The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
120 Peneroka-Peneroka Felda Lui Selatan 2 dinafikan hak sarahidup Posted: 05 Jan 2011 09:04 PM PST Peneroka-Peneroka Felda Lui Selatan Dua, Negeri Sembilan akan menghadiri satu Majlis Taklimat yang akan disampaikan oleh Sdr Rebin Birham dan peguam T. Kumar, kedua-duanya Anggota Jawatankuasa Biro Felda PKR Pusat hari ini. Mereka akan hadir untuk menyampaikan masalah yang menimpa 120 peneroka-peneroka Felda Lui Selatan 2 kerana Felda telah gagal membayar elaun sara hidup untuk mereka. Mereka adalah diantara peneroka-peneroka Felda di Lui Selatan 2 yang mahu mengekalkan tanaman getah melalui Felda. Sebagai peneroka-peneroka yang patuh untuk menanam semula melalui Felda maka amatlah tidak berhati perut bagi Felda menafikan kepada mereka elaun sara hidup bulanan yang akhirnya dianggap sebagai hutang kerana mereka tetap mahu bersama Felda. Peneroka-peneroka itu juga dinafikan hak untuk mendapat "bonus" yang sekarang ini sedang dibayar oleh Felda kepada peneroka-peneroka dengan bayaran diantara RM400.00 hingga RM500.00. Tindakan Felda ini dianggap oleh Peneroka-Peneroka itu sebagai sudah melampau dan seolah-olah Felda mencabar peneroka-peneroka itu supaya tidak menanam semula melalui Felda. |
Tuntutan Saman terhadap Felda diteruskan Posted: 05 Jan 2011 08:12 PM PST Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Jengka 9, Pahang Sdr Rosli Ahmad, Timbalan Ketua PKR Cabang Jerantut berbual dengan AJK Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Jengka 9 sebelum mesyuarat dimulakan Jerantut, Pahang, 5hb Januari 2011: Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda Parti Keadilan Rakyat Pusat mengalu-alukan tindakan Felda menaikkan peratusan perahan KPG dihampir kesemua kilang sawit Felda di Gugusan Felda Jengka sejak dua bulan yang lepas. Peratusan perahanKPG di Kilang Sawit Felda Jengka 8 yang dahulunya sekadar memberikan peratusan perahan ditahap 17-18% sahaja, kini setelah pihak Peneroka-Peneroka menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk menyaman Felda kerana manipulasi peratusan perahan ini telah menaikkan hingga 20%. Suhaimi berkata demikian semasa berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Jengka 9 semalam. Pengerusi Biro Felda itu menyatakan bahawa walaupun Peneroka-Peneroka telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk menyaman Felda, Peneroka-Peneroka masih menginginkan jalan rundingan untuk menyelesaikan tuntutan mereka mengenai peratusan perahan KPG, dan rundingan itu biarlah untuk memberi menfaat kepada kedua-dua pihak agar kedua-dua pihak berada didalam keadaan menang-menang. Beliau menyatakan bahawa peratusan perahan KPG yang dinaikkan oleh Kilang Sawit Jengka 8 perlu disemak lagi kerana perahan hingga 20% itu masih rendah jika dibandingkan dengan perahan sebenar. Suhaimi menyarankan agar kedua-dua pihak menggunakan perahan yang diputuskan oleh makmal sebagai peratusan perahan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. "Selain daripada isu peratusan perahan semasa, peneroka-peneroka juga menuntut gantirugi diatas peratusan perahan yang telah dimanipulasi oleh Felda selama lebih 15 tahun terhadap peneroka-peneroka," tegas Suhaimi Said, " Didalam tempoh itu setiap peneroka berhak mendapat lebihkurang RM30,000.00, dan jika melalui jalan rundingan Peneroka-Peneroka boleh bersetuju menerima kurang sedikit dari jumlah itu." "Selain dari peratusan perahan yang dipertikaikan itu, peneroka-peneroka juga menuntut kerugian diatas buah-buah sawit yang dibuang dari setiap penghantaran kerana dikatakan buah muda, tangkal panjang dan buah mengkal. Peneroka-peneroka telah didenda kerana membawa buah-buah yang ditolak itu, namun peneroka-peneroka tidak dibenarkan membawa balik buah-buah itu, dan umum mengetahui bahawa buah-buah itu diproses bersekali dengan buah-buah yang diterima. "Walaupun sudah berlaku penolakan keatas buah-buah yang tidak diterima itu, peneroka-peneroka tetap diberikan peratusan perahan yang rendah, sepatutnya mereka memperolehi peratusan perahan yang tertinggi kerana hantaran buah-buah mereka sudah diasingkan dari buah-buah yang tidak diterima. Namun selama lebih 15 tahun, mereka hanya diberikan sekadar 17-18% sahaja. "Setiap hantaran buah-buah sawit itu tidak kurang dari 3 tan dikeluarkan sebagai buah-buah muda dan mengkal, dan peneroka-peneroka kerugian tidak kurang dari RM250.00 setiap bulan selama lebih 15 tahun. "Biro Guaman PKR Pusat akan mengkaji untuk memasukkan tuntutan ini bersama dengan tuntutan keatas peratusan perahan KPG yang dimanipulalsi oleh Felda." jelas Suhaimi Said lagi. Suhaimi Said menjelaskan bahawa lebih 1000 peneroka-peneroka Gugusan Bera, 300 dari Rompin, 300 dari Lepar, lebih 300 dari DUN Jengka, hampir 400 dari sekitar kilang Felda Jengka 3, dan hampir 300 dari Kilang Jengka 8, akan mengemukakan saman terhadap Felda jika Felda gagal merundingkan tuntutan ini dengan pampasan yang munasabah. Selain dari itu, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat itu menyatakan bahawa seramai 354 peneroka-peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan telah pun menerima pampasan masing-masing berjumlah RM11 juta; manakala perbicaraan tuntutan peneroka-peneroka Felda Moakil, Johor melibatkan 650 orang peneroka-peneroka dan Serting 1 dan 2 di Negeri Sembilan yang melibatkan 776 peneroka-peneroka sedang menunggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu dan Mahkamah Tinggi Seremban. Sementara itu, Saman bagi pihak Peneroka-Peneroka Felda sekitar Kilang Sawit Jengka 8 dan Kilang Sawit Jengka 3 akan difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh sebaik sahaja penambahan peneroka-peneroka dari Felda Jengka 1 dibuat pada pertengahan bulan Januari 2011. Menjawab persoalan dari hadirin di Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Felda Jengka 9 tersebut, Suhaimi Said, mengatakan bahawa jika tuntutan ini dimenangi oleh Peneroka-Peneroka, maka hanya peneroka-peneroka yang terlibat dengan saman ini sahaja yang akan mendapat menfaatnya, manakala peneroka-peneroka lain tidaklah terlibat seperti mana apabila hanya 10 orang peneroka sahaja dari Gugusan Felda Koyan yang menang di Mahkamah Tinggi Kuantan didalam saman mereka untuk pengembalian wang dana tanam semula dari Felda. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan