Selasa, 20 Mac 2012

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Hasmi Hashim bakal ke Bukit Gantang

Posted: 19 Mar 2012 09:18 PM PDT


Hasmi Hashim atau lebih dikenali dengan nama Buddi Hikayat telah bersetuju untuk hadir berceramah di Parlimen Bukit Gantang pada 13 April 2012 (Jumaat) bulan depan. Kemungkinan besar tempat ceramah bakal diadakan di Taman Mewah, Kemunting. Namun, sebarang pengesahan tempat bakal disahkan secara rasmi oleh AMK Bukit Gantang kelak.

Buddi Hikayat merupakan penulis lirik lagu popular Awan Nano nyanyian Hafiz AF7. Seperti diketahui umum bahawa lagu tersebut telah menjuarai pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL 25) yang diadakan pada Januari lepas. AMK Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada Buddi Hikayat diatas kemenangan beliau.

AMK Bukit Gantang amatlah berbesar hati dengan persetujuan Buddi Hikayat untuk hadir berceramah di Bukit Gantang pada 13 april depan. Penceramah lain yang turut mengesahkan kehadiran bersama Buddi Hikayat ke program ceramah penerangan pada tarikh tersebut ialah YB Amirudin Shaari (ADUN Batu Caves), Hilman Idham (Aktivis Mahasiswa) dan Najwan Halimi (Wakil dari AMK Selangor).

Diharap dengan kehadiran ramai penceramah muda yang hebat-hebat ini dapat menarik semua anak muda yang berada disekitar kawasan Parlimen Bukit Gantang bagi membanjiri program ceramah anjuran AMK Bkt Gantang pada tarikh berkenaan.





Tiada ulasan: