Isnin, 19 Mac 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Rumah Mohd Azuan dijilat api, beliau dan keluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted: 19 Mar 2012 09:11 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah:

Sdr Mat Yee Ketua PKR Ranting Matau
Rumah Bahagian dapur milik Mohd Nor bin Mohd ayah kepada Mohd Azuan
Inilah bekas rumah Mohd Azuan b Mohd Nor
Di sinilah Mohd Azuan tidur di bawah pisang sesikat, manakala keluarganya menginap di Rumah Mat Yee, Ketua Ranting PKR.
'via Blog this'Inilah sedikit sumbangan yang dapat saya sampaikan kepada Mohd Azuan, semoga anggota-anggota masyarakat diluar sana dapat menghulurkan bantuan


Sdr Mohd Azuan bin Mohd Nor, Anggota Jawatankuasa Angkatan Muda PKR Ranting Matau, kehilangan semuanya.  Rumahnya licin dijilat api.  Beliau dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang.  Segala dokumen mengenai dirinya, isterinya dan 2 orang anaknya turut dijilat api.

Saya merayu semua pihak tampil membantu keluarga ini.  Mana-mana pihak yang ingin menyumbangkan wang tunai boleh terus memasukkan kedalam akaun Bank MBB Ac Norhayati Mohd Yani Ac No. 156057348003, dan setiap sumbangan sila juga beritahu kepada saya di hp no 0199882115, Haji Suhaimi Said.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 19 Mar 2012 08:51 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah:





 Semasa saya sedang didalam perjalanan ke Matau, Bandar Jengka, YB Yusmadi telah menalipon saya agar saya dapat turut pergi ke Majlis Daerah Jerantut kerana peguam Fahda Nur, rakan kongsi firma guamannya, yang juga isteri beliau sedang didalam perjalanan ke sana.

Sdr Yusmadi memberitahu bahawa Fahda Nur akan menjalankan tindakan Sita keatas bangunan Majlis Daerah Jerantut kerana gagal menjelaskan perintah Mahkamah yang memerintahkan MDJ membayar tuntutan melebihi RM350,000.00 kepada klien firma guaman itu.

Saya sampai ke Bangunan Majlis Daerah Jerantut jam melewati 11.30 pagi dan pada waktu itu dapat bertemu dengan Fahda yang menyatakan bahawa pihak Majlis Daerah belum membuat apa-apa bayaran.

Fahda menyatakan bahawa beliau akan menunggu sehingga jam 3.00 petang, dan jika pada jam 3.00 petang itu MDJ tetap gagal atau enggan menjelaskan jumlah tuntutan serta kos tuntutan maka beliau menyatakan bahawa pihak Bailif-Bailif Mahkamah yang turut hadir akan mengunci dan menyita Bangunan MDJ.

Saya panggilkan akhbar Sinar Jerantut untuk hadir ke Bangunan Majlis Daerah untuk mengambil berita tentang tindakan sita itu, dan selepas itu saya terpaksa tinggalkan Jerantut untuk bergegas ke pejabat saya di Temerloh kerana ada beberapa dokumen yang mesti saya tandatangani sebelum jam 2.00 petang.

Setelah selesai di pejabat saya di Temerloh saya terus bergegas ke Kuala Krau dan jam 3.00 petang saya pergi ke Kg Beredut untuk Majlis Ceramah anjuran PKR Kuala Krau.  Sdr Wak Rabidin Kasmawi dan Sdr Pak Jabit hadir dan sama-sama memberi ceramah.

'via Blog this'

Ceramah PKR di Kg Beredut, Kuala Krau, 19.3.12

Posted: 19 Mar 2012 08:22 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah:

 Haji Suhaimi Said menyampaikan ucapannya kepada penduduk Kg Beredut

 Di sini tidak ada Dewan atau Balai Raya, di bawah pokok beginilah penduduk hadir mendengar ceramah
 Pak Jabit mempengerusikan Majlis.  Di sini tidak ada bekalan elektrik, terpaksa pakai hailer
 Wak Rabidin Kasmawi hadir membantu PKR Kuala Krau dan selepas beliau berucap di Kg Beredut, beliau berucap pula di Ceramah PKR Kg Paya Pelong (lebih kurang 30 km dari kampong ini)
 Walaupun sudah menjadi warga emas, wanita ini masih gagah melaungkan Reformasi
 Veranda yang kecil tidak dapat memuatkan semua penduduk Kg Beredut yang hadir
 Anita Karim turut memberikan bantuan makanan kepada mereka yang hadir
 Jali berbaju T putih seorang pemantun yang handal, dia boleh berpantun secara sepontan diatas apa juga isu yang diberikan.

 Wak Rabidin sedang berucap

 Kanak-kanak turut meramaikan Majlis
 Jali bertopi merah, Ahli Pantun Kg Beredut; setiap kali saya bertemu dengannya, beliau akan menjualkan beberapa pantun

'via Blog this'Kanak-kanak cukup gembira apabila ada program sebegini, dan apabila disebutkan Berg Meh Hek Jinjuong, mereka terus mengepal buku tangan dihayun keatas dan melaungkan Reformasi, kanak-kanak di kampong ini sudah sebati dengan Reformasi dan perjuangan PKR.  Di sini tidak ada cawangan UMNO.

Tiada ulasan: