini. Mike dengar sendirilah kenyataan Datuk Eskay itu yop.

Cuma satu saje yang mike semua kena pikior yop. Datuk Shazryl ni kawan baik Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan tu. Mesti ada sebab yang solid kenapa dia memlilih untuk mendedahkan videoklip itu. Beliau punya dua bukti jelas berkaitan videoklip ini:

1. gambar beliau sendiri ada dalam videoklip itu; pastilah beliau, selain amoi tu, yang tahu siapa Jantan-X tersebut;

2. kedua, jam tangan Omega spesial edition tu ada dengan beliau. Beliau telah pun serahkannya kepada Polis. Bagi menguatkan kenyataan beliau, satu "sms" daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu yang meminta beliau menyimpan jam itu masih beliau simpan!

Jadi nasihat teman yop, biarlah polis siasat dulu. Anwar sendiri yang meminta pihak polis siasat; dia yang buat repot polis tu. Jadi kita bagi peluang pihak polis siasat. Selepas keputusan siasatan itu diumumkan, barulah kita kaji apa langkah selanjutnya yang boleh diambil. Janganlah cepat sangat nak mengkapiorkan, menerakakan orang yop. Sabor sikit, takut kita yang kedalam nanti yop!!!

Cuma yang teman risau satu je yop. Persoalan besarnya, siapa yang merakamkan videoklip tersebut. Jelas ianya bukan Datuk Eskay, sebab kenyataan beliau menyatakan "beliau terjumpa" perakam video itu, bukan beliau yang membuatnya! Yang teman risau, ada pihak ketiga yang merakamnya. Beberapa persoalan yang timbul:

1. Bagaimana mereka yang merakam itu boleh tahu itu bilik yang akan digunakan? Kerana mereka memasang video kamera dalam 4 sudut, dengan wide angle lens. Sudah pasti mereka yang memasangnya sudah bersedia tahu akan berlaku adengan menyudu dalam tu, dan mereka bersiap lengkap dan hampir sempurna!

2. Kalau mereka tahu, maknanya sudah pasti lokasi "penyuduan" itu berlaku sudah beberapa kali digunakan? Kerana nak memasang peralatan canggih macam tu perlukan masa, siap dengan wiring dan lain-lain.

3. Bermakna mereka sudah menghidu dan menjejaki Jantan-X, atau Amoi, atau Datuk Eskay sendiri sebelum daripada itu!

4. Kalau mereka sudah menghidu dan menjejaki Target-X, teman cukup yakin kumpulan yang membuat kerja rakaman ini mempunyai kepakaran dan pembiayaan yang hebat. Cara mereka beroperasi menunjukkan mereka ini memang pakar!

5. Persoalannya, siapa yang mahu menjejaki Jantan-X ini? Apa tujuan mereka?

6. Dan persoalan besar yang bermain dikepala teman yop ialah: pihak risik & keselamatan Australia & Singapura ada membuat lapuran sulit kepada Kerajaan mereka (yang didedahkan oleh Wikileaks) bahawa mereka ada "bukti teknikal (technical evidence)" MEMBUKTIKAN ANWAR terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. Malah Menteri Kanan (mantan PM) Singapura menyatakan risikan Singapura mendapati Anwar termasuk didalam satu perangkap! Persoalannya, adakah pembikinan videoklip itu termasuk dalam maksud "bukti teknikal" dan perangkap yang mereka sebut?

7. Kalau firasat teman diatas itu betul yop, kita berada dalam keadaan yang sangat merbahaya. Keselamatan negara boleh terjejas. Bayangkan kalau ianya betul, dan Bahagian Risikan negara -negara asing ini benar-benar punya "bukti teknikal" yang disebut itu, apa akan jadi kalau Anwar menjadi Perdana Menteri? Negara akan sentiasa dicengkam dan diperas oleh ugutan negara asing. Kita akan sentiasa tunduk dibawah telunjuk negara asing! Dan kita tahu betapa rapatnya kerjasama diantara Singapura & Israel.

Ni kerja giler yop!!! Kalau ini benar kerja mereka, kita tidak tahu apa lagi video atau "bukti teknikal" yang mereka ada!

Teman berharap sangat teori dan firasat teman ini tidak betul yop. Teman harap yang buat rakaman itu geng amatur aje yop. Sebab kalau betul ianya melibatkan kumpulan risik negara asing, naya kita yop. Adakah mereka punya rakaman atau "bukti teknikal" yang lain! Teman harap pihak Cawangan Khas, Militiray Intelligent, dan Bahagian Keselamatan Negara perlu benar-benar memperhalusi isu ini. Teman cukup risau yop, adakah tangan-tangan ghaib yang bermain dibalik tabir!!! Adakah ini satu "Spygame", yang akan menyebabkan "security of the country is compromised?".

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
04 Jamadil Awal 1432
08 April 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Dato Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

Posted: 08 Apr 2011 02:41 AM PDT

9 April 2011 (Sabtu)

10.00 pagi – Ceramah – Kedai Ngu, Niah (DUN Kemena)

1.00 tghari – Ceramah – Sebauh (DUN Kemena)

5.00 ptg – Ceramah – Tatau (DUN Kakus)

8.00 mlm – Ceramah – Taman Seaview, Bintulu (DUN Jepak)

9.00 mlm – Ceramah – Restoran 96, Bintulu (DUN Kidurong)

10.30 mlm – Ceramah – Kampong Jepak, Bintulu (DUN Jepak)

Mufti: Letak Jawatan Tanda Protes,Wujudkan Media Sendiri

Posted: 08 Apr 2011 02:15 AM PDT

Dari Harakah Daily

PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka.

Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) berkata, kejadian yang berlaku terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar bawah) amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia.

Ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks, para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja.

Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu.

Antara mangsa salah lapor ini adalah Tuan Ibrahim sendiri yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini.

“Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama,” cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini.

Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media tradisional yang dikawal Umno dan BN.

Kenyataan begini amat dinanti oleh rakyat kerana ketegasan mereka akan dilihat pendirian rasmi para mufti. Sayangnya kenyataan begini jarang dikeluarkan oleh media tradisional kerana ianya bertentangan dengan agenda tersembunyi UmNo, kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, tindakan media tradisional ini sekali lagi membuktikan isu video adalah agenda Umno bagi mematikan karear politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus merencatkan perubahan politik yang sedang berjalan di Sarawak.

Katanya, apa yang membimbangkan ada ura-ura pihak tertentu yang akan mengedarkan klip video ini di Sarawak, khususnya di kawasan Melayu bagi tujuan jahat mereka ini.

Memandangkan tiadanya senbarang tindakan phak polis bagi mengambil tindakan kepada Trio Umno yang menayangkan klip ini dan tindakan media perdana menyiarkan klip ini, maka tindakan ini tidak mustahil, tambahnya.

“PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah,” katanya.

Kata Tuan Ibrahim, sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan;

1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ada lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat.

2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.

3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah “Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya).”

4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti.

Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak Tekad Jana Perubahan

Posted: 08 Apr 2011 01:54 AM PDT

Dari Keadilan Daily

Pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'.

KEADILAN dan DAP masing-masing diwakili Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak di Bintulu

Posted: 08 Apr 2011 01:37 AM PDT

9 April 2011 (Sabtu)

10.00 pagi – Ceramah – Kedai Ngu, Niah (DUN Kemena)

1.00 tghari – Ceramah – Sebauh (DUN Kemena)

5.00 ptg – Ceramah – Tatau (DUN Kakus)

8.00 mlm – Ceramah – Taman Seaview, Bintulu (DUN Jepak)

9.00 mlm – Ceramah – Restoran 96, Bintulu (DUN Kidurong)

10.30 mlm – Ceramah – Kampong Jepak, Bintulu (DUN Jepak)

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


New DBKL policy: Stall with permanent structures?

Posted: 08 Apr 2011 03:24 AM PDT

Upon receipt of a complaint from the residents around Prima Setapak/Danau Kota Flats regarding newly erected stalls with permanent structures, I visited the areas and was shocked to witness those stalls with permanent structure which I believe to be the illegal as they were built on government land.  I really am surprised that the Pejabat [...]

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Sarawak State Election - Nomination Day in Lawas - 6 Apr 2011

Posted: 08 Apr 2011 09:27 AM PDT

PKR Sarawak Chief Baru Bian – a NCR Land activist lawyer was nominated by PKR to stand in N70 Bakalalan State Seat under the Parliament of LAWAS.

He was accompanied by Dato Seri Anwar Ibrahim – PKR Defacto Leader, Central Supreme Council Member – Dr Roland Chia Ming Shen & Sdr Rahman Yusof with more than 1000 over strong supporters to the Lawas District Council to file his nomination papers on the 6 Apr 2011. Polling day is 16 April 2011.

His Barisan Nasional Opponent will be from SPDP Youth Chief – Wilson Liau. DUN Bakalalan comprised 90% of orang ulu with the remaining are Malays and Chinese with total voters of 6350. Together with DUN Bukit Sari, they form Parliament Lawas.

IMG_5008IMG_5016IMG_5023IMG_5025IMG_5026IMG_5030IMG_5033IMG_5034IMG_5056IMG_5060

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Penyerang Asid, jangan dengar khabar angin kata polis

Posted: 08 Apr 2011 12:17 AM PDT

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin hari ini memberitahu orang ramai agar jangan mendengar khabar angin atau membuat spekulasi apa yang menyebabkan pasangan penunggang motosikal menyerang asid secara rambang kepada mangsa yang tidak bersalah di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. 14 orang telah diserang dengan asid di Lembah Klang dan 2 orang di Seremban setakat ini. HELLO POLIS ! Orang ramai mana ada buat khabar angin. Ini adalah fakta kes yang disiarkan dalam akhbar. Apa motif penyerang tersebut melakukan tindakan demikian, polislah kena siasat. Kenapa ? Polis dah kecewa sangat ke tak dapat selesaikan kes ini hingga nak marah orang ramai yang mendengar khabar angin dan buat spekulasi. Khabar angin apa ? Spekulasi apa ? Ce cite , ce cite ! Ini yang orang ramai, pengundi lagi bingung ni, tak ada dengar pasal khabar angin dan spekulasi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pula yang kata ada khabar angin dan spekulasi. Ke khabar angin dan spekulasi ini sedang bertiup kencang di kalangan anggota polis sahaja? POLICE: DON'T LISTEN TO RUMOURS ON ACID-SPLASHERS Friday, April 8th, 2011 12:55:00 KUALA LUMPUR: Don't listen to rumours or speculate on what motivated motorcyclists to randomly splash acid on innocent victims in the Klang Valley and Negri Sembilan. Instead, Federal CID director Commissioner urged the public to come forward and help police nab the suspects. "Please don't believe rumours or spread them about what influenced the suspects to do what they did. It's best to let police and the public work together to detain those responsible for these attacks." So far, 16 people have been burnt and bruised by these attacks, many of them being scarred on their faces and bodies. In the first case, eight pupils and a teacher were splashed with "burning liquid" in Bangsar on the afternoon of March 2. Next, on consecutive days in Brickfields, two marketing executives suffered burns near Jalan Tun Sambanthan on the evening of March 24, followed by a history teacher who also suffered burns near Jalan Sultan Abdul Samad on the morning of March 25. On the afternoon of March 26, a Frenchman and his female companion were similarly attacked at Jalan Conlay also in KL. The latest victims were a housewife and her niece on the night of April 2 in Mantin, Negri Sembilan. The housewife, who suffered burns on her face and body, gave the most detailed clues on their attackers: Two heavyset men of dark complexion in green uniforms and badges resembling Rela uniforms, also wearing black boots, and riding a red Yamaha Lagenda. Police have not ruled out the possibility the attack in Mantin could be linked to the cases in KL. http://www.mmail.com.my/content/68901-police-dont-listen-rumours-acidsplashers

Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat 10 Apr 2011

Posted: 08 Apr 2011 12:16 AM PDT


JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT


Salam hormat, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran pada :


Tarikh : 10 April 2011 (Ahad)


Masa : Bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang


Destinasi: KL Sentral - Seremban - KL Sentral


Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


Siri jelajah dari KL ke Seremban ini diadakan bagi menunjukkan rasa protes mahasiswa terhadap suasana politik tanah air yang dilihat terlalu jijik & kotor terutamanya dalam isu video lucah yang kini hangat diperkatakan di seluruh negara. Selain menunjukkan rasa protes & ketidak puas hatian terhadap situasi politik negara pada masa kini, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan prekembangan politik yang lebih sihat & konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.


Siri jelajah ini akan bermula dari stesen KL Sentral pada jam 8.00 pagi di mana seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat & kain rentang. Seterusnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang & mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban.


Kemudian, mahasiswa akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa & seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir. Siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat KL Sentral - Seremban yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dariUM,UKM,UPM,UPSI,KUIS,USIM,UIA,UTMKL,UNISEL & UITM ini merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan ia juga merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat.


Terima kasih, Ahmad Shukri Kamarudin Sekretariat Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 013- 3676 124


Balu pengundi di Melaka hidup tertekan tanpa pembelaan

Posted: 08 Apr 2011 12:15 AM PDT


Derita janda tiga anak


Harian Metro 8 Apr 2011


MELAKA: Sejak kematian suami tiga tahun lalu, kesempitan hidup seorang ibu tunggal bersama tiga anaknya tidak berkesudahan apabila gagal mendapat bantuan daripada mana-mana pihak biarpun pelbagai permohonan dilakukan. Malah, empat beranak itu kini hanya mengharapkan belas ihsan jiran tetangga yang menyumbang barang keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Amas Emat, 51, berkata, beliau semakin tertekan apabila sewa rumah kerap tertunggak sehingga menyebabkan mereka sudah beberapa kali diarah keluar dari kediaman itu.


"Kami terpaksa meminjam wang daripada jiran atau rakan untuk mengelakkan daripada dihalau keluar dan bernasib baik kerana tuan rumah masih mempunyai sifat bertimbang rasa serta faham keadaan kami. "Mungkin orang lihat saya sentiasa tersenyum, namun mereka tidak tahu saya `makan hati' mengenang nasib kami sekeluarga yang serba kekurangan dan hanya bergantung pada belas ihsan orang lain," katanya ketika ditemui di Taman Bukit Beruang Utama, di sini, baru- baru ini.


Keperitan hidupnya bermula apabila suaminya, Abdul Karim Bur Rahim, 50-an, yang menyara keluarga dengan berniaga terlantar sakit tiga tahun lalu kerana menghidap penyakit lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian. Biarpun mempunyai tiga anak berumur antara 20 hingga 23 tahun, disebabkan ketiga-tiganya tidak berpelajaran seorang daripadanya, Abdul Majid, 20, hanya berkerja sebagai pembantu kedai dan dua lagi tidak mempunyai pekerjaan tetap.


"Disebabkan tidak berpendidikan, mereka sukar mendapat pekerjaan, namun simpati dengan keperitan hidup kami menyebabkan jiran mengambil Majid bekerja sebagai pembantu di gerainya dengan upah RM15 sehari. Manakala dua abangnyaMohad Karim, 23, dan Abdul Rahman, 22, tidak mempunyai pekerjaan tetap. "Pendapatan yang mereka peroleh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami apatah lagi perlu membayar sewa rumah RM250 sebulan dan membiaya kos rawatan saya yang menghidap penyakit darah tinggi dan sakit jantung," katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Deritajandatigaanak/Article/index_html

Singapura Galak Bangun Sistem Pertahanan Biologi

Posted: 07 Apr 2011 08:22 PM PDT


Berita Harian – 18hb Januari 2003


Apabila seseorang membicarakan tentang kecanggihan peralatan Angkatan Tentera Singapura (SAF), secara spontan nama jet pejuang F-16, helicopter pengempur Apache, kapal selam Sea Serpent, peluru berpandu AIM-120C, kapal terbang pengisi minyak KC-135, kapal terbang pengintip tanpa pemandu Scout dan satelit pengintip ala Ofeq Israel akan timbul. Menteri Pertahanan Singapura Tony Tan apabila mengumumkan niat Singapura untuk membangunkan konsep ala AS berkata, "Serangan pada masa akan datang adalah berbentuk baru yang memerlukan keupayaan, kecekapan dan peralatan yang berbeza".


Bentuk serangan baru yang dimaksudkan oleh Tony Tan ialah serangan bentuk biologi atau pun lebih dikenali dengan nama keganasanbio (bioterrorism). Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini, secara penuh rahsia telah pun memulakan program pertahanan dari keganasanbio. Baru-baru ini kerajaan Singapura telah memperuntukkan lebih dari RM 210 juta khas untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan sistem pertahanan dari kegananasanbio.


Singapura amat menyedari bahawa negara mereka adalah terdedah kepada serangan keganasanbio kerana faktor keluasan yang terhad, kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai jumlah orang asing (dari negara Barat) yang ramai. Faktor ini yang menyebabkan mereka mengambil langkah pertahanan keganasanbio yang drastik kerana peralatan ketenteraan yang lazim tidak mampu melindungi rakyat mereka dari serangan bentuk baru ini. Serangan antrak AS yang mengorbankan lima orang telah mempamirkan bagaimana keganasanbio dengan mudah dapat menghuru-harakan satu negara. Walaupun serangan antrak yang dilakukan adalah begitu terhad sekali, tetapi kesan yang dirasai sudah cukup untuk mengacau bilaukan kehidupan seharian.


Penemuan toxin ricin di kota London dua tiga hari lepas sudah cukup bukti yang menunjukkan kekacauan boleh berlaku sebelum serangan sebenar dilakukan. Strategis pertahanan Singapura amat menyedari hakikat bahawa untuk memperondak peranda negara mereka, serangan jet pejuang atau peluru berpandu musuh dengan mudah mereka dapat menangkis, tetapi serangan keganasanbio amat sukar dibenteras. Makmal Nasional Organisasi Sains Pertahanan (DSO) dan industri pertahanan Singapura adalah pelopor utama yang menjalankan R&D bidang pertahananbio. Semenjak ditubuhkan 30 tahun lepas, Makmal DSO kini mempunyai lebih dari 1000 staf yang terdiri dari kepakaran berbagai bidang seperti elektronik, kimia dan biologi.


Tidak keterlaluan dikatakan bahawa R&D untuk memerangi keganasanbio yang dijalankan oleh Makmal DSO adalah yang terbaik di rantau Asia Pasifik. Malah dari segi mengesan serangan agen biologi, Singapura berada jauh dihadapan berbanding dengan Jepun, China atau pun Korea Selatan. Serangan dari agen biologi adalah lebih sukar dikesan berbanding dengan serangan dari agen kimia kerana organisma biologi yang dapat digunakan sebagai agen adalah berbagai bentuk dan sukar untuk dikesan. Tetapi apabila serangan agen biologi antrak berlaku di AS selepas serangan September 11, Singapura dikatakan telah begitu bersedia berbanding dengan jiran-jiran mereka kerana R&D Makmal DSO adalah jauh dihadapan.


Sejarah telah membuktikan setiap negara yang mengamalkan R&D pertahananbio akan turut terjebak membangunkan R&D senjata seranganbio. Singapura juga tidak terkecuali dengan pemahaman yang sedemikian. Lebih-lebih lagi strategis pertahanan Singapura mengamalkan doktrin pertahanan senjata berteknologi tinggi untuk berada satu tahap kehadapan di rantau Asia Tenggara. Apabila Singapura membuat perolehan jet pejuang, satelit pengintip atau peluru berpandu, negara-negara jiran dengan mudah dapat menyusun sistem pertahanan mereka kerana keupayaan peralatan diatas adalah nyata. Tetapi apabila Singapura dengan begitu galak membangunkan sistem pertahananbio mereka, ia banyak menimbulkan tanda tanya dan spekulasi daripada jiran-jiran rantau Asia Tenggara.


Ini adalah kerana tiada siapa yang mengetahui apa yang sedang dibangunkan kerana ia dijalankan dalam penuh kerahsiaan. Malah rakyat Singapura sendiri tidak diberitahu apa bentuk R&D yang sedang dijalankan oleh Makmal DSO. Apabila jiran-jiran Singapura tidak mengetahui dengan jelas apakah kemampuan pertahananbio atau seranganbio yang dimiliki oleh SAF, maka strategis pertahanan negara lain akan membuat andaian yang melampau. Keadaan ini jelas diperlihatkan melalui persepsi AS terhadap Iraq yang dikatakan mempunyai senjata nuklear, kimia dan biologi. Apabila ini berlaku, maka rantau Asia Tenggara akan menjadi kancah perlumbaan senjatabio. Tidak cukup dengan keadaan dimana perlumbaan senjata yang sedang berlaku kerana Singapura dengan galak memperolehi kelengkapan senjata moden, rantau Asia Tenggara bakal menerima bahang perlumbaan senjata bentuk biologi gara-gara Singapura ingin membangunkan pertahananbio negara mereka Sumber dari http://syukran.wordpress.com/2009/09/03/singapura-galak-bangun-sistem-pertahanan-biologi/

Virus Adeno di PD dan Serangan Senjata Biologi

Posted: 07 Apr 2011 07:42 PM PDT


Risik tentera sepatutnya digunakan untuk melindungi negara dan rakyat dari sebarang ancaman termasuk ancaman serangan senjata biologi. Negara berkemungkinan diancam serangan atau ujian senjata biologi akan tetapi media sibuk dengan isu video lucah. Menang sorak, nyawa rakyat, nyawa pelatih polis dan pelatih tentera yang tergadai.


Tidakkah rakyat merasa hairan bagaimana PULAPOL dan PUSASDA tempat yang sepatutnya paling selamat, paling disiplin, paling bersih berbanding dengan Kem Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin di Lenggeng boleh terkena serangan Adenovirus ini.


Adakah ada cubaan pihak luar yang ingin menguji tahap kesiapsiagaan tentera dan polis kita menghadapi serangan senjata biologi?


Kenapa tidak digunakan teknik semburan wap Neutral Electrolyzed Water (NEW) yang jauh lebih kos efektif untuk membunuh Adenovirus ini di persekitaran PULAPOL dan PUSASDA?


Laporan Utusan Malaysia 8 April 2011 menyatakan jumlah pelatih polis dijangkiti Adeno meningkat lagi di Port Dickson. Akan tetapi berita ini bukan berita utama tajuk akhbar hari ini, video lucah lebih penting, gambar 8 orang pegawai imigresen yang masih muda lebih penting. Kenapa Menteri Kesihatan ada di Sarawak bukan di Port Dickson bila buat kenyataan akhbar ini?


JUMLAH DIJANGKITI ADENO VIRUS MENINGKAT DI PORT DICKSON


Utusan Malaysia 8 April 2011 KUCHING 7 April - Bilangan pelatih konstabel Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Port Dickson yang dijangkiti virus Adeno meningkat kepada 13 orang setakat hari ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada jumlah itu, seramai 10 ditempatkan di Hospital Port Dickson (HPD) sementara tiga lagi mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban. Sementara itu, katanya, bilangan pelatih Pulapol yang diasingkan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang juga bertambah kepada 142 orang.


"Kita telah menghantar sepasukan doktor ke hospital-hospital itu bagi meneliti serangan virus tersebut dan keadaan adalah terkawal," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, virus itu menjangkiti Pulapol Port Dickson pula. Sabtu lalu, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusasda dimasukkan ke HPD setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm


Rift Valley fever virus (RVFV) has been cited as a potential BIOLOGICAL-WEAPON THREAT due to the serious and fatal disease it causes in humans. We have incorporated the RVFV glycoprotein genes into a nonreplicating complex ADENOVIRUS http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19776190

Kematian Pegawai Kastam, JAS Sarawak dan Rare Earth Kuantan

Posted: 07 Apr 2011 05:43 PM PDT


Rumie Azzan Mahlie pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS) maut jatuh dari tingkat 9 pejabat JAS pada tahun 2004. Ahmad Sarbani Mohamed Ketua Penolong Pengarah Kastam juga maut jatuh dari tingkat 3 pejabat SPRM. Bolehkah rakyat percaya lagi kepada DUA agensi kerajaan yang penting ini , SPRM dan JAS?


Bagaimana pula dengan Projek Rare Earth di Kuantan, beranikah Najib dan Rosmah beli rumah berhampiran projek tersebut sebagai kediaman rasmi mereka atau rumah untuk anak-anak kesayangan mereka?


KEADILAN UNTUK RUMIE DAN SARBANI ! RUMIE WIRA ORANG SARAWAK ! SARBANI WIRA ORANG SEMENANJUNG ! SELAMATKAN UMAT INI !


DOE MEN UNDER PROBE (HL)


Sources disclosed that police investigations into the death of the Boston University chemical engineering graduate centre on a letter Rumie allegedly handed to an Environment Ministry official four days before his death. In that letter, he is said to have detailed information on the smuggling of toxic waste into Sarawak and the manner of its disposal. Investigators are looking into claims of numerous discrepancies in the way environment laws are enforced by some officers and the possibility that toxic waste from Taiwan had been falsely declared and smuggled into the country for disposal over the past two years. On April 8, DOE officials seized a tanker containing toxic waste from a factory in Lahat and on March 30, enforcement officers found 1,000 containers of used engine oil stored illegally in a factory, also in Lahat. New Straits Times, Apr 13, 2005 http://findarticles.com/p/articles/mi_8016/is_20050413/ai_n44293792/



KEPUTUSAN KEMATIAN RUMIE DITANGGUHKAN PADA 25 JUN


Menurut laporan itu, Rumie yang jatuh dari tingkat sembilan di sebuah bangunan yang menempatkan pejabat JAS di Pending di sini pada 17 Sept, 2004. Inkues itu diadakan apabila keluarga Rumie meminta polis membuka semula siasatan kes itu, dengan mendakwa beliau dibunuh dan kematiannya itu disebabkan perbuatan jahat. Sebanyak 31 saksi dipanggil memberikan keterangan pada inkues selama 21 hari yang bermula pada 24 Okt tahun lepas. Mereka termasuk bapa Rumie Mahlie Jolihi, isteri beliau Suraidi Abdullazid, pegawai penyiasat polis Sub Inspektor Mohammad Bujang dan bekas pengarah JAS Sarawak Dr Abdul Rahman Awang. http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=263088


KES KEMATIAN RUMIE: PERMOHONAN SEMAK KEPUTUSAN KORONER DITOLAK


KUCHING 22 Jun — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan untuk menyemak penemuan koroner dalam kes kematian pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS), Rumie Azzan Mahlie tiga tahun lepas. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ng berkata, keluarga itu berasa lega dengan keputusan koroner yang menolak andaian bahawa Rumie membunuh diri kerana tekanan kerja, yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2007&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm


APA KESUDAHAN KES ALAM SEKITAR


Rakyat tertanya-tanya apakah kesudahan insiden yang dilapor oleh pihak media selama ini. Sudahkah syarikat dan mereka yang terlibat dalam sindiket penipuan membawa masuk sisa toksik dari Taiwan ini didakwa? Apakah yang telah terjadi ke atas simpanan longgokan sisa toksik beribu-ribu tan di kilang dan pelabuhan Pasir Gudang? Sudahkah sisa toksik tersebut dihantar kembali ke negara asalnya Taiwan? Bilakah inkues bagi kes kematian Rumie akan bermula? Kenapa masih dilewat-lewatkan? Sudahkah siasatan polis mengenai kes kebakaran bilik fail tersebut mengenal pasti dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat? http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/0/584af8384394ae5e482570570005bb30?OpenDocument


SATU LAGI EPISOD MALANG TERCIPTA DAN MELANDA JAS


Belum pun mereka dapat menyelesaikan kes 12,000 tan sisa toksik yang diimport dari Taiwan untuk dilupuskan dua tahun lalu di sebuah kilang di Simpang Renggam, mereka diheret lagi dengan isu terbaru di Labis dan Yong Peng ini. http://greenportal.usm.my/article.php?aid=9737


JABATAN ALAM SEKITAR CUAI, 3.2 JUTA RAKYAT SABAH DI AMBANG MAUT?


JABATAN Alam Sekitar Sabah gagal menguatkuasa Akta Alam Sekeliling sehingga menyebabkan nyawa lebih 3.2 juta rakyat Sabah sentiasa diintai ajal akibat kesan langsung radiasi, penyakit dan keracunan yang berpunca daripada pencemaran berlebihan bahan buangan sisa toksik plumbum; ekoran penggunaan bateri asid plumbum dalam sistem elektrik solar luar bandar dan menara telekomunikasi. Juru Perunding Keselamatan Alam Sekitar, Nik Zafri Nik Abdul Majid menegaskan JAS Sabah gagal memantau operasi pembuangan sisa toksik berasaskan plumbum dan gagal menghalang kegiatan menjadikan Sabah sebagai 'Pusat Pelupusan Plumbum Terbesar' di Asia Tenggara ekoran ketiadaan pusat pelupusan plumbum di negeri berkenaan. Tuesday, March 1, 2011 http://sabahkita.blogspot.com/2011/03/jabatan-alam-sekitar-cuai-32-juta.html


1MDB, CHINA EYE RM37B SARAWAK PROJECTS


The State Grid Corporation of China (SGCC), one of the world's largest utility firms, and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) have signed an agreement to enter into joint venture negotiations to undertake projects reportedly worth up to RM37 billion (US$11 billion). The agreement reportedly involves the construction of three hydroelectric dams and a smelter plant in the Sarawak Corridor of Renewable Energy (Score) – and that's just for starters. What are they going to do with all that electricity? Feed it to power-guzzling smelters, it would seem – and perhaps transmit the rest to the peninsula? What kind of impact will that have on local indigenous people, their land and the environment, especially Sarawak's rainforests (what's left of them) and the biodiversity? Don't ask. http://anilnetto.com/governance/accountability/1mdb-china-to-undertake-us11b-sarawak-projects/

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


MANA PENTING, POLITIK LUCAH ATAU POLITIK NILAI UNTUK RAKYAT

Posted: 07 Apr 2011 09:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 April: Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi, kebangkitan rakyat,  kegagalan sistem ekonomi 'kapitalis' sehingga ada negara menjadi muflis, namun negara terperangkap dalam politik 'selak kain'.Demikian kata Badrulhisham Shahrin atau Cikgu Bard dalam satu kenyataannya bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM."Tidak tahu dimana salahnya , adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain - pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala 'desparado'," kata beliau dalam kenyataannya.Bagi beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea,  Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

"Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado'nya politik hingga sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang," katanya.

Buku yang terdapat gambar - gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka.

Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang pos ke rumah, katanya bimbang.

"Apa yang ibu atau bapa hendak jawab apabila di asak dengan soalan kenapa begini mengapa begitu selepas anak - anak kecil melihat sendiri buku lucah tersebut....atau lebih parah lagi ada anak yang menyimpan dan meniru perbuatan dalam b uku lucah tersebut.... Mana pergi pemikiran waras orang - orang politik yang bertindak sedemikian rupa ?" kata beliau.

Beliau menyalahkan, media tradisi seperti Utusan Malaysia yang menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buliten Utama TV3... "mana pergi nilai kewarasan manusia ? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut."

Beliau juga kesal dengan Datuk Seri Nazri Abd Aziz yang sentiasa mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah (selagi tidak bersifat keuntungan kewangan) malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim.

"Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?" soal Badrul.

SAMM, katanya, dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik 'kotor' dan tidak mendidik ini.
SAMM mendesak agar pemain - pemain utama politik Malaysia agar kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. "Negara kini berada ditahap membinbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat....atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang," katanya.Menyerang dari segi politik tidak salah termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tak bernilai seperti politik selak kain, tegas beliau."Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Katanya, sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.... namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja."Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," katanya.

SELANGOR KOMITED MENEPATI KONSEP SYARIAH ISLAM DALAM MES

Posted: 07 Apr 2011 09:07 PM PDT

SHAH ALAM 8 April : Kerajaan Negeri Selangor komited dalam memastikan setiap pembangunan di negeri ini menepati konsep syariah yang mengutamakan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan status ekonomi.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata konsep syariah ini akan diterapkan dalam semua program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah diperkenalkan sejak 2008 dan kini telah memasuki fasa ketiga.
Beliau berkata, program-program itu adalah bukti jelas bahawa kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan telus dan cekap, selaras dengan tuntutan syariah Islam.
"Seluruh jentera Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha memastikan ketelusan, pertanggungjawaban dan tata-kelola yang baik menjadi prinsip panduan dalam pentadbiran dan pembangunan negeri," katanya.
Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan Seminar Maqasid Syariah: Pembangunan Ekonomi Selangor kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak di Shah Alam.
Maqasid Syariah atau tujuan syariah adalah satu panduan pelaksanaan mengikut hukum Islam yang menjamin kebaikan kepada semua dan menghindarkan kemudaratan atau keburukan.
Maqasid syariah ini meliputi lima teras utama iaitu pemeliharaan agama dengan menolak perkara-perkara khurafat, tahyul dan munafik; pemeliharaan akal dengan cara menambah ilmu dan mengamalkannya; pemeliharaan manusia dengan mengelak perbuatan mengancam keselamatan diri sendiri dan orang lain; pemeliharaan keturunan dengan memuliakan keperibadian dan menjauhi zina, fitnah, pembohongan; pemeliharaan harta dengan menolak rasuah, dan riba dan judi.
Seminar ini bertujuan memberikan satu landasan baru dan skop pandangan yang lebih luas kepada pegawai dan kakitangan kerajaan Selangor berkaitan pembangunan ekonomi negeri.
Ini bagi memastikan pembangunan di Negeri Selangor berkonsepkan syariah Islam supaya Selangor terus berkembang pesat, selaras dengan statusnya sebagai sebuah negeri maju.
Pada seminar ini, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Datuk Dr Siddiq Fadhil menyampaikan syarahan kepada peserta manakala ucapan penggulungan disampaikan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.