Selasa, 20 Mac 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program Sumbangan Beg Sekolah di Kuil Sri Muthu Mariamman

Posted: 18 Mar 2012 07:00 AM PDT

Klang, 18 Mac 2012 - Satu lagi program sumbangan beg sekolah diadadkan pada hari ini di Kuil Sri Muthu Mariamman, Klang.

Sumbangan beg sekolah telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas kepada pelajar-pelajar.

Selepas menerima beg sekolah masing-masing, jamuan makan tengahari telah diadakan untuk mereka.

Pada program tersebut, YB Dr Xavier Jayakumar mengambil kesempatan untuk memberi taklimat ringkas tentang program kelas menjahit yang dianjurkan DUN Seri Andalas.

Dalam program menjahit ini, para peserta diajar menggunakan mesin jahit untuk menjahit langsir, sari dan baju kurung.

YB Dr Xavier berharap dengan adanya program menjahit ini, para wanita dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menambah pendapatan keluarga.







Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


JANJI NAJIB SEMASA DI JOHOR

Posted: 20 Mar 2012 12:21 PM PDT


Peruntukan RM1 trilion dikatakan bakal disumbang Kerajaan Pusat kepada 
negeri Johor selepas Pilihan Raya Umum  Ke-13. Menurut sumber kerajaan 
negeri, ia akan digunakan untuk membiayai Koridor  Selatan; pembangunannya 
nanti dikatakan lebih hebat dan lebih canggih  daripada apa yang terdapat 
di Putrajaya. 


Antara lain projek yang akan dibangunkan adalah pembinaan monorel, LRT, 
landasan kapal terbang ringan, rangkaian lebuh raya mudah akses,  tasik dan 
masjid, serta kompleks mahkamah, stadium, terminal bersepadu utara serta 
mini Disneyland. 


Dalam kunjungan ke Johor baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak 
mengumumkan suntikan dana RM200 juta kepada Iskandar Malaysia. Ia mungkin 
pendahuluan kepada peruntukan RM1 trilion yang dijanjikan beliau kepada 
Johor selepas PRU13 dengan syarat BN menang di negeri ini. 


Soalnya, jika benar maklumat ini, kenapa Najib sanggup menjanjikan 
peruntukan yang begitu besar kepada Johor. Apakah Johor negeri miskin 
seumpama Kelantan seperti didakwa Najib baru-baru ini, menyebabkan Kerajaan 
Pusat bersedia menyalurkan peruntukan terlalu besar itu? 


Semua maklum negara kita memang kaya, melalui hasil mahsulnya dan tidak 
terkecuali  mungkin juga sumber-sumber lain di luar pengetahuan rakyat, 
seperti "pemberian" Pulau Batu Putih dan beratus-ratus hektar tanah 
Keretapi Tanah Melayu (KTM) kepada Singapura serta penyerahan Blok 4 telaga 
minyak di Sarawak kepada Brunei? Ya, siapa tahu, 'kan? 


Logiknya, mana mungkin kerajaan Umno-BN berani menjanjikan peruntukan RM1 
trilion ini (hanya untuk satu negeri) jika tidak mempunyai sumber tambahan 
lain yang diyakini mampu "mengembungkan" kantung mereka? 


Apakah Najib merasakan kedudukan BN begitu tergugat sehingga memaksa 
beliau  menjanjikan peruntukan luar biasa banyaknya dengan harapan pemimpin 
Umno akan bekerja lebih keras bagi mempertahankan Johor tidak dirampas 
Pakatan Rakyat. 


Mungkin juga Najib sudah menghidu bunga-bunga kekalahan BN di kubu terkuat 
mereka yang menyumbang 26 kerusi Parlimen, lantas bagi memastikan igauan 
ngeri tidak menjadi kenyataan, maka beliau terpaksa berjanji bagi mendorong 
semua warga Umno-BN bekerja keras mempertahankan negeri kelahiran Umno ini. 


Bukanlah sesuatu yang sukar dibaca agenda tersembunyi di sebalik peruntukan 
RM1 trilion ini. Sudah pasti banyak pihak, termasuk pemimpin Umno Johor, 
yang akan mendapat laba lumayan daripadanya. 


Oleh kerana wang yang akan "dijahanamkan" untuk kepentingan politik Umno-BN 
ini adalah wang awam maka rakyat mesti bertanggungjawab menghalang 
kerakusan golongan  tidak berhati perut ini. 


Seluruh rakyat Johor khususnya orang Melayu mesti bertekad dan berazam 
menumbangkan BN pada PRU13  ini. RM1 trilion ini tidak mungkin diberi 
seandainya Johor dikuasai Pakatan nanti. 


Bagaimanapun jika BN masih berkuasa, bukan rakyat yang akan mendapat 
manfaatnya tetapi jerung serta lanun-lanun besar yang akan kenyang 
membahamnya  dan kehidupan rakyat menjadi lebih teruk apabila dipaksa 
"membayar balik" pelaburan yang dibelanjakan Umno-BN untuk menipu rakyat 
bagi mengekalkan kuasa. 


Mahu tidak mahu, Pakatan mesti berusaha menawan Nusajaya dan Putrajaya 
pada PRU13. Umno-BN mesti ditumbangkan jika kita  berhasrat hasil kekayaan 
negara  diagih secara adil dan saksama kepada seluruh rakyat tanpa mengira 
bangsa, agama dan fahaman politik. 


Tiada ertinya Umno-BN dinyahkan setakat di Johor sahaja sedangkan di 
peringkat Pusat masih berkuasa. Hanya dengan menguasai Putrajaya barulah 
akan berlaku perubahan besar-besaran ke atas landskap politik negara ini. 
Dan rakyat pula sudah tentu mendapat manfaat  sangat besar, yang selama ini 
dinafikan kerajaan Umno-BN sepanjang lebih 50 tahun berkuasa. 


Kuasa ada di tangan rakyat. Dan rakyat yang akan mencorakkan masa depan 
negara ini. Maka apa ditunggu lagi, ayuh bersama kita menumbangkan regim 
zalim Umno-BN pada PRU13. Jangan ragu-ragu lagi ... lakukanlah!

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] Tidak Akan Menghadiri Jawatankuasa Pemilih Parlimen Yang Akan Bersidang Pada Hari Rabu 21hb Mac 2012

Posted: 20 Mar 2012 06:14 AM PDT

KENYATAAN MEDIA MEMAKLUMKAN YB KETUA PEMBANGKANG DATO' SERI ANWAR IBRAHIM [PERMATANG PAUH] DAN YB LIM KIT SIANG [IPOH TIMUR] TIDAK AKAN MENGHADIRI JAWATANKUASA PEMILIH PARLIMEN YANG AKAN BERSIDANG RABU 21HB MAC 2012

Sejajar dengan pendirian ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi menolak usul kerajaan mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant dalam Dewan Rakyat pada 20hb Mac 2012, makanya YB Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] dan YB Lim Kit Siang [Ipoh Timur] tidak akan menghadiri Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang bersidang pada hari Rabu 21 Mac 2012.

Berikutan itu tiga anggota daripada Pembangkang tidak akan diaju dan dinamakan untuk menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut.

ABD MALEK BIN HUSSIN
Penyelaras Hal Ehwal Parlimen
Pejabat Ketua Pembangkang

Isu Salman Rushdie: Khairy cuba putarbelit pendirian Anwar

Posted: 20 Mar 2012 01:05 AM PDT

KeadilanKini.com

Penyelaras Media Datuk Seri Anwar Ibrahim, Eekmal Ahmad semalam membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mendakwa Anwar sebagai ‘sesumpah’ dan bersikap flip-flop dalam menyatakan pendiriannya terhadap penulis kontroversial India, Salman Rushdie.

“KEADILAN desperate nak dapat undi Melayu, Anwar sanggup flip-flop pendirian terhadap Salman Rushdie. Dulu bela sekarang bantah. Sesumpah betul,” tulis Khairy menerusi akaun Twitter miliknya semalam.

Menurut Eekmal, kenyataan Khairy bertujuan untuk memutarbelit pendirian Anwar dengan tidak menyatakan secara keseluruhan kenyataan Anwar berhubung isu Salman Rushdie. Dengan merujuk kepada kandungan wawancara dalam majalah Asiaweek edisi 17 November 1993, Eekmal menjelaskan bahawa Anwar memuji Salman Rushdie sebagai “a profound writer” ketika merujuk bukunya yang bertajuk Midnight’s Children dan bukan terhadap novel The Satanic Verses.

“Khairy, anda putar belit kenyataan Anwar Ibrahim dalam Asiaweek 17 November 1993. Anda tidak memetik penuh jawapan dan soalan yang ditanyakan. Jawapan Anwar yang menyatakan Salman Rushdie adalahprofound writer sekiranya kita membaca novelnya Midnight’s Children,” tulis Eekmal menerusi akaun Twitter beliau sebagai jawapan balas terhadap Khairy.

Eekmal turut menjelaskan bahawa ketika ditanya soalan tentang fatwa Ayatollah Khomeini yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Salman Rushdie, Anwar menjelaskan bahawa setiap keputusan sewajarnya dibuat melalui proses mahkamah dan tidak wajar hukuman dijatuhkan melalui pengumuman tanpa proses pengadilan.

Isu pendirian Anwar Ibrahim terhadap Salman Rushdie timbul ekoran tindakan Anwar memboikot undangan serta tidak menghadiri sesi ucapan oleh Salman Rushdie pada program forum India Today Conclave di India baru-baru ini. Anwar menyatakan beliau berbuat demikian sebagai tanda protes terhadap Salman Rushdie.

Pada 1989, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa serta menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Salman Rushdie berhubung penulisan beliau yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dalam novel The Satanic Verses.

Nurul Izzah to Launch Zunar’s Latest Cartoon Book ’1 MOOLAYSIA’

Posted: 20 Mar 2012 12:43 AM PDT

Malaysia Chronicle

I would like to announce the publication of my fifth and latest English cartoon book, “1 MOOLAYSIA.”

Previously, I had published “Even My Pen Has a Stand” (2011), “Cartoon-O-Phobia” (2010), “1 Funny Malaysia” (2009) and “Cartoons On Tun…”(2005),

1 Funny Malaysia was banned on the grounds that the contents are “detrimental to public order”, while Cartoon-O-Phobia was investigated under the Sedition Act on which I was detained under the same act hours before the launching of the book on the 24th September 2010.

“1 Moolaysia” was chosen as a title based on the popular issue, the NFC Scandal.

“1 MOOLAYSIA” features a collection of my political cartoons that have appeared in Malaysiakini website from July 2011 to March this year as well as works published in Cartoonmovement.com, an international cartoon website, and also some fresh and unpublished works.

These cartoons mainly touch on issues that failed to be highlighted by local political cartoonists, such as the PM and his shop-a-holic wife, conspiracy against Anwar Ibrahim, Altantuya, Scorpene, the NFC scandal, misuse of public funds, racism, corruption, violation of human rights, Bersih, police brutality and Malaysian politics in general.

It also features latest cartoons about the First Lady’s shopping in Perth, the cow scandal, the shoe-throwing to the Judge issue, PM’s crocodile tears and the 901, among others.

Pressure continues

Since the pressure from the government continues, it is hard for me to find printers to print and vendors to sell my book openly. Some printers and vendors were told that they will lose thier operating licences if they continue to print or sell my book(s).

Meanwhile, in the court June last year, the Kuala Lumpur High Court rejected my suit to challenge the government on the banning of “1Funny Malaysia” and my other book, “Perak Darul Kartun” through a “comical judgment”.

I then filed another suit to challenge the police and the government on my detention under The Sedition Act immediately after the publishing of “Cartoon-O-Phobia”. The case is now proceeding and the next session will be on the 5th and 6th of April. No matter what the results may be, it will not derail my spirit to continue drawing cartoons. “I will fight until the last drop of my ink.”

Thus, I hope to get good support from readers and fans alike in buying “1Moolaysia” to help me produce more political cartoons and to continue “To Fight Through Cartoon” agenda.

I would also like to urge Malaysians not to keep quiet but do your best to fight this corrupt dan inept government. The least you can do is through the funny ways. “If you cannot beat them, laugh at them!”

“1 Moolaysia” has 104 full coloured pages and will be sold at retail price of RM25.00. It can be purchased via online through my website http://zunarcartoonist.com/.

The sale event will be held at Amcorp Mall on the 24th and 25th of March, from 10am to 5pm on both days. It will be officiated by Lembah Pantai MP, YB Nurul Izzah Anwar at 2pm on the 25th of March at the same venue.

Zunar is currently Malaysia’s foremost political cartoonist

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan

Posted: 20 Mar 2012 12:15 AM PDT

DEMI RAKYAT

22 Mac 2012 (Khamis)

8.30 – 12.00 Malam – Rapat Rakyat Pakatan Rakyat

Lokasi : Batu 3, Pekan Lukut, Jalan Lukut-PD, Port Dickson.

Penceramah:
i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
iii) YB Loke Siew Fook
iv) YB Taufek Abdul Ghani
v) YB Chai Tong Chai
vi) YB Ean Yong

Dato Seri Anwar Ibrahim Begins Legal Action Against Utusan Malaysia & S. Nallakaruppan

Posted: 20 Mar 2012 12:14 AM PDT

I refer to the report published today in the front page of Utusan Malaysia alleging that Federal Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is bisexual and unfit to be the opposition leader. The allegations which are attributed to S Nallakaruppan are completely false, politically motivated and the worst kind of gutter journalism. Prime Minister and UMNO President Najib Razak is fully responsible for this vile attack made by the UMNO-owned Utusan Malaysia upon Anwar Ibrahim. Instead of agreeing to Anwar’s challenge for a public debate on policies and the economy, Najib has resorted to the lowest kind of character assasination through Utusan Malaysia. Utusan Malaysia’s intolerance and lack of scruples reveals the true face of Umno and Najib, and makes nonsense of Najib’s show of moderation and reform. Dishonest,unbalanced and unfair news reporting on political matters is usual among the BN-controlled print and electronic media. However, the UMNO-owned Utusan’s continuous descent into lies,deceit and vicious political and race baiting has no parallel in the history of Malaysian journalism.

In these circumstances, Datuk Seri Anwar Ibrahim has commenced legal proceedings.Through his solicitors, he has on 20.3.2012 issued demand notices to Utusan Melayu(Malaysia) Bhd which is the owner of Utusan Malaysia and its Editor demanding retraction of the above allegations, an apology and damages in the sum of RM 100 million. A similar notice has been sent to S.Nallakarupan. Datuk Seri Anwar Ibrahim brings this action in the people’s interest and to ensure fair and honest media reporting on matters of public interest.

Issued by,

N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Iklan Perdana Menteri di bawah iklan peragut

Posted: 20 Mar 2012 02:15 AM PDT



Maklumat dan gambar dari Blog Patrick Teoh yang bertajuk Tuesday funny , dimana iklan gambar Perdana Menteri diletakkan dibawah papantanda kawasan peragut.

Satu peringatan untuk semua pihak , termasuk kita semua agar lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan. Kesilapan yang kecil, boleh disalahertikan.

Some possibilities:-

1. Somebody has a great sense of humour in that ad company.
2. Putrajaya has adopted a new election strategy.
3. Najib is laying it on the line and telling it like it is.

Gambar dari http://www.niamah.com/2012/03/tuesday-funny.html

Pembelian senjata utama oleh Malaysia tahun 2011

Posted: 20 Mar 2012 02:14 AM PDT

Pelajar perempuan 15 tahun diculik depan kedai waktu tengahari

Posted: 19 Mar 2012 05:40 PM PDT

Mari kita sama-sama berdoa agar anak gadis ini dilindungi Allah, penculiknya ditangkap dan diadili serta memohon agar Allah memberi jalan keluar atas permasalahan jenayah di negara ini yang semakin meruncing dan berleluasa.



NOR MALA dan suaminya, Mahadi Muda menunjukkan gambar Siti Nur Fatihah yang didakwa diculik tiga individu ketika hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit di Taman Tas, Kuantan, Pahang kelmarin.

Fatihah hilang lepas direntap

20 Mac 2012 KUANTAN – Seorang suri rumah kini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang didakwa dilarikan dua lelaki dan seorang wanita ketika mangsa pergi ke kedai telefon untuk membeli kad tambah nilai prabayar RM5 berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini kelmarin.

Nor Mala Mohd. Lazin, 34, memberitahu, anaknya, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dikatakan diculik oleh tiga individu terbabit yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, anak gadisnya itu pergi ke kedai bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman. Dua beradik itu berusia 11 tahun. Kedai itu terletak hanya 100 meter dari rumahnya.

"Pada hari kejadian, saya terkejut apabila mendapati dua anak saya pulang dalam keadaan tergesa-gesa sambil menangis.

"Saya tanya kenapa dan mereka memberitahu yang Fatihah (nama panggilan Siti Nur Fatihah) telah diculik dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap," ceritanya ketika ditemui semalam.

Mengikut cerita dua anaknya, ketika sedang berjalan ke kedai itu, kereta penculik yang dipandu wanita tersebut telah berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki menarik Fatihah.

Menurut Nor Mala, kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan kakaknya tetapi lelaki tersebut merentap Fatihah dengan kuat menyebabkan pegangan tangan mereka terlepas mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini itu dibawa lari


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


PRU13: Daim ramal BN selamat tiga negeri sahaja

Posted: 20 Mar 2012 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Mac: Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU.

"Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'.

"Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim.

Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.

Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.

Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.

Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.

Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.

Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.

Program Semasa

Posted: 20 Mar 2012 12:43 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


VIDEO: Orang Melayu Wajib Tonton Dan Harus Tahu Apa Makna Melayu Itu !!

Posted: 20 Mar 2012 04:53 AM PDT

Permohonan Umno Gadai Tanah Rezab Melayu Ditolak MB Selangor?!!

Posted: 19 Mar 2012 11:56 PM PDT


Di bawah, lihat dengan jelas permohonan Umno Puchong ditolak kerana ia satu cubaan merampas tanah rezab melayu;


dan lihat semula siapa pemilik Lagi Gemilang Dev.

Tahniah Kerajaan Selangor, Tahniah MB Selangor kerana mempertahankan tanah rezab orang melayu yang semakin terhakis setelah lebih 50 tahun negara ini diperintah Umno.


Apakah benar Umno membela bangsa sepertimana yang dicanang? Jika benar maka sepatutnya jumlah tanah rezab melayu akan bertambah, jika benar maka jumlah pegangan saham orang melayu yang bernilai lebih 50 bilion suatu ketika dulu akan tambah berganda. Namun malangnya segala slogan Umno termasuklah Hidup Melayu itu hanyalah retorik semata-mata apabila fakta menjelaskan tanah rezab melayu berkurangan hampir separuh dari jumlah asal manakala jumlah saham bumiputra lenyap hilang entah ke mana...

Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan testimoni yang baik beserta dengan buktinya sekali betapa nasib orang melayu khususnya dalam soal tanah rezab melayu menjadi keutamaan. Selain itu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memastikan ekonomi negeri Selangor dirakyatkan dengan segala hasil dan keuntungan dari pentadbiran yang cekap dipulangkan semula kepada rakyat negeri Selangor.

Dengan testimoni seperti di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat di seluruh negara wajar memberi penilaian serta perbandingan terhadap kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dipimpin secara penuh ketirisan dan boros oleh Umno. Penilaian tersebut perlu diterjemah dalam Pilihanraya ke-13 yang kian hampir. Slogan kempen A.B.U menjadi satu titik terpenting ketika berdepan pilihanraya yang sengit dengan penipuan terancang, di mana betapa perlunya setiap pengundi memberikan undi mereka kepada Asalkan Bukan Umno.

Pencapaian kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu memberi harapan baru kepada rakyat terbanyak. Lihatlah statistik keuntungan kerajaan negeri yang menunjukkan pertambahan berganda berbanding ketika diperintah oleh kerajaan Umno/Bn. Jadual di bawah menceritakan sesuatu;


Tiada lagi alasan yang kukuh untuk mengekalkan kerajaan sedia ada apabila kerajaan PR yang paling teruk diserang di Pulau Pinang kononnya nasib umat Islam di negeri tersebut terhakis dek pemerintahan DAP ternyata suatu tohmahan rambang oleh Umno. Serangan bertali arus Umno di media perdana mengatakan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengabaikan orang melayu dan agama Islam ternyata meleset sama sekali apabila fakta menunjukkan 3 tahun berturut-turut peruntukkan hal ehwal Islam P.Pinang oleh Kerajaan PR jauh bertambah berbanding ketika Bn memerintah. Lihat jadual di bawah;


Justeru itu, kita sebagai rakyat yang celik harus melangkah terus ke hadapan memberi laluan kepada sebuah kerajaan pusat yang baru. Untuk merealisasikan sebuah kerajaan baru dengan menumbangkan sebuah kerajaan korupsi yang memperkudakan hampir keseluruhan agensi 'neutral' bukanlah suatu kerja yang mudah. Setiap rakyat yang mahukan perubahan menjadi realiti harus bersama dalam gerakan dan kempen yang bukan sekadar kempen parti politik semata-mata, tetapi kempen dari rakyat untuk rakyat.


Kempen A.B.U adalah sebuah gerakan berani dan secara terus berdepan dengan regim Umno. ABU bukan milik sesiapa, bukan juga milik gugusan Anak Muda SAMM. SAMM hanya menjadi pemangkin menggerakkan kempen ABU, namun ia tetap milik rakyat. Gerakan ABU juga mendapat perhatian bukan sahaja dari segenap masyarakat tetapi juga mendapat perhatian penuh oleh pihak Umno yang begitu tercabar kedudukkannya.

Kini kempen ABU sedang mekar menjalar di seluruh negara. Undi Asalkan Bukan Umno merupakan kempen terpenting dalam menghadapi pilihanraya ke-13, bukan sekadar kempen perang-saraf. Program ceramah ABU sudah meluas di mana-mana. Kebanyakkan pentas dihiasi dengan lambang ABU. Kejayaan ABU sampai ke tahap ini adalah kredit untuk rakyat kerana berani menganjurkan pentas ABU, berani menjadi hadirin dalam program ABU yang dilihat berisiko diserang Umno, apabila otak mereka gagal berhujah maka otot jugalah yang mereka gunakan untuk menyerang rakyat yang dahagakan maklumat.

Gerakan ABU juga menjadi satu penampan penting sekiranya terdapat kekurangan dalam pentadbiran kerajaan negeri PR yang memerintah. Harus diakui juga bahawa tidak ada yang sempurna, maka atas sedikit ketidaksempurnaan itu juga kempen Asalkan Bukan Umno menjadi satu titik tolak yang penting.

Ada pihak yang mengatakan kononnya kempen ABU sudah semakin perlahan. Ada juga yang bertanya ke mana arah kempen ABU sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13. Sifirnya mudah, jika anda masih melihat ada yang mengenakan baju ABU, ada yang menggunakan Avatar ABU, ada yang meletakkan lambang ABU di dalam blog, FB dan Twitter, ada pula pihak yang menyerang dengan kempen ABP dan ABAI, itu bermakna kempen ini berjaya dan akan tetap hangat hingga ke PRU-13. Contoh paling ideal ialah, pelancaran ABU Kedah bakal berlangsung malam ini di sebuah dewan Alor Setar. Dilaporkan awal pagi tadi, dewan tempat berlangsungnya pelancaran ABU telah dicemari oleh poster-poster yang bertulis ABAI. Ini satu tindakbalas yang baik, bermakna Umno sangat terdesak cuba menutup aura ABU.

 


Ketika di Pelancaran ABU Johor pula, terbentang poster/banner 'vertikal' di ratusan tiang lampu jalan dengan tulisan ABU - Allah Bersama Umno. Secara tidak langsung, Umno juga telah mempromosi ABU dengan membuat satu 'saikologi terbalik' Allah Bersama Umno - Apakah Allah akan bersama dengan golongan yang menghina hukum Allah? Apakah Allah akan bersama dengan gerombolan yang menggubal undang-undang menghalalkan judi dan berdagang dengan Israel serta gerombolan yang merasmikan kilang arak? Ternyata kempen ABU akan terus dilaung hingga ke Pilihanraya.


Bagi persoalan ke mana hala kempen ABU adalah lebih mudah - kempen bersihkan sungai akan berterusan sehingga bersihnya sungai, kempen BERSIH pilihanraya juga akan diteruskan hingga bersihnya pilihanraya. Begitu juga dengan gerakan ABU - Akan tetap diteruskan selagi Umno dan anasir yang berperangai seperti Umno masih berada di tampuk pemerintahan negara. Umno simbolik kepada rasuah dan penyelewengan khazanah rakyat!


Berbalik kepada isu cubaan pemilikkan bukan bumiputra ke atas tanah rizab melayu (yang cuba dilobi oleh Umno Puchong?), saudara pembaca harus mengenal pengkhianat sebenar. Berita fakta penolakkan permohonan tanah rezab ini tidak akan tersiar di dalam media elektronik mahupun media cetak bertaraf arus perdana.

Tindakkan Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat ini harus dipuji kerana inilah yang sepatutnya berlaku dalam mana-mana permohonan tidak berasas menukar pemilikkan tanah rezab melayu kepada bukan bumiputra. Di atas nama pembangunan, berapa banyak tanah rezab melayu yang sebelum ini bertukar milik kepada bukan bumiputra tidak diganti semula oleh kerajaan pimpinan Umno?

Ayuh rakyat, inilah masanya untuk mengajar sebuah kerajaan pusat yang penuh retorika, iaitu dengan memilih Asalkan Bukan Umno dalam pilihanraya yang hanya akan datang. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

EDYES @edyesdotcom

Solidariti Anak Muda Malaysia
 
Sumber: http://edyesdotcom.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


CERAMAH ANWAR IBRAHIM - LUKUT-PORT DICKSON 22 MAC 2012-Khamis, 845 malam

Posted: 19 Mar 2012 10:28 PM PDT







CERAMAH ANWAR IBRAHIM - LUKUT-PORT DICKSON 22 MAC 2012

KHAMIS - 8.45 MALAM.

BT3, JALAN LUKUT-PORT DICKSON.


SEMUA DIJEMPUT HADIR.

JELAJAH PIMPINAN PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN BERSAMA RAKYAT.


CERAMAH ANWAR IBRAHIM - LUKUT-PORT DICKSON 22 MAC 2012

Posted: 19 Mar 2012 09:57 PM PDT


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Insyallah, DSAI hadir untuk bersama rakyat.

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


Posted: 19 Mar 2012 09:16 AM PDT



KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatan selaku ahli Umno.

Dalam satu kenyataan media, Abdul Kadir memaklumkan, beliau hari ini menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkenaan perkara ini.

"Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO Malaysia mulai hari ini," kata Abdul Kadir.

Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Bendahari Umno bahagian Kulim – Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhir yang dipegangnya dalam Umno.

Semasa berada di dalam Umno, yang dianggotainya sejak 1956, beliau pernah menjadi Exco Pemuda selama sepuluh tahun dan Ahli Majlis Tertinggi selama dua puluh empat tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Kedah.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 1999 dan Menteri Penerangan pada 2004. Beliau adalah Ahli Parlimen Kulim – Bandar baharu selama lima penggal, sebelum mengundur diri pada Pilihanraya Umum ke-12.

Kini, beliau adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


ISTERI DI TUDUH BERKHALWAT DGN DR BADRULAMIN TUNTUT FASAKH DI MAHKAMAH

Posted: 19 Mar 2012 11:05 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Hasmi Hashim bakal ke Bukit Gantang

Posted: 19 Mar 2012 09:18 PM PDT


Hasmi Hashim atau lebih dikenali dengan nama Buddi Hikayat telah bersetuju untuk hadir berceramah di Parlimen Bukit Gantang pada 13 April 2012 (Jumaat) bulan depan. Kemungkinan besar tempat ceramah bakal diadakan di Taman Mewah, Kemunting. Namun, sebarang pengesahan tempat bakal disahkan secara rasmi oleh AMK Bukit Gantang kelak.

Buddi Hikayat merupakan penulis lirik lagu popular Awan Nano nyanyian Hafiz AF7. Seperti diketahui umum bahawa lagu tersebut telah menjuarai pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL 25) yang diadakan pada Januari lepas. AMK Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada Buddi Hikayat diatas kemenangan beliau.

AMK Bukit Gantang amatlah berbesar hati dengan persetujuan Buddi Hikayat untuk hadir berceramah di Bukit Gantang pada 13 april depan. Penceramah lain yang turut mengesahkan kehadiran bersama Buddi Hikayat ke program ceramah penerangan pada tarikh tersebut ialah YB Amirudin Shaari (ADUN Batu Caves), Hilman Idham (Aktivis Mahasiswa) dan Najwan Halimi (Wakil dari AMK Selangor).

Diharap dengan kehadiran ramai penceramah muda yang hebat-hebat ini dapat menarik semua anak muda yang berada disekitar kawasan Parlimen Bukit Gantang bagi membanjiri program ceramah anjuran AMK Bkt Gantang pada tarikh berkenaan.