Zulkifli Noordin |
Posted: 08 Apr 2011 05:32 AM PDT (Kenyataan media Datuk Shazryl Eskay yang jelas maksudnya) Salam 2 all. Berikut kenyataan media Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dibuat di Hotel Impiana Kuala Lumpur pada Isnin 16 Rabi'ul Akhir 1432 / 21 Mac 2011. Pada teman jelas beliau benar-benar cuba untuk menghadkan isu videoklip tersebut, tetapi malangnya ada "orang" memilih untuk mempolitikkan isu ini. Mike dengar sendirilah kenyataan Datuk Eskay itu yop. Cuma satu saje yang mike semua kena pikior yop. Datuk Shazryl ni kawan baik Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan tu. Mesti ada sebab yang solid kenapa dia memlilih untuk mendedahkan videoklip itu. Beliau punya dua bukti jelas berkaitan videoklip ini: 1. gambar beliau sendiri ada dalam videoklip itu; pastilah beliau, selain amoi tu, yang tahu siapa Jantan-X tersebut; 2. kedua, jam tangan Omega spesial edition tu ada dengan beliau. Beliau telah pun serahkannya kepada Polis. Bagi menguatkan kenyataan beliau, satu "sms" daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu yang meminta beliau menyimpan jam itu masih beliau simpan! Jadi nasihat teman yop, biarlah polis siasat dulu. Anwar sendiri yang meminta pihak polis siasat; dia yang buat repot polis tu. Jadi kita bagi peluang pihak polis siasat. Selepas keputusan siasatan itu diumumkan, barulah kita kaji apa langkah selanjutnya yang boleh diambil. Janganlah cepat sangat nak mengkapiorkan, menerakakan orang yop. Sabor sikit, takut kita yang kedalam nanti yop!!! Cuma yang teman risau satu je yop. Persoalan besarnya, siapa yang merakamkan videoklip tersebut. Jelas ianya bukan Datuk Eskay, sebab kenyataan beliau menyatakan "beliau terjumpa" perakam video itu, bukan beliau yang membuatnya! Yang teman risau, ada pihak ketiga yang merakamnya. Beberapa persoalan yang timbul: 1. Bagaimana mereka yang merakam itu boleh tahu itu bilik yang akan digunakan? Kerana mereka memasang video kamera dalam 4 sudut, dengan wide angle lens. Sudah pasti mereka yang memasangnya sudah bersedia tahu akan berlaku adengan menyudu dalam tu, dan mereka bersiap lengkap dan hampir sempurna! 2. Kalau mereka tahu, maknanya sudah pasti lokasi "penyuduan" itu berlaku sudah beberapa kali digunakan? Kerana nak memasang peralatan canggih macam tu perlukan masa, siap dengan wiring dan lain-lain. 3. Bermakna mereka sudah menghidu dan menjejaki Jantan-X, atau Amoi, atau Datuk Eskay sendiri sebelum daripada itu! 4. Kalau mereka sudah menghidu dan menjejaki Target-X, teman cukup yakin kumpulan yang membuat kerja rakaman ini mempunyai kepakaran dan pembiayaan yang hebat. Cara mereka beroperasi menunjukkan mereka ini memang pakar! 5. Persoalannya, siapa yang mahu menjejaki Jantan-X ini? Apa tujuan mereka? 6. Dan persoalan besar yang bermain dikepala teman yop ialah: pihak risik & keselamatan Australia & Singapura ada membuat lapuran sulit kepada Kerajaan mereka (yang didedahkan oleh Wikileaks) bahawa mereka ada "bukti teknikal (technical evidence)" MEMBUKTIKAN ANWAR terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. Malah Menteri Kanan (mantan PM) Singapura menyatakan risikan Singapura mendapati Anwar termasuk didalam satu perangkap! Persoalannya, adakah pembikinan videoklip itu termasuk dalam maksud "bukti teknikal" dan perangkap yang mereka sebut? 7. Kalau firasat teman diatas itu betul yop, kita berada dalam keadaan yang sangat merbahaya. Keselamatan negara boleh terjejas. Bayangkan kalau ianya betul, dan Bahagian Risikan negara -negara asing ini benar-benar punya "bukti teknikal" yang disebut itu, apa akan jadi kalau Anwar menjadi Perdana Menteri? Negara akan sentiasa dicengkam dan diperas oleh ugutan negara asing. Kita akan sentiasa tunduk dibawah telunjuk negara asing! Dan kita tahu betapa rapatnya kerjasama diantara Singapura & Israel. Ni kerja giler yop!!! Kalau ini benar kerja mereka, kita tidak tahu apa lagi video atau "bukti teknikal" yang mereka ada! Teman berharap sangat teori dan firasat teman ini tidak betul yop. Teman harap yang buat rakaman itu geng amatur aje yop. Sebab kalau betul ianya melibatkan kumpulan risik negara asing, naya kita yop. Adakah mereka punya rakaman atau "bukti teknikal" yang lain! Teman harap pihak Cawangan Khas, Militiray Intelligent, dan Bahagian Keselamatan Negara perlu benar-benar memperhalusi isu ini. Teman cukup risau yop, adakah tangan-tangan ghaib yang bermain dibalik tabir!!! Adakah ini satu "Spygame", yang akan menyebabkan "security of the country is compromised?". Adios amigos, grasias senor. Zulkifli Bin Noordin Jumaat 04 Jamadil Awal 1432 08 April 2011 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan