BULETIN RAKYAT   |  
|   MANA PENTING, POLITIK LUCAH ATAU POLITIK NILAI UNTUK RAKYAT Posted: 07 Apr 2011 09:09 PM PDT KUALA LUMPUR, 7 April: Ketika media dunia membincangkan  perbagai  perkara penting seperti krisis radiasi, kebangkitan rakyat,   kegagalan  sistem ekonomi 'kapitalis' sehingga ada negara menjadi muflis,  namun  negara terperangkap dalam politik 'selak kain'.Demikian  kata  Badrulhisham Shahrin atau Cikgu Bard dalam satu kenyataannya bagi  pihak  Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM."Tidak tahu dimana  salahnya ,  adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu  atau  pemain - pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala   'desparado'," kata beliau dalam kenyataannya.Bagi beliau, ketika  dunia  sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan  idea,   Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang   sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat. "Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado'nya politik hingga sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang," katanya. Buku yang terdapat gambar - gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka. Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini di edar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang pos ke rumah, katanya bimbang. "Apa yang ibu atau bapa hendak jawab apabila di asak dengan soalan kenapa begini mengapa begitu selepas anak - anak kecil melihat sendiri buku lucah tersebut....atau lebih parah lagi ada anak yang menyimpan dan meniru perbuatan dalam b uku lucah tersebut.... Mana pergi pemikiran waras orang - orang politik yang bertindak sedemikian rupa ?" kata beliau. Beliau menyalahkan, media tradisi seperti Utusan Malaysia yang menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buliten Utama TV3... "mana pergi nilai kewarasan manusia ? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut." Beliau juga kesal dengan Datuk Seri Nazri Abd Aziz yang sentiasa mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah (selagi tidak bersifat keuntungan kewangan) malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. "Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?" soal Badrul. SAMM, katanya, dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik 'kotor' dan tidak mendidik ini. SAMM mendesak agar pemain - pemain utama politik Malaysia agar kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat. Perdebatan harus dilandaskan dari segi polisi, dasar dan idea. "Negara kini berada ditahap membinbangkan dari terjunnya ke bawah nilai daya saing, rasuah yang makin meningkat dan kos hidup yang main menjerut rakyat....atas semua ini rakyat memerlukan ahli politik yang lebih matang," katanya.Menyerang dari segi politik tidak salah termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tak bernilai seperti politik selak kain, tegas beliau."Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar. Katanya, sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.... namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja."Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli - ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," katanya.  |  
|   SELANGOR KOMITED MENEPATI KONSEP SYARIAH ISLAM DALAM MES Posted: 07 Apr 2011 09:07 PM PDT SHAH ALAM 8 April : Kerajaan  Negeri Selangor komited dalam memastikan setiap pembangunan di negeri  ini menepati konsep syariah yang mengutamakan keadilan kepada semua  rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan status ekonomi. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata konsep  syariah ini akan diterapkan dalam semua program Merakyatkan Ekonomi  Selangor (MES) yang telah diperkenalkan sejak 2008 dan kini telah  memasuki fasa ketiga. Beliau berkata, program-program itu adalah bukti jelas bahawa  kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan  telus dan cekap, selaras dengan tuntutan syariah Islam. "Seluruh jentera Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha memastikan  ketelusan, pertanggungjawaban dan tata-kelola yang baik menjadi prinsip  panduan dalam pentadbiran dan pembangunan negeri," katanya. Menteri Besar berkata demikian ketika merasmikan Seminar Maqasid  Syariah: Pembangunan Ekonomi Selangor kepada pegawai dan kakitangan  kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak di Shah Alam. Maqasid Syariah atau tujuan syariah adalah satu panduan pelaksanaan  mengikut hukum Islam yang menjamin kebaikan kepada semua dan  menghindarkan kemudaratan atau keburukan. Maqasid syariah ini meliputi lima teras utama iaitu pemeliharaan  agama dengan menolak perkara-perkara khurafat, tahyul dan munafik;   pemeliharaan akal dengan cara menambah ilmu dan mengamalkannya;  pemeliharaan manusia dengan mengelak perbuatan mengancam keselamatan  diri sendiri dan orang lain; pemeliharaan keturunan dengan memuliakan  keperibadian dan menjauhi zina, fitnah, pembohongan; pemeliharaan harta  dengan menolak rasuah, dan riba dan judi. Seminar ini bertujuan memberikan satu landasan baru dan skop  pandangan yang lebih luas kepada pegawai dan kakitangan kerajaan  Selangor berkaitan pembangunan ekonomi negeri. Ini bagi memastikan pembangunan di Negeri Selangor berkonsepkan  syariah Islam supaya Selangor terus berkembang pesat, selaras dengan  statusnya sebagai sebuah negeri maju. Pada seminar ini, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH),  Datuk Dr Siddiq Fadhil  menyampaikan syarahan kepada peserta manakala  ucapan penggulungan disampaikan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk  Seri Anwar Ibrahim.  |  
| You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan