Selasa, 20 Mac 2012

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


VIDEO: Orang Melayu Wajib Tonton Dan Harus Tahu Apa Makna Melayu Itu !!

Posted: 20 Mar 2012 04:53 AM PDT

Permohonan Umno Gadai Tanah Rezab Melayu Ditolak MB Selangor?!!

Posted: 19 Mar 2012 11:56 PM PDT


Di bawah, lihat dengan jelas permohonan Umno Puchong ditolak kerana ia satu cubaan merampas tanah rezab melayu;


dan lihat semula siapa pemilik Lagi Gemilang Dev.

Tahniah Kerajaan Selangor, Tahniah MB Selangor kerana mempertahankan tanah rezab orang melayu yang semakin terhakis setelah lebih 50 tahun negara ini diperintah Umno.


Apakah benar Umno membela bangsa sepertimana yang dicanang? Jika benar maka sepatutnya jumlah tanah rezab melayu akan bertambah, jika benar maka jumlah pegangan saham orang melayu yang bernilai lebih 50 bilion suatu ketika dulu akan tambah berganda. Namun malangnya segala slogan Umno termasuklah Hidup Melayu itu hanyalah retorik semata-mata apabila fakta menjelaskan tanah rezab melayu berkurangan hampir separuh dari jumlah asal manakala jumlah saham bumiputra lenyap hilang entah ke mana...

Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan testimoni yang baik beserta dengan buktinya sekali betapa nasib orang melayu khususnya dalam soal tanah rezab melayu menjadi keutamaan. Selain itu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memastikan ekonomi negeri Selangor dirakyatkan dengan segala hasil dan keuntungan dari pentadbiran yang cekap dipulangkan semula kepada rakyat negeri Selangor.

Dengan testimoni seperti di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat di seluruh negara wajar memberi penilaian serta perbandingan terhadap kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dipimpin secara penuh ketirisan dan boros oleh Umno. Penilaian tersebut perlu diterjemah dalam Pilihanraya ke-13 yang kian hampir. Slogan kempen A.B.U menjadi satu titik terpenting ketika berdepan pilihanraya yang sengit dengan penipuan terancang, di mana betapa perlunya setiap pengundi memberikan undi mereka kepada Asalkan Bukan Umno.

Pencapaian kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu memberi harapan baru kepada rakyat terbanyak. Lihatlah statistik keuntungan kerajaan negeri yang menunjukkan pertambahan berganda berbanding ketika diperintah oleh kerajaan Umno/Bn. Jadual di bawah menceritakan sesuatu;


Tiada lagi alasan yang kukuh untuk mengekalkan kerajaan sedia ada apabila kerajaan PR yang paling teruk diserang di Pulau Pinang kononnya nasib umat Islam di negeri tersebut terhakis dek pemerintahan DAP ternyata suatu tohmahan rambang oleh Umno. Serangan bertali arus Umno di media perdana mengatakan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengabaikan orang melayu dan agama Islam ternyata meleset sama sekali apabila fakta menunjukkan 3 tahun berturut-turut peruntukkan hal ehwal Islam P.Pinang oleh Kerajaan PR jauh bertambah berbanding ketika Bn memerintah. Lihat jadual di bawah;


Justeru itu, kita sebagai rakyat yang celik harus melangkah terus ke hadapan memberi laluan kepada sebuah kerajaan pusat yang baru. Untuk merealisasikan sebuah kerajaan baru dengan menumbangkan sebuah kerajaan korupsi yang memperkudakan hampir keseluruhan agensi 'neutral' bukanlah suatu kerja yang mudah. Setiap rakyat yang mahukan perubahan menjadi realiti harus bersama dalam gerakan dan kempen yang bukan sekadar kempen parti politik semata-mata, tetapi kempen dari rakyat untuk rakyat.


Kempen A.B.U adalah sebuah gerakan berani dan secara terus berdepan dengan regim Umno. ABU bukan milik sesiapa, bukan juga milik gugusan Anak Muda SAMM. SAMM hanya menjadi pemangkin menggerakkan kempen ABU, namun ia tetap milik rakyat. Gerakan ABU juga mendapat perhatian bukan sahaja dari segenap masyarakat tetapi juga mendapat perhatian penuh oleh pihak Umno yang begitu tercabar kedudukkannya.

Kini kempen ABU sedang mekar menjalar di seluruh negara. Undi Asalkan Bukan Umno merupakan kempen terpenting dalam menghadapi pilihanraya ke-13, bukan sekadar kempen perang-saraf. Program ceramah ABU sudah meluas di mana-mana. Kebanyakkan pentas dihiasi dengan lambang ABU. Kejayaan ABU sampai ke tahap ini adalah kredit untuk rakyat kerana berani menganjurkan pentas ABU, berani menjadi hadirin dalam program ABU yang dilihat berisiko diserang Umno, apabila otak mereka gagal berhujah maka otot jugalah yang mereka gunakan untuk menyerang rakyat yang dahagakan maklumat.

Gerakan ABU juga menjadi satu penampan penting sekiranya terdapat kekurangan dalam pentadbiran kerajaan negeri PR yang memerintah. Harus diakui juga bahawa tidak ada yang sempurna, maka atas sedikit ketidaksempurnaan itu juga kempen Asalkan Bukan Umno menjadi satu titik tolak yang penting.

Ada pihak yang mengatakan kononnya kempen ABU sudah semakin perlahan. Ada juga yang bertanya ke mana arah kempen ABU sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13. Sifirnya mudah, jika anda masih melihat ada yang mengenakan baju ABU, ada yang menggunakan Avatar ABU, ada yang meletakkan lambang ABU di dalam blog, FB dan Twitter, ada pula pihak yang menyerang dengan kempen ABP dan ABAI, itu bermakna kempen ini berjaya dan akan tetap hangat hingga ke PRU-13. Contoh paling ideal ialah, pelancaran ABU Kedah bakal berlangsung malam ini di sebuah dewan Alor Setar. Dilaporkan awal pagi tadi, dewan tempat berlangsungnya pelancaran ABU telah dicemari oleh poster-poster yang bertulis ABAI. Ini satu tindakbalas yang baik, bermakna Umno sangat terdesak cuba menutup aura ABU.

 


Ketika di Pelancaran ABU Johor pula, terbentang poster/banner 'vertikal' di ratusan tiang lampu jalan dengan tulisan ABU - Allah Bersama Umno. Secara tidak langsung, Umno juga telah mempromosi ABU dengan membuat satu 'saikologi terbalik' Allah Bersama Umno - Apakah Allah akan bersama dengan golongan yang menghina hukum Allah? Apakah Allah akan bersama dengan gerombolan yang menggubal undang-undang menghalalkan judi dan berdagang dengan Israel serta gerombolan yang merasmikan kilang arak? Ternyata kempen ABU akan terus dilaung hingga ke Pilihanraya.


Bagi persoalan ke mana hala kempen ABU adalah lebih mudah - kempen bersihkan sungai akan berterusan sehingga bersihnya sungai, kempen BERSIH pilihanraya juga akan diteruskan hingga bersihnya pilihanraya. Begitu juga dengan gerakan ABU - Akan tetap diteruskan selagi Umno dan anasir yang berperangai seperti Umno masih berada di tampuk pemerintahan negara. Umno simbolik kepada rasuah dan penyelewengan khazanah rakyat!


Berbalik kepada isu cubaan pemilikkan bukan bumiputra ke atas tanah rizab melayu (yang cuba dilobi oleh Umno Puchong?), saudara pembaca harus mengenal pengkhianat sebenar. Berita fakta penolakkan permohonan tanah rezab ini tidak akan tersiar di dalam media elektronik mahupun media cetak bertaraf arus perdana.

Tindakkan Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat ini harus dipuji kerana inilah yang sepatutnya berlaku dalam mana-mana permohonan tidak berasas menukar pemilikkan tanah rezab melayu kepada bukan bumiputra. Di atas nama pembangunan, berapa banyak tanah rezab melayu yang sebelum ini bertukar milik kepada bukan bumiputra tidak diganti semula oleh kerajaan pimpinan Umno?

Ayuh rakyat, inilah masanya untuk mengajar sebuah kerajaan pusat yang penuh retorika, iaitu dengan memilih Asalkan Bukan Umno dalam pilihanraya yang hanya akan datang. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

EDYES @edyesdotcom

Solidariti Anak Muda Malaysia
 
Sumber: http://edyesdotcom.blogspot.com/

Tiada ulasan: