MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Adun Bebas: Penentu Masa Depan BN Perak? Posted: 27 Sep 2010 03:09 AM PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh Dr. Raja Ahmad Al Hiss Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat adegan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terpaksa sekali lagi hadir ke Tanjong Malim buat kali kedua semasa Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional (BN) dan Umno Bahagian Tanjong Malim baru-baru ini setelah juga hadir Majlis Hari Raya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Behrang sebelum daripada ini. Walaupun ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi tidak hadir ke Majlis Rumah Terbuka BN dan Umno Tanjong Malim, akan tetapi Datuk Seri Zambry terpaksa hadir buat kali keduanya. ADUN Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Mohd Khusairi Abu Talib yang hadir ke Majlis Hari Raya ADUN Bebas Behrang tidak pula di balas kehadiran ADUN Bebas Behrang tersebut. 'Kuasa ketiga' di dalam politik Negeri Perak jelas dapat dilihat jika suasana seumpama ini masih dibiarkan berterusan. Datuk Seri Zambry terpaksa menjadi alat kekuasaan 'kuasa ketiga' yang ingin memenuhkan agenda peribadi mereka yang dapat dilihat sendiri terutama kekayaan luar biasa mereka. DPPN Pk melihat berjayanya ADUN Bebas Behrang menghadirkan Zambry ke majlisnya merupakan bukti bahawa Kerajaan Perak berada 'dihujung telunjuk' ADUN-ADUN Bebas tersebut. Tidak mustahil juga semua ADUN Bebas tersebut bakal bertanding sekali lagi dan yang paling berani adalah menjadi calon BN Perak di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Sama-samalah rakyat melihat keadaan ini, biar pun penafian-penafian yang akan dibuat oleh mereka. Tetapi penafian di dalam politik kadang-kadang adalah kebenarannya. DR RAJA AHMAD AL-HISS Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. Sumber: http://www.tranungkite.net/v10/ |
ADUN Galas Kembali Ke Rahmatullah Posted: 27 Sep 2010 02:54 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini. Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu. Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang. Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China. Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong. Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang. Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti. Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China. Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum. "Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas. -harakahdaily ALFATIHAH! |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan