The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Peratusan Perahan di Kawasan Jengka adalah tinggi Posted: 08 Apr 2011 07:00 AM PDT Keputusan makmal menunjukkan bahawa peratusan perahan di kawasan Jengka adalah melebihi 26%, bahkan lebih tinggi dari itu. Beberapa orang Peneroka dari beberapa rancangan di kawasan Jengka yang menghantar tandan ke makmal buah sawit masing-masing mendapati bahawa peratusan perahan mereka melebihi 27%, bahkan seorang peneroka di Jengka 9 telah memilih buah tandan yang tidak begitu baik untuk dihantar ke makmal dan mendapati bahawa peratusan perahannya juga melebihi 25%. Dengan keputusan-keputusan sebegini mereka merasa amat kesal kerana selama ini Kilang Felda hanya memberikan kepada mereka antara 17-18% sahaja, dan hanya beberapa bulan yang lepas Kilang-Kilang di Jengka 8 dan Jengka 3 menaikkan peratus perahan buah sawit mereka kepada 20-21% apabila peneroka-peneroka sudah berkira-kira mahu menyaman Felda. Ini bererti bahawa Felda telah menipu peneroka-peneroka di Jengka sebanyak lelbihkurang RM1000.00 setiap bulan, bayangkan selama lebih 20 tahun mereka ditipu sebanyak RM1000.00 setiap bulan. Ini bermakna mereka telah dinafikan pendapatan sebanyak RM1000.00 x 12 bulan x 20 tahun bersamaan RM240,000.00. Saya menyatakan bahawa kalau beginilah keadaannya bukan sahaja Felda menjadi Along bahkan juga sudah menjadi POLONG! Seronok sungguh Felda merampas pendapatan dari peneroka-peneroka. Seronok sungguh Felda membayar pegawai-pegawai tingginya hingga berpuluh ribu ringgit sebulan dan Pengerusinya memperolehi lebih dari RM2 juta setahun. Peneroka-peneroka hanya diberikan sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan yang dikira hutang. Penyelewengan oleh Felda ini akan terdedah apabila lebih 700 orang Peneroka di kawasan Jengka iaitu peneroka-peneroka yang menghantar buah sawit mereka ke Kilang Felda Jengka 3 dan Kilang Felda Jengka 8 akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh. Pihak Peguam bagi peneroka-peneroka itu sudah bersiap sedia menyediakan dokumen-dokumen tuntutan untuk difailkan di Mahkamah Temerloh. Pemfailan itu dijangka akan dibuat pada hujung bulan April ini di Mahkamah Tinggi Temerloh. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan