Rabu, 5 Januari 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


ADUN Seri Muda Sedia Mengadap Sultan, Perjelas Kenyataan

Posted: 05 Jan 2011 12:24 AM PST


SHAH ALAM 5 JAN: ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, bersedia untuk mengadap baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya baginda tersinggung berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri yang mewakili Shuhaimi sewaktu sidang media bagi menjelaskan tomahan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia yang seolah-olah menunjukkan Shuhaimi derhaka terhadap Institusi Raja di Selangor.

Utusan memanipulasikan kenyataan Shuhaimi berkaitan isu perlantikan SUK untuk menimbulkan pertentangan antara pihak-pihak yang terbabit khususnya antara Kerajaan Negeri dan Sultan Selangor.

Dalam kenyatan Shuhaimi yang dibacakan Azmizam, beliau menegaskan kenyataannya tidak ditujukan kepada Sultan Selangor sebaliknya menyanggah kenyataan yang dibuat Setiausaha Sulit baginda serta mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.

"Yang dipersoalkan mengapa Fasal 50 (kuasa eksekutif DYMM Sultan Selangor) dan Fasal 52(1) (peranan Suruhanjaya Perkhidmatan melantik YB SUK) tidak dibaca bersama Fasal 55(1)," katanya.

Beliau turut menafikan ada berkata bahawa perlantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN).

Bagi pihak AMK Azmizam menambah, sekiranya isu ini dipanjangkan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membongkar lebih banyak isu mengenai penderhakaan terhadap Institusi Beraja oleh Umno-Barisan Nasional.

"Kami tengok Ibrahim Ali yang begitu bersungguh-sungguh tapi beliau hanya cakap tak serupa bikin," katanya.

Pihak AMK akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung isu fitnah kenyataan terhadap Shuhaimi dan kenyataan Ibrahim Ali dalam Dewan Rakyat bertarikh 18 Januari 1993 yang jelas menghina Raja-Raja Melayu.


Sumber: TVSNEWS

Kesan Semula Semua RM340 Bilion Ketirisan Ekonomi Biayai Sekolah Usang

Posted: 05 Jan 2011 12:20 AM PST

ZK3Membalas kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laporan SINCHEW DIGEST pada 3 Jan yang mendakwa seolah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan RM30 juta buat setiap 300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai 'menghadapi risiko keruntuhan', adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Ini kerana, jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang ini hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 bilion walhal Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36 bilion buat Perbelanjaan sepanjang 2011 ini.

Kenyataan TPM ini seolah mengiyakan sikap tidak ikhlas kerajaan lanun Umno-BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan RM6 bilion buat Pembangunan berbanding RM29 bilion buat menanggung kos Pengurusan Kementerian Pelajaran. Ini bermakna, kerajaan lanun Umno-BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang ini, walaupun sedia tahu anya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru kita.

Saya yakin, jika ketirisan berjumlah RM340 bilion, iaitu sebanyak Rm100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Tun Mahathir, dan ketirisan RM240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Brian Wain dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku.

Maka, bagi menjaga keselamatan anak-anak dan para guru yang belajar dan bertugas di 300 buah sekolah usang ini, saya menggesa agar TPM sedia bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Audit, SPRM, PDRM dan badan berkaitan lain untuk segera mengesan semula semua wang ketirisan sebanyak RM340 bilion ini, agar dapat menampung kos pembaikan RM9 bilion ini.



ZURAIDA KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN


Sumber: Suara Keadilan

AMK Desak Rais Yatim Tampil Bersihkan Nama

Posted: 05 Jan 2011 12:18 AM PST

Sam15Mutakhir ini ruang siber Malaysia digegarkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan seorang Menteri di dalam kes rogol melibatkan pembantu rumah yang berasal daripada Indonesia. Dikhabarkan, kes ini telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius mengenai pendedahan ini. Isu ini yang pernah dihebahkan oleh sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care di mana kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa.

Isu ini, yang hebat dibahas di dalam ruang siber jelas merujuk kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau. Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.

AMK mendesak Dr. Rais segera menafikan cerita ini, sekiranya ia tidak benar. AMK juga menggesa agar Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.

Selanjutnya di dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untuk
mendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN



Sumber: Suara Keadilan

Tiada ulasan: