Selasa, 20 Mac 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Iklan Perdana Menteri di bawah iklan peragut

Posted: 20 Mar 2012 02:15 AM PDT



Maklumat dan gambar dari Blog Patrick Teoh yang bertajuk Tuesday funny , dimana iklan gambar Perdana Menteri diletakkan dibawah papantanda kawasan peragut.

Satu peringatan untuk semua pihak , termasuk kita semua agar lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan. Kesilapan yang kecil, boleh disalahertikan.

Some possibilities:-

1. Somebody has a great sense of humour in that ad company.
2. Putrajaya has adopted a new election strategy.
3. Najib is laying it on the line and telling it like it is.

Gambar dari http://www.niamah.com/2012/03/tuesday-funny.html

Pembelian senjata utama oleh Malaysia tahun 2011

Posted: 20 Mar 2012 02:14 AM PDT

Pelajar perempuan 15 tahun diculik depan kedai waktu tengahari

Posted: 19 Mar 2012 05:40 PM PDT

Mari kita sama-sama berdoa agar anak gadis ini dilindungi Allah, penculiknya ditangkap dan diadili serta memohon agar Allah memberi jalan keluar atas permasalahan jenayah di negara ini yang semakin meruncing dan berleluasa.



NOR MALA dan suaminya, Mahadi Muda menunjukkan gambar Siti Nur Fatihah yang didakwa diculik tiga individu ketika hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit di Taman Tas, Kuantan, Pahang kelmarin.

Fatihah hilang lepas direntap

20 Mac 2012 KUANTAN – Seorang suri rumah kini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang didakwa dilarikan dua lelaki dan seorang wanita ketika mangsa pergi ke kedai telefon untuk membeli kad tambah nilai prabayar RM5 berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini kelmarin.

Nor Mala Mohd. Lazin, 34, memberitahu, anaknya, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dikatakan diculik oleh tiga individu terbabit yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, anak gadisnya itu pergi ke kedai bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman. Dua beradik itu berusia 11 tahun. Kedai itu terletak hanya 100 meter dari rumahnya.

"Pada hari kejadian, saya terkejut apabila mendapati dua anak saya pulang dalam keadaan tergesa-gesa sambil menangis.

"Saya tanya kenapa dan mereka memberitahu yang Fatihah (nama panggilan Siti Nur Fatihah) telah diculik dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap," ceritanya ketika ditemui semalam.

Mengikut cerita dua anaknya, ketika sedang berjalan ke kedai itu, kereta penculik yang dipandu wanita tersebut telah berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki menarik Fatihah.

Menurut Nor Mala, kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan kakaknya tetapi lelaki tersebut merentap Fatihah dengan kuat menyebabkan pegangan tangan mereka terlepas mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini itu dibawa lari


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Tiada ulasan: