Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Para Peneroka Felda N.Sembilan tuntut hak tebang pokok
- Surau di Melaka sering dinaiki air
- Peluru untuk Pakatan Rakyat di Melaka, guna sebaiknya
- Chegubard lancar dana pembinaan Hospital Rembau?
Para Peneroka Felda N.Sembilan tuntut hak tebang pokok Posted: 12 Jan 2011 12:34 AM PST Alihbahasa oleh http://amkns.blogspot.com/ dari FreeMalaysiaToday Zefry Dahalan January 12, 2011 Mereka mendakwa pihak pengurusan bertindak seolah-olah pokok getah yang ditanam oleh peneroka adalah milik pengurusan. SEREMBAN : Tiga puluh dua orang peneroka Felda telah ke mahkamah untuk menuntut hak mereka terhadap pokok getah yang mereka tanam 20 tahun yang lalu. Para peneroka dari Felda Palong 9, semalam memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Seremban untuk mencabar sebuah syarikat persendirian yang menghalang para peneroka dari menebang pokok getah yang tidak lagi produktif. Dalam datu pendakwaan yang difailkan bulan lepas, pemilik syarikat tersebut berkata bahawa pihak pengurusan Felda telah memberi hak kepada syarikat tersebut untuk menebang pokok dan mengambil kayu getah tersebut pada harga yang telah dipersetujui. Syarikat tersebut telah mendapatkan injunksi dari mahkamah untuk menghalang peneroka menebang sendiri pokok getah atau peneroka melantik kontraktor mereka sendiri untuk tugasan tersebut. Kesemuanya, keluasan pokok getah tersebut meliputi lebih kurang 10 ekar. Ketua Pemuda PKR Negeri Sembilan, Rebin Bihram, yang mengiringi para peneroka ke mahkamah, telah bertegang urat dengan pengurusan Felda. Menurutnya "secara terang hukum asas telah dilanggar" dengan menganggap pihak pengurusan memiliki pokok getah tersebut. "Felda hanya menguruskan lot-lot getah, akan tetapi pemilik yang berhak terhadap lot tersebut ialah para peneroka," katanya lagi, pihak pengurusan sepatutnya berbincang dengan para peneroka sebelum melantik kontraktor. Menurut para peneroka syarikat lain telah menawarkan harga yang lebih baik untuk pokok tersebut dari harga yang persetujui antara Felda dan peneroka. "Pihak Felda dan kontraktor menawarkan RM33,000 untuk 10 ekar, sedangkan kontraktor yang kami hubungi sanggup membayar RM46,000," kata seorang peneroka, Hamsaton Mohamad, 55. "Ada sesuatu yang tidak kena di sini" Pokok getah akan mencapai tahap matang sepenuhnya pada usia 20 ke 25 tahun. Selepas itu ianya adalah tidak ekonomi untuk ditoreh. Inilah masanya pekebun akan menebang pokok getah untuk tanam semula. Para peneroka telah diwakili oleh P Rajasundram dan T Kumar. ***************************** Felda settlers demand right to timber Zefry Dahalan January 12, 2011 They accuse the management of behaving as if it owns the rubber trees that they planted and nurtured. SEREMBAN: Thirty-two Felda settlers have gone to court to assert their right to the rubber trees that they planted more than 20 years ago. The settlers, from Felda Palong 9, yesterday filed an affidavit at the Seremban High Court to challenge a private company's move to stop them from cutting the trees, which are no longer productive. In a suit filed last month, the company's owner said the Felda management had given him the right to cut the trees and take the timber for an agreed price. He sought an injunction from the court to prevent the settlers from cutting the trees themselves or appointing their own contractors to do it for them. Altogether, the trees occupy about 10 acres. PKR's youth chief for Negeri Sembilan, Rebin Birham, who accompanied the settlers to the court, had harsh words against the Felda management. He said it had "clearly breached common law" by behaving as if it owned the trees. "Felda only manages the rubber lots, but the rightful owners of the lots are the settlers," he said, adding that the management should have consulted the settlers before appointing the contractor. The settlers said another company was offering a better price for the trees than the amount agreed between Felda and its contractor. "Felda and its contractor are offering only RM33, 000 for the 10 acres, but the contractor we contacted is willing to pay RM46, 000," said settler Hamsaton Mohamad, 55. "Something is wrong somewhere." A rubber tree reaches its maximum maturity level after 20 to 25 years. After that, it is no longer economical to tap it. That is when planters cut the trees for timber and re-seed the land. The settlers were represented by P Rajasundram and T Kumar. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/12/felda-settlers-demand-right-to-timber/ |
Surau di Melaka sering dinaiki air Posted: 11 Jan 2011 07:22 PM PST Sinar Harian 12 Jan 2011 ALOR GAJAH - Penduduk Kampung Paya Datuk kini berdepan kesukaran apabila surau berhampiran kerap dinaiki air akibat banjir. Sinar Harian difahamkan, masalah itu berlaku berikutan operasi membangunkan Hospital Alor Gajah yang baru hingga menyebabkan berlaku masalah pada aliran air terutama ketika hujan. Berikutan projek pembangunan hospital terbabit, kawasan berhampiran digunakan pihak berkaitan bagi menambak tanah sehingga menyekat laluan air yang sepatutnya mengalir ke arah kawasan Aye Pa'abas dan menambah lagi pengaliran hujan ke kawasan Paya Datuk. Setiausaha Surau Paya Datuk Hilir, Bakri Samdin berkata, banjir yang sering memasuki surau berkenaan sudah berlarutan sejak 12 tahun lalu dan menimbulkan masalah kepada penduduk di sini, untuk menyelamatkan semua peralatan surau daripada rosak. "Jabatan Kerja Raya (JKR) membesarkan jalan dengan membuat longkang besar tetapi di kawasan berdekatan dengan surau ini langsung tiada sebarang saliran untuk air mengalir dengan baik sehingga menyebabkan berlaku banjir. "Saya sudah banyak kali membuat aduan kepada JKR dan pihak hospital agar dapat membaiki saliran air ini tetapi mereka melakukannya separuh jalan," katanya. Menurutnya, pihak surau mengalami kerugian hampir RM6,000 membabitkan al-Quran, sejadah dan sistem audio akibat banjir yang sering berlaku. "Imej surau ini perlu dijaga dan jawatankuasa surau pernah menerima peruntukan bagi menaik taraf surau yang dahulu tetapi sayangnya keadaan tetap sama. "Dalam masa sebulan, hampir empat hingga lima kali kami terpaksa membersihkan dan membasuh surau ini," katanya. Justeru, Bakri berharap, pihak berkenaan mengambil langkah drastik menangani masalah banjir supaya tidak berlarutan dan menambahkan lagi kerosakan yang ada di surau berkenaan. "Buat sistem pembetungan dan saliran air yang bersesuaian dengan struktur tanah di kawasan ini supaya kawasan surau ini tidak terus tenggelam setiap kali hujan lebat," katanya. Penduduk, Aziz Jahari yang menternak lembu di kawasan berdekatan turut berdepan masalah disebabkan kandang yang menempatkan lembu miliknya akan dinaiki air dan perlu dialihkan dengan segera setiap kali hujan lebat. "Saya perlu meminta pertolongan rakan untuk menarik lembu ke kawasan yang lebih tinggi. "Pernah sebelum ini ibu lembu yang dipelihara mati disebabkan tidak melepasi tempat saliran yang sudah dinaiki air," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8607227.asp |
Peluru untuk Pakatan Rakyat di Melaka, guna sebaiknya Posted: 11 Jan 2011 05:55 PM PST Artikel terkini 11 Januari 2011 mengenai projek RM239.6 juta landasan keretapi di Melaka, sedangkan projek monorail RM16 juta di Melaka yang telah siap tidak dapat berfungsi kerana banyak masalah. Pakatan Rakyat di Melaka , khususnya pemimpin PAS, PKR dan DAP di Melaka harus faham isu ini dan beri penerangan kepada rakyat Melaka kenapa projek ini merupakan satu lagi pembaziran, sedangkan banyak kemudahan awam lain perlu di pertingkatkan di Melaka, seperti laluan pejalan kaki, laluan bas dan sebagainya. Again, Melaka gov't railroads its way to nowhere Posted on January 11, 2011 by transitmy http://transitmy.org TRANSIT is not too surprised to hear the latest news on the award of 40km tramway project to SAAG Consolidated. The local oil and gas player, which we doubt has any experience in transit projects (let alone trams), has its share price almost doubled in a week preceding the bid award. The Melaka monorail, which remains nonoperational till this day, seems to have attracted attentions not only from humans, but one particularly look-a-like creature as well. (TRANSIT's photo taken in December 2010) TRANSIT Says: After RM16 million of taxpayers' money wasted on a monorail system that went kaput during its launch and slept straight into comma (till this very day), the state government chooses to splurge 15 times more money to build a transit system without any public transport masterplan, without transit – land use integration planning, and most importantly, without any public consultation. SAAG secures RM239.5m rail project in Melaka KUALA LUMPUR: SAAG Consolidated (M) Bhd's subsidiary has secured a US$78 million (RM239.54 million) contract from Mrails Tram (Melaka) Sdn Bhd to design and build 40 km of tramway in Melaka. SAAG said on Monday, Jan 10 its overseas subsidiary OGS Asiapac Ltd had secured the design, engineering, procurement, construction and commissioning (EPCC) contract on Dec 23 last year. Mrails Tram is incorporated in Malaysia and it had signed a principal agreement with the Chief Minister of Malacca (Incorporation) on March 3 last year for a 25 year concession with the Malacca government to provide 40 km of tramway in the state capital to enhance the public transport facilities. We wonder what kind of a tram system that can be built with a mere RM6 million per km? Even the 'bare-bone' TransJakarta BRT system with 8,000 pax/direction/hour capacity was built at around RM4 million per km, and the world-renown metro-like Transmillenio BRT system with more than 50,000 pax/direction/hour capacity at RM20 million per km. Like we've said before, this tramway project announcement is a complete sham. We know tram systems with moving block signaling and right of ways can achieve maximum capacity of 25,000 pax/direction/hour, but they costs more than RM100 million per km. Even the cheapest mode of Light Rail Transit (tram with at grade tracks and operating on shared infrastructure with cars) costs more than RM50 million per km. Why the government refuses to secure enough public transport funds to establish an organizing authority, say the Melaka Public Tranport Authority, and award contracts to existing and external operators to operate based on a fair, transparent and accountable set of criteria and incentives. Rather than taking ownership of what is within the state's hands to improve public transport, the government yet chose to repeat the same mistake it has done with the monorail (and give concession to companies with no track record, and risk jeopardizing the public's interests in the long run in return for quick and short run profits to private entities), and railroads its way to nowhere. If the Melaka government really wants to boost up transit share in the city, it should have first focused on existing (lack of) support systems, such as safe walkway for pedestrians (such as portrayed above) and priority lanes for buses. (TRANSIT) http://transitmy.org/2011/01/11/again-melaka-govt-railroads-its-way-to-nowhere/ |
Chegubard lancar dana pembinaan Hospital Rembau? Posted: 11 Jan 2011 04:33 PM PST Geram dengan janji yang tidak ditunai oleh Umno BN untuk membina Hospital di Rembau pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, akhirnya Chegubard melawat batu asas yang diletakkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Seri Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pada 11 Januari 2011. Saksikan sendiri batu asas yang tinggal batu sahaja, hospital entah ke mana, pada tahun 2008 dan batu asas yang sama bersama Chegubard pada tahun 2011 di bawah ini : Berita penuh Chegubard di batu asas Hospital Rembau di http://solidaritianakmuda.blogspot.com/2011/01/penganiayaan-rakyat-rembau-oleh.html Berita penuh Umno BN letakkan batu asas Hospital Rembau di http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan