Jumaat, 12 Julai 2013

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Menguruskan isu setinggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Posted: 12 Jul 2013 09:01 PM PDT

Kuala Lumpur adalah sebuah Bandaraya yang cepat membangun.  Tan Sri Yaakob Latiff adalah arkitek pembangunan Bandaraya ini.  Sebelum Yaakob Latiff mengambil alih sebagai Dato Bandar, Kuala Lumpur ditadbirkan sebagai Bandaraya yang biasa; bahagian-bahagian di Dewan Bandaraya menguruskan perkara biasa, seperti pengursan jalan, api elektrik untuk jalan-jalan, traffic light, round about, pemunggahan sampah, dan mengambil tindakan saman kepada jenis-jenis kesalahan samalah seperti bandar-bandar lain ditadbirkan.

Jabatan-jabatanya hanya ada sedikit, seperti pengurusan, engineering, arkitek, kesihatan dan jabatan-jabatan pengurusan bandar seperti bandar-bandar lain.

Tetapi apabila Dato Bandar mengambil alih Dewan Bandaraya beliau membawa reformasi kepada pembangunan Kuala Lumpur.  Jabatan-jabatan di Dewan Bandaraya ditambah, jabatan-jabatan yang sedia ada diperbesarkan, dan setiap jabatan diberikan semacam otonomi untuk pembangunan Kota Raya ini.

Didalam tempoh yang singkat, Jabatan-Jabatan baru bertambah merangkumi semua keperluan sesuai dengan sebuah pengurusan Ibu Kota dan golongan professional diambil bagi mengendalikan Jabatan-Jabatan itu.

Kalau sebelum ini hanya ada beberapa Jabatan sahaja yang nampak penting seperti engineering, arkitek, kesihatan dan Bendahari.

Kali ini semua Jabatan menjadi penting dan masing-masing Jabatan membangunkan Jabatan masing-masing mengikut keperluan Kuala Lumpur.

Kalau dulu Kuala Lumpur dipenuhi dengan kakitangan Kesihatan yang mengambil alih tugas-tugas membersihkan sampah sarap di Kuala Lumpur dan pekerja-pekerjanya terdiri daripada kakitangan India yang ramai.

Reformasi yang dijalankan oleh Datuk Bandar menjemput kakitangan berbilang kaum dengan tugas-tugas yang mencabar.

Sebagai sebuah pentadbiran badan berkanun, Dewan Bandaraya tidak terikat dengan syarat-syarat employment yang dijalankan di jabatan-jabatan kerajaan.  Ia boleh mengadakan scale gaji tersendiri dan kenaikan pangkat tidak ditentukan semata-mata oleh ijazah tetapi oleh pengalaman, kecekapan dan kemampuan kakitangan.  Kelulusan adalah penting tetapi kemampuan dan kecekapan bekerja juga diutamakan.

Di dalam kepesatan pembangunan yang begitu mendadak, Kuala Lumpur juga menjadi tempat tumpuan manusia dari seluruh negara untuk mencari pekerjaan, dan kehadiran mereka dengan cara yang tidak terancang itu, menjemput sebahagian besar dari tanah-tanah kosong di Kuala Lumpur dijadikan kawasan-kawasan setinggan.

Kebanyakan mereka tidak mampu untuk menyewa rumah-rumah di Kuala Lumpur untuk kediaman, walaupun tidak dinafikan ada juga manusia-manusia yang mengambil kesempatan untuk membina rumah-rumah setinggan untuk disewakan kepada pendatang-pendatang baru dari luar bandar.

Pekerjaan di Kuala Lumpur adalah pelbagai tetapi sebahagian besar dari pendatang-pendatang luar bandar ini bekerja kilang dengan gaji yang tidaklah sebesar mana tetapi melebihi apa yang mereka boleh dapat semasa mereka tinggal di kampung masing-masing.

Pembinaan rumah setinggan ini memang tidak dijalankan dengan baik, kadang-kadang di kawasan rumah setinggan itu tidak ada air dan elektrik, tidak ada jalan yang sempurna; dan jika berlaku sesuatu melapetaka, bantuan dari jenis apa pun sukar sampai ke kawasan-kawasan ini.

Pembinaan rumah-rumah setinggan ini memang sukar dihalang.  Pembinaannya berlaku seperti tumbuhnya cendawan busut, semalam tak ada sekarang dah penuh.  Dan apabila sudah dihuni, amat sukar untuk diambil tindakan.

Dengan pertumbuhan kawasan setinggan yang begitu besar dan intensif menyebabkan pembangunan Kuala Lumpur terhalang, kawasan-kawasan yang boleh dijadikan kawasan pembangunan sudah digunakan oleh setinggan-setinggan.

Unit Penguatkuasa DBKL sentiasa bertindak merobohkan rumah-rumah setinggan tetapi tidak sepadan dengan kepesatan pembinaan rumah-rumah itu.

Dato Bandar mengangkat saya mengetuai operasi merobohkan rumah-rumah setinggan ini.  Saya amat berat hati untuk menerima tugas ini tetapi jika saya tidak menerimanya maka saya terpaksalah berhenti kerja, sedangkan kerja sebagai Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya dan merangkap Superintendent Traffic Warden bergaji RM3750.00 adalah besar bagi saya.  Gaji itu sebenarnya sudah sampai ke ceiling, dan saya tidak akan naik gaji lagi melainkan satu jawatan baru dipangku oleh saya.  Ketua-Ketua Jabatan yang lain pun mempunyai gaji seperti itu juga.

Saya terimalah tugas yang tidak selesa  ini.  Kenapa tidak selesa?  Ingat mudah ke mahu merobohkan rumah-rumah orang sedang penghuni rumah-rumah itu adalah orang-orang miskin yang datang dari kampung-kampung.  Terasa sangat perbuatan itu menzalimi orang ramai.

Suka tak suka, saya laksanakan tugas itu.  Target saya adalah meruntuhkan rumah-rumah setinggan yang baru dibina.  Yang lama dikekalkan.  Berpuluh rumah setinggan yang saya robohkan setiap hari.  Tetapi esuknya rumah-rumah setinggan baru dinaikkan semula di kawasan itu dibina pada waktu malam.

Suatu kejadian yang merubah tindakan saya ialah semasa saya merobohkan sebuah rumah setinggan di kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai Pandan Perdana.

Setelah rantai besi diikatkan kepada 4 tiang rumah setinggan itu dan 4 mesin digunakan menarik serentak.
Apabila rumah itu menyembah bumi tiba-tiba berlari menuju kepada saya ibu, ayah, anak-anak merebahkan diri dikaki saya, menangis meraung-raung.  Saya tidak tahan melihat ini.  Dan saya serta merta mengarahkan Unit Penguatkuasa saya supaya menaikkan semula rumah itu.  Apa-apa keperluan dapur yang sudah rosak, seperti pinggan-mangkuk yang pecah, saya belikan sebagai ganti.  Dan untuk makan minum keluarga itu untuk tengah hari itu saya belikan makanan.  Dan saya bertekad untuk tidak lagi merobohkan rumah-rumah setinggan; saya pertaruhkan jawatan saya, biarlah saya berhenti kerja dari menjalankan kerja yang saya sendiri anggap sebagai zalim.

Setelah selesai kerja-kerja membina semula rumah itu dan pembelian barang-barang keperluan keluarga itu, saya terus pergi ke Pejabat Dato Bandar.  Saya berjumpa dengan Dato Bandar dan memberitahu beliau bahawa saya tidak lagi sanggup menjalankan kerja merobohkan rumah setinggan.  Dato Bandar kelihatan marah dengan mengatakan bahawa, "Jika kamu tak sanggup, tak ada jalan lain tetapi kamu terpaksa diberhentikan dari perkhidmatan DBKL."

Saya sudah bersedia untuk meletak jawatan atau diberhentikan dari perkhidmatan DBKL.  Tetapi Datuk Bandar memberitahu saya, "Suhaimi, you have a good record with us, and I want you to take over the administration of this Organisation when En Zainul goes back to government job."

Saya terus memberitahu Datuk Bandar bahawa jika saya terpaksa melakukan juga kerja merobohkan rumah-rumah setinggan, saya akan meletakkan jawatan saya, dan saya tidak sedar pada waktu itu saya mengalirkan airmata saya.  Saya tengok Datuk Bandar pun menarik muka yang sedih.

"Alright Suhaimi, I give you one month, apa yang kamu boleh buat untuk mengatasi masalah setinggan di Kuala Lumpur ni.  Selepas sebulan kamu kena bawa ke Heads Meeting, bentangkan kertas kerja kamu, jika Ketua-Ketua Jabatan lain bersetuju dengan pandangan kamu, Pentadbiran ini akan melaksanakan pandangan kamu, dan jika tidak kamu terpaksalah berhenti dari Pentadbiran ini," kata Datuk Bandar.

Ini adalah satu tall order.  Semua pegawai-pegawai lain yang gagal sebelum ini tidak pula dikenakan syarat begini dan tidak pula kena berhenti kerja.  Tetapi tak apa.  Ini mungkin menjadi satu cabaran yang besar kepada saya dan saya yakin jika saya berjaya bukan sahaja saya boleh menyelematkan setinggan-setinggan itu bahkan nama harum Kuala Lumpur dapat ditebus.

Saya memberhentikan semua kerja-kerja lain tetapi di dalam masa satu bulan itu memusatkan tumpuan saya bagaimana mahu mengatasi masalah setinggan di DBKL.

Semua kakitangan di Jabatan saya diarahkan oleh saya buat kerja ini.  Semua anggota-anggota unit penguatkuasa yang diletakkan dibawah saya didalam kerja perobohan ini saya ambil untuk melaksanakan tugas-tugas yang akan saya arahkan.

Tugas ini saya bahagikan kepada beberapa peringkat.  Peringkat pertama ialah untuk membuat survey kawasan-kawasan yang dipenuhi oleh rumah-rumah setinggan.  Peringkat yang kedua menentukan kawasan-kawasan yang sesuai untuk dibangunkan dengan rumah-rumah flat dan di sana terdapat rumah-rumah setinggan.

Peringkat ketiga saya mahu tentukan kemudahan-kemudahan yang ada di kawasan rumah-rumah setinggan ini.

Setelah survey ini berjalan dalam tempoh 3 minggu, saya sudah bersedia untuk menyediakan satu kertas kerja.  Didalam kertas kerja saya itu saya mencadangkan supaya di semua kawasan rumah setinggan ini dimasukkan kemudahan-kemudan seperti bekalan air, elektrik dan jalan, sagar setinggan-setinggan itu dapat hidup lebih selesa sesuai dengan kehidupan orang di bandar.

Kawasan-kawasan yang masih kosong, saya cadangkan supaya dibinakan rumah-rumah panjang untuk menempatkan hingga 800 orang setinggan.  Setinggan-setinggan yang mendiami kawasan yang diear-markedkan untuk pembinaan flat-flat dipindahkan ke rumah-rumah panjang itu, dan rumah-rumah setinggan di kawasan itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada rumah-rumah flat.  Apabila rumah-rumah flat itu siap, maka dipindahkan penghuni-penghuni rumah panjang ke flat-flat itu dengan syarat mereka membayar sewa-beli RM50.00 sebulan, satu jumlah yang memang mereka sanggup membayarnya; dan rumah panjang itu mengambil penghuni baru.

Beberapa kawasan telah dibina rumah panjang untuk pemindahan setinggan-setinggan dan proses perpindahan ini telah berjaya mengatasi setinggan-setinggan.

Cadangan saya itu mendapat reaksi yang berbeza dari kalangan Ketua-Ketua Jabatan.  Ada yang bersetuju dan ada yang tidak.  Tetapi Datuk Bandar mengambil tindakan yang sangat tegas.  Dia mencabar mana-mana Ketua Jabatan yang tidak setuju mengemukakan cadangan lain untuk dilaksanakan.  Tidak ada sesiapa yang berani menerima cabaran Datuk Bandar itu, tetapi mereka menentang kerana mereka kurang berkenan kerana cadangan ini datangnya dari saya.  Ada diantara Ketua-Ketua Jabatan itu sudah melahirkan beberapa sikap cemburu kepada saya kerana semua arahan berat dari Datuk Bandar telah dapat saya jayakan.

Mulai dari saat itu, DBKL melaksanakan cadangan itu dan hinggalah kini, kita dapati bahawa DBKL dapat membersihkan kawasan setinggan di kawasannya dan di serta-rata Kuala Lumpur terpacak rumah-rumah flat yang didiami dengan cara sewa-beli.  Alangkah teraturnya pembangunan DBKL dan tidak lagi dikelamkabutkan dengan rumah-rumah setinggan.

(...Kisah di DBKL akan saya ceritakan di dalam lambaran yang lain..)

(...Bersambung...)

Melebarkan Jalan Ipoh berhadapan dengan gangster

Posted: 12 Jul 2013 01:21 PM PDT

(Sebelum saya melakarkan kisah ini, saya mahu mengambil peluang untuk berpesan kepada isteri, anak-anak, menantu dan cucu-cucu saya, saya baru kembali dari masjid untuk solat Jumaat, dan rasanya tidak ada pesanan yang lebih afdhal daripada menyuruh keluarga saya khususnya anak-anak, menantu dan cucu saya mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam, dan apabila saya dan ibu kamu sudah tiada, kamu hendaklah sentiasa berdoa untuk roh Abah dan Emak, sempurnakanlah pesanan Abah ini).
========================================================================
MELEBARKAN JALAN IPOH

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diperuntukkan dengan peruntukan yang besar untuk melebarkan jalan-jalan di Kuala Lumpur, dan memang sudah amat perlu agar dibina viaduct (jambatan-jambatan khususnya di kawasan-kawasan simpang-simpang yang sesak kerana Traffic Light tidak lagi dapat menampung keperluan lalulintas di Kuala Lumpur, bahkan round-about menjadi sistem jalanraya yang sudah usang yang kadang-kadang menjadi sebab kepada jam yang tenat di Kuala Lumpur.

Tugas yang sudah selesai adalah mengujudkan Unit Terkandas dan Unit Traffic Warden, dan tugas yang lebih besar yang memerlukan peruntukan yang besar adalah untuk melebarkan jalan dan membina viaduct.  Aliran Traffic Light di mana masih diperlukan hendaklah mengurangkan kereta-kereta dari masuk ke Kuala Lumpur dan mempercepatakan aliran menghala keluar daripada Bandaraya.

Tugas yang seterusnya ialah untuk mengadakan Hov dan Lov, High Occupancy Vehicles dan Low Occupancy Vehicles (dan bahagian ini diserahkan kepada Bahagian engineering DBKL), dan bagaimana pun, kami membuat lawatan ke Bandaraya Singapura untuk mengkaji pengalaman dan tindakan Bandaraya itu bagaimana mahu mengurangkan kesesakan traffic di Pulau itu.

Kami kembali ke Kuala Lumpur dengan idea melaksanakan HOV dan LOV.  Mana-mana kenderaan yang membawa minima 4 penumpang boleh memasuki Kuala Lumpur dengan percuma tetapi kenderaan yang membawa kurang dari jumlah penumpang itu terpaksa membayar tol apatah lagi kalau kenderaan itu hanya digunakan oleh seorang sahaja umpamanya pemandunya sahaja.

Sistem jalanraya di Kuala Lumpur juga perlu mengambil kira mengenai pelaksanaan sistem HOV dan LOV ini.  Untuk mengelakkan kenderaan-kenderaan yang tak perlu masuk ke dalam Bandaraya, jalan-jalan perkeliling perlu diperkemaskan.  Umpamanya, kenderaan dari Ipoh yang perlu pergi ke Seremban, tidak perlu masuk ke Bandaraya tetapi mengikuti jalan Pekeliling.  Kenderaan dari Pantai Timur yang perlu pergi ke Shah Alam atau Kelang atau Seremban tidak perlu masuk ke Bandaraya tetapi mengikuti jalan pekeliling.

Dari segi dasar, telah dipersetujukan bahawa di pintu-pintu masuk ke Kuala Lumpur akan didirikan kompleks parkir yang cukup besar dan luas supaya semua kenderaan dari luar tidak perlu masuk ke Bandaraya tetapi hendaklah parkir kenderaan masing-masing di kompleks parkir ini.  Maka akan ada kompleks ini di suatu kawasan dari Ipoh, dari Pahang, dari Kelang dan dari Seremban.  Dari kempleks-kompleks ini, orang ramai hendaklah menggunakan public transport untuk memferikan mereka ke Bandaraya; maka dipersetujukan agar public transport itu hendaklah efficient, mampu membawa penumpang-penumpang ke Bandaraya; dan mana-mana kenderaan yang perlu juga masuk ke Bandaraya hendaklah dikenakan TOL yang tinggi.

Kesemua itu tidak dilaksanakan.  Tidak ada kompleks parkir dibina, tidak ada efficient public transport.  Yang ada hanyalah TOL.  Rupa-rupanya Kerajaan hanya mahu kutip wang daripada pemilik-pemilik kenderaan dan Kuala Lumpur akan tetap menjadi sebuah bandaraya yang penuh sesak dengan kenderaan-kenderaan.  Lantaklah, kerana kita ada kerajaan yang hanya berminat mendapatkan duit tapi tak berminat nak mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.

Untuk peruntukan besar bagi melebarkan jalan, menukarkan traffic system supaya lebih banyak jalan sehala, dan membina viaduct, DBKL diarahkan supaya diadakan unit kenderaan terkandas dan unit traffic warden.

Traffic Warden memerlukan AP, iaitu kebenaran untuk Auxiliary Police atau Polis Tambahan.  Untuk itu Kementerian Dalam Negeri yang pada waktu itu dibawah jagaan Tan Sri Ghazali Shafei, telah menjemput DBKL, Polis Negara dan juga Polis Kuala Lumpur untuk bermesyuarat bagi membolehkan AP diberikan kepada Unit Traffik Warden.

Tan Sri Yaakub Latiff, Datuk Bandar, telah meminta saya mewakili DBKL walaupun saya tidak senang kerana saya sangat kenal dengan perangai Tan Sri Ghazali.  Beliau tidak akan suka pegawai rendah hadir di mesyuarat di Kementeriannya sedangkan wakil-wakil dari Jabatan lain dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Tinggi.  Walaupun saya sudah sampai awal di Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali tidak memanggil mesyuarat itu to order kerana dia masih mahukan Datuk Bandar sendiri hadir.  Saya talipon kepada Datuk Bandar tetapi dia mengatakan bahawa sayalah orang yang patut berunding kerana Unit Traffic Warden itu berada dibawah jagaan saya.

Mesyuarat itu dibatalkan oleh Tan Sri Ghazali dengan pesanan kesat kepada Datuk Bandar.  Saya kembali ke DBKL menyampai pesanan kesat Tan Sri Ghazali.  Datuk Bandar betul-betul marah dan dia berkata, "Puki Mak dan celaka Ghazali ni, dia ingat dia besar sangat?"  Datuk Bandar terus menalipon kepada Tun Razak dengan aduannya.  Tun Razak terus memberikan kebenaran untuk AP kepada Unit Traffic Warden kerana pinjaman Bank Dunia itu tergantung jika salah satu daripada keperluan Bank itu tidak dipatuhi.  Tak hendaklah saya mengatakan, Padan Muka Tan Sri Ghazali, tetapi saya berasa puas hati.

Di suatu seksyen di Jalan Ipoh ada beberapa buah kedai yang terjuntai memakan jalan menyebabkan jalan itu sempit di kawasan itu dan sentiasa berlaku kesesakan lalulintas yang melampau-lampau.  Sudah 10 tahun DBKL menghantar notis supaya pemilik-pemilik kedai itu mengosongkan kedai masing-masing, dengan janji dari DBKL bahawa bayaran compensation yang agak besar akan diberikan dan tanah bagi tapak kedai itu akan dibesarkan menghala ke sebelah belakang, dan pemilik-pemilik akan mendapat kawasan kedai yang lebih besar.

Tetapi pemilik-pemilik itu enggan menerima tawaran dari Datuk Bandar.  Saya dipanggil oleh Datuk Bandar untuk menguruskan isu yang sensitif ini.  Saya menghantar sekali lagi Notis yang diperlukan dengan tawaran compensation dan di samping itu pemilik-pemilik kedai itu akan diberikan rumah-rumah flat untuk perpindahan sementara sehingga kedai-kedai mereka dapat dibina semula.

Setelah tamat notis itu tiada sebarang respon dari pemilik-pemilik kedai.  Dan saya cukup tidak selesa kerana ada parti-parti didalam Barisan Nasional yang memihak kepada pekedai-pekedai itu.  Dan saya sendiri mendapat berbagai ugutan, dan ugutan-ugutan seperti inilah yang menyebabkan perobohan kedai-kedai itu sudah tertangguh selama 10 tahun.

Saya berjumpa Datuk Bandar dan meminta jaminan daripadanya agar saya diberikan perlindungan keselamatan, dan beliau tidak akan menarik diri jika parti-parti didalam BN menentang akan tindakan DBKL.  Memang Datuk Bandar memberikan jaminan itu dan beliau sendiri telah menalipon kepada Polis agar pegawai-pegawai DBKL diberikan perlindungan keselamatan.

Saya memanggil satu mesyuarat besar iaitu dari Jabatan LLN, JKR yang pada masa itu mengendalikan air, Polis dan Unit Penguatkuasa DBKL.  Saya telah letakkan jadual-jadual tindakan akan diambil.

Mula-mula pihak LLN mengambil tindakan dengan memutuskan semua sambungan elektrik ke bangunan-bangunan kedai itu.  Pemilik-pemilik kedai itu masih berdegil.  Kemudian bekalan air diputuskan.  Mereka masih juga berdegil.

Kemudian, Unit Penguatkuasa DBKL meruntuhkan sebelah dapur kedai-kedai itu.  Sampai ke peringkat ini, barulah pemilik-pemilik kedai datang bertemu saya dan membincangkan isu gantirugi, isu perpindahan sementara, dan isu geran baru yang membesarkan kawasan kedai mereka.

Setelah penyelesaian dapat dicarikan, maka bangunan kedai-kedai itu dirobohkan, kerja-kerja ini dibuat dengan cepat supaya Jalan Ipoh di kawasan itu dapat dilebarkan dan supaya kedai-kedai baru dapat dibina.

Persetujuan dengan pemilik-pemilik kedai itu adalah supaya kedai-kedai itu melalui bayaran gantirugi, dapat dibina dalam tempoh 4 tahun untuk mendnapat developement order dan lain-lain keperluan undang-undang.  Tetapi akhirnya bangunan itu dapat dibina jauh lebih singkat dan pemilik-pemilik kedai itu dapat berniaga dengan selesa semula.

Isu yang timbul selepas itu ialah isu setinggan dibeberapa buah kampung sekitar Kuala Lumpur.  Dan saya akan ceritakan masalah ini didalam lambaran yang lain.

(...bersambung...)  

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Promosi Arak sempena Ramadan dan Idil Fitri

Posted: 11 Jul 2013 05:09 PM PDT





Apa tindakan KPDNKK, JAKIM, Jabatan Agama dan media? Kempen 'Jualan Murah' Minuman Keras Sempena Ramadan? SAYA menulis kepada pihak tuan untuk memaklumkan bahawa masih terdapat pihak peniaga yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam apabila mengiklankan kempen jualan murah produk barangan mereka sempena bulan Ramadan dan juga menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

Saya berkata demikian kerana saya masih melihat terdapatnya pasar raya besar yang turut mengiklankan "jualan murah" beberapa jenama minuman keras di bawah 'banner' sempena bulan Ramadan dan Hari Raya.

Ada baiknya juga jika pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan mengambil inisiatif dengan mengadakan peringatan dan kempen mereka sendiri kepada para pekedai dan pengusaha pasar raya agar tidak melakukan kesilapan yang serupa berhubung perkara di atas.

MUHAIMIN ABDUL RAHMAN NAZRI
11 Julai 2013

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


南阳商报:拉湾古打30日开跑 村长选举采点墨制

Posted: 11 Jul 2013 10:55 PM PDT

务边18日讯 人民公正党6月30日在拉湾古打展开村长选举,不只将仿效大马选举委员会采用点墨制度,同时会采用更先进的不褪色墨汁,慎防重复投票。 迪查区候任州议员郑立慷向《南洋商报》透露,该党将从国外引进100瓶不褪色墨汁,以便更有公信力地举行拉湾古打村长选举。 投票后才点墨 他说,所使用不褪色墨汁的硝酸银(silvernitrate)成分高达5%,比选举委员会在大选期间所使用的1%还高,更有公信力,而且是在投票后才点上不褪色墨汁,不必担心会弄脏选票。 郑立慷表示,他们将采用电脑程序为选民登记,村民投票时登记了姓名,就不能二度投票,加上在投票后会为选民点上不褪色墨汁,万无一失,肯定不会出现重复投票现象。 他表示,村长选票内将有候选人的照片及中英文名字,方便选民确认。 邀公民团体监督 他将邀请公民团体前来监督选举,他也欢迎任何有兴趣的公民团体前来监督。 他表示,身为选委会,他们将为候选人举办一场发表会,让候选人介绍自己,但不会强制要求候选人参加。 非村民可参选 已有6人索取竞选表格 郑立慷说,为了推动民选村长,公正党成立了民主基金,民选村长每个月可获400令吉,目前已有一人捐出1万令吉,他希望社会人士多多支持民主基金。 他指出,迄今已有6人索取竞选表格,他呼吁更多人出来参选;他也欢迎马华的党员参选,只要是18岁以上,无须是拉湾古打村民,只需获得两个村民的提名即可。 任何有兴趣参选的人士,可以到拉湾古打公正党支部、务边服务中心以及旺点茶餐室索取表格,同时也接受当场索取表格。 他说,只要有心为新村服务,就可以竞选,不过也有些人会认为只有道地村民才了解村内的问题,这将交由村民投票决定。 他表示,只要满18岁,是拉湾古打新村、拉湾古打重组村以及荣丰园的村民就有资格投票,只要他们的身分证地址内含有"拉湾古打"的字眼即可。 他说,由于他们允许18岁以上的年轻人投票,而这是不在选名册内的,所以他无法预算会有多少人出来投票,但对他而言,投票率并不重要。 "我们提供一个平台让村民选择,不投票也是民主的权利,投票率就算低,也不意味不能恢复第三票,正如全国大选的投票率没有达致多少巴仙,也不会被废除。" 他指出,这是该党自掏腰包和自动发起的民选村长选举,以在能力范围内落实地方政府选举的竞选宣言。 "我们举办村长选举,是为了要有民意基础,不要委任制,落实民主第三票,为推动民主化而努力。" 郑立慷:不受承认应归咎政府 郑立慷表示,选出村长后,他们将会向州政府和中央政府提呈名字,要求他们承认民选村长,不过若政府可以自动委任他们的民选村长,那是最好的做法。 他认为,若政府对民主有担当,应主动联络他们,与他们配合一起举办地方选举。 他说,民选的村长若不受承认,非能掌控的事情,也不是他们的责任,因为这是政府的责任。 他表示,若政府认为由公正党来举办不妥,该党愿意交由选委会进行。 恐出现双重村长———拉湾古打新村发展及治安委员会前署理主席●郭焕容 我不会出来投票,我认为这场选举没有用,一切都是假象。 他们只是预先霸着位子,若马华恢复官职,就会出现双重村长。 公正党自导自演———拉湾古打新村发展及治安委员会前主席●邓富华 我从2009年受政府委任到今年,任期在今年5月31日届满,所以我无需呈交辞职信,暂时停止服务。 我认为村长选举是公正党自导自演的,与我们无关,我们等着看他们如何做到公正和廉洁的选举。 拉湾古打新村内有整万人,他们要如何举行选举?而且选出来的村长根本没有权力,不受政府承认。 我认为他们应该向房政部提名,然后交由该部门委任才是正确的做法。 希望恢复第三票——村民●蔡联发 我会出来投票,我认为这是很好的。 以前地方政府选举时我尚年轻,我们现在要恢复第三票。 助处理公共议题——村民●张励新 我不排斥投票,5月5日大选后,我们出现了前所未有的局面,就是马华不当官,大家都要学习如何处理,而公共议题一定要有人负责,所以我是乐观其成该场村长选举。 我爸爸是最后一任民选村长,现在已80多岁了,当时的氛围不同,村长要管很多事情,当时被称为地方议会。 地方政府选举是本来就有的选举,举办民选选举只不过是恢复我们本来就拥有的制度,如果是有实际需要,选举就没有问题,但若是为了政治操作就可免则免。

Khamis, 11 Julai 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Bas Komuniti Di Bandaraya, Pekan Besar Selangor

Posted: 11 Jul 2013 03:00 AM PDT

SHAH ALAM : Penduduk di lapan kawasan Selangor termasuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkhidmatan bas komuniti tidak lama lagi.

Perkhidmatan bas komuniti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat penduduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya.

Usaha tersebut sedang dirancang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi mengalakkan penduduk mengguna pengangkutan awam.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu kertas cadangan daripada PBT bagi melaksanakan perancangan itu dalam masa terdekat.

"Semua ini akan dirancang dengan rapi sebelum kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakannya di majlis perbandaran dan bandaraya yang mempunyai kedudukan kewangan yang selesa.

"Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah memulakan namun perlu diberi publisiti yang lebih meluas dan juga penambahbaikan.

"Sementara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam sudah mendapatkan penajaan daripada pihak swasta tetapi butir-butir keseluruhannya masih belum diperolehi," kata beliau ketika ditemui selepas sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad, perkhidmatan di Shah Alam dijangkakan bermula tahun ini setelah mendapat sumbangan daripada badan korporat.

"Cadangan laluan bas komuniti ini akan melalui kawasan yang padat penduduk dan khususnya para pelajar, pekerja kilang seperti di seksyen 2, 18, 17, 19, 24."

Manakala Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya Zainun Zakaria berkata perkhidmatan bas komuniti Petaling Jaya yang dilancarkan pada Ogos 2008 masih berjalan seperti biasa tiga kali sehari.

"Ianya masih beroperasi seperti biasa iaitu melakukan perjalanan tiga kali di kawasan Petaling Jaya Utara (PJU) dan Petaling Jaya Selatan (PJS)."

Perjalanan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum.

Di PJU, bas itu melalui kompleks MBPJ, pasaraya Tesco, The Curve, Ikano, balai polis seksyen 6, balai polis Dataran Sunway dan Jabatan Pendaftaran di seksyen 8.

Di PJS, antara kawasan yang menjadi laluan bas itu ialah Jalan Sultan, Jalan Selangor, Flat Petaling Utama, Taman Medan, Desa Mentari, Flat Kampung Lindungan, Flat Taman Desa Ria, Jalan Othman dan Amcorp Mall.

Sumber: Selangorku

Menyampaikan Piala Kepada Pelajar Sukan Terbaik SJKT Midlands

Posted: 08 Jul 2013 03:00 AM PDT


Selangor Juara SUKMA XVI

Posted: 07 Jul 2013 07:00 PM PDT

Selangor berjaya muncul juara Sukan Malaysia XVI yang melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan meraih sebanyak 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa.


Menghadiri Majlis Sambutan Ramadan

Posted: 07 Jul 2013 02:30 AM PDT

Bukit Badak, 7 Januari 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menghadiri majlis jamuan makan sempena sambutan Ramadan di Kampung Bukit Badak.

Hadir bersama adalah Ketu Ranting PKR, Encik Hussin Samuri.


Penyampaian Hamper Ramadan di Kg Jawa

Posted: 07 Jul 2013 02:00 AM PDT

Kampung Jawa, 7 Julai 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah menyampaikan sumbangan hamper makanan kepada penduduk berpendapatan rendah di Kampung Jawa.

Program tersebut telah diadakan di Dewan JKKK Kampung Jawa. Hadir bersama adalah Ketua Kampung, Tuan Haji ismail.


Kelas Menjahit Manik Kelima DUN Seri Andalas

Posted: 07 Jul 2013 02:00 AM PDT

Taman Sentosa, Klang, 7 Julai 2013 - Kelas menjahit manik yang kelima di DUN Seri Andalas telah diadakan pada hari ini. 

Kelas ini diadakan untuk wanita dan ibu tunggal dari golongan berpendapatan rendah di DUN Seri Andalas untuk membantu mereka mempelajari kemahiran yang dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga mereka.

Pada akhir kelas, YB Dr Xavier Jayakumar telah menyerahkan sijil tamat kelas kepada kesemua peserta.











Melawat Pesakit Angin Ahmar di Taman Kandis Permai

Posted: 07 Jul 2013 12:30 AM PDT

Taman Kandis Permai, 7 Julai 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar membuat lawatan ke rumah Encik Redzuan yang di serang angin ahmar di Taman Kandis Permai. Hadir bersama beliau adalah Encik Faisal, setiausaha surau As Shuhadak.


Program Gotong-royong di Surau Taman Kandis Permai

Posted: 07 Jul 2013 12:00 AM PDT

Taman Kandis Permai, 7 Julai 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini turun padang bersama para penduduk di Taman Kandis Permai untuk bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong di surau As-Shuhada.

Bersama Pengerusi surau Hj Musa dan Setiausaha surau En Faisal



Menghadiri Hari Keluarga Taman Sentosa Zon B

Posted: 06 Jul 2013 11:00 PM PDT

Taman Sentosa, Klang, 7 Julai 2013 - Rukun Tetangga Taman Sentosa Zon B telah mengadakan Hari keluarga pada hari ini di Pusat KRT Taman Sentosa Zon B pada hari ini.

Berbagai-bagai aktiviti yang disertai para penduduk telah diadakan pada program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1 tengahari itu.

YB Dr Xavier Jayakumar telah hadir pada program tersebut, beramah mesra bersama-sama para penduduk dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang aktiviti yang dianjurkan.





Kelas Membuat Kek Cawan Untuk Wanita DUN Seri Andalas

Posted: 06 Jul 2013 07:00 AM PDT

Taman Sentosa, Klang, 6 Julai 2013 - Kelas membuat kek cawan telah dimulakan pada hari ini. 

Kelas ini bertujuan memberi kemahiran kepada para wanita dan ibu tunggal yang berpendapatan rendah untuk mempelajari cara-cara menghasilkan kek cawan dan pelbagai jenis kek dan roti pada masa akan datang.

Dengan adanya kemahiran ini, para wanita dan ibu tunggal yang menyertai kelas ini diharapkan dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka untuk menampung kehidupan.


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


AKTIF MEMBELA KAKITANGAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Posted: 11 Jul 2013 08:34 PM PDT

Setelah beberapa bulan saya bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, wakil-wakil dari Persatuan Kebajikan Kakitangan Melayu Dewan Bandaraya telah datang menemui saya dan meminta saya memimpin Persatuan itu.  Setakat hari itu belum adalah lagi pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya mahu terlibat dengan badan tersebut kerana keanggotaan badan itu hanyalah terdiri daripada kakitangan biasa dan buruh-buruh kasar.

Badan ini bukan kesatuan sekerja, tetapi ia adalah sebuah badan yang menjaga kebajikan kakitangan.  Ia membantu jika berlaku kemalangan kepada kakitangan.  Ia juga memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak kakitangan yang berjaya didalam pendidikan seumpama apabila anak-anak kakitangan berjaya memasuki persekolahan tinggi.  Persatuan ini cukup aktif memberikan kebajikan kepada ahli-ahlinya, dan hampir keseluruhan kakitangan Melayu (bukan pegawai-pegawai kanan) menjadi ahli kepada Persatuan ini.

Saya diberitahu akan kedudukan Persatuan itu, Jawatankuasanya, dan kedudukan kewangannya. Saya diminta oleh Jawatankuasa yang menemui saya itu menjadi ahli Persatuan dan didalam beberapa bulan lagi apabila Mesyuarat Agung Tahunan itu berlangsung saya diminta bertanding jawatan Presidennya.

Presiden kepada Persatuan itu yang sedia ada bersedia memberikan laluan kepada saya.  Maka menjadilah saya ahli kepada Persatuan itu dan semasa pemilihan Presidennya, saya menang tanpa bertanding.  Didalam mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan selepas itu saya melantik jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk bertanggungjawab di dalam bidang-bidang yang menjadi sasaran tugas persatuan seperti Setiausaha Kebajikan, Setiausaha Pendidikan dan Setiausaha Kewangan.  Kami juga mengusahakan bantuan-bantuan pendidikan dan biasiswa dari badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk anak-anak Persatuan ini.

Kewangan Persatuan itu amatlah kukuh kerana setiap ahli membuat caruman bulan secara otomatik dengan masing-masing memotong daripada gaji mereka sebanyak RM5.00 sebulan.  Kalau saya tidak silap, keahlian Persatuan itu semasa saya mengambil alih tidak kurang dari 1500 orang.

Di hujung tahun kami akan menyenaraikan nama-nama pelajar dari kalangan anak-anak kakitatangan itu yang akan diberikan bantuan.  Bermacam bantuan yang kami berikan dari segi kemudahan buku, alat tulis, dan bantuan kewangan.  Kami juga mengadakan Majlis Makan Malam dengan setiap seorang mencarumkan RM5.00 supaya Majlis itu tidak menggunakan wang persatuan.

Saya sempat hampir 3 tahun menjadi Presiden Persatuan itu sehinggalah saya menamatkan khidmat saya dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Dan setelah saya tidak lagi berkhidmat dengan DBKL, saya dengar ramai pulak pegawai-pegawai kanan yang berentap untuk memimpin Persatuan itu.  Baguslah.  Saya yakin Persatuan itu masih ujud hingga ke hari ini.

Didalam semasa saya berkhidmat itu, Persatuan Kebajikan Kakitangan India DBKL melantik saya sebagai Penasihat Persatuan mereka.  Persatuan itu juga bertegak seumpama Persatuan Kebajikan Kakitangan Melayu DBKL dan juga berjaya memberikan khidmat kebajikan kepada ahli-ahlinya.

Di peringkat Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur saya dipilih sebagai Presiden, tetapi badan ini lebih eksklusif, almaklum, sebuah badan untuk pegawai-pegawai sahaja.  Namun begitu, Persatuan ini diterima seolah-olah sebagai Kesatuan Sekerja (walaupun bukan) dan diterima sebagai salah satu badan di DBKL seperti Kesatuan-Kesatuan Sekerja yang lain seumpama IMG (Kesatuan Sekerja yang mewakili kakitangan biasa dan buruh kasar, ANULAE (kesatuan sekerja untuk pengkeranian), Kesatuan Bomba Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dan di dalam Badan Bersama yang diujudkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya selaku mewakili badan-badan kesatuan sekerja yang diiktiraf dilantik sebagai Pengerusi Bersama seiring Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Maka pada masa itu berlaku mogok di semua setesyen Bomba di bawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan saya telah dilantik oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba itu untuk berunding dengan Dewan Bandaraya.  Tuntutan mereka ialah penambahan gaji dan elaun gelap.  Saya bersama-sama wakil-wakil dari Bomba dijadualkan untuk bertemu dengan Datuk Bandar.  Tetapi Datuk Bandar mempunyai perancangannya tersendiri.  Dia melantik saya sebagai Pegawai yang bertanggungjawab untuk mewakili Dewan Bandaraya berunding dengan Bomba.

Semasa itu Dewan Bandaraya adalah badan yang bebas dari Kerajaan.  Dewan itu boleh mengadakan sistem penggajiannya sendiri, dan oleh kerana itu, seseorang yang berkelulusan SPM, tetapi menunjukkan prestasi kerja yang baik, boleh menjadi pegawai.  Gaji-gaji di Dewan Bandaraya pula tidak terikat dengan gaji Kerajaan.

Saya mengambil peluang ini untuk merundi ngkan supaya Bomba dapat menerima tangga kenaikan gaji dan elaun-elaun yang munasabah dan diterima oleh Bomba.  Tangga gaji dan kenaikan gaji itu adalah jauh lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh kerajaan untuk Bomba seluruh negara.

Apabila saya bentangkan kepada Datuk Bandar, beliau menerimanya dengan senang hati, dan mogok di setesyen-setesyen Bomba diberhentikan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Perjanjian dengan Kerajaan Pusat dan Bank Dunia telah diperuntukkan sejumlah kewangan yang besar untuk memperbaiki sistem traffik di Kuala Lumpur.  Syarat yang dikenakan ialah tindakan cepat dan tegas keatas kenderaan-kenderaan yang rosak di atas jalanraya.

Saya dilantik oleh Datuk Bandar untuk mengujudkan Unit Kenderaan Terkandas.  Saya bahagikan Kuala Lumpur kepada empat zon, tujuan zon itu ialah supaya setiap zon dikendalikan oleh seorang kontraktor yang berwibawa yang boleh mengeluarkan kenderaan-kenderaan terkandas di jalan-jalan raya.  DBKL telah menetapkan bayaran penarikan kereta-kereta terkandas dan semua kereta-kereta yang terkandas itu ditarik ke depo DBKL di Jalan San Peng; DBKL sendiri tidak mengeluarkan sebarang belanja untuk kontraktor berkenaan kerana upah tarik yang dibayar oleh pemilik-pemilik kereta itu sudah menjadi pendapatan lumayan kepada kontraktor itu.  Lain-lain khidmat menarik kereta dari kontraktor-kontraktor yang bukan dilantik oleh DBKL tidak dibenarkan semata-mata.

Sebagai sebuah bandar besar akan mendatangkan kesesakan jalanraya apabila kenderaan-kenderaan meletakkan parkir kenderaan mereka tidak di tempat yang dikhaskan walaupun memparkir untuk seketika.

Datuk Bandar telah melantik saya menjadi Superintendent Warden Traffic untuk DBKL bagi mengatas masaalah parkir di Kuala Lumpur.  Saya diberikan kuasa untuk memilih 50 orang daripada kalangan kakitangan DBKL dari mana-mana Jabatannya untuk dijadikan warden traffik ini.  Saya diminta mengujudkan didalam tempoh 6 bulan satu pasukan Traffic Warden dan saya tidak diberikan sebarang vote (peruntukan) untuk mengujudkan bahagian ini.  Gaji mereka tetap ditanggung oleh Jabatan mereka sendiri, dan wujudlah gaji yang berbeza-beza.  Jabatan-jabatan pulak memberikan kepada saya dari kalangan kakitangan yang mereka kurang kehendaki, dan kalau dilihat kepada 50 orang yang diberikan kepada saya itu, alamak, gemuk, perut buncit, langsung tak sesuai menjadi traffik warden.

Masa untuk memberikan latihan kepada mereka ialah dari bulan Ramadhan dan berakhir 6 bulan selepas itu.
Saya telah rundingkan dengan Superintendent Abdul Samad dari Police Depot untuk memberikan latihan.  Abdul Samad ketawa melihatkan 50 orang itu.  Tetapi dia berkata, "Tak apa Suhaimi, kita tengoklah 6 bulan lagi, macam mana mereka ni."

Saya juga turut berlatih, tetapi saya berlatih hanya mengikut masa dan keupayaan yang ada pada saya.  Tetapi latihan basic itu saya lalui kesemuanya.

Mereka bermula berlatih dari jam 6.00 pagi dan berakhir 6.00 petang.  Almaklumlah bahawa mereka akan menjadi Polis Traffic di dalam tempoh 6 bulan, dari gemuk gedempul untuk menjadi slim dan dipandang segak menjadi polis.  

Walaupun saya hadir di tempat latihan, tetapi saya tidaklah berlaltih mengikut jadual mereka.  Kadang-kadang saya berlatih untuk jangka masa satu jam sahaja.

Didalam pada itu saya mencarikan rekruit dari Unit Penguatkuasa seorang yang boleh saya lantik sebagai Ketua Inspektor.  Saya pilih seorang yang cukup cergas di Unit itu (unit itu pun berada dibawah seliaan saya), seorang yang kelihatan cukup cergas dan sihat, dan pernah bertugas di dalam Angkatan Tentera.  Beliau juga dikehendaki berlatih bersama-sama dengan 50 kakitangan yang lain itu.

Sebelum saya menghantarkan mereka ini ke Police Depot, saya bariskan mereka itu di hadapan Pejabat Unit Penguatkuasa untuk diperiksa oleh Datuk Bandar.   Mengeleng kepada Datuk Bandar melihat mereka itu.  Dan dia berkata, "Good Luck to you Suhaimi!"

Maka sampailah ke tempoh 6 bulan yang ditetapkan.  Saya menerima tabik hormat dari anggota-anggota saya, saya sendiri terperanjat melihat keadaan mereka.  Benarkah mereka itu yang saya hantar ke Depot 6 bulan lalu!  "Maaf Suhaimi ya," kata Superintendent Samad. "Kami terpaksa gril mereka habis-habisan, takut nanti DBKL kata kami buat latihan main-main."

Saya semacam dah tak kenal mereka, mereka fit, slim dan bergaya.

Esuknya saya paradekan 50 orang Traffic Warden saya dengan seorang Ketua Inspektor di hadapan pejabat Unit Penguatkuasa untuk diperiksa oleh Datuk Bandar dan pegawai-pegawai tinggi DBKL.  Datuk Bandar terperanjat sampai dia berkata, "Ni ke kakitangan dulu?" dan saya kata, "Ya, Datuk"

Ya macam mana mereka nak bertugas.  Motosikal pun tak ada, kalau berjalankaki tak tercover oleh 50 orang ini ke seluruh kawasan Bandaraya.  Saya rundingkan dengan Bahagian Sekretariat agar mereka itu diberikan sebuah motosikal seorang sebuah, sebuah van untuk jabatan, seorang pemandu, dan pistol untuk Ketua Inspektor dan 2 orang Inspektor
 
Jawapan kepada saya bahawa  mereka tidak layak mendapat sebuah motorsikal, dan tidak layak juga untuk pinjaman membeli motorsikal.

Saya perjuangkan habis-habisan mengenai tangga gaji mereka yang terlalu rendah.  Gaji mereka memanglah mengikut scale kelulusan mereka yang hanya tamat darjah 5 atau 6.  Tetapi bagi saya tugas yang mereka pertaruhkan ini adalah berat, memberi notis kepada kenderaan-kenderaan yang tidak parkir ditempat yang ditentukan.  Saya bimbang akan berlaku kongkalikong, almaklum.  Tugas ini boleh mendapatkan kewangan. boleh disalahgunakan.  Boleh saja traffic warden itu tidak mengeluarkan saman diatas imbuhan seringgit dua.

Saya bincangkan dengan Datuk Bandar dan beliau bersetuju supaya scale gaji baru dan elaun tertentu diberikan kepada mereka ini supaya mereka menjadi pasukan yang berdedikasi.

Permohonan saya untuk mendapatkan sebuah van dan pistol untuk pegawai-pegawai tertentu tertangguh, tetapi akhirnya dapat juga. Saya sendiripun mendapat sepucuk pistol, oi..oi..mana ada Superintendent "bertelanjang?" maknanya tak pakai pistol.  Saya diberikan 3 helai uniform berwarna biru yang kelabu.  Semua traffic warden juga mendapat 3 helai uniform.  Memang segaklah.

Dan sebelum operasi menjalankan kerja setiap dari mereka akhirnya mendapat pinjaman membeli motorsikal diatas scale gaji mereka yang baru.

Kisah-kisah saya di DBKL akan saya ceritakan di laman yang lain.

(...bersambung...)


BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI UNDANG-UNDANG DAN MAGISTRATE

Posted: 11 Jul 2013 04:14 PM PDT

Saya memang tidak ghairah langsung untuk bekerja makan gaji.  Seperti kata Ahmad Boestamam semasa dia menggalakkan saya mengambil undang-undang di London, dia kata, "Kalau kita ada ijazah undang-undang kita boleh kerja sendiri, dan kita boleh membantu terutama kes-kes yang melibatkan penganiayaan terhadap rakyat."

Tetapi kerja yang pertama yang saya buat sebagai Pegawai Undang-Undang di Kamar Peguam Negara adalah didalam bahagian drafting, dan ada beberapa orang pegawai atasan saya, dan yang tertingginya ialah Razak Abu Samah, seorang boss yang bengkeng.

Kerja saya tidak ada kena mengena dengan masyarakat luar.  Kerja saya hanya membuat drafting, yang akan ditapis oleh beberapa orang boss atasan saya sebelum sampai kepada Razak.  Saya tidak bertemu dengan sebarang manusia luar didalam melaksanakan kerja saya.

Bilik yang diberikan kepada saya adalah bilik yang agak usang dan kipas anginnya berbunyi keriuk-keriak, macam dah tak sesuai lagi untuk menjadi bilik pejabat.  Saya diberikan sebuah meja yang agak berumur dan kerusi kayu.  Ini macam bilik pejabat di beberapa abad yang lalu.  Cukup panas didalam bilik itu, dan di waktu tengah hari saya akan berpeluh duduk di bilik itu.

Walaupun saya pergi kerja dengan memakai baju putih lengan panjang dan bertali leher, tetapi apabila sampai ke bilik itu saya akan gulungkan lengan panjang itu sampai ke siku dan saya akan tanggalkan tali leher dan beberapa butang sebelah atas baju saya itu saya tanggalkan.

Razak tidak pernah menjenguk ke bilik itu walaupun boss-boss yang lain itu datang juga berbincang dengan saya kalau mereka tidak panggil saya ke bilik mereka.

Entah apa gilanya, tengah hari itu Razak menjenguk ke bilik saya, dia buka pintu dan segera menutupnya.  Sebentar lagi saya mendapat panggilan talipon, saya angkat, ya, memang Razak yang menalipon saya, dan dengan keras dia memerintahkan, "You come to my room now!!!".  Saya kenakan balik baju saya dan tali leher saya dan saya pun pergi ke biliknya.  Saya ketuk biliknya dan apabila saya masuk saya terus mengucapkan, "Good Afternoon, Sir,"  Dia masih nampak marah dan langsung tak mempelawa saya untuk duduk.

Biliknya sejuk, ada air cond.  Dia bukan sahaja berbaju putih bertali leher tetapi dia memakai coat.  Kemudian dia memandang kepada saya seraya berkata, "You, fishmonger, you're not fit to become Legal Officer in this office. You are from Temerloh?  Memalukan orang kampung saya sahaja.  Awak Pegawai Undang-Undang tetapi berpakaian macam orang menjual ikan di pasar!! Tak layak jadi pegawai di sini."

Dia tak henti-henti marah, dan saya merasakan amat tidak adil baginya berkata begitu.  Dia bolehlah berpakaian dengan bertali leher dan coat, biliknya ada air cond.  Cuba dia menduduki bilik macam saya, yang panas menyebabkan saya berpeluh, tentu dia pun berpakaian macam saya.

Malangnya saya tidak belajar untuk patuh membuta tuli.  Saya menjawab dia dengan mengatakan, "If you were to sit in my room day in and day out, I think you'll do the same thing as I did."

Wow, marah betul dia bila saya menjawab.  Dia terus angkat talipon saya tak tahu kepada siapa.  "Is that Judiciary?  Is there any vacancy there?"  Entah apa jawapan yang dia terima, dia terus memandang kepada saya dan mengarahkan saya, "You report to Court Hill tomorrow, we don't need an Officer like you here."

Apa jawapan saya, "Terima kasih, saya pun tak berminat kerja di sini."  Dan sebelum dia berkata apa-apa saya sudah pun keluar dari bilik dia dan mengemaskan barang-barang saya yang tak seberapa di dalam bilik saya dan saya terus pulang ke rumah saya di Petaling Jaya.

Pada waktu itu saya tidak memiliki sebuah kereta, saya hanya memiliki sebuah motosikal pemberian daripada kawan karib saya, Kamarzaman Yaacob, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, yang juga berasal dari Kg Lubok Kawah.

Pagi-pagi esuknya saya terus melapurkan diri ke Bukit Mahkamah di mana terletaknya beberapa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Magistrate.  Saya diberikan sebuah Mahkamah untuk saya kendalikan.  Tetapi sebelum saya boleh menduduki meja Magistrate saya dipinta belajar dengan Magistrate-Magistrate yang terdahulu untuk memahamkan saya dengan perjalanan Mahkamah, perjalanan Mahkamah Civil dan Mahkamah Jenayah termasuk Mahkamah Traffic.

Setelah dua minggu saya menjalankan kes-kes saya bersendirian.  Di peringkat itu saya diberikan mengendalikan Mahkamah Traffic.  Tak sangka begitu banyak kes-kes traffic yang dibawakan ke Mahkamah itu.  Polis yang mendakwa kes-kes traffic ini sentiasa mengingatkan saya supaya mengenakan denda-denda yang setimpal (maksudnya denda-denda yang tinggi) supaya pesalah-pesalah itu tidak melakukan lagi kesilapan masing-masing.  Saya diberikan satu scale supaya mengenakan denda tidak kurang dari 1/7 dari denda maksima, dan itu pun saya merasakan masih sangat tinggi.

Saya berbincang dengan boss saya, Special Presiden, mengenai denda ini.  Dia mengatakan bahawa tujuan Mahkamah adalah untuk memberikan keadilan, "Fines need not to be standard," katanya.  "Ability to pay fines should be determined, if one cannot pay higher fines, and if you impose high fines, he has to go to prison if he is not able to pay.  You have to find out the kind of work he is doing, his salary, and has he any family members to take care of.  Determine for yourself what kind of fines you want to impose."

Pandangan boss saya ini melegakan tetapi magistrate-magistrate lain nampaknya terlalu ghairah mengenakan denda yang tinggi atau didalam kes jenayah mengenakan hukuman penjara yang lama.  Saya tidak gemar!

Saya hanya bertugas tiga bulan sahaja di Mahkamah Kuala Lumpur ini dan selepas itu saya menerima perintah untuk bertukar ke Ipoh.  Saya diberikan beberapa hari untuk membuat persediaan.

Durian runtuh.  Selepas saya menjadi Magistrate selama satu bulan, saya mendapat durian runtuh.  Pada masa itu saya menumpang di rumah abang ipar saya, Yusof Jaafar, di Jalan Gasing, Petaling Jaya.  Suatu hari apabila saya balik ke rumah, saya nampak sebuah kereta baru, kereta buatan Jepun, 2-door, saya ingatkan ada kawan abang ipar saya yang datang ke rumah.

Saya masuk kerumah dengan memberi salam, ada Bapa Mertua saya di sana.  "Mi, takkanlah dah jadi Magistrate masih pakai motosikal.  Tu, Wak dah belikan kereta untuk kau."

Malu juga saya menerima hadiah begitu berharga dari bapa mertua, tetapi saya nampak dia benar-benar ikhlas.  Pada masa itu saya belum ada lesen memandu tetapi saya sudah boleh memandu tanpa lesen. Saya pun pergi ke Sekolah Memandu dan belajarlah apa yang patut seperti berhenti di pertengahan bukit, dan bila nak ke hadapan mempastikan kereta tidak menggelungsur ke bawah; belajar parking dan sebagainya.

Saya memang sudah pandai memandu.  Maka notis diberikan untuk saya mengambil ujian di RIMV (sekarang ni JPJ) Petaling Jaya.  Tarikh dan masa telah ditetapkan untuk ujian.

Sampai saja saya di RIMV, saya dikehendaki mengambil ujian lisan.  Nampaknya saya lulus dengan baik. Maka tester itu perintahkan saya untuk memandu.  Kereta yang digunakan ialah kereta yang saya belajar.
Saya pun pandulah sekitar Petaling Jaya.  Tetapi langsung tidak diuji untuk berhenti dipertengahan bukit, namun saya tetap menghulur tangan saya ke kanan untuk membeluk ke kanan dan menggunakan tangan kanan saya juga dengan memusing-musingkan tangan saya menunjukkan saya nak membeluk ke kiri.

Tiba-tiba tester itu kata, "Nampaknya Encik dah cekap betul memandu?"  Saya jawab saya sudah biasa memandu dengan kereta abang saya.  Dia terus mengatakan kepada saya bahawa dia tak perlu menguji saya lebih lanjut, dan dia kata bahawa saya sudah lulus.

Untuk bertukar ke Ipoh, saya diberikan waran untuk menginap di Station Hotel, Ipoh dan Station Hotel ini terletak tidak jauh dari Kompleks Mahkamah Ipoh.  Saya berjumpa dengan pihak Registry Mahkamah Ipoh dan menunjukkan surat dari Judiciary dan saya mahu bantuan untuk mendapatkan sebuah rumah sewa.

Saya juga diberikan sebuah Mahkamah untuk saya kendalikan; dan Interpreter Mahkamah itu, Tengku (?) dan tak ingat namanya membantu saya mendapatkan rumah sewa terletak di Jalan Rajaratnam.  Dia jugalah yang mendapatkan keperluan-keperluan saya yang lain dari JKR seperti beberapa buah katil, tilam, bantal, cadar, dan alat-alat memasak.

Setelah selesai, saya kembali semula ke Petaling Jaya untuk memunggah barang-barang saya, penuhlah sebuah lori kecil.

Sampai di Ipoh saya tidak berjumpa dengan rumah sewa saya itu tetapi alamat rumahnya ada pada saya.
Saya singgah di sebuah Balai Polis dan memohon bantuan polis untuk menunjukkan rumah itu, dan disinilah berlaku sedikit kelucuan.  Polis itu bertanya saya, "Rumah siapa tu, Encik", dan saya jawab rumah sayalah.
"Ai, rumah sendiri pun tak tau di mana?"  Dan beberapa orang Polis yang ada di Balai itu ketawa sesama sendiri.

Saya biarkan saja, maklumlah saya yang perlukan bantuan.  Tetapi Polis ini dengan menunggang motosikalnya mendahului kereta saya dan lori tadi, berkata kepada saya, "Encik ikut saya, saya bawakan Encik ke rumah Encik."

Rupanya rumah itu tidaklah jauh sangat daripada Balai Polis itu.  Saya ucapkan terima kasih kepada anggota Polis yang membantu itu.  Tetapi dia macam tak sudah-sudah nak perli saya, "Jangan pulak esuk-esuk tak jumpa lagi rumah sendiri!!"  Saya ketawa bersama-sama dia.

Pada pagi esuknya, saya sudah menjalankan tugas saya di Mahkamah.  Selesai sahaja kes "mention" dan tinggal lagi kes untuk dibicarakan, seorang anggota Polis telah masuk ke kamar saya, "Saya minta maaf, Tuan.  Saya tak tahu tuan seorang Magistrate."  Saya tak faham kenapa dia berkata begitu.  Rupa-rupanya dialah anggota Polis yang mempersendakan saya semalam.

"Tak apa-apa," kata saya, "kalau saya pun tentu ketawa kalau orang itu tak tahu di mana rumahnya sendiri."

Dia hulurkan tangannya dan bersalam dengan saya dan katanya lagi, "Minta maaf banyak-banyak, ya, Tuan," dan saya jawab, "Tak apa."

Di Ipoh kami diketuai oleh sorang Special President, di bawahnya President dan 2 orang Magistrate iaitu Sdr Mah Weng Kwai dan saya.

Selang sebulan selepas itu, seorang lagi Magistrate bertugas di Ipoh iaitu Mr Fernando.

Saya dan Fernando bersilih ganti menjadi Magistrate di Batu Gajah, kadang-kadang sampai ke Kampar, kerana pada waktu itu memang kekurangan Magistrate.  Mahkamah Batu Gajah tidaklah sesibuk mana tetapi Mahkamah Kampar agak sibuk juga kerana bandarnya lebih besar.

Enam bulan saya menjadi Magistrate di Ipoh, saya mendapat perintah bertukar ke Teluk Intan.  Teluk Intan memang sesuai kerana di sana ada rumah untuk Magistrate.  Sebelum tarikh pertukaran itu saya pergi melawat Teluk Intan, dan saya suka bertukar ke sana.  Hanya masalahnya ialah kerana anak saya Surina sudah mula bersekolah.  Dia terlalu baru bersekolah di Ipoh dan nanti kena lagi menyesuaikan diri di Teluk Intan.  Dan saya sudah uruskan pertukaran sekolah bagi Surina ke Teluk Intan.

Tetapi kerja gila dari pihak Ketua Pendaftar Mahkamah menghantar satu lagi perintah bertukar bagi saya iaitu ke Sungai Petani.  Ini betul-betul kerja gila.  Dan apabila saya menalipon ke Pejabat Ketua Pendaftar, mereka nyatakan bahawa Magistrate dari Ipoh boleh datang on circuit ke Mahkamah Teluk Intan, tetapi di Sungai Petani betul-betul tidak ada Magistrate yang bertugas.  Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang mendapat pertukaran secara gila ini.  Ada seramai 15 orang Magistrate lain yang juga kena bertukar walaupun mereka baru saja ditempatkan di Mahkamah-Mahkamah yang mereka sedang bertugas.

Kami berhubung antara satu samalain dan menetapkan satu hari untuk bertemu dengan Ketua Pendaftar di Kuala Lumpur.

Kehadiran kami tidak dilayan, bahkan Ketua Pendaftar itu dengan angkuhnya berkata,"The only option left for you all is to resign."  Yes, resign what we did.  Kami semua letak jawatan dengan Notis 24 jam.

Kemudian saya balik ke Ipoh untuk mengemaskan barang-barang saya di rumah sewa dan memberi notis kepada tuan milik rumah dan kepada JKR untuk mengambil alat-peralatan milik Kerajaan.  Selang beberapa hari saya pun kembali ke Petaling Jaya, kali ini menumpang di rumah abang ipar saya bernama Ismail bin Haji Jaafar yang pada waktu itu bertugas di RIMV Petaling Jaya.

Saya berazam tidak lagi mahu bertugas makan gaji dan saya bertemu dengan sahabat saya, Mr.S.T. Gamany untuk membuat chambering di firmanya.  Seorang kenalan saya dari London terjumpa saya di Kuala Lumpur dan bertanya saya samada saya bekerja di mana-mana.  Saya jawab bahawa saya baru saja berhenti dari menjadi Magistrate dan berhajat untuk menjalani chambering.

"Kalu mu nok, marilah ke DBKL, ado kerjo kosong sebagai Pegawai Undang-Undang.  Ambo pun Pegawai Undang-Undang di DBKL."

Saya tanya dia tentang gaji di DBKL.  Dia jawab gaji tak berapa besar, mula kerja dapat RM2,150.00 ada COLA dan ada elaun perumahan.  Saya buat temujanji dengannya di Bahagian Undang-Undang DBKL, dan dia bawakan saya kepada Pegawai yang bertanggungjawab mengambil pegawai-pegawai baru.  Setelah diadakan perbincangan dengan pegawai itu, saya terus ditawarkan menjadi Pegawai Undang-Undang di Bahagian Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Oleh kerana saya ada pengalaman di Mahkamah Magistrate maka saya juga diberikan tugas untuk membuat kerja-kerja mention di Mahkamah Magistrate Kuala Lumpur, kes-kes perbicaraan diserahkan kepada Peguambela dan Peguamcara yang menjadi Panel Guaman kepada DBKL.  Selain itu kerja-kerja saya ialah memberikan nasihat undang-undang kepada pelbagai Bahagian yang ada di DBKL dan membuat drafting undang-undang.  Mengenai drafting ini ada seorang Pembantu Pegawai Undang-Undang bernama En Zaini Ismail, dia hanya berkelulusan SPM sahaja, tetapi bahasa Inggerisnya perfect, dan dia mempunyai kepakaran tertentu di dalam drafting.  Saya belajar darinya.  Dua orang lagi Pembantu Undang-Undang ialah Raja Ariff dan Mohamad, mereka ini menjalankan kerja-kerja di Mahkamah; dan kemudian mereka dibantu pula oleh Pn Asiah, mereka bertiga inilah yang bergilir-gilir menghadiri kes-kes mention di Mahkamah, apatah lagi selepas itu DBKL mempunyai Mahkamah Magistratenya tersendiri.  Kisah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini berwarna warni untuk diri saya, dan saya akan menulis tentang hal itu di halaman yang lain.


(...bersambung...)