Isnin, 27 September 2010

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Terkini : Adun Pas Galas Che Hashim Sulaiman Meninggal Dunia

Posted: 27 Sep 2010 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.Hrkh

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram

Posted: 27 Sep 2010 01:20 AM PDT

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi," katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakinidari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi. 

"Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan."

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Judi hendaklah dicegah

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

"Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber," katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

"Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang," kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Ada juga bukan Islam miskin tegar

"Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?" soal Lim.

Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.

Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. 

Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. 

"Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. 

"Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit," katanya lagi.

dari: Malaysiakini

SETIAWANGSA CALONKAN MUSTAFFA KAMIL AYOB SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN

Posted: 26 Sep 2010 07:06 PM PDT

Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) PKR Cabang Setiawangsa telah mencalonkan Mustaffa Kamil Ayob sebagai Timbalan Presiden parti dalam mesyuarat yang diadakan pada hari Sabtu, 25 September 2010 di Megan Setapak, Kuala Lumpur.

Cabang Setiawangsa turut mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai salan seorang Naib Presiden. Tiga nama lain yang turut dicalonkan mengisi kerusi Naib Presiden ialah, Fuziah Salleh (MP Kuantan), Tian Chua (MP Batu) dan Datuk James Ghani dari Sabah.

Cabang Setiawangsa turut mencatatkan kemenangan tanpa bertanding untuk semua jawatan peringkat Cabang dan Wanita, sementara tiada pemilihan bagi AMK.

Pemangku Ketua Cabang, Saudara Ahmad Jufliz bin Faiza telah dipilih sebagai Ketua Cabang yang baru, sementara Steven Tan Kang Ho dipilih menduduki kerusi Timbalan Ketua Cabang. Puan Hasnah binti Hashim pula dipilih sebagai Naib Ketua Cabang.

Bagi pemilihan Wanita Cabang pula menyaksikan terpilihnya Rosni binti Malan sebagai Ketua Wanita Cabang dan Juwairiya binti Zulkifli sebagai Timbalannya.

Saudara Ahmad Jufliz dan Hasnah Hashim turut dicalonkan untuk bertanding sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Semoga dengan pemilihan kepimpinan baru ini, Cabang Setiawangsa akan terus bergerak ke arah merebut kerusi Parlimen Setiawangsa dan seterusnya menymbang ke arah menakluki Putrajaya.


AMK KLGT

AMK KLGT


Posted: 27 Sep 2010 09:37 AM PDT

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution perlu mengakuai kelemahan JPP bukannya keluar kenyataan sebelum menyiasat apa yg berlaku di beberapa Cabang semasa MATC , AMK KLGT berharap agar beliau tidak menyalahkan pihak luar untuk menutup kelemahan JPP , kami berharap pihak atasan Parti keADILan Rakyat menyiasat punca sebenar kekecohan yg berlaku di beberapa Cabang terutama di Cabang KLGT


Kenyataan Saifuddin Nasution


Saifuddin mengesahkan AGM dan proses pemilihan di sekurang-kurangnya tujuh cabang terpaksa ditangguhkan kerana pelbagai isu, termasuk dakwaan perbuatan merosakkan kotak undi oleh orang luar.

Katanya, pihak parti telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto yang terlibat, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.

Perkara itu, tambahnya, mendorong kepimpinan parti mempercayai kemungkinan ada anasir yang mahu mensabotaj bagi mencemarkan imej PKR.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Saifuddin berkata, mereka memecah membuka kotak-kotak undi, menabur kertas undi dan beredar.

petikan dari Malaysiakini

AMK KLGT Membersihkan Kawasan Sekitar Dewan Wawasan

Posted: 27 Sep 2010 08:35 AM PDT










AMK KLGT Berani Kerana BENAR

Posted: 27 Sep 2010 08:17 AM PDT

AMK KLGT berasa sungguh sedih dgn apa yg berlaku di MATC 26.09.2010

Kami terpaksa berkelakuan agresif dgn pegawai JPP kerana mereka tidak menjalankan tanggungjawap mereka seperti mana termaktub dlm ETIKA Pemilihan Parti

AMK KLGT serta TIGA calon Ketua Cabang membuat empat bantahan supaya pemilihan di tangguhkan kerana berlaku byk unsur penyelewengan tetapi tidak di endahkan oleh pegawai JPP . ( Bukti akan di hantar ke pejabat JPP dlm masa terdekat )
Disebabkan itu kami terpaksa berkeras dgn Pegawai JPP ( tidak berlaku sebarang insiden tumbuk menumbuk )

Apa yg Berlaku Pada Hari Pemilihan MAT Cabang KLGT

Posted: 27 Sep 2010 07:27 AM PDT
















Makanan di sediakan di dua khemah oleh dua calon Ketua Cabang
. ( Baca Etika Pemilihan di bawah)

AJK AMK mendengar perbualan dua ahli PKR yg mengeluh kerana hanya mendapat RM20 tetapi menunggu lebih tiga jam utk mengundi ( Baju Putjh dan Biru ) . AJK AMK cuba merakam perbualan mereka tetapi tidak berjaya. ( Baca Etika Pemilihan di bawah)


BYK lagi gambar2 akan diuploadkan dlm masa yg terdekat
( jurugambar AMK KLGT berada di luar atas urusan peribadi)

Tatalaku Pemilihan Parti

Posted: 27 Sep 2010 07:17 AM PDT


1. Setiap anggota tidak boleh menyalahgunakan kedudukan dan kuasa-kuasa dalam Parti dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.

2. Setiap anggota tidak boleh memberi atau menerima dari anggota lain sebarang bentuk rangsangan, termasuklah (tetapi tidak terhad) hadiah-hadiah, wang, derma, makanan, dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.

3. Setiap anggota tidak boleh menganjurkan dan menggunakan sebarang jamuan sebagai sebahagian daripada kempennya dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti. "Jamuan" bermaksud acara jamuan/kenduri yang lengkap dengan makanan dan minuman.

4. Pada masa Pemilihan parti, tatatertib anggota berkaitan dengan pemilihan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan jika anggota berkenaan didapati bersalah, JPP diberikan kuasa untuk memutuskan berkenaan pencalonan anggota tersebut mahupun keputusan terhadap pemilihan calon anggota tersebut serta apa-apa tindakan lain yang difikirkan wajar dan sesuai dalam tempoh kempen pemilihan tersebut. Tempoh kempen bermula daripada penghantaran notis pengishtiharaan tarikh-tarikh pemilihan parti daripada Setiausaha Agung Parti kepada cabang-cabang sehingga pengishtiharaan keputusan muktamad di Kongres Nasional.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pasar Paka, Terengganu Berhantu, perlu Tok Bomoh

Posted: 26 Sep 2010 07:54 PM PDT


Dari Blog Ustaz Saiful Bahri
Projek pasar baru Paka yang bernilai RM 6.5juta itu tersadai dan masih belum dapat digunakan. Projek yang dijangka siap September 2008 itu hingga kini masih belum dapat digunakan. Sudah 3 tahun tetapi tak dapat digunakan. Cat pun dah mula pudar. Nampak macam siap tapi tak siap. Apa pasal. Tanya kengkawan.. mereka cakap " berhantu"!

Akibat terlalu lama ssekong (terbiar), sekarang ni wayer elektrik dah dibaham oleh pencuri. Sekarang ramai pencuri kabel part-time di Terengganu. (Yelah.. sementara menanti 100,000 peluang pekerjaan yang dijanjikan kerajaan UMNO-BN semasa nak memerintah dulu). Atau mungkin dikebas oleh para "doktor" yang ramai berkeliaran di pekan Paka ini. (Yelah!.. sekarang ini pun Terengganu adalah negeri penghisap dadah tertinggi di Malaysia). Habis bila nak dibuka… kena carik tok bomoh dulu ke? Atau nanti pilihanraya kot?

Janji-janji pembangunan setelah Umno kembali memerintah Terengganu selama 2 penggal kini hampir mencecah 8 tahun. Tempoh masa yang bukan singkat. Dengan duit royalty yang berjebak-jebak (Bertimbun-timbun) dan dengan bajet billion-billion yang dibentangkan dalan DUN Terengganu mengalahkan Selangor… apa sebenarnya pembangunan kerajaan negeri yang dibawa ke Paka?

Dengan menjadi Majlis Perbandaran Dungun dan pendapatan dari cukai pintu daripada TNB, YTL, GPP 5 & 6 pun dah berjuta. Projek Pasar itu pun telah diputuskan dalam mesyuarat pembangunan daerah semasa zaman Pas memerintah.

Seingat penulis, ada lagi beberapa projek yang dibincangkan dulu antaranya Restoren Terapung & reakreasi Sg. Paka, kawasan jogging & senaman sekeliling kolam Paka. Bandar Baru Beril. Tapi entah bila kan siap. Ni nak PRU ke-13 dah pulok. Tak boleh guna lagi. Pas, meskipun tanpa royalti dan hanya sepenggal berjaya juga menukar imej pekan koboi dengan wujudnya Pusat Niaga Paka.

Peniaga ikan dan sayur di Pasar Paka di sini meminta pihak yang berkaitan menyegerakan penyempurnaan pembinaan pasar baru yang sepatutnya sudah boleh digunakan. Mereka sudah lama bersabar dengan berniaga dalam keadaan serba kekurangan di pasar yang sangat daif itu.

Bagi sesiapa yang tinggal di Pekan paka ni, mereka tahulah keadaan pasar tersebut. Pasar sejak zaman Jepun. Masih diguna-pakai disebuah negeri Kuwait Malaysia. Pekan industry Oil & Gas yang menyumbang pendapatan terbesar Negara. Tetapi pasar yang amat menyedihkan.

Wakil rakyat yang ada dok sibuk berboxing sesama sendiri je dan sesama pimpinan parti. Team Mat Said & team Deris.. berkocok sakan tanpa penyelesaian. Ketua bahagian sibuk naik cagang. Akhirnya rakyat tak keruan. Rakyat pun dah muak dengan isu UMNO berbalah ni. Harap-harap cepat-cepat bomohkan pasar tu.

Ketika Mat Said berkunjung ke situ, beliau berjanji lagi, pihak berkuasa tempatan daerah Dungun akan memastikan bangunan pasar baru itu disiapkan menjelang hujung Jun. Sekarang ni musim tengkujuh nak datang lagi. Mungkin tak sempat siap pulak. Yelah.. ramai rakyat Terengganu nak pergi main kapal layar Monsun Cup pulak.

Akhirnya Pasar 6.5 juta tu menjadi tempat selesa untuk hantu dan jin bertendang sekian tahun. Bila nak buka entah tak ketahuan. Itupun kalau di buka tu tak tahu lagi macamana!

Yelah.. pasar di Bandar Dungun sekadar 2 tingkat pun tak bermaya. Inikan pula pasar 3 tingkat. Salah buat tingkat atas tu jadi tempat jin bertendang. Hancur macam tu aje. Boleh hantu wat main boling. Sesuai kot. Kalau kerajaan UMNO-BN gagal juga bukak tahun ni diharap buak tender untuk di sewa macam tu je. MTD PAS Dun Paka sanggup sewa. Boleh buat sarang burung layang-layang.

Sumber : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/09/pasar-paka-berhantu-perlu-tok-bomoh.html

Tiada air di Felda, menghantui kehidupan peneroka

Posted: 26 Sep 2010 05:18 PM PDT


Berita Harian 27 Sep 2010
BERA: Slogan Kampungku Syurgaku mungkin sukar dinikmati penduduk tanah rancangan FELDA Purun, dekat sini jika masalah bekalan air yang dihadapi lebih sedekad lalu, terus menghantui kehidupan mereka. Masalah itu kerap berlaku kepada sebahagian daripada 437 peneroka FELDA yang tinggal di kawasan tinggi itu hingga ada yang mendakwa anak dan cucu mereka tidak berminat pulang berhari raya kerana bimbang terpaksa berdepan masalah bekalan air.

Jika perkara itu berlarutan, mereka juga bimbang hubungan kekeluargaan semakin renggang dan sukar mengadakan majlis keramaian sesama ahli keluarga.

Mereka mendakwa masalah gangguan bekalan air itu sudah berlarutan hampir 20 tahun lalu dan setiap kali aduan dibuat kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, mereka sering menerima alasan yang sama iaitu masalah paip pecah, kerosakan mesin penyedut air dan ketiadaan bekalan elektrik.

Keadaan itu menyebabkan peneroka terpaksa berusaha mengatasinya sendiri termasuk menyediakan tangki air, membina kolam bersimen, menggali telaga dan mengangkut air dari sungai berhampiran.

Malah, mereka juga mendakwa terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi mendapatkan khidmat pengusaha lori persendirian bagi mengangkut air jika berlaku kejadian kematian atau mengadakan kenduri yang memerlukan bekalan air bersih yang banyak.
Seorang peneroka, Othman Salleh, 57, berkata anak serta cucunya kurang berminat balik ke tanah rancangan FELDA kerana masalah bekalan air.

Katanya, setiap kali sebelum pulang ke kampung, mereka akan bertanya mengenai bekalan air dan meminta supaya memastikan bekalan air pulih kerana tidak mahu menghadapi kesulitan untuk mandi, solat dan mendapatkan air minuman.

"Saya terpaksa menyediakan sembilan tangki air dan setiap satunya boleh menyimpan 1,000 gelen air bagi memastikan bekalan mencukupi sekiranya anaknya pulang ke sini.

"Saya sudah membelanjakan lebih RM10,000 bagi pemasangan saluran paip serta membina tempat meletakkan tangki air," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Beliau yang mempunyai tujuh anak serta 8 cucu sanggup berbelanja untuk memastikan mereka boleh balik ke kampung terutama musim cuti persekolahan atau perayaan seperti sambutan Aidilfitri.

Seorang lagi peneroka, Lagiman Jamil, 64 berkata, mereka tidak puas hati dengan masalah bekalan air di kawasan tanah rancangan FELDA yang sering terputus.

Katanya, ada peneroka yang tinggal di kawasan tinggi mendakwa mereka tidak mendapat bekalan air lebih dua bulan hingga terpaksa mendapatkan bekalan air sungai sejauh lebih enam kilometer.

"Pelbagai cara sudah dilakukan termasuk membuat aduan kepada JBA, wakil rakyat dan pegawai pembangunan daerah namum belum ada tindakan sewajarnya diambil.

"Peneroka risau sekiranya keadaan berlarutan masalah hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang kerana anak dan cucu mereka tidak berminat balik ke tanah rancangan FELDA ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kawasan Guai, Norol Azali Sulaiman, berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan bantuan kewangan dari kerajaan Pusat sebanyak RM50 juta untuk menaik taraf saluran paip air di kawasan tanah rancangan FELDA berkenaan.

Katanya, buat masa ini permohonan itu belum diluluskan dan agensi pembangunan daerah sedang berusaha untuk membaiki sistem bekalan air bersih.

"Selain itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) turut menyediakan 32 lori tangki untuk membekalkan air ke rumah kediaman pada peneroka yang tinggal di kawasan tinggi.

"Langkah sementara ini dilakukan bagi membantu meringankan masalah dihadapi peneroka terutama apabila menyambut perayaan atau ingin mengadakan majlis keramaian," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Tiadaair/Article

Jalan Seremban K.Pilah pusat maksiat, samseng jalan

Posted: 26 Sep 2010 05:17 PM PDT

Berita Harian 27 Sep 2010 - Jalan lama jadi tempat maksiat
BUKIT PUTUS: Jalan lama Bukit Putus yang sebelum ini sibuk sebagai laluan utama menghubungkan Seremban dan Kuala Pilah bukan saja semakin sepi, malah lebih membimbangkan menjadi tempat melakukan maksiat dan kegiatan lumba haram. Pembukaan jalan baru sejak Oktober lalu menyebabkan jalan lama semakin tidak digunakan dan kelihatan tidak terurus. Lebih buruk, pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang keadaan jalan yang sunyi untuk melakukan perbuatan tidak baik.

Tinjauan Berita Harian mendapati jalan lama masih digunakansesetengah pengguna yang ingin ke Seremban atau Kuala Pilah ketika jalan baru sesak, terutama pada hujung minggu dan musim perayaan. Bagaimanapun, keadaan jalan itu lengang pada hari biasa.

Pemandu lori, Saidi Salleh, 45, lebih suka menggunakan jalan lama Bukit Putus kerana laluan itu sejuk kerana kawasan sekeliling dipenuhi pokok.

Katanya, ramai pemandu lori suka berhenti di kawasan astaka untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan semula.

"Cuma jalan ini agak semak, dipenuhi anak pokok dan ranting yang jatuh di atas jalan. Saya hanya melalui jalan ini pada waktu siang dan menggunakan jalan baru pada waktu malam. Jalan lama yang gelap menyebabkan saya khuatir terlanggar penunggang motosikal pada waktu malam.

"Saya bersetuju dengan perancangan menaik taraf jalan lama sebagai laluan pelancongan kerana kawasan sekitar cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah, sekali gus mengelakkan jalan lama rosak dan dipenuhi semak," katanya.

Peniaga makanan, Mohamad Abdullah, berkata perniagaannya merosot sejak jalan baru dibuka kerana tidak banyak pengguna memilih jalan ini.

"Saya sebagai peniaga berharap projek laluan pelancongan disegerakan supaya kehadiran pelancong akan meningkatkan semula perniagaan di sini," katanya.

Selain alam semula jadi, katanya perancangan rapi perlu dibuat untuk mewujudkan daya tarikan baru yang dapat menarik minat pelancong.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Jalanlamajaditempatmaksiat/Article

Mat rempit Terengganu ganas, polis baru bimbang

Posted: 26 Sep 2010 05:08 PM PDT

Nampaknya masalah sosial, dadah, mat rempit di negeri Terengganu Darul Iman makin hari makin terlalu parah, hinggakan polis pun bimbang. Kalau polis pun dah takut, rakyat jelata apa lagi. Masih selamat, aman dan makmurkah Terengganu ? Penagih dadah naik 1,366 peratus. Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, itulah jalan penyelesaiannya, tiada pilihan alternatif lain.

*************************
Tindakan ganas mat rempit terhadap polis membimbangkan
Harian Metro 26 Sep 2010

KUALA TERENGGANU: Tindakan agresif sesetengah pihak terutama golongan muda yang terbabit dalam gejala rempit terhadap polis
kini semakin membimbangkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan mat rempit termasuk yang disertai golongan remaja bawah umur bukan saja tidak menghormati peraturan malah dilihat semakin berani melanggar undang-undang.

Menurut beliau, ia kini menjadi fenomena serius dan cabaran yang perlu ditangani pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara.

"Kini anggota (polis) terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas sekumpulan masyarakat yang tidak hormat undang-undang ini. Saya telah arahkan semua kontinjen memberi perhatian serius dalam menangani perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini hari ini. Beliau sebelum itu melawat dua anggota polis yang terbabit dalam kemalangan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Ismail turut diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan sebuah motosikal dan kini masih menerima rawatan di HSNZ.

Kejadian berlaku pada jam 11.30 malam 15 September lalu ketika Konstabel Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin di sini.

Anggota itu dirempuh motosikal yang dinaiki dua remaja yang cuba untuk membolosi sekatan polis.

Sementara itu, Konstabel Mohd Hishamudin Shafiee, 23, pula dimasukkan ke hospital sama selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri ketika mengikuti program gotong-royong di Balai Polis Cabang Tiga di sini pada 17 September lalu.

Sementara itu, beliau berkata pelancaran akaun laman sosial popular Facebook milik PDRM bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat.


Katanya, laman sosial Facebook itu usaha terbaru pasukan itu menyampaikan perkhidmatan seiring dengan perkembangan semasa.- Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/Tindakanganasmatrempitterhadappolismembimbangkan/Article

Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%
Kosmo 21 Sep 2010

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Gerai Melayu jual goreng pisang diroboh, premis judi tak

Posted: 26 Sep 2010 05:07 PM PDT

Berikut petikan tulisan dari Blog Maizul Akmal Sidek :
Kekadang saya berasa amat hairan, peniaga Melayu menjual goreng pisang tanpa lesen di bahu jalan, gerai mereka dirobohkan sedangkan pengusaha premis perjudian menjalankan kegiatan di premis tetap dilengkapi air, elektrik dan penghawa dingin, tidak dapat dibanteras sepenuhnya.

Artikel sepenuhnya pada pautan berikut http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/09/lelaki-takut-bini-di-premis-judi.html

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


Please Vote for Dr Roland Chia Ming Shen as Ketua Cabang PKR P174 Penampang

Posted: 27 Sep 2010 06:59 AM PDT

To ALL MEMBERS OF PKR PENAMPANG P174

PLEASE COME AND ATTEND OUR PARTY ELECTION ON THE 3 OCTOBER 2010 , 10AM - 4PM AND VOTE FOR DR ROLAND CHIA MING SHEN AS THE KETUA CABANG (DIVISIONAL HEAD) OF PKR PENAMPANG P174 AND HIS TEAM

VENUE TO BE ANNOUNCED SOON

undiketuacabang1

Friendly Futsal Matches Organised by PKR Penampang P174

Posted: 27 Sep 2010 06:57 AM PDT

On 11 September - Sdr Ronnie Ahanggai - Ketua AMK - Youth Chief organised a futsal friendly matches in Penampang Futsal Hall in Donggoggon Town. More than 50 members turned up for the event which was officiated by Dr Roland Chia Ming Shen - Pemangku Ketua Cabang Penampang cum PKR Sabah State Treasurer.

Also present were AMK Youth Secretary - Patrick Chia, Cabang Committee Members - Ricky Hee, Vincent Hee, Henry Liew.

11092010634 11092010635 11092010636 11092010637 11092010638

 

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Adun Bebas: Penentu Masa Depan BN Perak?

Posted: 27 Sep 2010 03:09 AM PDT

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh Dr. Raja Ahmad Al Hiss

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat adegan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terpaksa sekali lagi hadir ke Tanjong Malim buat kali kedua semasa Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional (BN) dan Umno Bahagian Tanjong Malim baru-baru ini setelah juga hadir Majlis Hari Raya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Behrang sebelum daripada ini.

Walaupun ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi tidak hadir ke Majlis Rumah Terbuka BN dan Umno Tanjong Malim, akan tetapi Datuk Seri Zambry terpaksa hadir buat kali keduanya. ADUN Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Mohd Khusairi Abu Talib yang hadir ke Majlis Hari Raya ADUN Bebas Behrang tidak pula di balas kehadiran ADUN Bebas Behrang tersebut.

'Kuasa ketiga' di dalam politik Negeri Perak jelas dapat dilihat jika suasana seumpama ini masih dibiarkan berterusan. Datuk Seri Zambry terpaksa menjadi alat kekuasaan 'kuasa ketiga' yang ingin memenuhkan agenda peribadi mereka yang dapat dilihat sendiri terutama kekayaan luar biasa mereka. DPPN Pk melihat berjayanya ADUN Bebas Behrang menghadirkan Zambry ke majlisnya merupakan bukti bahawa Kerajaan Perak berada 'dihujung telunjuk' ADUN-ADUN Bebas tersebut.

Tidak mustahil juga semua ADUN Bebas tersebut bakal bertanding sekali lagi dan yang paling berani adalah menjadi calon BN Perak di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Sama-samalah rakyat melihat keadaan ini, biar pun penafian-penafian yang akan dibuat oleh mereka. Tetapi penafian di dalam politik kadang-kadang adalah kebenarannya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


ADUN Galas Kembali Ke Rahmatullah

Posted: 27 Sep 2010 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas. -harakahdaily

ALFATIHAH!

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MASLIS RUMAH TERBUKA PAS HULU SELANGOR BERSAMA YB EAN YONG (26 SEPT 2010)

Posted: 26 Sep 2010 08:53 PM PDT

Ahad, 26 September 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


JAMUAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN MAJLIS CERAMAH

Posted: 26 Sep 2010 09:11 PM PDT

JAMUAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN MAJLIS CERAMAH
PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG KUALA KRAU

PADA 3HB OKTOBER 2010
JAM 8.00 MALAM

DI PEJABAT PARTI KEADILAN RAKYAT
CABANG KUALA KRAU

PENCERAMAH

CHEGUBARD
ANGGOTA MAJLIS PIMPINAN PKR PUSAT

FELICIA LING
ANGGOTA MAJLIS PIMPINAN PKR PUSAT

DAN
PIMPINAN PKR PUSAT DAN PIMPINAN PKR NEGERI

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI