anjung setiawangsa |
- Terkini : Adun Pas Galas Che Hashim Sulaiman Meninggal Dunia
- Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram
- SETIAWANGSA CALONKAN MUSTAFFA KAMIL AYOB SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN
Terkini : Adun Pas Galas Che Hashim Sulaiman Meninggal Dunia Posted: 27 Sep 2010 03:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini. Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu. Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang. Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China. Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong. Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang. Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti. Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China. Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum. "Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.Hrkh | |||||
Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram Posted: 27 Sep 2010 01:20 AM PDT Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram. Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi. "Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan." Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.
Judi hendaklah dicegah "Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang," kata Lim dalam satu kenyataan. Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.
Ada juga bukan Islam miskin tegar Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. "Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit," katanya lagi. dari: Malaysiakini | |||||
SETIAWANGSA CALONKAN MUSTAFFA KAMIL AYOB SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN Posted: 26 Sep 2010 07:06 PM PDT Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) PKR Cabang Setiawangsa telah mencalonkan Mustaffa Kamil Ayob sebagai Timbalan Presiden parti dalam mesyuarat yang diadakan pada hari Sabtu, 25 September 2010 di Megan Setapak, Kuala Lumpur. Cabang Setiawangsa turut mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai salan seorang Naib Presiden. Tiga nama lain yang turut dicalonkan mengisi kerusi Naib Presiden ialah, Fuziah Salleh (MP Kuantan), Tian Chua (MP Batu) dan Datuk James Ghani dari Sabah. Cabang Setiawangsa turut mencatatkan kemenangan tanpa bertanding untuk semua jawatan peringkat Cabang dan Wanita, sementara tiada pemilihan bagi AMK. Pemangku Ketua Cabang, Saudara Ahmad Jufliz bin Faiza telah dipilih sebagai Ketua Cabang yang baru, sementara Steven Tan Kang Ho dipilih menduduki kerusi Timbalan Ketua Cabang. Puan Hasnah binti Hashim pula dipilih sebagai Naib Ketua Cabang. Bagi pemilihan Wanita Cabang pula menyaksikan terpilihnya Rosni binti Malan sebagai Ketua Wanita Cabang dan Juwairiya binti Zulkifli sebagai Timbalannya. Saudara Ahmad Jufliz dan Hasnah Hashim turut dicalonkan untuk bertanding sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. Semoga dengan pemilihan kepimpinan baru ini, Cabang Setiawangsa akan terus bergerak ke arah merebut kerusi Parlimen Setiawangsa dan seterusnya menymbang ke arah menakluki Putrajaya. |
You are subscribed to email updates from anjung setiawangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan