Suara Sri Andalas |
- Bas Komuniti Di Bandaraya, Pekan Besar Selangor
- Menyampaikan Piala Kepada Pelajar Sukan Terbaik SJKT Midlands
- Selangor Juara SUKMA XVI
- Menghadiri Majlis Sambutan Ramadan
- Penyampaian Hamper Ramadan di Kg Jawa
- Kelas Menjahit Manik Kelima DUN Seri Andalas
- Melawat Pesakit Angin Ahmar di Taman Kandis Permai
- Program Gotong-royong di Surau Taman Kandis Permai
- Menghadiri Hari Keluarga Taman Sentosa Zon B
- Kelas Membuat Kek Cawan Untuk Wanita DUN Seri Andalas
Bas Komuniti Di Bandaraya, Pekan Besar Selangor Posted: 11 Jul 2013 03:00 AM PDT SHAH ALAM : Penduduk di lapan kawasan Selangor termasuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkhidmatan bas komuniti tidak lama lagi. Perkhidmatan bas komuniti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat penduduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya. Usaha tersebut sedang dirancang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi mengalakkan penduduk mengguna pengangkutan awam. Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu kertas cadangan daripada PBT bagi melaksanakan perancangan itu dalam masa terdekat. "Semua ini akan dirancang dengan rapi sebelum kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakannya di majlis perbandaran dan bandaraya yang mempunyai kedudukan kewangan yang selesa. "Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah memulakan namun perlu diberi publisiti yang lebih meluas dan juga penambahbaikan. "Sementara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam sudah mendapatkan penajaan daripada pihak swasta tetapi butir-butir keseluruhannya masih belum diperolehi," kata beliau ketika ditemui selepas sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini. Menurut Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad, perkhidmatan di Shah Alam dijangkakan bermula tahun ini setelah mendapat sumbangan daripada badan korporat. "Cadangan laluan bas komuniti ini akan melalui kawasan yang padat penduduk dan khususnya para pelajar, pekerja kilang seperti di seksyen 2, 18, 17, 19, 24." Manakala Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya Zainun Zakaria berkata perkhidmatan bas komuniti Petaling Jaya yang dilancarkan pada Ogos 2008 masih berjalan seperti biasa tiga kali sehari. "Ianya masih beroperasi seperti biasa iaitu melakukan perjalanan tiga kali di kawasan Petaling Jaya Utara (PJU) dan Petaling Jaya Selatan (PJS)." Perjalanan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum. Di PJU, bas itu melalui kompleks MBPJ, pasaraya Tesco, The Curve, Ikano, balai polis seksyen 6, balai polis Dataran Sunway dan Jabatan Pendaftaran di seksyen 8. Di PJS, antara kawasan yang menjadi laluan bas itu ialah Jalan Sultan, Jalan Selangor, Flat Petaling Utama, Taman Medan, Desa Mentari, Flat Kampung Lindungan, Flat Taman Desa Ria, Jalan Othman dan Amcorp Mall. Sumber: Selangorku |
Menyampaikan Piala Kepada Pelajar Sukan Terbaik SJKT Midlands Posted: 08 Jul 2013 03:00 AM PDT |
Posted: 07 Jul 2013 07:00 PM PDT |
Menghadiri Majlis Sambutan Ramadan Posted: 07 Jul 2013 02:30 AM PDT |
Penyampaian Hamper Ramadan di Kg Jawa Posted: 07 Jul 2013 02:00 AM PDT |
Kelas Menjahit Manik Kelima DUN Seri Andalas Posted: 07 Jul 2013 02:00 AM PDT Taman Sentosa, Klang, 7 Julai 2013 - Kelas menjahit manik yang kelima di DUN Seri Andalas telah diadakan pada hari ini. Kelas ini diadakan untuk wanita dan ibu tunggal dari golongan berpendapatan rendah di DUN Seri Andalas untuk membantu mereka mempelajari kemahiran yang dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Pada akhir kelas, YB Dr Xavier Jayakumar telah menyerahkan sijil tamat kelas kepada kesemua peserta. |
Melawat Pesakit Angin Ahmar di Taman Kandis Permai Posted: 07 Jul 2013 12:30 AM PDT |
Program Gotong-royong di Surau Taman Kandis Permai Posted: 07 Jul 2013 12:00 AM PDT |
Menghadiri Hari Keluarga Taman Sentosa Zon B Posted: 06 Jul 2013 11:00 PM PDT Taman Sentosa, Klang, 7 Julai 2013 - Rukun Tetangga Taman Sentosa Zon B telah mengadakan Hari keluarga pada hari ini di Pusat KRT Taman Sentosa Zon B pada hari ini. Berbagai-bagai aktiviti yang disertai para penduduk telah diadakan pada program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1 tengahari itu. YB Dr Xavier Jayakumar telah hadir pada program tersebut, beramah mesra bersama-sama para penduduk dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang aktiviti yang dianjurkan. |
Kelas Membuat Kek Cawan Untuk Wanita DUN Seri Andalas Posted: 06 Jul 2013 07:00 AM PDT Taman Sentosa, Klang, 6 Julai 2013 - Kelas membuat kek cawan telah dimulakan pada hari ini. Kelas ini bertujuan memberi kemahiran kepada para wanita dan ibu tunggal yang berpendapatan rendah untuk mempelajari cara-cara menghasilkan kek cawan dan pelbagai jenis kek dan roti pada masa akan datang. Dengan adanya kemahiran ini, para wanita dan ibu tunggal yang menyertai kelas ini diharapkan dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka untuk menampung kehidupan. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan