PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Dari Meja SU MPN:Isu Rogol Amah!
- AMK Desak Rais Yatim Tampil Bersihkan Nama
- PKR: Penafian Rais, mengapa tiada siasatan?
Dari Meja SU MPN:Isu Rogol Amah! Posted: 05 Jan 2011 11:32 PM PST Jika isu liwat DSAI begitu kencang para penyokong Umno menbenarkannya, bagaimana pula dengan isu rogol amah oleh Rais Yatim? Mahukah pimpinan Umno khususnya di Jelebu tampil menafikannya? atau tampil mengiyakan kebenaran? Apakah Rais Yatim berani membuat sumpah sebagaimana gerombolan Umno mendesak DSAI bersumpah? Persoalannya, apakah ada keberanian dari Umno melakukannya? Dikhabarkan, kes ini telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'. Sedekad yang lalu, DSAI hebat dikecam ditekan dengan tuduhan fitnah liwat. Segala ruang penjelasan kebenaran dengan sengaja dibataskan kerana bimbang akan menggugat kepimpinan BN ketika itu. Namun, rakyat jelata tidak rela dibuta-maklumatkan oleh Umno. Dalam dunia kini yang telah dimaju-luaskan perspektifnya melalui kecanggihan internet, segala maklumat boleh didapati hanya dihujung jari. Apakah kerana isu rogol ini, maka Rais Yatim begitu bersungguh-sungguh mahu Suruhanjaya Komunikasi membataskan akses maklumat internet dan menyekatnya? Jika ia benar, maka sungguh hiporkitnya Rais Yatim. Apakah beliau gentar lagi gusar sekiranya makcik-makcik dari Kg Gagu di Jelebu mengetahui 'tabiat luarbiasa' beliau itu? Apakah beliau bimbang segala Dato' Bentara, Dato' Adat Berlembaga di Jelebu turut sama menjadi 'celik maklumat' sekiranya usaha menyekat dan menapis internet tidak dijalankan? Bak kato-kato kodai kopi di topi jalan; 'dulu maso dalam Semangat 46, bersunggoh bonar ekau pulun kerajaan-itu tak buleh ini tak buleh....tetibo lak bilo ekau buek, semuo buleh! Sapo yang nak percayo?' |
AMK Desak Rais Yatim Tampil Bersihkan Nama Posted: 05 Jan 2011 11:26 PM PST Mutakhir ini ruang siber Malaysia digegarkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan seorang Menteri di dalam kes rogol melibatkan pembantu rumah yang berasal daripada Indonesia. Dikhabarkan, kes ini telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'. Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius mengenai pendedahan ini. Isu ini yang pernah dihebahkan oleh sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care di mana kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa. Isu ini, yang hebat dibahas di dalam ruang siber jelas merujuk kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya. AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau. Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia. AMK mendesak Dr. Rais segera menafikan cerita ini, sekiranya ia tidak benar. AMK juga menggesa agar Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar. Selanjutnya di dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untuk mendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini. Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda KEADILAN |
PKR: Penafian Rais, mengapa tiada siasatan? Posted: 05 Jan 2011 10:17 PM PST Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak bertindak atau menyiasat penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berhubung kes rogol amah, lapor TV Selangor. "Sebagai respon kepada penafian Rais Yatim terhadap isu ini, saya mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan Rakyat, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini ialah ciptaan permainan politik berkepentingan. "Wanita Keadilan menganggap ini sebagai satu tuduhan keras dan Rais patut segera memohon maaf," kata Zuraida dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini. Menurut Ketua Wanita PKR, Rais dan kabinet Umno-BN bersikap sambil lewa dan berbaur politik dengan mengabaikan siasatan kes sejak beberapa tahun dahulu sebelum disensasikan semula oleh internet. Semalam Rais buat pertama kali sejak kes ini didedahkan Wikileaks dan laman web beberapa minggu lalu menafikan beliau terlibat dalam kes rogol seorang amah berbangsa Indonesia tiga tahun lalu. Zuraida turut mempersoalkan kelesuan, dan tindakan dari Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil walaupun Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw). Oleh itu adalah perlu bagi Shahrizat mengambil serius mengenai kes mendiskrimasikan wanita di peringkat tertinggi ini. "Setakat ini belum lagi dengar dari pihak Shahrizat walaupun telah tandatangani Cedaw. "Atas dasar itu, Kementerian Wanita menampakkan kelesuan ini bila kali pertama mereka begini.. ini menunjukkan mereka tidak tegas dan tiada 'political will' dan sering terbengkalai setengah jalan," katanya. Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang menambah beliau akan mengajukan hal ini ke Parlimen untuk disiasat Kaukus Pekerja asing dan Imigran di bawah ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid. Beliau juga telah berhubung dengan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta yang sebelum ini telahpun menemuramah dan mendapatkan pengakuan dari amah tersebut. Cuit-cuit, Usik-usik: "Sebagaimana orang-orang Umno kuat menuduh DSAI meliwat tetapi rakyat kebanyakan menyakini ia satu fitnah besar, begitulah berlaku kepada Rais Yatim yang menafikan rogol amah." |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan