MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- Road To Putrajaya: Ayuhi kita mulakan !!!!
- UMNO/BN AKAN KALAH TERUK DALAM PRU KE13 JIKA NAJIB BERDEBAT DENGAN ANWAR
- Kedah, Pulau Pinang, Selangor Dan Kelantan Di Perintah Oleh Kerajaan Yang Sah......
Road To Putrajaya: Ayuhi kita mulakan !!!! Posted: 12 Jan 2011 08:20 AM PST Kerajaan yang utuh kerajaan bijak pilihan rakyat, kerajaan yang dapat membela rakyat, kerajaan yang sentiasa menjadikan rakyat juara. Maka kerajaan itulah , sudah berkali-kali menaikkan harga minyak.Dan kerajaan itu lah juga yang tidak pernah sekalipun menurunkan harga bahan bakar utama ini. Denyut nadi rakyat, setahun ke setahun mahu mengimpikan kehidupan lebih baik, seperti mahfum hadis hari ini lebih baik daripada semalamnya. Jeritan rakyat, keluhan rakyat, jerih payah mereka tidak ternilai dan dinilai kerajaan dalam membuat apa sahaja keputusan. Rakyat yang didahulukan, maka rakyat juga yang dipaksa dan dimangsakan bagi menanggung semua perkara, hapus dan tarik pemberian subsidi, rakyat perlu membayar terhadap apa sahaja keputusan kerajaan. Umno Bn masih tidak sedar dan mereka memang tidak mahu sedar, kekuasaan mereka bakal berakhir dalam masa terdekat. Meragam dan merosakkan semua disiplin sendi kehidupan yang mereka sendiri cipta dan atur. Kuasa eksekutif mencabuli kuasa legaslatif dan judisari adalah lumrah dan sudah menjadi perkara biasa. Umno Bn terlalu amat berbangga. Mereka membawa agenda keramat mereka, iaitu biarlah parti menguasai kerajaan. Dan perkara ini direalisasikan bahawa Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno, kini diterima pakai dalam versi pemahaman rakyat dan pimpinan Umno. Slogan kebanggaan inilah yang menjadi percaturan mereka dalam semua perkara. dan diperelokkan dengan slogan palsu demi slogan palsu yang nyata muluk struktur ayat tetapi busuk dan bernanah jijik isi dan pengamalannya. Kenaikan harga barang 'kini' buka setakat gila babi, tetapi melampau daripada babi yang gila itu. saksikan dan selidiki serta soroti pandangan pakar berkenaan permasalahan ini, ada atau tidak ada jalan keluar serta cara penyelesaian terbaiknya. Keluhan terlalu banyak, menyakitkan tidak ada makna apa-apa kepada mereka. Cuma satu tunjukkan jalan keluar, nyahkan mereka daripada persada kekuasaan. Takluki Putrajaya, ayuhi kita mulai kini..... Sumber: http://perantaukite.blogspot.com/ |
UMNO/BN AKAN KALAH TERUK DALAM PRU KE13 JIKA NAJIB BERDEBAT DENGAN ANWAR Posted: 12 Jan 2011 08:11 AM PST Perdana Menteri Dato Seri Najib dalam ucapan perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri menyifatkan Janji 100 hari Pakatan Rakyat sebagai tindakan populis. Najib berkata, negara akan bangkrap jika janji Pakatan Rakyat dilaksanakan. Bagi menunaikan Janji 100 Pakatan Rakyat, RM 19 bilion diperlukan. Jumlah yang kelihatan agak besar tetapi bukan sukar untuk diperolehi. Tak perlu pakar ekonomi untuk terangkan....PKZ tak berlaku penyelewengan, pembelian kapal selam dan peralatan ketenteraan lain tidak diberi kepada kroni serta melibatkan komisyen, projek pembangunan melibatkan kewangan kerajaan dilaksanakan secara adil dan telus, pembaziran dapat dielakkan ( lawatan 'rasmi' Rosmah ke Timur Tengah sebagai contoh ??), perkhidmatan kepada syarikat Yahudi Apco Worlwide RM 77 juta setahun dimansuhkan, kos baiki rumah PM RM 66 juta dibatalkan....paling ketara projek Menara 100 tingkat ditolak tepi...RM 19 bilion senang-senang boleh diperolehi. Apabila Dato Seri Anwar Ibrahim mengajak Najib berdebat dalam isu ekonomi, seperti dijangka Najib mengelak dengan 1001 alasan. Mengapa dan kenapa? Penyelewengan dan pembohongan Umno BN di bawah Najib akan terdedah. Rakyat akan dapat membuat penilaian dan pertimbangan. Kebenaran bakal terbukti dan segala penipuan akan didedahkan satu persatu. Selepas itu, hanya mereka yang tidak normal dan rasional sahaja yang akan terus menyokong Umno/BN. Saya cukup optimis Umno/BN bakal tersungkur dengan kekalahan yang lebih besar dalam PRU ke 13 jika debat Najib- Anwar menjadi kenyataan. Mana mungkin Najib berani dan mengambil langkah seperti membunuh diri sendiri! Bagi mengelakan keaiban dan menjaga maruah Najib maka pengampu-pengampu yang cuba mendapat perhatian Najib menawarkan diri untuk 'menggantikan' Najib dengan mencabar DSAI berdebat iaitu Khairy Jamaludin dan Dato Seri Nazri Aziz. Bagi saya Khairy dan Nazri bukan standard dan lawan Anwar. Penentu dasar dan pembuat keputusan besar dalam kerajaan ialah Najib bukan Khairy dan bukan juga Nazri. Maka Khairy dan Nazri duduk diam-diam tak usah sibuk-sibuk! Sumber: http://angkasanuri.blogspot.com/ |
Kedah, Pulau Pinang, Selangor Dan Kelantan Di Perintah Oleh Kerajaan Yang Sah...... Posted: 12 Jan 2011 02:12 AM PST Penulis terpanggil untuk memperbetulkan satu tanggapan atau pemikiran yang salah dan songsang bahawa negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (termasuk Perak dari Mac 2008 hingga ?) di perintah oleh parti pembangkang. Ini adalah tahyul dan mainan media massa boneka Umno/BN yang telah memperbodohkan pemikiran rakyat sekian lama. Di peringkat pusat bolehlah diterima. Tetapi barangkali sudah tidak berapa lama lagi akan bertukar. Yang akan menjadi pembangkang ialah Umno/BN dan yang menjadi kerajaan Pusat ialah Pakatan Rakyat. InsyaAllah! Rakyat perlu dijernihkan kembali pemikiran mereka bahawa negeri-negeri tersebut adalah di bawah pemerintahan kerajaan negeri yang sah yang telah dipilih oleh rakyat melalui PRU. Penulis sangat kesal kerana media telah berjaya memperbodohkan rakyat sehingga ada segelintir pengulas dan penganalisis politik bertaraf profesor di universiti pun masih melebelkan negeri-negeri tersebut adalah di bawah pentadbiran pembangkang. Inikah yang dicop sebagai profesor kangkong yang terdapat di dalam negara kita? Inilah yang membimbangkan penulis. Jika profesor pun boleh diputar otaknya oleh media-media nyamuk itu, apalagi rakyat marhaen yang tinggal di Cherok Tok Kun yang Utusan Malaysia menjadi kitab paling sahih di dunia! Di negeri-negeri tersebut, yang menjadi kerajaannya ialah Pakatan Rakyat dan yang menjadi pembangkang sebenarnya adalah Umno/BN. Saya percaya rakyat seperti di Abi Batas Paip telah keliru kerana otak mereka telah dikuningkan (dibirukan?) oleh media haprak Umno. Persepsi songsang ini pada penulis amat penting diperbetulkan segera kerana isitilah 'pembangkang' mengundang banyak tafsiran negatif. Ternyata Umno gagal untuk menerima hakikat bahawa mereka menjadi pembangkang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sejak 8 Mac 2008 dan di Kelantan sejak 1990. Kecenderungan media upahan Umno memanipulasi secara halus istilah pembangkang ini amat merbahaya. Dengan istilah ini pada pengamatan penulis, Umno berjaya membawa rakyat untuk bersamanya bagi menumpaskan pembangkang seperti mana yang telah meraka berjaya lakukan di Perak. Kini mereka terus lakukan seperti mana yang berlaku di Selangor sekarang, bagaimana layanan mereka yang menguasai kerajaan pusat terhadap negeri yang pemerintahnya di pilih oleh rakyat. Ternyata Umno telah sekian lama melanggar amalan demokrasi. Mereka seolah-olah tidak mengiktiraf kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut. Buktinya, pelbagai tekanan telah dilakukan dari segenap penjuru untuk melemahkan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Umno perlu sedar bahawa yang akan pergi ke Putrajaya menggantikannya nanti adalah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan. Ketika itu Pakatan Rakyat bukan pembangkang lagi, sebaliknya Umno/BN lah yang akan disebut pembangkang oleh rakyat, itupun jika hayatnya masih ada! Justeru, tekad Umno untuk mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun amat membimbangkan rakyat kerana ternyata ia adalah satu signal untuk cetusan suasana yang tegang dan tidak harmoni di dalam negara. Hakikatnya Umnolah yang layak di gelar pembangkang biar sekarang pun. Umno bukan sahaja membangkang keputusan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut, bahkan membangkang sistem beraja yang kita amalkan ketika mana mereka menghadkan imuniti Raja dahulu. Usahlah berlakon seolah-olah mereka konsisten mempertahankan Raja di dalam polimik perlantikan SUK Selangor kerana rakyat sudah tahu. Bukan itu sahaja, malah Umno juga membangkang sesama mereka seperti mana berlaku di Perlis sekarang, dimana bekas MB sedang mengamuk kerana masih tak diberi kuasa terhadap puaknya. Sumber: http://maemahi.blogspot.com/ Sumber: http://www.detikdaily.net |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan