Khamis, 6 Januari 2011

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


KANDUNGAN SURAT PENGAKUAN KETUA CID KL

Posted: 05 Jan 2011 07:17 PM PST

SURAT RAYUAN TERBUKA

Mat Zain bin Ibrahim

5 hb.Januari 2011


Kepada;

Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,

Peguam Cara Negara Malaysia,

(Solicitor General of Malaysia)

Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.

Block C3,Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62152 Putrajaya.

YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998.

Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.

2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.

2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.

2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama.

3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;

3.1. Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;

3.2. Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu.

3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM. Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan. Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.

4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.

4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai "sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam". Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.

5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan "competent authority" untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;

5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan "Decision on Revision" oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.

"Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that "it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto."

5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan "competent authority" membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan "competent authority" untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai "sah" atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.

6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini "once and for all".Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.

6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.

(i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.

6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).

(i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk "administrative purposes" sahaja dan tidak melibatkan pengambilan "kuasa penuh" Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

(ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;

a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).

b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.

c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.

6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai "Decision on Revision" di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah "statutory requirement",atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.

6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.

6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari.

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

YBhg.Datuk,

7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.

7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.

7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil "without fear or favour",sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam "Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya",walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.

8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.

8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk "to come clean" untuk menyelesaikan kemelut ini.

9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.

Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.

Terima kasih.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011

PENGAKUAN BEKAS KETUA CID KUALA LUMPUR

Posted: 05 Jan 2011 07:15 PM PST

Bekas pegawai penyiasat polis tragedi mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, - Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi membuat pendedahan menggemparkan melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.

Dalam surat bertarikh 5 Januari lalu, yang dialamatkan kepada Datuk Idris Harun itu, bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu, mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Anwar, sebelum ini adalah satu pemalsuan.

Sesalinan surat berkenaan dibekalkan kepada pihak media hari ini.

Mat Zain bagaimanapun tidak membekalkan butirannya tetapi berkata fakta yang dibekalkan dalam suratnya yang bertarikh 27 Disember tahun lalu sepanjang 13 halaman kepada Ketua Polis Negara dengan salinannya kepada perdana menteri dan Idrus adalah cukup jelas.

Beliau juga mendakwa pemalsuan berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.

Selain itu, Mat Zain melalui surat berkenaan berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah maklumat palsu atau penyelewengan fakta.

Mat Zain dalam suratnya mendakwa semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, satu kes prima facie boleh difailkan ke atas Gani dan mereka yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang dibuatnya pada 15 April 2009 dan 7 Mei 2009.

"Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers ke zaman kecermelangannya sebelum 1998," tulis Mat Zain.

APA NAK JADI ANAK TUN MAHA THIR...

Posted: 05 Jan 2011 07:11 PM PST

Banner laman Seksualiti Merdeka. Laman ini mencetuskan kontroversi kerana menyiarkan video pengakuan gay Azwan Ismail, iaitu "Saya Gay, Saya OK". Laman ini juga menyokong golongan homoseksual dan dilihat sebagai organisasi yang memperjuangkan nasib golongan naluri seksual songsang di negara ini.

Marina Mahathir ketika melancarkan Seksualiti Merdeka pada tahun 2009. Baca lanjut tentang hal itu di sini.

Semalam, Utusan Malaysia menyiarkan berita Gay Dilindungi VIP? Siapa VIP yang dimaksudkan? Tidaklah saya mahu menuding jari kepada Marina Mahathir walaupun anak mantan PM itu dilihat cenderung menyokong golongan itu. Malah marina Mahathir menyokong organisasi Seksualiti Merdeka. Dakwaan anak mantan PM ini menyokong golongan homoseksual ini ada diulas dengan lebih terperinci oleh beberapa blog termasuk Pria Malaya dan Milo Suam. Rajin-rajinlah membongkar arkib blog mereka untuk membacanya.


Agak pelik kerana Che Det seperti yang diketahui umum memecat Anwar Ibrahim atas alasan bahawa bekas TPM itu mengamalkan aktiviti liwat walaupun ketika membuat keputusan itu Anwar Ibrahim belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Tindakan Che Det yang dilihat banyak orang sebagai sebagai bermotif politik itu menggambarkan bahawa beliau begitu benci akan golongan yang mengamalkan seks songsang. Bertentangan dengan bapanya, Marina pula dilihat yang begitu kuat berpegang pada prinsip hak asasi manusia dan terbuka apabila berbicara tentang golongan gay. Malah berdasarkan kenyataan dan penglibatannya dalam beberapa organisasi membuktikan bahawa dia penyokong kepada golongan gay di Malaysia.

Isu Marina Mahathir ini langsung tidak disentuh oleh jurublog UMCO yang bermati-matian menulis fitnah tentang isu liwat melibatkan Anwar Ibrahim, namun diam membisu apabila Marina Mahathir terbukti terlibat dalam pelbagai organisasi gay/homoseksual di Malaysia. Mereka hanya memejamkan mata tentang Marina Mahathir. Kita juga terfikir-fikir, apakah reaksi Che Det tentang sikap terbuka anaknya itu? Mustahillah Che Det tidak mengetahui sokongan terbuka anaknya itu terhadap golongan yang mengamalkan perbuatan yang dilaknati Allah SWT.


Cuba bayangkan jika Marina Mahathir ini Marina Anwar. Anda tentu sudah tahu reaksi penyokong tegar UMCO terhadap Marina. Anda juga mungkin dapat mengagak tindakan kerajaan terhadap organisasi atau Marina sendiri.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


YB Karpal Singh should offer himself as a witness!

Posted: 05 Jan 2011 08:34 PM PST

YB Karpal Singh tried to justify why he should not be called as a witness in YB Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy II trial. These are the excerpts of the press report in FMT, HERE. "Karpal admitted that he, as an opposition MP, did urge that Anwar (who was an Umno leader then) be investigated [...]

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


YB Karpal Singh should offer himself as a witness!

Posted: 05 Jan 2011 08:34 PM PST

YB Karpal Singh tried to justify why he should not be called as a witness in YB Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy II trial. These are the excerpts of the press report in FMT, HERE. "Karpal admitted that he, as an opposition MP, did urge that Anwar (who was an Umno leader then) be investigated [...]

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Dari Meja SU MPN:Isu Rogol Amah!

Posted: 05 Jan 2011 11:32 PM PST

Jika isu liwat DSAI begitu kencang para penyokong Umno menbenarkannya, bagaimana pula dengan isu rogol amah oleh Rais Yatim?

Mahukah pimpinan Umno khususnya di Jelebu tampil menafikannya? atau tampil mengiyakan kebenaran? Apakah Rais Yatim berani membuat sumpah sebagaimana gerombolan Umno mendesak DSAI bersumpah?

Persoalannya, apakah ada keberanian dari Umno melakukannya?

Dikhabarkan, kes ini telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

Sedekad yang lalu, DSAI hebat dikecam ditekan dengan tuduhan fitnah liwat. Segala ruang penjelasan kebenaran dengan sengaja dibataskan kerana bimbang akan menggugat kepimpinan BN ketika itu. Namun, rakyat jelata tidak rela dibuta-maklumatkan oleh Umno.

Dalam dunia kini yang telah dimaju-luaskan perspektifnya melalui kecanggihan internet, segala maklumat boleh didapati hanya dihujung jari. Apakah kerana isu rogol ini, maka Rais Yatim begitu bersungguh-sungguh mahu Suruhanjaya Komunikasi membataskan akses maklumat internet dan menyekatnya? Jika ia benar, maka sungguh hiporkitnya Rais Yatim.

Apakah beliau gentar lagi gusar sekiranya makcik-makcik dari Kg Gagu di Jelebu mengetahui 'tabiat luarbiasa' beliau itu? Apakah beliau bimbang segala Dato' Bentara, Dato' Adat Berlembaga di Jelebu turut sama menjadi 'celik maklumat' sekiranya usaha menyekat dan menapis internet tidak dijalankan?

Bak kato-kato kodai kopi di topi jalan; 'dulu maso dalam Semangat 46, bersunggoh bonar ekau pulun kerajaan-itu tak buleh ini tak buleh....tetibo lak bilo ekau buek, semuo buleh! Sapo yang nak percayo?'

AMK Desak Rais Yatim Tampil Bersihkan Nama

Posted: 05 Jan 2011 11:26 PM PST

Mutakhir ini ruang siber Malaysia digegarkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan seorang Menteri di dalam kes rogol melibatkan pembantu rumah yang berasal daripada Indonesia. Dikhabarkan, kes ini telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius mengenai pendedahan ini. Isu ini yang pernah dihebahkan oleh sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care di mana kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.

Isu ini, yang hebat dibahas di dalam ruang siber jelas merujuk kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau. Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.

AMK mendesak Dr. Rais segera menafikan cerita ini, sekiranya ia tidak benar. AMK juga menggesa agar Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.

Selanjutnya di dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untuk
mendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN

PKR: Penafian Rais, mengapa tiada siasatan?

Posted: 05 Jan 2011 10:17 PM PST

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak bertindak atau menyiasat penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berhubung kes rogol amah, lapor TV Selangor.

"Sebagai respon kepada penafian Rais Yatim terhadap isu ini, saya mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan Rakyat, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini ialah ciptaan permainan politik berkepentingan.

"Wanita Keadilan menganggap ini sebagai satu tuduhan keras dan Rais patut segera memohon maaf," kata Zuraida dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurut Ketua Wanita PKR, Rais dan kabinet Umno-BN bersikap sambil lewa dan berbaur politik dengan mengabaikan siasatan kes sejak beberapa tahun dahulu sebelum disensasikan semula oleh internet.

Semalam Rais buat pertama kali sejak kes ini didedahkan Wikileaks dan laman web beberapa minggu lalu menafikan beliau terlibat dalam kes rogol seorang amah berbangsa Indonesia tiga tahun lalu.

Zuraida turut mempersoalkan kelesuan, dan tindakan dari Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil walaupun Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw).

Oleh itu adalah perlu bagi Shahrizat mengambil serius mengenai kes mendiskrimasikan wanita di peringkat tertinggi ini.

"Setakat ini belum lagi dengar dari pihak Shahrizat walaupun telah tandatangani Cedaw.

"Atas dasar itu, Kementerian Wanita menampakkan kelesuan ini bila kali pertama mereka begini.. ini menunjukkan mereka tidak tegas dan tiada 'political will' dan sering terbengkalai setengah jalan," katanya.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang menambah beliau akan mengajukan hal ini ke Parlimen untuk disiasat Kaukus Pekerja asing dan Imigran di bawah ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau juga telah berhubung dengan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta yang sebelum ini telahpun menemuramah dan mendapatkan pengakuan dari amah tersebut.

Cuit-cuit, Usik-usik: "Sebagaimana orang-orang Umno kuat menuduh DSAI meliwat tetapi rakyat kebanyakan menyakini ia satu fitnah besar, begitulah berlaku kepada Rais Yatim yang menafikan rogol amah."

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Di Sarawak JKR ialah Jalan Kita Rosak, BN ada Faham?

Posted: 05 Jan 2011 10:21 PM PST


Dari Blog PAS Kawasan Miri, Sarawak

Tahun Baru 2011 Masalah Penduduk Sarawak Yang Miskin Belum Selesai

Masalah penduduk Kpg Usaha Jaya Tukau,Sg.Beluboh.

Penduduk kampung Usaha Jaya Tukau menuntut agar pihak yang berwajib menunaikan janji-janji mereka selama ini yang sudah lama tertangguh. Contoh yang paling nyata sekarang adalah menaikkan taraf jalanraya kampung tersebut.

Sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan raya yang sedia ada yang telah berturap hendak disambung penurapannya sampai ke hujung kampong.

Sudah berpuluh-puluh tahun penduduk kampong Usaha Jaya menetap di situ dan ada yang masih belum mendapat grant tanah atau 'Land title' sedangkan projek-projek pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan.

Penduduk tempatan yang sudah bermastautin berpuluh puluh tahun di situ sukar sekali untuk mendapatkan tanah sendiri sebagai tapak perumahan.

Keadaan kampung tersebut masih jauh ketinggalan dari segi 'infrastructure' seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong yang berada dalam sebuah bandaraya seperti Miri. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut?

Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang berlopak,tiada bekalan elektrik, dan bekalan air bersih untuk kegunaan harian untuk memasak, cuci pakaian dsbnya.

Mereka terpaksa menggunakan air dari perigi yang masam dan air hujan yang di simpan dalam tong atau tangki. Bila musim tengkujuh mereka terpaksa mencari air dari anak sungai kerana air perigi menjadi kering . Ini boleh mendatangkan penyakit kepada mereka dan keluarga.

Cuba lihat, hayati dan amati gambar-gambar kedaifan dan kesusahan penduduk pada pautan berikut http://pas-miri.blogspot.com/2011/01/tahun-baru-2011-masalah-penduduk.html

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT - UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

Ramai lulusan universiti gaji kecil, lantak kaulah mahasiswa

Posted: 05 Jan 2011 07:36 PM PST

Selepas baca artikel di bawah ini, khusus untuk mahasiswa, bacalah artikel berikut PADAN MUKA AKU. MAHASISWA, TOLONG RENUNGKAN DAN SEBARKAN http://amkns.blogspot.com/2010/12/padan-muka-aku-mahasiswa-tolong.html

MASIH RAMAI LULUSAN UNIVERSITI BERGAJI KECIL
Bersama Rejal Arbee

Berita Harian 6 Jan 2011

AKHIR-AKHIR ini kita begitu ghairah hendak melonjakkan negara dari kedudukannya sekarang sebagai negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Maka pelbagai usaha dijalankan kerajaan untuk mencapai matlamat ini.

Dalam pada itu apakah realitinya kalau dilihat daripada keadaan yang wujud sekarang? Benar kerajaan berazam melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mengubah nasib golongan berpendapatan rendah, iaitu kurang daripada RM1,500 sebulan yang dikatakan mewakili lebih 46 peratus daripada tenaga kerja negara untuk menerima pendapatan tinggi menjelang 2020.

Antara mereka yang berpendapatan rendah ini termasuk juga lulusan universiti. Mungkin mereka yang bernasib baik akan mendapat pekerjaan dengan syarikat besar, syarikat berkaitan kerajaan atau dengan kerajaan. Mereka akan menerima ganjaran setimpal dengan kelulusan.

Tetapi dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebulan pun mereka akan hanya dapat menampung kehidupan seharian dengan membayar sewa bilik, belanja pengangkutan untuk pergi balik bekerja dan belanja makanan. Apa pun tidak juga ada maknanya berpendapatan tinggi tetapi masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Kalau hendak membeli kereta pun terpaksa berhutang hingga tujuh tahun untuk melangsaikannya.

Untuk menampung keadaan sekarang pinjaman kepada pembeli rumah dilonggarkan dengan tempoh bayaran balik melebihi 30 tahun, iaitu kalau sudah bersara pun rumah masih tergadai dengan bank hinggakan bank sudah pun mengadakan peraturan bayaran balik pinjaman rumah boleh diambil alih oleh anak.

Inilah keadaan yang dihadapi rakyat. Apa yang perlu ialah menentukan rakyat biasa mampu membeli rumah mereka sendiri tanpa perlu berhutang hingga sudah bersara masih belum dapat melangsaikan piutang dengan bank.

Maka itu apakah seorang lulusan universiti yang sudah bekerja lima tahun misalnya sudah mampu untuk membeli rumahnya sendiri? Kalau dilihat keadaan sekarang, ini tidak mungkin. Harga rumah berterusan melambung tanpa ada hadnya. Rumah teres di sesetengah tempat pun kini sudah ada yang mencecah jutaan ringgit.

Kerajaan wajar memastikan rakyat dapat memenuhi tiga keperluan utama dalam kehidupan mereka, iaitu mampu menyara diri sendiri dan anak isteri, mampu memiliki rumah sendiri dan mampu pula berulang alik ke tempat kerja dengan mudah atau pun mampu memiliki kereta sendiri.

Maknanya kerajaan harus menentukan adanya pelbagai skim menyediakan rumah mampu dibeli pekerja demikian ini.

Inilah keperluan minimum setiap pekerja. Apakah menjelang 2020 nanti kita akan dapat menjamin bahawa majoriti pekerja kita boleh memenuhi kehendak ini?

Kalau dilihat keadaan yang wujud sekarang kita sememangnya menghadapi suatu keadaan yang sungguh mencabar untuk mencapai impian ini walaupun dengan adanya pelbagai inisiatif strategik untuk menjayakan MBE yang diumumkan kerajaan hampir setahun lalu.

Buat masa ini seorang lulusan universiti pun menghadapi pelbagai cabaran mendapatkan pekerjaan hinggakan ada di antara mereka berterusan dieksploitasi oleh banyak majikan syarikat kecil yang mengambil mereka bekerja tanpa diberikan surat pelantikan.

Syarikat seperti agensi pengiklanan, syarikat pembikinan filem atau syarikat yang menguruskan acara peristiwa banyak mengambil lulusan universiti hanya secara lisan. Mereka tahu bahawa lulusan itu akan menerima saja pekerjaan walaupun secara lisan asalkan dapat menerima gaji yang boleh menyara kehidupan mereka di kota.

Maka dengan itu pekerja ini tidak akan tersenarai sebagai pekerja dan tidak mempunyai apa-apa pun hak sebagai pekerja. Jadi mereka bekerja mengikut suka hati pemilik syarikat itu tanpa mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tidak berhak mendapat perbelanjaan rawatan kiranya jatuh sakit, tidak mempunyai sebarang cuti sakit dan kalau tidak bekerja pada hari-hari sakit gaji bulanan akan dipotong mengikut jumlah hari yang dia tidak datang bekerja.

Demikian pula waktu bekerja juga panjang hingga ada yang perlu bekerja hingga larut malam jika dikehendaki menyiapkan sesuatu projek yang diterima majikan tanpa diberikan bayaran lebih masa.

Mereka juga boleh diberhentikan dengan mudah hanya dengan lisan tanpa sebarang alasan munasabah.

Inilah yang dialami seorang gadis muda lulusan bidang penyiaran dari UiTM baru-baru ini yang dipecat majikan sebuah syarikat pembikinan filem. Walaupun dia telah mewakili syarikatnya naik ke pentas menerima hadiah pada majlis Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini tetapi dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti bahawa dia adalah pekerja syarikat produksi berkenaan.

Kisahnya dimuatkan dalam blog 'Sifu.Net' yang kebetulan dikendalikan rakan majikan gadis malang itu. Blog itu menyatakan pemilik syarikat itu mewakilkan gadis berkenaan naik ke pentas menerima hadiah kerana majikannya tidak dapat hadir. Gadis itu disuruh mengenakan pakaian yang cantik.

Ditakdirkan drama syarikat itu menang, lalu gadis berpakaian cantik dan seksi itu pun naik ke pentas untuk menerima trofi seperti juga beberapa penerima lain berpakaian seksi sehingga mereka ditegur Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kerana berpakaian sedemikian.

Blog itu menambah: "Ternyata pakaian yang dipakainya tidak sesuai untuk menghadiri majlis anugerah berprestij seperti Anugerah Skrin yang disiarkan secara langsung dan turut dihadiri orang kenamaan.

"Difahamkan, dia dipecat selepas insiden itu kerana majikannya malu mempunyai pekerja sepertinya sebab dia hadir ke majlis itu mewakili syarikat."
Gadis ini menjadi mangsa dipecat serta-merta secara lisan tanpa diberi notis atau surat, malah tidak pun dinyatakan sebab dipecat.

Kiranya soal pokok mengenai hak sah seseorang pekerja pun kita tidak dapat memantau dan menentukan majikan tidak akan mengeksploit mereka bagaimana kita hendak melonjakkan negara ke tahap yang diidamkan itu?

Apakah Kementerian Sumber Manusia tidak boleh menyiasat wujudnya syarikat yang mengeksploitasi rakyat sedemikian?

Penulis adalah Felo Kanan UKM

http://www.bharian.com.my/articles/Masihramailulusanuniversitibergajikecil/Article/

Pengarah Pelajaran Johor Kempen Politik tapi Sekolah Daif

Posted: 05 Jan 2011 07:36 PM PST

Pengarah Pelajaran Johor ni hendak mempercepatkan lagi kejatuhan Umno BN ke? Apa dia tak nampak macam-macam masalah persekolahan seluruh Malaysia sekarang seperti laporan berikut SEKOLAH KABIN, UMNO BN GAGAL, MUHYIDDIN PERLU LETAK JAWATAN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html

Dari Blog Singalautmetro, January 6, 2011

SEDARLAH WAHAI PENGARAH PELAJARAN JOHOR: GAJI KAMU DIBAYAR RAKYAT BUKAN UNTUK BERKEMPEN POLITIK TENANG!

WARKAH ini khusus buat Pengarah Pelajaran Johor, Wak Markom Giran yang telah tersebar videonya berkempen kepada guru-guru kaunselor di Johor dalam satu usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional pada pilihanraya kecil DUN Tenang, hujung bulan ini.

Yang saya hormati wak Markom, tolonglah ingat gaji kita bukan dibayar oleh Barisan Nasional, tetapi dikutip dari duit rakyat. Oleh itu janganlah jawatan Pengarah Pelajaran Negeri ditukar menjadi Pengarah Kempen Barisan Nasional.

Tolonglah. Atas nama Allah, kami rakyat yang tidak suka sikap begini, mohon hentikanlah perbuatan keji berkempen dengan meminta guru kaunselor berjumpa semua ibu bapa di 15 sekolah dalam DUN tenang agar menyokong dan sekaligus MEMASTIKAN kemenangan calon BN dalam pilihanraya kecil ini.

Apakah wak amat berminat untuk menjadi ahli politik? Jika benar, bersara dan letaklah jawatan dan masuk Umno serta terus meminta diri untuk dicalonkan dalam pilihanraya akan datang.

Sudah hilangkah pertimbangan wak sehingga membiar diri menjadi hamba politik yang hilang harga diri sebagai Pengarah Pendidikan yang sepatutnya lebih menumpukan hal-hal berkaitan pelajaran demi untuk rakyat di Johor.

Tolonglah wak. Duduklah di tengah-tengah keadaan sebagai penjawat awam yang patuh pada kerajaan tetapi tidak boleh mencampuri hal politik dalam tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ingatlah wak. Rakyat menghalalkan gaji wak sebagai penjawat awam yang bebas dari politik dan bagaimana jadinya jika rakyat juga tidak menghalalkan gaji wak jika terkeluar daripada amanah yang dipertanggungjawabkan ini.

Amat tidak betul jadinya Pengarah Pelajaran berkempen dalam nada 'memaksa' guru kaunselor sehingga tersasul dan sehingga sanggup menyanyi di atas pentas dan meminta guru kaunselor jangan tergigil-gigil melaksanakan tugas di luar amanah diberikan rakyat.

Biarlah wak. Biarlah orang politik dengan orang politik. Penjawat awam apatah lagi yang berjawatan Pengarah Pelajaran negeri dengan tugas dan tanggungjawab yang hakiki. Tolonglah, sementera rakyat belum menyumpah.

Video Markom Giran berkempen ini tersebar dan boleh dilihat dan didengar menerusi laman YouTube!

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/sedarlah-wahai-pengarah-pelajaran-johor.html

Sekolah Kabin, Umno BN Gagal, Muhyiddin perlu letak jawatan

Posted: 05 Jan 2011 04:54 PM PST


Tahun 2011 pelbagai masalah persekolahan yang timbul. Dengan isu Sekolah Tumpang, Sekolah Tak Siap-Siap, Sekolah Usang, Sekolah Daif, Sekolah Plaster, Yuran Naik, Harga Makan Kantin Sekolah Naik dan Sekarang Masalah Sekolah KABIN. Nampaknya Muhyiddin gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Pelajaran. Perlu ada usaha bersepadu desak Muhyiddin letak jawatan segera !

183 PELAJAR MANDI PELUH KETIKA BELAJAR

Berita Harian 6 Dis 2010

Kabin zink terpaksa dijadikan kelas sementara

JOHOR BAHRU: Seramai 183 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) di sini, terpaksa belajar dalam keadaan berpeluh dan tidak selesa setiap hari kerana ditempatkan dalam lapan kabin yang dijadikan kelas sementara di tempat letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid dekat sini.

Keadaan itu dilalui pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat sejak kelas kabin itu digunakan mulai Januari tahun lalu. Kelas kabin terbabit terpaksa digunakan bagi menampung kekurangan kelas memandangkan SSeJB menumpang di sekolah itu sejak 2006.

Tinjauan Berita Harian mendapati, bahang kabin yang digunakan pelajar sejak setahun lalu lebih terasa kerana silingnya rendah selain dinding dan siling diperbuat daripada zink. Difahamkan, pelajar SSeJB terpaksa menggunakan kelas kabin sehingga bangunan sekolah siap tahun ini, namun wujud masalah status tapak sekolah terbabit di Seri Alam, menyebabkan pembangunan sekolah belum bermula.

Pelajar Tingkatan Tiga, Amirul Muaz, 14, yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, berkata kesejukan pada pagi boleh menyebabkan badan menggigil tetapi bermula 11.30 pagi hingga 2.15 petang, kabin berkenaan terasa bahang walaupun setiap kabin dilengkapi lapan kipas.

"Kami boleh menahan panas, bagaimanapun kasihan apabila melihat guru mengandung bermandikan peluh kerana terlalu panas. Kami tidak pernah mengadu, namun sering menyatakan rasa bahang panas sesama sendiri," katanya.

Pelajar Tingkatan Dua, Mohd Shahfik Abdul Aziz, dari Puncak Alam, Kuala Selangor, berkata ramai antara mereka cepat lesu, letih dan mengantuk apabila cuaca dan persekitaran terlalu panas.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/183pelajarmandipeluhketikabelajar/Article

PELBAGAI MASALAH SEKOLAH DI BAWAH INI :

MENTERI UMNO BN TAK KISAH PELAJAR SUSAH, SEKOLAH DAIF
http://amkns.blogspot.com/2011/01/menteri-umno-bn-tak-kisah-pelajar-susah.html

SEKOLAH PLASTER, SATU LAGI KEJAYAAN UMNO BN
http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-plaster-satu-lagi-kejayaan-umno.html

MUHYIDDIN GAGAL SELESAI ISU SEKOLAH TUMPANG
http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html

SEKOLAH DI JOHOR BAHRU TAK SIAP-SIAP SEJAK 2004
http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html

SEKOLAH AMAT DAIF DI SABAH TAPI KAPALSELAM RM3.4 B
http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-amat-daif-di-sabah-tapi.html

BN GAGAL SELESAI MASALAH 300 SEKOLAH USANG, SEKOLAH TUMPANG
http://amkns.blogspot.com/2011/01/bn-gagal-selesai-masalah-300-sekolah.html

KLINIK BOT BERGERAK, ORANG SARAWAK NAK SEKOLAH LAH
http://amkns.blogspot.com/2010/12/klinik-bot-bergerak-orang-sarawak-nak.html

MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA USANG DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html

SEKOLAH AGAMA DAIF DI JOHOR BAHRU
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sekolah-agama-johor-daif.html

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


李文材不满验尸庭“悬案”裁决,设皇委会还公道

Posted: 05 Jan 2011 08:46 PM PST

(怡保6日讯)针对验尸庭宣布赵明福冤案裁决为悬案,对此务边区国会议员李文材医生表示震惊和不满,同时他认为必须立刻成立皇家调查委员会以彻查赵明福死因真相,以还赵家和死者公道。 他认为,如果验尸庭无法确定赵明福是自杀或他杀,那意味着赵明福是意外死亡,那么验尸官是否拥有任何确凿的证据证明死因属意外? "当初,首相纳吉独排众议坚持要通过验尸庭进行审讯和调查死因,这个只是由推事负责的审讯,明显缺乏权限和公信力问题,经过冗长审讯的结果,这就是纳吉给予人民和赵家的答案。" 他强调,纳吉必须对于赵家和赵明福痛历这18个月审讯负上全部责任,同时立刻成立皇家调查委员会,并赋予皇委会更大的权力以调查赵明福死因和反贪委员会审案程序,以让皇委会排除政治压力楸出幕后的凶手。 他强调皇委会必须重新传召当时曾经与赵明福接触的全部相关人士,因为赵明福死亡的地点是在反贪委员会办公室,所以该些相关人士将会是破案的重要线索。

Apakah kebenaran akan ditemui, sebelum dilupai?

Posted: 05 Jan 2011 08:34 PM PST

Inkues kematian Teoh Beng Hock selama 17 bulan berakhir dengan tanda soal dalam “keputusan terbuka” (open verdict)-nya. Apapun tuntutan keluarga Teoh atau perkembangan selanjutnya, keputusan ini sekurang-kurangnya memberi ruang untuk kerajaan Najib Razak menarik nafas, melanjutkan masa agar isu ini menjadi dingin. Tragedi kematian Teoh Beng Hock berlaku pada 16 Julai 2009, hari ke-105 Najib [...]

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor taat setia pada Sultan

Posted: 05 Jan 2011 07:19 PM PST

Rabu, 5 Januari 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


ADUN Seri Muda Sedia Mengadap Sultan, Perjelas Kenyataan

Posted: 05 Jan 2011 12:24 AM PST


SHAH ALAM 5 JAN: ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, bersedia untuk mengadap baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya baginda tersinggung berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri yang mewakili Shuhaimi sewaktu sidang media bagi menjelaskan tomahan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia yang seolah-olah menunjukkan Shuhaimi derhaka terhadap Institusi Raja di Selangor.

Utusan memanipulasikan kenyataan Shuhaimi berkaitan isu perlantikan SUK untuk menimbulkan pertentangan antara pihak-pihak yang terbabit khususnya antara Kerajaan Negeri dan Sultan Selangor.

Dalam kenyatan Shuhaimi yang dibacakan Azmizam, beliau menegaskan kenyataannya tidak ditujukan kepada Sultan Selangor sebaliknya menyanggah kenyataan yang dibuat Setiausaha Sulit baginda serta mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.

"Yang dipersoalkan mengapa Fasal 50 (kuasa eksekutif DYMM Sultan Selangor) dan Fasal 52(1) (peranan Suruhanjaya Perkhidmatan melantik YB SUK) tidak dibaca bersama Fasal 55(1)," katanya.

Beliau turut menafikan ada berkata bahawa perlantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN).

Bagi pihak AMK Azmizam menambah, sekiranya isu ini dipanjangkan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membongkar lebih banyak isu mengenai penderhakaan terhadap Institusi Beraja oleh Umno-Barisan Nasional.

"Kami tengok Ibrahim Ali yang begitu bersungguh-sungguh tapi beliau hanya cakap tak serupa bikin," katanya.

Pihak AMK akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung isu fitnah kenyataan terhadap Shuhaimi dan kenyataan Ibrahim Ali dalam Dewan Rakyat bertarikh 18 Januari 1993 yang jelas menghina Raja-Raja Melayu.


Sumber: TVSNEWS

Kesan Semula Semua RM340 Bilion Ketirisan Ekonomi Biayai Sekolah Usang

Posted: 05 Jan 2011 12:20 AM PST

ZK3Membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laporan SINCHEW DIGEST pada 3 Jan yang mendakwa seolah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan RM30 juta buat setiap 300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai 'menghadapi risiko keruntuhan', adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Ini kerana, jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang ini hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 bilion walhal Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36 bilion buat Perbelanjaan sepanjang 2011 ini.

Kenyataan TPM ini seolah mengiyakan sikap tidak ikhlas kerajaan lanun Umno-BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan RM6 bilion buat Pembangunan berbanding RM29 bilion buat menanggung kos Pengurusan Kementerian Pelajaran. Ini bermakna, kerajaan lanun Umno-BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang ini, walaupun sedia tahu anya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru kita.

Saya yakin, jika ketirisan berjumlah RM340 bilion, iaitu sebanyak Rm100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Tun Mahathir, dan ketirisan RM240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Brian Wain dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku.

Maka, bagi menjaga keselamatan anak-anak dan para guru yang belajar dan bertugas di 300 buah sekolah usang ini, saya menggesa agar TPM sedia bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Audit, SPRM, PDRM dan badan berkaitan lain untuk segera mengesan semula semua wang ketirisan sebanyak RM340 bilion ini, agar dapat menampung kos pembaikan RM9 bilion ini.



ZURAIDA KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN


Sumber: Suara Keadilan

AMK Desak Rais Yatim Tampil Bersihkan Nama

Posted: 05 Jan 2011 12:18 AM PST

Sam15Mutakhir ini ruang siber Malaysia digegarkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan seorang Menteri di dalam kes rogol melibatkan pembantu rumah yang berasal daripada Indonesia. Dikhabarkan, kes ini telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius mengenai pendedahan ini. Isu ini yang pernah dihebahkan oleh sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care di mana kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.

Isu ini, yang hebat dibahas di dalam ruang siber jelas merujuk kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau. Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.

AMK mendesak Dr. Rais segera menafikan cerita ini, sekiranya ia tidak benar. AMK juga menggesa agar Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.

Selanjutnya di dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untuk
mendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN



Sumber: Suara Keadilan

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


120 Peneroka-Peneroka Felda Lui Selatan 2 dinafikan hak sarahidup

Posted: 05 Jan 2011 09:04 PM PST

Peneroka-Peneroka Felda Lui Selatan Dua, Negeri Sembilan akan menghadiri satu Majlis Taklimat yang akan disampaikan oleh Sdr Rebin Birham dan peguam T. Kumar, kedua-duanya Anggota Jawatankuasa Biro Felda PKR Pusat hari ini.
Mereka akan hadir untuk menyampaikan masalah yang menimpa 120 peneroka-peneroka Felda Lui Selatan 2 kerana Felda telah gagal membayar elaun sara hidup untuk mereka.
Mereka adalah diantara peneroka-peneroka Felda di Lui Selatan 2 yang mahu mengekalkan tanaman getah melalui Felda.
Sebagai peneroka-peneroka yang patuh untuk menanam semula melalui Felda maka amatlah tidak berhati perut bagi Felda menafikan kepada mereka elaun sara hidup bulanan yang akhirnya dianggap sebagai hutang kerana mereka tetap mahu bersama Felda.
Peneroka-peneroka itu juga dinafikan hak untuk mendapat "bonus" yang sekarang ini sedang dibayar oleh Felda kepada peneroka-peneroka dengan bayaran diantara RM400.00 hingga RM500.00.
Tindakan Felda ini dianggap oleh Peneroka-Peneroka itu sebagai sudah melampau dan seolah-olah Felda mencabar peneroka-peneroka itu supaya tidak menanam semula melalui Felda.

Tuntutan Saman terhadap Felda diteruskan

Posted: 05 Jan 2011 08:12 PM PST

Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Jengka 9, Pahang
Sdr Rosli Ahmad, Timbalan Ketua PKR Cabang Jerantut berbual dengan AJK Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Jengka 9 sebelum mesyuarat dimulakan

Sebahagian dari Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Jengka 9 sedang menunggu mesyuarat dimulakan.
Jerantut, Pahang, 5hb Januari 2011: Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda Parti Keadilan Rakyat Pusat mengalu-alukan tindakan Felda menaikkan peratusan perahan KPG dihampir kesemua kilang sawit Felda di Gugusan Felda Jengka sejak dua bulan yang lepas.
Peratusan perahanKPG di Kilang Sawit Felda Jengka 8 yang dahulunya sekadar memberikan peratusan perahan ditahap 17-18% sahaja, kini setelah pihak Peneroka-Peneroka menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk menyaman Felda kerana manipulasi peratusan perahan ini telah menaikkan hingga 20%.
Suhaimi berkata demikian semasa berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Jengka 9 semalam.
Pengerusi Biro Felda itu menyatakan bahawa walaupun Peneroka-Peneroka telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk menyaman Felda, Peneroka-Peneroka masih menginginkan jalan rundingan untuk menyelesaikan tuntutan mereka mengenai peratusan perahan KPG, dan rundingan itu biarlah untuk memberi menfaat kepada kedua-dua pihak agar kedua-dua pihak berada didalam keadaan menang-menang.
Beliau menyatakan bahawa peratusan perahan KPG yang dinaikkan oleh Kilang Sawit Jengka 8 perlu disemak lagi kerana perahan hingga 20% itu masih rendah jika dibandingkan dengan perahan sebenar.
Suhaimi menyarankan agar kedua-dua pihak menggunakan perahan yang diputuskan oleh makmal sebagai peratusan perahan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
"Selain daripada isu peratusan perahan semasa, peneroka-peneroka juga menuntut gantirugi diatas peratusan perahan yang telah dimanipulasi oleh Felda selama lebih 15 tahun terhadap peneroka-peneroka," tegas Suhaimi Said, " Didalam tempoh itu setiap peneroka berhak mendapat lebihkurang RM30,000.00, dan jika melalui jalan rundingan Peneroka-Peneroka boleh bersetuju menerima kurang sedikit dari jumlah itu."
"Selain dari peratusan perahan yang dipertikaikan itu, peneroka-peneroka juga menuntut kerugian diatas buah-buah sawit yang dibuang dari setiap penghantaran kerana dikatakan buah muda, tangkal panjang dan buah mengkal. Peneroka-peneroka telah didenda kerana membawa buah-buah yang ditolak itu, namun peneroka-peneroka tidak dibenarkan membawa balik buah-buah itu, dan umum mengetahui bahawa buah-buah itu diproses bersekali dengan buah-buah yang diterima.
"Walaupun sudah berlaku penolakan keatas buah-buah yang tidak diterima itu, peneroka-peneroka tetap diberikan peratusan perahan yang rendah, sepatutnya mereka memperolehi peratusan perahan yang tertinggi kerana hantaran buah-buah mereka sudah diasingkan dari buah-buah yang tidak diterima. Namun selama lebih 15 tahun, mereka hanya diberikan sekadar 17-18% sahaja.
"Setiap hantaran buah-buah sawit itu tidak kurang dari 3 tan dikeluarkan sebagai buah-buah muda dan mengkal, dan peneroka-peneroka kerugian tidak kurang dari RM250.00 setiap bulan selama lebih 15 tahun.
"Biro Guaman PKR Pusat akan mengkaji untuk memasukkan tuntutan ini bersama dengan tuntutan keatas peratusan perahan KPG yang dimanipulalsi oleh Felda." jelas Suhaimi Said lagi.
Suhaimi Said menjelaskan bahawa lebih 1000 peneroka-peneroka Gugusan Bera, 300 dari Rompin, 300 dari Lepar, lebih 300 dari DUN Jengka, hampir 400 dari sekitar kilang Felda Jengka 3, dan hampir 300 dari Kilang Jengka 8, akan mengemukakan saman terhadap Felda jika Felda gagal merundingkan tuntutan ini dengan pampasan yang munasabah.
Selain dari itu, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat itu menyatakan bahawa seramai 354 peneroka-peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan telah pun menerima pampasan masing-masing berjumlah RM11 juta; manakala perbicaraan tuntutan peneroka-peneroka Felda Moakil, Johor melibatkan 650 orang peneroka-peneroka dan Serting 1 dan 2 di Negeri Sembilan yang melibatkan 776 peneroka-peneroka sedang menunggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu dan Mahkamah Tinggi Seremban.
Sementara itu, Saman bagi pihak Peneroka-Peneroka Felda sekitar Kilang Sawit Jengka 8 dan Kilang Sawit Jengka 3 akan difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh sebaik sahaja penambahan peneroka-peneroka dari Felda Jengka 1 dibuat pada pertengahan bulan Januari 2011.
Menjawab persoalan dari hadirin di Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Felda Jengka 9 tersebut, Suhaimi Said, mengatakan bahawa jika tuntutan ini dimenangi oleh Peneroka-Peneroka, maka hanya peneroka-peneroka yang terlibat dengan saman ini sahaja yang akan mendapat menfaatnya, manakala peneroka-peneroka lain tidaklah terlibat seperti mana apabila hanya 10 orang peneroka sahaja dari Gugusan Felda Koyan yang menang di Mahkamah Tinggi Kuantan didalam saman mereka untuk pengembalian wang dana tanam semula dari Felda.



Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


ADUN Seri Muda Sedia Mengadap Sultan, Perjelas Kenyataan

Posted: 05 Jan 2011 12:44 AM PST

SHAH ALAM 5 JAN: ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafiei, bersedia untuk mengadap baginda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya baginda tersinggung berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri yang mewakili YB Shuhaimi sewaktu sidang media bagi menjelaskan tomahan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia yang seolah-olah menunjukkan YB Shuhaimi derhaka terhadap Institusi Raja di Selangor.

Utusan memanipulasikan kenyataan YB Shuhaimi berkaitan isu perlantikan SUK untuk menimbulkan pertentangan antara pihak-pihak yang terbabit khususnya antara Kerajaan Negeri dan Sultan Selangor.

Dalam kenyatan YB Shuhaimi yang dibacakan Azmizam, beliau menegaskan kenyataannya tidak ditujukan kepada Sultan Selangor sebaliknya menyanggah kenyataan yang dibuat Setiausaha Sulit baginda serta mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.

"Yang dipersoalkan mengapa Fasal 50 (kuasa eksekutif DYMM Sultan Selangor) dan Fasal 52(1) (peranan Suruhanjaya Perkhidmatan melantik YB SUK) tidak dibaca bersama Fasal 55(1)," katanya.

Beliau turut menafikan ada berkata bahawa perlantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan DYMM Sultan Selangor sebaliknya ia adalah dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN).

Bagi pihak AMK Azmizam menambah, sekiranya isu ini dipanjangkan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membongkar lebih banyak isu mengenai penderhakaan terhadap Institusi Beraja oleh Umno-Barisan Nasional.

"Kami tengok Ibrahim Ali yang begitu bersungguh-sungguh tapi beliau hanya cakap tak serupa bikin," katanya.

Pihak AMK akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung isu fitnah kenyataan terhadap Shuhaimi dan kenyataan Ibrahim Ali dalam Dewan Rakyat bertarikh 18 Januari 1993 yang jelas menghina Raja-Raja Melayu.