Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Pasar Paka, Terengganu Berhantu, perlu Tok Bomoh
- Tiada air di Felda, menghantui kehidupan peneroka
- Jalan Seremban K.Pilah pusat maksiat, samseng jalan
- Mat rempit Terengganu ganas, polis baru bimbang
- Gerai Melayu jual goreng pisang diroboh, premis judi tak
Pasar Paka, Terengganu Berhantu, perlu Tok Bomoh Posted: 26 Sep 2010 07:54 PM PDT Dari Blog Ustaz Saiful Bahri Projek pasar baru Paka yang bernilai RM 6.5juta itu tersadai dan masih belum dapat digunakan. Projek yang dijangka siap September 2008 itu hingga kini masih belum dapat digunakan. Sudah 3 tahun tetapi tak dapat digunakan. Cat pun dah mula pudar. Nampak macam siap tapi tak siap. Apa pasal. Tanya kengkawan.. mereka cakap " berhantu"! Akibat terlalu lama ssekong (terbiar), sekarang ni wayer elektrik dah dibaham oleh pencuri. Sekarang ramai pencuri kabel part-time di Terengganu. (Yelah.. sementara menanti 100,000 peluang pekerjaan yang dijanjikan kerajaan UMNO-BN semasa nak memerintah dulu). Atau mungkin dikebas oleh para "doktor" yang ramai berkeliaran di pekan Paka ini. (Yelah!.. sekarang ini pun Terengganu adalah negeri penghisap dadah tertinggi di Malaysia). Habis bila nak dibuka… kena carik tok bomoh dulu ke? Atau nanti pilihanraya kot? Janji-janji pembangunan setelah Umno kembali memerintah Terengganu selama 2 penggal kini hampir mencecah 8 tahun. Tempoh masa yang bukan singkat. Dengan duit royalty yang berjebak-jebak (Bertimbun-timbun) dan dengan bajet billion-billion yang dibentangkan dalan DUN Terengganu mengalahkan Selangor… apa sebenarnya pembangunan kerajaan negeri yang dibawa ke Paka? Dengan menjadi Majlis Perbandaran Dungun dan pendapatan dari cukai pintu daripada TNB, YTL, GPP 5 & 6 pun dah berjuta. Projek Pasar itu pun telah diputuskan dalam mesyuarat pembangunan daerah semasa zaman Pas memerintah. Seingat penulis, ada lagi beberapa projek yang dibincangkan dulu antaranya Restoren Terapung & reakreasi Sg. Paka, kawasan jogging & senaman sekeliling kolam Paka. Bandar Baru Beril. Tapi entah bila kan siap. Ni nak PRU ke-13 dah pulok. Tak boleh guna lagi. Pas, meskipun tanpa royalti dan hanya sepenggal berjaya juga menukar imej pekan koboi dengan wujudnya Pusat Niaga Paka. Peniaga ikan dan sayur di Pasar Paka di sini meminta pihak yang berkaitan menyegerakan penyempurnaan pembinaan pasar baru yang sepatutnya sudah boleh digunakan. Mereka sudah lama bersabar dengan berniaga dalam keadaan serba kekurangan di pasar yang sangat daif itu. Bagi sesiapa yang tinggal di Pekan paka ni, mereka tahulah keadaan pasar tersebut. Pasar sejak zaman Jepun. Masih diguna-pakai disebuah negeri Kuwait Malaysia. Pekan industry Oil & Gas yang menyumbang pendapatan terbesar Negara. Tetapi pasar yang amat menyedihkan. Wakil rakyat yang ada dok sibuk berboxing sesama sendiri je dan sesama pimpinan parti. Team Mat Said & team Deris.. berkocok sakan tanpa penyelesaian. Ketua bahagian sibuk naik cagang. Akhirnya rakyat tak keruan. Rakyat pun dah muak dengan isu UMNO berbalah ni. Harap-harap cepat-cepat bomohkan pasar tu. Ketika Mat Said berkunjung ke situ, beliau berjanji lagi, pihak berkuasa tempatan daerah Dungun akan memastikan bangunan pasar baru itu disiapkan menjelang hujung Jun. Sekarang ni musim tengkujuh nak datang lagi. Mungkin tak sempat siap pulak. Yelah.. ramai rakyat Terengganu nak pergi main kapal layar Monsun Cup pulak. Akhirnya Pasar 6.5 juta tu menjadi tempat selesa untuk hantu dan jin bertendang sekian tahun. Bila nak buka entah tak ketahuan. Itupun kalau di buka tu tak tahu lagi macamana! Yelah.. pasar di Bandar Dungun sekadar 2 tingkat pun tak bermaya. Inikan pula pasar 3 tingkat. Salah buat tingkat atas tu jadi tempat jin bertendang. Hancur macam tu aje. Boleh hantu wat main boling. Sesuai kot. Kalau kerajaan UMNO-BN gagal juga bukak tahun ni diharap buak tender untuk di sewa macam tu je. MTD PAS Dun Paka sanggup sewa. Boleh buat sarang burung layang-layang. Sumber : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/09/pasar-paka-berhantu-perlu-tok-bomoh.html |
Tiada air di Felda, menghantui kehidupan peneroka Posted: 26 Sep 2010 05:18 PM PDT Berita Harian 27 Sep 2010 BERA: Slogan Kampungku Syurgaku mungkin sukar dinikmati penduduk tanah rancangan FELDA Purun, dekat sini jika masalah bekalan air yang dihadapi lebih sedekad lalu, terus menghantui kehidupan mereka. Masalah itu kerap berlaku kepada sebahagian daripada 437 peneroka FELDA yang tinggal di kawasan tinggi itu hingga ada yang mendakwa anak dan cucu mereka tidak berminat pulang berhari raya kerana bimbang terpaksa berdepan masalah bekalan air. Jika perkara itu berlarutan, mereka juga bimbang hubungan kekeluargaan semakin renggang dan sukar mengadakan majlis keramaian sesama ahli keluarga. Mereka mendakwa masalah gangguan bekalan air itu sudah berlarutan hampir 20 tahun lalu dan setiap kali aduan dibuat kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, mereka sering menerima alasan yang sama iaitu masalah paip pecah, kerosakan mesin penyedut air dan ketiadaan bekalan elektrik. Keadaan itu menyebabkan peneroka terpaksa berusaha mengatasinya sendiri termasuk menyediakan tangki air, membina kolam bersimen, menggali telaga dan mengangkut air dari sungai berhampiran. Malah, mereka juga mendakwa terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi mendapatkan khidmat pengusaha lori persendirian bagi mengangkut air jika berlaku kejadian kematian atau mengadakan kenduri yang memerlukan bekalan air bersih yang banyak. Seorang peneroka, Othman Salleh, 57, berkata anak serta cucunya kurang berminat balik ke tanah rancangan FELDA kerana masalah bekalan air. Katanya, setiap kali sebelum pulang ke kampung, mereka akan bertanya mengenai bekalan air dan meminta supaya memastikan bekalan air pulih kerana tidak mahu menghadapi kesulitan untuk mandi, solat dan mendapatkan air minuman. "Saya terpaksa menyediakan sembilan tangki air dan setiap satunya boleh menyimpan 1,000 gelen air bagi memastikan bekalan mencukupi sekiranya anaknya pulang ke sini. "Saya sudah membelanjakan lebih RM10,000 bagi pemasangan saluran paip serta membina tempat meletakkan tangki air," katanya ketika ditemui di rumahnya. Beliau yang mempunyai tujuh anak serta 8 cucu sanggup berbelanja untuk memastikan mereka boleh balik ke kampung terutama musim cuti persekolahan atau perayaan seperti sambutan Aidilfitri. Seorang lagi peneroka, Lagiman Jamil, 64 berkata, mereka tidak puas hati dengan masalah bekalan air di kawasan tanah rancangan FELDA yang sering terputus. Katanya, ada peneroka yang tinggal di kawasan tinggi mendakwa mereka tidak mendapat bekalan air lebih dua bulan hingga terpaksa mendapatkan bekalan air sungai sejauh lebih enam kilometer. "Pelbagai cara sudah dilakukan termasuk membuat aduan kepada JBA, wakil rakyat dan pegawai pembangunan daerah namum belum ada tindakan sewajarnya diambil. "Peneroka risau sekiranya keadaan berlarutan masalah hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang kerana anak dan cucu mereka tidak berminat balik ke tanah rancangan FELDA ini," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kawasan Guai, Norol Azali Sulaiman, berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan bantuan kewangan dari kerajaan Pusat sebanyak RM50 juta untuk menaik taraf saluran paip air di kawasan tanah rancangan FELDA berkenaan. Katanya, buat masa ini permohonan itu belum diluluskan dan agensi pembangunan daerah sedang berusaha untuk membaiki sistem bekalan air bersih. "Selain itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) turut menyediakan 32 lori tangki untuk membekalkan air ke rumah kediaman pada peneroka yang tinggal di kawasan tinggi. "Langkah sementara ini dilakukan bagi membantu meringankan masalah dihadapi peneroka terutama apabila menyambut perayaan atau ingin mengadakan majlis keramaian," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Tiadaair/Article |
Jalan Seremban K.Pilah pusat maksiat, samseng jalan Posted: 26 Sep 2010 05:17 PM PDT Berita Harian 27 Sep 2010 - Jalan lama jadi tempat maksiat BUKIT PUTUS: Jalan lama Bukit Putus yang sebelum ini sibuk sebagai laluan utama menghubungkan Seremban dan Kuala Pilah bukan saja semakin sepi, malah lebih membimbangkan menjadi tempat melakukan maksiat dan kegiatan lumba haram. Pembukaan jalan baru sejak Oktober lalu menyebabkan jalan lama semakin tidak digunakan dan kelihatan tidak terurus. Lebih buruk, pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang keadaan jalan yang sunyi untuk melakukan perbuatan tidak baik. Tinjauan Berita Harian mendapati jalan lama masih digunakansesetengah pengguna yang ingin ke Seremban atau Kuala Pilah ketika jalan baru sesak, terutama pada hujung minggu dan musim perayaan. Bagaimanapun, keadaan jalan itu lengang pada hari biasa. Pemandu lori, Saidi Salleh, 45, lebih suka menggunakan jalan lama Bukit Putus kerana laluan itu sejuk kerana kawasan sekeliling dipenuhi pokok. Katanya, ramai pemandu lori suka berhenti di kawasan astaka untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan semula. "Cuma jalan ini agak semak, dipenuhi anak pokok dan ranting yang jatuh di atas jalan. Saya hanya melalui jalan ini pada waktu siang dan menggunakan jalan baru pada waktu malam. Jalan lama yang gelap menyebabkan saya khuatir terlanggar penunggang motosikal pada waktu malam. "Saya bersetuju dengan perancangan menaik taraf jalan lama sebagai laluan pelancongan kerana kawasan sekitar cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah, sekali gus mengelakkan jalan lama rosak dan dipenuhi semak," katanya. Peniaga makanan, Mohamad Abdullah, berkata perniagaannya merosot sejak jalan baru dibuka kerana tidak banyak pengguna memilih jalan ini. "Saya sebagai peniaga berharap projek laluan pelancongan disegerakan supaya kehadiran pelancong akan meningkatkan semula perniagaan di sini," katanya. Selain alam semula jadi, katanya perancangan rapi perlu dibuat untuk mewujudkan daya tarikan baru yang dapat menarik minat pelancong. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Jalanlamajaditempatmaksiat/Article |
Mat rempit Terengganu ganas, polis baru bimbang Posted: 26 Sep 2010 05:08 PM PDT Nampaknya masalah sosial, dadah, mat rempit di negeri Terengganu Darul Iman makin hari makin terlalu parah, hinggakan polis pun bimbang. Kalau polis pun dah takut, rakyat jelata apa lagi. Masih selamat, aman dan makmurkah Terengganu ? Penagih dadah naik 1,366 peratus. Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, itulah jalan penyelesaiannya, tiada pilihan alternatif lain. ************************* Tindakan ganas mat rempit terhadap polis membimbangkan Harian Metro 26 Sep 2010 KUALA TERENGGANU: Tindakan agresif sesetengah pihak terutama golongan muda yang terbabit dalam gejala rempit terhadap polis kini semakin membimbangkan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan mat rempit termasuk yang disertai golongan remaja bawah umur bukan saja tidak menghormati peraturan malah dilihat semakin berani melanggar undang-undang. Menurut beliau, ia kini menjadi fenomena serius dan cabaran yang perlu ditangani pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara. "Kini anggota (polis) terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas sekumpulan masyarakat yang tidak hormat undang-undang ini. Saya telah arahkan semua kontinjen memberi perhatian serius dalam menangani perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini hari ini. Beliau sebelum itu melawat dua anggota polis yang terbabit dalam kemalangan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Ismail turut diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan. Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan sebuah motosikal dan kini masih menerima rawatan di HSNZ. Kejadian berlaku pada jam 11.30 malam 15 September lalu ketika Konstabel Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin di sini. Anggota itu dirempuh motosikal yang dinaiki dua remaja yang cuba untuk membolosi sekatan polis. Sementara itu, Konstabel Mohd Hishamudin Shafiee, 23, pula dimasukkan ke hospital sama selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri ketika mengikuti program gotong-royong di Balai Polis Cabang Tiga di sini pada 17 September lalu. Sementara itu, beliau berkata pelancaran akaun laman sosial popular Facebook milik PDRM bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat. Katanya, laman sosial Facebook itu usaha terbaru pasukan itu menyampaikan perkhidmatan seiring dengan perkembangan semasa.- Bernama http://www.hmetro.com.my/articles/Tindakanganasmatrempitterhadappolismembimbangkan/Article Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67% Kosmo 21 Sep 2010 KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91). "Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini. Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun. Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm |
Gerai Melayu jual goreng pisang diroboh, premis judi tak Posted: 26 Sep 2010 05:07 PM PDT Berikut petikan tulisan dari Blog Maizul Akmal Sidek : Kekadang saya berasa amat hairan, peniaga Melayu menjual goreng pisang tanpa lesen di bahu jalan, gerai mereka dirobohkan sedangkan pengusaha premis perjudian menjalankan kegiatan di premis tetap dilengkapi air, elektrik dan penghawa dingin, tidak dapat dibanteras sepenuhnya. Artikel sepenuhnya pada pautan berikut http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/09/lelaki-takut-bini-di-premis-judi.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan