Khamis, 6 Januari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Di Sarawak JKR ialah Jalan Kita Rosak, BN ada Faham?

Posted: 05 Jan 2011 10:21 PM PST


Dari Blog PAS Kawasan Miri, Sarawak

Tahun Baru 2011 Masalah Penduduk Sarawak Yang Miskin Belum Selesai

Masalah penduduk Kpg Usaha Jaya Tukau,Sg.Beluboh.

Penduduk kampung Usaha Jaya Tukau menuntut agar pihak yang berwajib menunaikan janji-janji mereka selama ini yang sudah lama tertangguh. Contoh yang paling nyata sekarang adalah menaikkan taraf jalanraya kampung tersebut.

Sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan raya yang sedia ada yang telah berturap hendak disambung penurapannya sampai ke hujung kampong.

Sudah berpuluh-puluh tahun penduduk kampong Usaha Jaya menetap di situ dan ada yang masih belum mendapat grant tanah atau 'Land title' sedangkan projek-projek pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan.

Penduduk tempatan yang sudah bermastautin berpuluh puluh tahun di situ sukar sekali untuk mendapatkan tanah sendiri sebagai tapak perumahan.

Keadaan kampung tersebut masih jauh ketinggalan dari segi 'infrastructure' seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong yang berada dalam sebuah bandaraya seperti Miri. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut?

Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang berlopak,tiada bekalan elektrik, dan bekalan air bersih untuk kegunaan harian untuk memasak, cuci pakaian dsbnya.

Mereka terpaksa menggunakan air dari perigi yang masam dan air hujan yang di simpan dalam tong atau tangki. Bila musim tengkujuh mereka terpaksa mencari air dari anak sungai kerana air perigi menjadi kering . Ini boleh mendatangkan penyakit kepada mereka dan keluarga.

Cuba lihat, hayati dan amati gambar-gambar kedaifan dan kesusahan penduduk pada pautan berikut http://pas-miri.blogspot.com/2011/01/tahun-baru-2011-masalah-penduduk.html

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT - UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

Ramai lulusan universiti gaji kecil, lantak kaulah mahasiswa

Posted: 05 Jan 2011 07:36 PM PST

Selepas baca artikel di bawah ini, khusus untuk mahasiswa, bacalah artikel berikut PADAN MUKA AKU. MAHASISWA, TOLONG RENUNGKAN DAN SEBARKAN http://amkns.blogspot.com/2010/12/padan-muka-aku-mahasiswa-tolong.html

MASIH RAMAI LULUSAN UNIVERSITI BERGAJI KECIL
Bersama Rejal Arbee

Berita Harian 6 Jan 2011

AKHIR-AKHIR ini kita begitu ghairah hendak melonjakkan negara dari kedudukannya sekarang sebagai negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Maka pelbagai usaha dijalankan kerajaan untuk mencapai matlamat ini.

Dalam pada itu apakah realitinya kalau dilihat daripada keadaan yang wujud sekarang? Benar kerajaan berazam melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mengubah nasib golongan berpendapatan rendah, iaitu kurang daripada RM1,500 sebulan yang dikatakan mewakili lebih 46 peratus daripada tenaga kerja negara untuk menerima pendapatan tinggi menjelang 2020.

Antara mereka yang berpendapatan rendah ini termasuk juga lulusan universiti. Mungkin mereka yang bernasib baik akan mendapat pekerjaan dengan syarikat besar, syarikat berkaitan kerajaan atau dengan kerajaan. Mereka akan menerima ganjaran setimpal dengan kelulusan.

Tetapi dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebulan pun mereka akan hanya dapat menampung kehidupan seharian dengan membayar sewa bilik, belanja pengangkutan untuk pergi balik bekerja dan belanja makanan. Apa pun tidak juga ada maknanya berpendapatan tinggi tetapi masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Kalau hendak membeli kereta pun terpaksa berhutang hingga tujuh tahun untuk melangsaikannya.

Untuk menampung keadaan sekarang pinjaman kepada pembeli rumah dilonggarkan dengan tempoh bayaran balik melebihi 30 tahun, iaitu kalau sudah bersara pun rumah masih tergadai dengan bank hinggakan bank sudah pun mengadakan peraturan bayaran balik pinjaman rumah boleh diambil alih oleh anak.

Inilah keadaan yang dihadapi rakyat. Apa yang perlu ialah menentukan rakyat biasa mampu membeli rumah mereka sendiri tanpa perlu berhutang hingga sudah bersara masih belum dapat melangsaikan piutang dengan bank.

Maka itu apakah seorang lulusan universiti yang sudah bekerja lima tahun misalnya sudah mampu untuk membeli rumahnya sendiri? Kalau dilihat keadaan sekarang, ini tidak mungkin. Harga rumah berterusan melambung tanpa ada hadnya. Rumah teres di sesetengah tempat pun kini sudah ada yang mencecah jutaan ringgit.

Kerajaan wajar memastikan rakyat dapat memenuhi tiga keperluan utama dalam kehidupan mereka, iaitu mampu menyara diri sendiri dan anak isteri, mampu memiliki rumah sendiri dan mampu pula berulang alik ke tempat kerja dengan mudah atau pun mampu memiliki kereta sendiri.

Maknanya kerajaan harus menentukan adanya pelbagai skim menyediakan rumah mampu dibeli pekerja demikian ini.

Inilah keperluan minimum setiap pekerja. Apakah menjelang 2020 nanti kita akan dapat menjamin bahawa majoriti pekerja kita boleh memenuhi kehendak ini?

Kalau dilihat keadaan yang wujud sekarang kita sememangnya menghadapi suatu keadaan yang sungguh mencabar untuk mencapai impian ini walaupun dengan adanya pelbagai inisiatif strategik untuk menjayakan MBE yang diumumkan kerajaan hampir setahun lalu.

Buat masa ini seorang lulusan universiti pun menghadapi pelbagai cabaran mendapatkan pekerjaan hinggakan ada di antara mereka berterusan dieksploitasi oleh banyak majikan syarikat kecil yang mengambil mereka bekerja tanpa diberikan surat pelantikan.

Syarikat seperti agensi pengiklanan, syarikat pembikinan filem atau syarikat yang menguruskan acara peristiwa banyak mengambil lulusan universiti hanya secara lisan. Mereka tahu bahawa lulusan itu akan menerima saja pekerjaan walaupun secara lisan asalkan dapat menerima gaji yang boleh menyara kehidupan mereka di kota.

Maka dengan itu pekerja ini tidak akan tersenarai sebagai pekerja dan tidak mempunyai apa-apa pun hak sebagai pekerja. Jadi mereka bekerja mengikut suka hati pemilik syarikat itu tanpa mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tidak berhak mendapat perbelanjaan rawatan kiranya jatuh sakit, tidak mempunyai sebarang cuti sakit dan kalau tidak bekerja pada hari-hari sakit gaji bulanan akan dipotong mengikut jumlah hari yang dia tidak datang bekerja.

Demikian pula waktu bekerja juga panjang hingga ada yang perlu bekerja hingga larut malam jika dikehendaki menyiapkan sesuatu projek yang diterima majikan tanpa diberikan bayaran lebih masa.

Mereka juga boleh diberhentikan dengan mudah hanya dengan lisan tanpa sebarang alasan munasabah.

Inilah yang dialami seorang gadis muda lulusan bidang penyiaran dari UiTM baru-baru ini yang dipecat majikan sebuah syarikat pembikinan filem. Walaupun dia telah mewakili syarikatnya naik ke pentas menerima hadiah pada majlis Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini tetapi dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti bahawa dia adalah pekerja syarikat produksi berkenaan.

Kisahnya dimuatkan dalam blog 'Sifu.Net' yang kebetulan dikendalikan rakan majikan gadis malang itu. Blog itu menyatakan pemilik syarikat itu mewakilkan gadis berkenaan naik ke pentas menerima hadiah kerana majikannya tidak dapat hadir. Gadis itu disuruh mengenakan pakaian yang cantik.

Ditakdirkan drama syarikat itu menang, lalu gadis berpakaian cantik dan seksi itu pun naik ke pentas untuk menerima trofi seperti juga beberapa penerima lain berpakaian seksi sehingga mereka ditegur Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kerana berpakaian sedemikian.

Blog itu menambah: "Ternyata pakaian yang dipakainya tidak sesuai untuk menghadiri majlis anugerah berprestij seperti Anugerah Skrin yang disiarkan secara langsung dan turut dihadiri orang kenamaan.

"Difahamkan, dia dipecat selepas insiden itu kerana majikannya malu mempunyai pekerja sepertinya sebab dia hadir ke majlis itu mewakili syarikat."
Gadis ini menjadi mangsa dipecat serta-merta secara lisan tanpa diberi notis atau surat, malah tidak pun dinyatakan sebab dipecat.

Kiranya soal pokok mengenai hak sah seseorang pekerja pun kita tidak dapat memantau dan menentukan majikan tidak akan mengeksploit mereka bagaimana kita hendak melonjakkan negara ke tahap yang diidamkan itu?

Apakah Kementerian Sumber Manusia tidak boleh menyiasat wujudnya syarikat yang mengeksploitasi rakyat sedemikian?

Penulis adalah Felo Kanan UKM

http://www.bharian.com.my/articles/Masihramailulusanuniversitibergajikecil/Article/

Pengarah Pelajaran Johor Kempen Politik tapi Sekolah Daif

Posted: 05 Jan 2011 07:36 PM PST

Pengarah Pelajaran Johor ni hendak mempercepatkan lagi kejatuhan Umno BN ke? Apa dia tak nampak macam-macam masalah persekolahan seluruh Malaysia sekarang seperti laporan berikut SEKOLAH KABIN, UMNO BN GAGAL, MUHYIDDIN PERLU LETAK JAWATAN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html

Dari Blog Singalautmetro, January 6, 2011

SEDARLAH WAHAI PENGARAH PELAJARAN JOHOR: GAJI KAMU DIBAYAR RAKYAT BUKAN UNTUK BERKEMPEN POLITIK TENANG!

WARKAH ini khusus buat Pengarah Pelajaran Johor, Wak Markom Giran yang telah tersebar videonya berkempen kepada guru-guru kaunselor di Johor dalam satu usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional pada pilihanraya kecil DUN Tenang, hujung bulan ini.

Yang saya hormati wak Markom, tolonglah ingat gaji kita bukan dibayar oleh Barisan Nasional, tetapi dikutip dari duit rakyat. Oleh itu janganlah jawatan Pengarah Pelajaran Negeri ditukar menjadi Pengarah Kempen Barisan Nasional.

Tolonglah. Atas nama Allah, kami rakyat yang tidak suka sikap begini, mohon hentikanlah perbuatan keji berkempen dengan meminta guru kaunselor berjumpa semua ibu bapa di 15 sekolah dalam DUN tenang agar menyokong dan sekaligus MEMASTIKAN kemenangan calon BN dalam pilihanraya kecil ini.

Apakah wak amat berminat untuk menjadi ahli politik? Jika benar, bersara dan letaklah jawatan dan masuk Umno serta terus meminta diri untuk dicalonkan dalam pilihanraya akan datang.

Sudah hilangkah pertimbangan wak sehingga membiar diri menjadi hamba politik yang hilang harga diri sebagai Pengarah Pendidikan yang sepatutnya lebih menumpukan hal-hal berkaitan pelajaran demi untuk rakyat di Johor.

Tolonglah wak. Duduklah di tengah-tengah keadaan sebagai penjawat awam yang patuh pada kerajaan tetapi tidak boleh mencampuri hal politik dalam tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ingatlah wak. Rakyat menghalalkan gaji wak sebagai penjawat awam yang bebas dari politik dan bagaimana jadinya jika rakyat juga tidak menghalalkan gaji wak jika terkeluar daripada amanah yang dipertanggungjawabkan ini.

Amat tidak betul jadinya Pengarah Pelajaran berkempen dalam nada 'memaksa' guru kaunselor sehingga tersasul dan sehingga sanggup menyanyi di atas pentas dan meminta guru kaunselor jangan tergigil-gigil melaksanakan tugas di luar amanah diberikan rakyat.

Biarlah wak. Biarlah orang politik dengan orang politik. Penjawat awam apatah lagi yang berjawatan Pengarah Pelajaran negeri dengan tugas dan tanggungjawab yang hakiki. Tolonglah, sementera rakyat belum menyumpah.

Video Markom Giran berkempen ini tersebar dan boleh dilihat dan didengar menerusi laman YouTube!

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/sedarlah-wahai-pengarah-pelajaran-johor.html

Sekolah Kabin, Umno BN Gagal, Muhyiddin perlu letak jawatan

Posted: 05 Jan 2011 04:54 PM PST


Tahun 2011 pelbagai masalah persekolahan yang timbul. Dengan isu Sekolah Tumpang, Sekolah Tak Siap-Siap, Sekolah Usang, Sekolah Daif, Sekolah Plaster, Yuran Naik, Harga Makan Kantin Sekolah Naik dan Sekarang Masalah Sekolah KABIN. Nampaknya Muhyiddin gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Pelajaran. Perlu ada usaha bersepadu desak Muhyiddin letak jawatan segera !

183 PELAJAR MANDI PELUH KETIKA BELAJAR

Berita Harian 6 Dis 2010

Kabin zink terpaksa dijadikan kelas sementara

JOHOR BAHRU: Seramai 183 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) di sini, terpaksa belajar dalam keadaan berpeluh dan tidak selesa setiap hari kerana ditempatkan dalam lapan kabin yang dijadikan kelas sementara di tempat letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid dekat sini.

Keadaan itu dilalui pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat sejak kelas kabin itu digunakan mulai Januari tahun lalu. Kelas kabin terbabit terpaksa digunakan bagi menampung kekurangan kelas memandangkan SSeJB menumpang di sekolah itu sejak 2006.

Tinjauan Berita Harian mendapati, bahang kabin yang digunakan pelajar sejak setahun lalu lebih terasa kerana silingnya rendah selain dinding dan siling diperbuat daripada zink. Difahamkan, pelajar SSeJB terpaksa menggunakan kelas kabin sehingga bangunan sekolah siap tahun ini, namun wujud masalah status tapak sekolah terbabit di Seri Alam, menyebabkan pembangunan sekolah belum bermula.

Pelajar Tingkatan Tiga, Amirul Muaz, 14, yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, berkata kesejukan pada pagi boleh menyebabkan badan menggigil tetapi bermula 11.30 pagi hingga 2.15 petang, kabin berkenaan terasa bahang walaupun setiap kabin dilengkapi lapan kipas.

"Kami boleh menahan panas, bagaimanapun kasihan apabila melihat guru mengandung bermandikan peluh kerana terlalu panas. Kami tidak pernah mengadu, namun sering menyatakan rasa bahang panas sesama sendiri," katanya.

Pelajar Tingkatan Dua, Mohd Shahfik Abdul Aziz, dari Puncak Alam, Kuala Selangor, berkata ramai antara mereka cepat lesu, letih dan mengantuk apabila cuaca dan persekitaran terlalu panas.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/183pelajarmandipeluhketikabelajar/Article

PELBAGAI MASALAH SEKOLAH DI BAWAH INI :

MENTERI UMNO BN TAK KISAH PELAJAR SUSAH, SEKOLAH DAIF
http://amkns.blogspot.com/2011/01/menteri-umno-bn-tak-kisah-pelajar-susah.html

SEKOLAH PLASTER, SATU LAGI KEJAYAAN UMNO BN
http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-plaster-satu-lagi-kejayaan-umno.html

MUHYIDDIN GAGAL SELESAI ISU SEKOLAH TUMPANG
http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html

SEKOLAH DI JOHOR BAHRU TAK SIAP-SIAP SEJAK 2004
http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html

SEKOLAH AMAT DAIF DI SABAH TAPI KAPALSELAM RM3.4 B
http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-amat-daif-di-sabah-tapi.html

BN GAGAL SELESAI MASALAH 300 SEKOLAH USANG, SEKOLAH TUMPANG
http://amkns.blogspot.com/2011/01/bn-gagal-selesai-masalah-300-sekolah.html

KLINIK BOT BERGERAK, ORANG SARAWAK NAK SEKOLAH LAH
http://amkns.blogspot.com/2010/12/klinik-bot-bergerak-orang-sarawak-nak.html

MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA USANG DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html

SEKOLAH AGAMA DAIF DI JOHOR BAHRU
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sekolah-agama-johor-daif.html

Tiada ulasan: