Rabu, 12 Januari 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Peruntukan RM1 Juta Kepada ADUN Selangor

Posted: 12 Jan 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM 12 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu bagi membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan termasuk jalanraya dan sistem perparitan.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini lewat petang tadi.

Bercakap kepada media, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru katanya lagi, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," katanya.

Dalam pada itu, ditanya samada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata rujukan akan tertumpu kepada kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," jelas beliau lagi.


Sumber: TVSNEWS

Tan Sri Khalid Ibrahim Terharu Sokongan Rakyat Terhadap Pemerintahan PR Selangor

Posted: 12 Jan 2011 12:30 AM PST

SHAH ALAM, 12 Jan – Kira-kira 400 orang berarak dari Dataran Shah Alam ke pejabat Kerajaan Negeri Selangor di sini bagi menyerahkan memorandum sebagai tanda sokongan rakyat kepada pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Selain itu rakyat turut menyokong usaha kerajaan Selangor mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar.

Perarakan tersebut bersamaan dengan Program Pelancaran Himpunan Rakyat Selangor bersama Kelab Penyokong Menteri Besar (MBSC) dengan usaha untuk mengumpul sejuta tandatangan rakyat Selangor menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dikepalai Pengarah Komunikasi Selangor Dr Badrul Amin Bahrom menyerahkan tandatangan sokongan kepada Tan Sri Khalid.

Pelbagai ragam dilihat dalam perhimpunan berkenaan ada yang membawa bendera Selangor, Jalur Gemilang dan poster menyokong Sultan dan Tan Sri Khalid Ibrahim sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup PR (Pakatan Rakyat).

Kumpulan itu, sebahagian memakai baju MBSC dan Skuad Komunikasi Selangor.

Dalam ucapan ringkasnya, menteri besar berkata berjanji akan terus menunaikan tanggungjawab untuk berlaku amanah, bersih dan cermat mentadbir negeri.

"Saya amat terharu atas sokongan ini," katanya.

Manakala Badrul Amin pula mencabar parti lawan Umno supaya menerima cadangan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan jawatan tertinggi negeri, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Kuasa ini telah dirampas oleh Umno pada tahun 1993," katanya disambut sorakan daripada peserta.

Majlis itu bersurai setelah Hasan membacakan doa untuk kesejahteraan kerajaan Selangor bawah Pakatan.

Turut hadir exco Selangor Hasan Ali, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Iskandar Samad, Ean Yong Hian Wah dan beberapa wakil rakyat Pakatan, antaranya Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Abdullah Sani (PKR-Kuala Langat), Gan Pei Nei (PKR-Rawang).

Saya Tidak Keluar Parti, Kata Adun Sri Muda

Posted: 12 Jan 2011 12:00 AM PST

SHAH ALAM, 12 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Penafian yang dibuat Shuhaimi itu sekaligus menolak dakwaan bahawa Timbalan Ketua PKR Kota Raja akan melepaskan jawatan tersebut.

"Tidak keluar parti, berita palsu," kata Shuhaimi ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkat (SMS) sejak awal pagi tadi.

SMS yang disebarkan awal pagi tadi berbunyi: "Sidang media YB Shuhaimi Adun Sri Muda akan umum peletakan jawatan sebagai Adun jam 10 pagi 12 Januari (hari ini)."

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Siri Jelajah Himpunan Rakyat Selangor Bersama Kelab Menteri Besar Selangor (MBSC) mengumpul sejuta tandatangan rakyat Selangor menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selain majlis pelancaran, MBSC turut menyerahkan memorandum sokongan kepada kerajaan negeri Selangor.

Memorandum itu diserahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan diterima sendiri Tan Sri Khalid di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.



Sumber: The Malaysian Insider

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Debat 100 hari Pakatan, Najib berdolak-dalih

Posted: 12 Jan 2011 12:45 AM PST

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat," katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Najib berkata pakatan pembangkang boleh membuat pembentangan mereka dan BN akan turut membuat pembentangan berhubung perkara itu.

"Dan kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan berkenaan (pelan). Biar rakyat menentukan," katanya.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.

- Bernama

Khir Toyo serah balik gelaran ‘Datuk Seri’

Posted: 12 Jan 2011 12:40 AM PST


SHAH ALAM, 12 Jan – Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata beliau telah memulangkan sementara pingat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran 'Dato Seri', lapor Bernama.

Mohamad Khir menulis dalam blognya di http://www.drkhir.com hari ini bahawa tindakan itu diambil selepas beliau dihadapkan ke mahkamah berhubung tuduhan rasuah membabitkan pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7 di sini.

Katanya, pada pertengahan Disember 2010 yang lalu, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memulangkan sementara pingat Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri.

"Hari ini Dewan Diraja (Selangor) telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.

"Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung (berhubung kes)," katanya.

Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, berkata berikutan itu, semua media dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Datuk Seri dari pangkal namanya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir Toyo sahaja.

Disember lepas, Mohamad Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo No. 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1 L, Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikatnya Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau juga telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 8 Dis.


Sumber: Selangorkini

Peruntukan RM1 juta kepada ADUN Selangor

Posted: 12 Jan 2011 12:35 AM PST


SHAH ALAM 12 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu bagi membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan termasuk jalanraya dan sistem perparitan.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini lewat petang tadi.

Bercakap kepada media, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru katanya lagi, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," katanya.

Dalam pada itu, ditanya samada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata rujukan akan tertumpu kepada kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," jelas beliau lagi.


Sumber: TVSNEWS

Najib Tertekan Punca Serang PR Setiap Hari - Anwar

Posted: 12 Jan 2011 12:30 AM PST


SHAH ALAM 12 JAN: Umno-Barisan Nasional menyedari bahawa Pakatan Rakyat berkemampuan untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan, lantas mengemblengkan jentera kerajaan untuk menyerang hampir setiap hari.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan amat tertekan.

Tohmahan bagi mengkucar-kacirkan saf Pakatan Rakyat dipertingkatkan, dan Najib sehingga hari ini tidak berputus-asa memujuk PAS berpaling-tadah dari permuafakatan Malaysia baru.

"Kalau betul dia kuat, kenapa dia serang menggila. Kenapa tiap perkataan Pakatan Rakyat dia gelabah menjawab. Kenapa usaha-usaha mendekati PAS berterusan. Tidak pernah Umno kalau kuat dia akan cuba curi kekuatan dari luar. Ini menunjukkan keadaan lemas.

"Pertama kali dalam sejarah negara kita, seorang Perdana Menteri mengatakan akan pertahan Putrajaya habis-habisan, keluar semua nyawa dan badan kerana ini kenyataannya," jelas Anwar dalam Program Terus Terang terbitan Tv Selangor.

Anwar berkata Pakatan Rakyat, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, mengambil langkah-langkah perlu untuk mengetengahkan calon dan saf kepimpinan yang benar-benar berwibawa.

Pendidikan dan latar belakang calon diberi keutamaan, supaya rakyat lebih yakin dengan pilihan mereka.

"Kita harus lebih berhati-hati dalam memilih. ada orang yang berpendidikan rendah, tidak boleh dipilih ke tempat yang tinggi dalam parti, kerana ia memberi mesej yang buruk kepada rakyat. Pengalaman mengajar kita. Kita harus pilih pimpinan yang lebih layak, wibawa dan ada daya tahan menghadapi tentangan Umno," jelasnya.

Anwar berkata Pakatan Rakyat membawa mesej yang jelas akan perubahan-perubahan yang mahu dilakukan sekiranya diberi peluang mentadbir negara ini.

Sekiranya blok pembangkang diberi mandat, Anwar memberi jaminan kepada kepimpinan Umno-BN bahawa hak mereka sebagai warganegara Malaysia akan dipertahankan.

"Hilang kuasa tidak bermakna hilang segala-galanya. Hilang kuasa mereka, tetapi hak sebagai rakyat dan proses perundangan bahkan kita akan perkemaskan. Itu bedanya. Umno merosakkan badan kehakiman, kita memperkukuh dan menjamin badan kehakiman yang bebas," jelasnya.


Sumber: TVSNEWS

Hologram: SPR Harus Laksana Dulu Tuntutan BERSIH

Posted: 12 Jan 2011 12:25 AM PST


SHAH ALAM 12 JAN : Badan pemantau pilihanraya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya menumpukan kepada penggunaan dakwat hitam yang menurutnya lebih memberikan kesan ke atas perjalanan pilihanraya yang diadakan.

Kata Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh penambahbaikan SPR memperkenalkan pelekat hologram kepada setiap peti undi sebagai langkah yang baik, tetapi turut meminta supaya tuntutan atas perkara dasar sebelum ini dapat dilaksanakan.

"Saya rasa banyak yang dituntut seperti pemantau pilihanraya, Mafrel ataupun Bersih 2.0, lebih kepada perkara-perkara dasar iaitu seperti penggunaan dakwat hitam untuk pengundi-pengundi.

"Saya rasa itu yang lebih ditunggu-tunggu dari pihak SPR dan ianya merupakan dalam bidang kuasa mereka," katanya.

Perkara itu kata Syed Ibrahim lebih mudah dilaksanakan dan juga memberikan kesan dalam mengurangkan atau menghapuskan keraguan yang mungkin timbul.

Tegasnya lagi, isu mengenai memperkenalkan ciri-ciri keselamatan merupakan usaha yang baik tetapi tidak merupakan satu keutamaan.

Syed Ibrahim juga menyarankan agar wujudnya ruang dialog di antara pihak yang berkepentingan dalam pilihanraya sama ada pemantau pilihanraya atau pun parti-parti politik.

"Jadi, perkara tersebut sepatutnya tidak sukar dilakukan dan sepatutnya menjadi Prosedur Standard Operasi (SOP) SPR untuk buat.

"Mungkin dia ingat perkara ini tidak memerlukan apa-apa input tetapi dari segi imej dengan melibatkan pihak-pihak lain sepatutnya dilihat dari sudut yang positif dan memberikan imej yang positif kepada SPR," ujar beliau.

Sementara itu bagi PRK Dun Tenang, Syed Ibrahim berkata pihaknya akan tetap menghantar sukarelawan bagi memantau proses pilihanraya tersebut.

"Wakil-wakil kita tetap akan tetap turun kerana kita percaya dan yakini bahawa proses pemantauan merupakan sudut pandangan yang berbeda daripada SPR mahupun daripada parti-parti politik," tegasnya lagi.


Sumber: TVSNEWS

ETP Najib Belanja RM100 Bilion, Buku Jingga PR Tutup Kebocoran, Banteras Rasuah

Posted: 12 Jan 2011 12:20 AM PST


SHAH ALAM 12 JAN : Terdapat perbezaan ketara antara Program Transformasi Ekonomi(ETP) dan buku jingga yang mengandungi Program 100 Hari yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana perbelanjaan RM100 bilion dalam ETP yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan apa-apa makna kepada rakyat selagi isu rasuah dan ketidakcekapan sistem penyampaian kerajaan tidak ditangani.

Ketika dihubungi Tv Selangor beliau menegaskan Najib juga bersikap 'acuh tak acuh' dan bertindak menutup sebelah mata sedangkan isu utama adalah mengenai kebocoran dan pembaziran akibat perbuatan tersebut.

Ujar Azan, perkara ini berlandaskan laporan dan teguran Ketua Audit Negara yang mana ia merupakan hasil penemuan kerajaan, PEMANDU sendiri melaporkan perkara ini...macam mana dia hendak bantah.

"Perkara yang paling mustahak sekali yang perlu Najib buat adalah menampung segera kebocoran...tampal segera kebocoran itu.

"Belanja berapa banyak pun tidak ada makna. Lagi besar belanja, lagi besarlah yang bocor," tegasnya lagi.

Azan dalam pada itu menegaskan masalah sebenar yang harus ditangani adalah kebocoran dan pembaziran yang menjadi permasalahan utama.

"Bayangkan kalau RM100 bilion lagi, bermakna RM28 bilion akan bocor. Saya nasihatkan Perdana Menteri, kalau hendak sokongan rakyat, buat dasar menampung kebocoran dan bukannya buat benda baru.

"Setakat ini dia membisu dan tidak berkata apa-apa mengenai kebocoran, dan yang bercerita mengenainya hanyalah Ketua Audit, Pemandu dan kita di Pakatan Rakyat," tambah Azan.

Berbeza dalam perbelanjaan RM19 bilion dalam program 100 hari Pakatan Rakyat di mana RM 11 bilion diperuntukkan untuk menutup kebocoran, ketidakcekapan dan sistem penyampaian kerajaan yang membengkak dari segi ketirisan akibat rasuah.

Beliau turut memberi contoh kes rasuah dalam syarikat konglomerat negara, Sime Darby yang kerugian akibat kebocoran akibat rasuah di mana saman yang dikeluarkan terhadap mereka yang terlibat tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Manakala di pihak Pakatan Rakyat pula Azan berkata teras perbelanjaan yang dikemukakan adalah menutup kebocoran dan secara automatik rasuah akan dapat dibanteras.

"Maka secara automatik, jentera kerajaan juga berbalik asal, akan jadi efisien dan tidak ada lagi rasuah dan sistem pentadbiran semakin pulih.

"Indeks persepsi rasuah terhadap negara dapat diperbaiki, kefahaman dan kepercayaan awam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis juga akan meningkat.

"Itulah kejayaan yang sebenar, kalau hanya biarkan perkara ini sampai bila pun tidak akan jadi elok," ujar beliau.


Sumber: TVSNEWS

Nik Aziz Tuntut Janji PRK BN Di Kelantan

Posted: 12 Jan 2011 12:15 AM PST


KUALA LUMPUR 12 JAN: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penjelasan berhubung projek sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas yang dijanjikan ketika pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005.

Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, janji berkenaan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang pada waktu itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sambil mengingatkan janji ini masih diingati oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir.

Selain itu, beliau turut menuntut janji projek jambatan yang menuju ke Manek Urai Lama yang dijanjikan pada tahun 2009 sewaktu pilihanraya kecil Manek Urai. "Khabarnya papan tandanya hanya didirikan sewatku pilihanraya kecil Galas yang lepas. Jangan pula papan tandanya rebah ke bumi sebelum sebutir batupun tiba!

"Apa pula perkembangan projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur di Galas, Gua Musang baru-baru ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri? Jika BN tewas di Manek Urai menjadi alasan janji tidak dilaksanakan,apa pula alasan BN di Galas?," soal beliau.

Tegasnya lagi, tiga soalan itu sudah cukup untuk pimpinan Umno-BN khususnya di Kelantan mentelaah jawapannya sebelum bertanyakan soalan-soalan mengenai pembangunan yang lain dijanjikan pemimpin Umno-Barisan Nasional.

"Apapun, saya yakin inilah janji yang akan terus ditabur oleh Umno di dalam menarik sokongan rakyat.

"Apa lagi yang ada pada Umno jika tidak janji seperti ini? Mereka akan terus berjanji, manakala rakyat pula terus dibebani dengan kenaikan harga barang ekoran ketiadaan amanah di dalam mengurus harta rakyat," ujar Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Minggu lalu dalam satu kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Seri Mustapa Mohamed mendakwa projek tebatan banjir di Kelantan tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana membabitkan kos RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bajet 2011 yang lalu mengumumkan pembinaan Menara Warisan bernilai RM5 bilion yang mendapat pertikaian pelbagai pihak.


Sumber: TVSNEWS

MB Terharu Terima Sokongan Padu Rakyat

Posted: 12 Jan 2011 12:10 AM PST


SHAH ALAM 12 JAN: Kira-kira 400 orang berarak dari Dataran Shah Alam ke pejabat Kerajaan Negeri Selangor di sini bagi menyerahkan memorandum sebagai tanda sokongan rakyat kepada pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Selain itu rakyat turut menyokong usaha kerajaan Selangor mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar.

Perarakan tersebut bersamaan dengan Program Pelancaran Himpunan Rakyat Selangor bersama Kelab Penyokong Menteri Besar (MBSC) dengan usaha untuk mengumpul sejuta tandatangan rakyat Selangor menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dikepalai Pengarah Komunikasi Selangor Dr Badrul Amin Bahrom menyerahkan tandatangan sokongan kepada Tan Sri Khalid.

Pelbagai ragam dilihat dalam perhimpunan berkenaan ada yang membawa bendera Selangor, Jalur Gemilang dan poster menyokong Sultan dan Tan Sri Khalid Ibrahim sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup PR (Pakatan Rakyat).

Kumpulan itu, sebahagian memakai baju MBSC dan Skuad Komunikasi Selangor.

Dalam ucapan ringkasnya, menteri besar berkata berjanji akan terus menunaikan tanggungjawab untuk berlaku amanah, bersih dan cermat mentadbir negeri.

"Saya amat terharu atas sokongan ini," katanya.

Manakala Badrul Amin pula mencabar parti lawan Umno supaya menerima cadangan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan jawatan tertinggi negeri, termasuk setiausaha kerajaan (SUK).

"Kuasa ini telah dirampas oleh Umno pada tahun 1993," katanya disambut sorakan daripada peserta.

Majlis itu bersurai setelah Hasan membacakan doa untuk kesejahteraan kerajaan Selangor bawah Pakatan.

Turut hadir exco Selangor Hasan Ali, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Iskandar Samad, Ean Yong Hian Wah dan beberapa wakil rakyat Pakatan, antaranya Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Abdullah Sani (PKR-Kuala Langat), Gan Pei Nei (PKR-Rawang).


Sumber: TVSNEWS

Ugut Kakitangan FELDA: ANAK Desak Isa Tarik Balik

Posted: 12 Jan 2011 12:05 AM PST


KUALA LUMPUR, 12 Jan: Pengerusi baru FELDA, Tan Sri Isa Samad digesa menarik balik ugutan terhadap kakitangan agensi tersebut.

Perkara ini dinyatakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang berkata, sekiranya Isa enggan berbuat demikian, pihaknya akan menimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap Isa.

"Saya minta Tan Sri Isa Samad menarik balik kenyataan beliau dan jika tidak, kita akan buat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana secara jelas beliau menggunakan kuasa sebagai pengerusi Felda untuk mengugut kakitangan Felda," kata beliau lapor Harakahdaily.

Isa dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan FELDA yang didapati menyokong Pakatan Rakyat dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat itu di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, dekat sini Ahad lalu.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS juga berkata, tindakan Isa itu membuktikan bahawa beliau memang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meraih sokongan kakitangan FELDA yang dilihat semakin cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Saya yakin Isa Samad dihantar oleh Najib Razak untuk menyampaikan maksud agenda politik BN kepada masyarakat khususnya warga FELDA supaya mereka mengekalkan sokongan kepada BN.

"Ini suatu usaha terdesak BN kerana mereka dapat rasakan suasana hari ini sukar untuk BN dapatkan sokongan FELDA," katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai tindakan bodoh Isa, Mazlan mengingatkan kakitangan FELDA agar tidak takut dengan ugutan itu.

"Ini tindakan bodoh beliau sebagai pengerusi FELDA. Beliau tak perlu nak beri amaran atau dan ajar kakitangan macam bapa nak marah anak.

"Saya ingin tegaskan kepada kakitangan FELDA, mereka jangan bimbang dan takut untuk berikan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana ia adalah hak individu.

"Setiap rakyat berkuasa menyokong mana-mana parti politik cuma tinggal lagi bagaimana nak menyesuaikan diri dengan amalan demokrasi iaitu tak boleh campur aduk kerjaya dengan politik," katanya.

Tambahnya, tindakan Isa itu juga akan menjejaskan prestasi kakitangan FELDA yang seharusnya tidak dilibatkan dalam agenda politik BN.

"Daripada awal saya tidak bersetuju orang politik pegang jawatan sebagai pengerusi FELDA sebab ia akan jejaskan hubungan baik antara pengerusi dengan kakitangan.

"Apabila beliau memberikan ugutan begini ia akan menjejaskan prestasi, beri kesan kepada perasaan dan keyakinan kakitangan terhadap profesion mereka.

"Saya yakin 23 ribu kakitangan FELDA, sebahagian besar daripada mereka bersikap profesional dan mempunyai etika. Mereka fokus kepada kerja mereka tapi saya sedih kerana mereka menjadi mangsa orang-orang politik yang terdesak," katanya.


Sumber: TVSNEWS

PKR Nafi Shuhaimi Letak Jawatan

Posted: 12 Jan 2011 12:00 AM PST


SHAH ALAM 12 JAN: PKR menafikan dakwaan bahawa ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafiei akan meletakkan jawatan atau melompat parti.

Naib Ketua PKR Kota Raja Kamarudzaman Sanusi berkata, SMS yang disebarkan pagi ini berhubung perkara itu adalah "palsu dan berniat jahat".

"Saya hendak sebut dengan jelas, SMS itu palsu, berniat jahat dan dilakukan musuh politik yang tertentu dan berkepentingan," katanya dalam sidang media di pejabat Shuhaimi di Kota Kemuning, Shah Alam.

Sebelum ini, ura-ura bahawa Shuhaimi akan melompat parti atau meninggalkan PKR bertiup kencang. Panggilan telefon serta sms yang dihantar juga tidak berjawap menguatkan lagi khabar angin itu.

Bukan itu saja, perkara itu mustahil dan "apa yang dikejar itu tak betul".

Shuhaimi bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media itu.

Menurut Kamarudzaman, Shuhaimi tidak hadir menafikan sendiri kerana sedang menghadiri sebuah mesyuarat pagi ini.

Sehubungan itu, Kamarudzaman berkata, pihaknya menimbang membuat laporan polis berhubung penyebaran itu hari ini.

"Kita pertimbangkan buat laporan. Kesian pada wartawanlah, penat bekerja," katanya.

Ditanya sama ada beliau menuduh Umno di belakang desas-desus itu, beliau hanya menjawab: "Terlalu banyak musuh di luar."

Diminta menjelaskan kenapa Shuhaimi tidak tampil menafikan sendiri khabar angin itu, Kamarudzaman berkata itu pihaknya bersangka baik ADUN muda itu mempunyai jadual yang ketat.-Malaysiakini

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Posted: 11 Jan 2011 11:35 PM PST

Dari Anak Sungai Derhaka
Kebelakangan ini kita melihat beberapa orang MP Bebas yang dulunya bersama PKR begitu galak menyerang PKR, tindakan mereka itu kelihatan seperti tindakan orang yang sedang lemas di dalam air yang akan berpaut pada apa saja yang terapung dan melintas dihadapan mereka untuk terus hidup.. biarpun yang dipaut itu adalah tahi sekalipun.

Ini adalah jawapan balas dari Dr.Samarudin Rejab,Timbalan Ketua Cabang PKR Segambut untuk Zulkifli Nordin dalam isu sapina Karpal sebagai saksi kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim..

Zul Nordin:Jangan Memalukan Profesion Peguam Dengan Kedangkalan Tuan!

Oleh Samarudin Md Rejab
10 Januari 2011

Shakespeare pernah menyatakan bahawa "the World's is a stage and we are all the Actors" (Dunia ini adalah sebuah pentas dan kita semua adalah Pelakonnya).

Tetapi di sekitar 'pentas' dunia perundangan Mahkamah Tinggi di Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bermula dari awal 2010 hingga kini, kita hanya merupakan Pemerhati yang menyaksikan pementasan "Kes Konspirasi Politik Najib terhadap Anwar Ibrahim". Kita bukan Pelakon-Pelakon nya.

"Kes Konspirasi Politik Najib" melibatkan Pelakon-pelakon yang telah diterima sebagai sah, bertauliah, dan berwibawa-pihak Pendakwaan, pihak Pembelaan,pihak Mahkamah Tinggi, Pengadu Saiful Bokhari Azlan, dan beberapa Saksi-saksi pihak Pendakwaan dan kelak Saksi-saksi dari pihak Pembelaan.

Baru-baru ini ada di antara kita sebagai Pemerhati telah dengan lantang dan tegas meminta supaya Pelakon pihak Pembelaan yang utama iaitu Encik Karpal Singh disapena sebagai saksi kerana beliau mempunyai bukti kukuh pada tahun 1997 mengenai "Kes Konspirasi Politik Mahathir terhadap Anwar Ibrahim" . Ini beerti lakonan Karpal Singh sebagai Peguambela ditukar kepada lakonan baru sebagai Saksi didalam "Kes Konspirasi Politik Najib Terhadap Anwar Ibrahim".

Mengikut Ahli2 Parlimen Wee Kok Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohd. Hashim (Bayan Baru), dan Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Karpal Singh pernah memberi komen bersabit dengan tuduhan Pegadu Azizan Abu Bakar terhadap Anwar Ibrahim didalam 'Kes Konspirasi Politik Mahathir" pada tahun 1997. Pada tahun berikutnya gelombang dan pergerakan Reformasi mula merebak di Indonesia dan Malaysia.

Pada bulan September, Dato Seri Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri telah mengambil tindakan memecat Timbalannya , Dato Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat dan seterusnya mengenakan beberapa pertuduhan salahguna kuasa dan liwat. Dato Seri Anwar Ibrahim telah di hukum penjara selama enam tahun diatas penyalahan guna kuasa. Untuk pertuduhan liwat, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 2 .September,2004 bahawa beliau ( Anwar Ibrahim) tidak bersalah.

Persoalannya sekarang ialah 'Adakah alasan atau cadangan untuk sapena Karpal sebagai Saksi didalam "kes Konspirasi Politik Najib" itu kukuh dan munasabah?" atau "Cuma merupakan publisiti murahan atau hanya menyalahgunakan proses Mahkamah?"

Pertamaya, ia melibatkan dua kes yang berasingan iaitu " Kes Konspirasi Politik Mahathir" pada tahun 1998 (Public Prosecutor v Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, High Court, FT Criminal Trial Nos 45-48-98;45-51-98) yang melibatkan antara lain Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali, dan "Kes Konspirasi Politik Najib" pada tahun 2010 yang melibatkan Pegadu Saiful Bokhari Azlan. Untuk "Kes Konspirasi Politik Mahathir", Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pada 1998 inter alia bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan meliwat pengadu Azizan Abu Bakar.Semasa perbicaraan pertama di Mahkamah Tinggi ,sepuluh (10) Saksi Utama telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan dan duabelas(12) Saksi utama oleh pihak pembelaan. Pihak Pendakwaan tidak menyenaraikan Karpal Singh sebagai Saksi walaupun dua Saksi utama Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berjumpa dengan beliau pada 1997. Kenyataan beliau didalam Parlimen terkandung didalam Hansard bertarikh 22.Oktober,1997.

Perbicaraan "Kes Konspirasi Politik Najib" masih berjalan dan kini ditahap keterangan oleh Saksi-Saksi dari pihak Pendakwaan . Sekiranya didalam "Kes Konspirasi Politik Mahathir" pada tahun 1998, Karpal tidak disinaraikan sebagai Saksi langsung,"bagaimana pula Karpal akan disapenakan sebagai Saksi untuk Kes Konspirasi Politik Najib?" Ini tidak masuk akal.

Kedua, peruntukan prosedur jenayah dan juga preseden-preseden yang ada menunjukkan bahawa Saksi-Saksi dipanggil dikhususkan untk kes-kes yang berasingan dan berkenaan sahaja. Sebagai contoh, sinarai Saksi untuk kes kecurian ayam berbeza sinarai Saksi untuk kecurian itek. Saksi untuk kecurian ayam tidak akan di panggil atau disapina untuk perbicaraan kecurian itek melainkan Saksi yang berkenaan mempunyai maklumat atau keterangan yang material berkenaan kecurian itek . Dalam konteks ini Karpal tidak perlu disapena untuk menjadi Saksi "Kes Konspirasi Politik Najib" sebab Pengadu Saiful Bokhari Azlan tidak pernah berjumpa beliau dan member keterangan atau maklumat bersabit dengan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim sebagaimana yang dilakukan oleh Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali.

Ketiga, pada hemat saya Karpal merupakan seorang Peguamcara dan Peguambela yang berwibawa dan mempunyai reputasi yang amat baik. Perlantikannya sebagai Peguambela kepada Anwar Ibrahim tidak langsung melanggar apa-apa peruntukan Peraturan (Amalan dan Etika ) Profesion Guaman 1978. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen yang "Senior". Beliau nescaya arif bahawa apa-apa kenyataan atau keterangan yang dibuat didalam Parlimen dan didapati didalam Hansard tertakluk pada "Parliamentary Immunity". Dalam konteks ini, sekiranya permohonan sapina dibuat ia hanya menimbulkan konflik perundangan ( conflict of laws).

Oleh itu pementasan "Kes Konspirasi Politik Najib" akan diteruskan juga. Temanya sama, aliran ceritanya sama,dan latarbelakangnya pun sama. Hanya Pelakon-Pelakon utamanya telah berubah- Yang Arif Augustine S Paul kepada YA Dato Mohamad Zainal, AG Tan Sri Mokhtar Abdullah kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Aris Rizal Christopher Fernando, dll. kepada Peguam Karpal Singh ,dll…

Dr.Samarudin Rejab
Peguam

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Para Peneroka Felda N.Sembilan tuntut hak tebang pokok

Posted: 12 Jan 2011 12:34 AM PST


Alihbahasa oleh http://amkns.blogspot.com/ dari FreeMalaysiaToday
Zefry Dahalan
January 12, 2011

Mereka mendakwa pihak pengurusan bertindak seolah-olah pokok getah yang ditanam oleh peneroka adalah milik pengurusan.

SEREMBAN : Tiga puluh dua orang peneroka Felda telah ke mahkamah untuk menuntut hak mereka terhadap pokok getah yang mereka tanam 20 tahun yang lalu.

Para peneroka dari Felda Palong 9, semalam memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Seremban untuk mencabar sebuah syarikat persendirian yang menghalang para peneroka dari menebang pokok getah yang tidak lagi produktif.

Dalam datu pendakwaan yang difailkan bulan lepas, pemilik syarikat tersebut berkata bahawa pihak pengurusan Felda telah memberi hak kepada syarikat tersebut untuk menebang pokok dan mengambil kayu getah tersebut pada harga yang telah dipersetujui. Syarikat tersebut telah mendapatkan injunksi dari mahkamah untuk menghalang peneroka menebang sendiri pokok getah atau peneroka melantik kontraktor mereka sendiri untuk tugasan tersebut.

Kesemuanya, keluasan pokok getah tersebut meliputi lebih kurang 10 ekar.

Ketua Pemuda PKR Negeri Sembilan, Rebin Bihram, yang mengiringi para peneroka ke mahkamah, telah bertegang urat dengan pengurusan Felda.

Menurutnya "secara terang hukum asas telah dilanggar" dengan menganggap pihak pengurusan memiliki pokok getah tersebut.

"Felda hanya menguruskan lot-lot getah, akan tetapi pemilik yang berhak terhadap lot tersebut ialah para peneroka," katanya lagi, pihak pengurusan sepatutnya berbincang dengan para peneroka sebelum melantik kontraktor.

Menurut para peneroka syarikat lain telah menawarkan harga yang lebih baik untuk pokok tersebut dari harga yang persetujui antara Felda dan peneroka.

"Pihak Felda dan kontraktor menawarkan RM33,000 untuk 10 ekar, sedangkan kontraktor yang kami hubungi sanggup membayar RM46,000," kata seorang peneroka, Hamsaton Mohamad, 55.

"Ada sesuatu yang tidak kena di sini"

Pokok getah akan mencapai tahap matang sepenuhnya pada usia 20 ke 25 tahun.

Selepas itu ianya adalah tidak ekonomi untuk ditoreh. Inilah masanya pekebun akan menebang pokok getah untuk tanam semula.

Para peneroka telah diwakili oleh P Rajasundram dan T Kumar.

*****************************
Felda settlers demand right to timber
Zefry Dahalan
January 12, 2011

They accuse the management of behaving as if it owns the rubber trees that they planted and nurtured.

SEREMBAN: Thirty-two Felda settlers have gone to court to assert their right to the rubber trees that they planted more than 20 years ago.

The settlers, from Felda Palong 9, yesterday filed an affidavit at the Seremban High Court to challenge a private company's move to stop them from cutting the trees, which are no longer productive.

In a suit filed last month, the company's owner said the Felda management had given him the right to cut the trees and take the timber for an agreed price. He sought an injunction from the court to prevent the settlers from cutting the trees themselves or appointing their own contractors to do it for them.

Altogether, the trees occupy about 10 acres.

PKR's youth chief for Negeri Sembilan, Rebin Birham, who accompanied the settlers to the court, had harsh words against the Felda management.

He said it had "clearly breached common law" by behaving as if it owned the trees.

"Felda only manages the rubber lots, but the rightful owners of the lots are the settlers," he said, adding that the management should have consulted the settlers before appointing the contractor.

The settlers said another company was offering a better price for the trees than the amount agreed between Felda and its contractor.

"Felda and its contractor are offering only RM33, 000 for the 10 acres, but the contractor we contacted is willing to pay RM46, 000," said settler Hamsaton Mohamad, 55.

"Something is wrong somewhere."

A rubber tree reaches its maximum maturity level after 20 to 25 years.

After that, it is no longer economical to tap it. That is when planters cut the trees for timber and re-seed the land.

The settlers were represented by P Rajasundram and T Kumar.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/12/felda-settlers-demand-right-to-timber/

Surau di Melaka sering dinaiki air

Posted: 11 Jan 2011 07:22 PM PST

Sinar Harian 12 Jan 2011

ALOR GAJAH - Penduduk Kampung Paya Datuk kini berdepan kesukaran apabila surau berhampiran kerap dinaiki air akibat banjir.

Sinar Harian difahamkan, masalah itu berlaku berikutan operasi membangunkan Hospital Alor Gajah yang baru hingga menyebabkan berlaku masalah pada aliran air terutama ketika hujan.

Berikutan projek pembangunan hospital terbabit, kawasan berhampiran digunakan pihak berkaitan bagi menambak tanah sehingga menyekat laluan air yang sepatutnya mengalir ke arah kawasan Aye Pa'abas dan menambah lagi pengaliran hujan ke kawasan Paya Datuk.
Setiausaha Surau Paya Datuk Hilir, Bakri Samdin berkata, banjir yang sering memasuki surau berkenaan sudah berlarutan sejak 12 tahun lalu dan menimbulkan masalah kepada penduduk di sini, untuk menyelamatkan semua peralatan surau daripada rosak.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) membesarkan jalan dengan membuat longkang besar tetapi di kawasan berdekatan dengan surau ini langsung tiada sebarang saliran untuk air mengalir dengan baik sehingga menyebabkan berlaku banjir.

"Saya sudah banyak kali membuat aduan kepada JKR dan pihak hospital agar dapat membaiki saliran air ini tetapi mereka melakukannya separuh jalan," katanya.

Menurutnya, pihak surau mengalami kerugian hampir RM6,000 membabitkan al-Quran, sejadah dan sistem audio akibat banjir yang sering berlaku.

"Imej surau ini perlu dijaga dan jawatankuasa surau pernah menerima peruntukan bagi menaik taraf surau yang dahulu tetapi sayangnya keadaan tetap sama.

"Dalam masa sebulan, hampir empat hingga lima kali kami terpaksa membersihkan dan membasuh surau ini," katanya.

Justeru, Bakri berharap, pihak berkenaan mengambil langkah drastik menangani masalah banjir supaya tidak berlarutan dan menambahkan lagi kerosakan yang ada di surau berkenaan.

"Buat sistem pembetungan dan saliran air yang bersesuaian dengan struktur tanah di kawasan ini supaya kawasan surau ini tidak terus tenggelam setiap kali hujan lebat," katanya.

Penduduk, Aziz Jahari yang menternak lembu di kawasan berdekatan turut berdepan masalah disebabkan kandang yang menempatkan lembu miliknya akan dinaiki air dan perlu dialihkan dengan segera setiap kali hujan lebat.

"Saya perlu meminta pertolongan rakan untuk menarik lembu ke kawasan yang lebih tinggi.

"Pernah sebelum ini ibu lembu yang dipelihara mati disebabkan tidak melepasi tempat saliran yang sudah dinaiki air," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8607227.asp

Peluru untuk Pakatan Rakyat di Melaka, guna sebaiknya

Posted: 11 Jan 2011 05:55 PM PST

Artikel terkini 11 Januari 2011 mengenai projek RM239.6 juta landasan keretapi di Melaka, sedangkan projek monorail RM16 juta di Melaka yang telah siap tidak dapat berfungsi kerana banyak masalah. Pakatan Rakyat di Melaka , khususnya pemimpin PAS, PKR dan DAP di Melaka harus faham isu ini dan beri penerangan kepada rakyat Melaka kenapa projek ini merupakan satu lagi pembaziran, sedangkan banyak kemudahan awam lain perlu di pertingkatkan di Melaka, seperti laluan pejalan kaki, laluan bas dan sebagainya.

Again, Melaka gov't railroads its way to nowhere
Posted on January 11, 2011 by transitmy http://transitmy.org

TRANSIT is not too surprised to hear the latest news on the award of 40km tramway project to SAAG Consolidated. The local oil and gas player, which we doubt has any experience in transit projects (let alone trams), has its share price almost doubled in a week preceding the bid award.

The Melaka monorail, which remains nonoperational till this day, seems to have attracted attentions not only from humans, but one particularly look-a-like creature as well. (TRANSIT's photo taken in December 2010)

TRANSIT Says: After RM16 million of taxpayers' money wasted on a monorail system that went kaput during its launch and slept straight into comma (till this very day), the state government chooses to splurge 15 times more money to build a transit system without any public transport masterplan, without transit – land use integration planning, and most importantly, without any public consultation.

SAAG secures RM239.5m rail project in Melaka

KUALA LUMPUR: SAAG Consolidated (M) Bhd's subsidiary has secured a US$78 million (RM239.54 million) contract from Mrails Tram (Melaka) Sdn Bhd to design and build 40 km of tramway in Melaka.

SAAG said on Monday, Jan 10 its overseas subsidiary OGS Asiapac Ltd had secured the design, engineering, procurement, construction and commissioning (EPCC) contract on Dec 23 last year.

Mrails Tram is incorporated in Malaysia and it had signed a principal agreement with the Chief Minister of Malacca (Incorporation) on March 3 last year for a 25 year concession with the Malacca government to provide 40 km of tramway in the state capital to enhance the public transport facilities.

We wonder what kind of a tram system that can be built with a mere RM6 million per km? Even the 'bare-bone' TransJakarta BRT system with 8,000 pax/direction/hour capacity was built at around RM4 million per km, and the world-renown metro-like Transmillenio BRT system with more than 50,000 pax/direction/hour capacity at RM20 million per km. Like we've said before, this tramway project announcement is a complete sham.

We know tram systems with moving block signaling and right of ways can achieve maximum capacity of 25,000 pax/direction/hour, but they costs more than RM100 million per km. Even the cheapest mode of Light Rail Transit (tram with at grade tracks and operating on shared infrastructure with cars) costs more than RM50 million per km.

Why the government refuses to secure enough public transport funds to establish an organizing authority, say the Melaka Public Tranport Authority, and award contracts to existing and external operators to operate based on a fair, transparent and accountable set of criteria and incentives.

Rather than taking ownership of what is within the state's hands to improve public transport, the government yet chose to repeat the same mistake it has done with the monorail (and give concession to companies with no track record, and risk jeopardizing the public's interests in the long run in return for quick and short run profits to private entities), and railroads its way to nowhere.

If the Melaka government really wants to boost up transit share in the city, it should have first focused on existing (lack of) support systems, such as safe walkway for pedestrians (such as portrayed above) and priority lanes for buses. (TRANSIT)

http://transitmy.org/2011/01/11/again-melaka-govt-railroads-its-way-to-nowhere/

Chegubard lancar dana pembinaan Hospital Rembau?

Posted: 11 Jan 2011 04:33 PM PST

Geram dengan janji yang tidak ditunai oleh Umno BN untuk membina Hospital di Rembau pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, akhirnya Chegubard melawat batu asas yang diletakkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Seri Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pada 11 Januari 2011.

Saksikan sendiri batu asas yang tinggal batu sahaja, hospital entah ke mana, pada tahun 2008 dan batu asas yang sama bersama Chegubard pada tahun 2011 di bawah ini :


Berita penuh Chegubard di batu asas Hospital Rembau di http://solidaritianakmuda.blogspot.com/2011/01/penganiayaan-rakyat-rembau-oleh.html



Berita penuh Umno BN letakkan batu asas Hospital Rembau di http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Road To Putrajaya: Ayuhi kita mulakan !!!!

Posted: 12 Jan 2011 08:20 AM PST

Kerajaan yang utuh kerajaan bijak pilihan rakyat, kerajaan yang dapat membela rakyat, kerajaan yang sentiasa menjadikan rakyat juara.

Maka kerajaan itulah , sudah berkali-kali menaikkan harga minyak.Dan kerajaan itu lah juga yang tidak pernah sekalipun menurunkan harga bahan bakar utama ini.

Denyut nadi rakyat, setahun ke setahun mahu mengimpikan kehidupan lebih baik, seperti mahfum hadis hari ini lebih baik daripada semalamnya.

Jeritan rakyat, keluhan rakyat, jerih payah mereka tidak ternilai dan dinilai kerajaan dalam membuat apa sahaja keputusan.

Rakyat yang didahulukan, maka rakyat juga yang dipaksa dan dimangsakan bagi menanggung semua perkara, hapus dan tarik pemberian subsidi, rakyat perlu membayar terhadap apa sahaja keputusan kerajaan. Umno Bn masih tidak sedar dan mereka memang tidak mahu sedar, kekuasaan mereka bakal berakhir dalam masa terdekat.

Meragam dan merosakkan semua disiplin sendi kehidupan yang mereka sendiri cipta dan atur. Kuasa eksekutif mencabuli kuasa legaslatif dan judisari adalah lumrah dan sudah menjadi perkara biasa. Umno Bn terlalu amat berbangga.

Mereka membawa agenda keramat mereka, iaitu biarlah parti menguasai kerajaan. Dan perkara ini direalisasikan bahawa Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno, kini diterima pakai dalam versi pemahaman rakyat dan pimpinan Umno.

Slogan kebanggaan inilah yang menjadi percaturan mereka dalam semua perkara. dan diperelokkan dengan slogan palsu demi slogan palsu yang nyata muluk struktur ayat tetapi busuk dan bernanah jijik isi dan pengamalannya.

Kenaikan harga barang 'kini' buka setakat gila babi, tetapi melampau daripada babi yang gila itu. saksikan dan selidiki serta soroti pandangan pakar berkenaan permasalahan ini, ada atau tidak ada jalan keluar serta cara penyelesaian terbaiknya.

Keluhan terlalu banyak, menyakitkan tidak ada makna apa-apa kepada mereka. Cuma satu tunjukkan jalan keluar, nyahkan mereka daripada persada kekuasaan. Takluki Putrajaya, ayuhi kita mulai kini.....

Sumber: http://perantaukite.blogspot.com/

UMNO/BN AKAN KALAH TERUK DALAM PRU KE13 JIKA NAJIB BERDEBAT DENGAN ANWAR

Posted: 12 Jan 2011 08:11 AM PST

Perdana Menteri Dato Seri Najib dalam ucapan perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri menyifatkan Janji 100 hari Pakatan Rakyat sebagai tindakan populis. Najib berkata, negara akan bangkrap jika janji Pakatan Rakyat dilaksanakan.

Bagi menunaikan Janji 100 Pakatan Rakyat, RM 19 bilion diperlukan. Jumlah yang kelihatan agak besar tetapi bukan sukar untuk diperolehi. Tak perlu pakar ekonomi untuk terangkan....PKZ tak berlaku penyelewengan, pembelian kapal selam dan peralatan ketenteraan lain tidak diberi kepada kroni serta melibatkan komisyen, projek pembangunan melibatkan kewangan kerajaan dilaksanakan secara adil dan telus, pembaziran dapat dielakkan ( lawatan 'rasmi' Rosmah ke Timur Tengah sebagai contoh ??), perkhidmatan kepada syarikat Yahudi Apco Worlwide RM 77 juta setahun dimansuhkan, kos baiki rumah PM RM 66 juta dibatalkan....paling ketara projek Menara 100 tingkat ditolak tepi...RM 19 bilion senang-senang boleh diperolehi.

Apabila Dato Seri Anwar Ibrahim mengajak Najib berdebat dalam isu ekonomi, seperti dijangka Najib mengelak dengan 1001 alasan. Mengapa dan kenapa? Penyelewengan dan pembohongan Umno BN di bawah Najib akan terdedah. Rakyat akan dapat membuat penilaian dan pertimbangan. Kebenaran bakal terbukti dan segala penipuan akan didedahkan satu persatu. Selepas itu, hanya mereka yang tidak normal dan rasional sahaja yang akan terus menyokong Umno/BN.

Saya cukup optimis Umno/BN bakal tersungkur dengan kekalahan yang lebih besar dalam PRU ke 13 jika debat Najib- Anwar menjadi kenyataan. Mana mungkin Najib berani dan mengambil langkah seperti membunuh diri sendiri!

Bagi mengelakan keaiban dan menjaga maruah Najib maka pengampu-pengampu yang cuba mendapat perhatian Najib menawarkan diri untuk 'menggantikan' Najib dengan mencabar DSAI berdebat iaitu Khairy Jamaludin dan Dato Seri Nazri Aziz. Bagi saya Khairy dan Nazri bukan standard dan lawan Anwar. Penentu dasar dan pembuat keputusan besar dalam kerajaan ialah Najib bukan Khairy dan bukan juga Nazri. Maka Khairy dan Nazri duduk diam-diam tak usah sibuk-sibuk!

Sumber: http://angkasanuri.blogspot.com/

Kedah, Pulau Pinang, Selangor Dan Kelantan Di Perintah Oleh Kerajaan Yang Sah......

Posted: 12 Jan 2011 02:12 AM PST

Penulis terpanggil untuk memperbetulkan satu tanggapan atau pemikiran yang salah dan songsang bahawa negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (termasuk Perak dari Mac 2008 hingga ?) di perintah oleh parti pembangkang.

Ini adalah tahyul dan mainan media massa boneka Umno/BN yang telah memperbodohkan pemikiran rakyat sekian lama.

Di peringkat pusat bolehlah diterima. Tetapi barangkali sudah tidak berapa lama lagi akan bertukar. Yang akan menjadi pembangkang ialah Umno/BN dan yang menjadi kerajaan Pusat ialah Pakatan Rakyat. InsyaAllah!

Rakyat perlu dijernihkan kembali pemikiran mereka bahawa negeri-negeri tersebut adalah di bawah pemerintahan kerajaan negeri yang sah yang telah dipilih oleh rakyat melalui PRU.

Penulis sangat kesal kerana media telah berjaya memperbodohkan rakyat sehingga ada segelintir pengulas dan penganalisis politik bertaraf profesor di universiti pun masih melebelkan negeri-negeri tersebut adalah di bawah pentadbiran pembangkang. Inikah yang dicop sebagai profesor kangkong yang terdapat di dalam negara kita?

Inilah yang membimbangkan penulis. Jika profesor pun boleh diputar otaknya oleh media-media nyamuk itu, apalagi rakyat marhaen yang tinggal di Cherok Tok Kun yang Utusan Malaysia menjadi kitab paling sahih di dunia!

Di negeri-negeri tersebut, yang menjadi kerajaannya ialah Pakatan Rakyat dan yang menjadi pembangkang sebenarnya adalah Umno/BN. Saya percaya rakyat seperti di Abi Batas Paip telah keliru kerana otak mereka telah dikuningkan (dibirukan?) oleh media haprak Umno. Persepsi songsang ini pada penulis amat penting diperbetulkan segera kerana isitilah 'pembangkang' mengundang banyak tafsiran negatif.

Ternyata Umno gagal untuk menerima hakikat bahawa mereka menjadi pembangkang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sejak 8 Mac 2008 dan di Kelantan sejak 1990. Kecenderungan media upahan Umno memanipulasi secara halus istilah pembangkang ini amat merbahaya.

Dengan istilah ini pada pengamatan penulis, Umno berjaya membawa rakyat untuk bersamanya bagi menumpaskan pembangkang seperti mana yang telah meraka berjaya lakukan di Perak.

Kini mereka terus lakukan seperti mana yang berlaku di Selangor sekarang, bagaimana layanan mereka yang menguasai kerajaan pusat terhadap negeri yang pemerintahnya di pilih oleh rakyat.

Ternyata Umno telah sekian lama melanggar amalan demokrasi. Mereka seolah-olah tidak mengiktiraf kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut. Buktinya, pelbagai tekanan telah dilakukan dari segenap penjuru untuk melemahkan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Umno perlu sedar bahawa yang akan pergi ke Putrajaya menggantikannya nanti adalah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

Ketika itu Pakatan Rakyat bukan pembangkang lagi, sebaliknya Umno/BN lah yang akan disebut pembangkang oleh rakyat, itupun jika hayatnya masih ada!

Justeru, tekad Umno untuk mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun amat membimbangkan rakyat kerana ternyata ia adalah satu signal untuk cetusan suasana yang tegang dan tidak harmoni di dalam negara.

Hakikatnya Umnolah yang layak di gelar pembangkang biar sekarang pun. Umno bukan sahaja membangkang keputusan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut, bahkan membangkang sistem beraja yang kita amalkan ketika mana mereka menghadkan imuniti Raja dahulu. Usahlah berlakon seolah-olah mereka konsisten mempertahankan Raja di dalam polimik perlantikan SUK Selangor kerana rakyat sudah tahu.

Bukan itu sahaja, malah Umno juga membangkang sesama mereka seperti mana berlaku di Perlis sekarang, dimana bekas MB sedang mengamuk kerana masih tak diberi kuasa terhadap puaknya.

Sumber: http://maemahi.blogspot.com/

Sumber: http://www.detikdaily.net

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Ubah Sekarang Atau Ubah Gaya Hidup?

Posted: 11 Jan 2011 07:23 PM PST


          

          AMK Bukit Gantang merayu seluruh rakyat Malaysia terutama anak muda bangkit selamatkan Malaysia.Ubahlah Kerajaan sedia ada kepada kerajaan lebih adil pada PRU13 nanti.Bagi anak muda yang lahir pada tahun 1990 jikalau sudah cukup umur 21 tahun cepatlah daftar pemilih.Ubah Sebelum Parah,Lawan Tetap Lawan.Lawan sampai mati,bukan kita yang mati Umno yang mati.



YB Nurul Izzah Bakal Ke Bkt Gantang

Posted: 11 Jan 2011 07:03 PM PST


Ahli Parlimen Lembah Pantai Merangkap Naib Presiden PKR ini bakal datang ke Bkt Gantang.Berita Lanjut Bakal Menyusul.