Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anwar Ibrahim |
Fakta Pelantikan SUK Diputarbelit Posted: 07 Jan 2011 07:44 PM PST Dari Malaysiakini Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah. Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli. “Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional. “Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK,” kata Faekah lagi. Berikut kenyataan penuhnya sekitar kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi: YAB Dato’ MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku. Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato’ MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri Dato’ Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato’ MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato’ Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato’ MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato’ Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato’ MB. Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato’ MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah. Dato’ Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar. Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor. Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato’ MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan. Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato’ Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Dato’ Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional. Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember Dato’ Munir telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato’ MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Dato’ Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato’ Khusrin sebagai SUK. Antara 10 hingga 21 Disember, Dato’ Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis Justeru, kenyataan KSN dan Dato’ Ramli bahawa Dato’ MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Dato’ Ramli. Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato’ MB yang telah dipilih rakyat. Dato’ MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato’ MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
Posted: 07 Jan 2011 02:18 PM PST Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan Pulau Pinang dilapor memohon maaf kepada pentadbiran negeri berikutan laporan media yang menyiarkan berita kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu. Perkara itu dinyatakan pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di George Town hari ini. "Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu, YBhg Datuk Mohamed juga mengambil kesempatan memohon maaf berikutan laporan sesetengah pihak media yang menyiarkan berita yang negeri Pulau Pinang 'blacklist' 46 kontraktor Melayu," kata Lim (gambar) dalam laman sosial Facebook hari ini. Dialog itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus. Dalam mesej Twitternya pula Lim menulis, ketua kontraktor Melayu Fadzill juga mohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu. Dalam satu kenyataan 29 November lalu, Lim dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri. Fadzill menegaskan, kenyataan Lim bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil. Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera. "Kalau Lim mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan besar projek yang diterima kontraktor Bumiputera, sila nyatakan sekali nilai projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar pengagihan projek yang dibuat. "Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek kerajaan negeri," katanya. Justeru, Lim mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri. Setelah mendedahkan segala butiran secara terperinci, Lim menasihatkan Fadzill supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang. "Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihan raya akan datang kalau nak jadi orang politik," kata Lim ketika itu. Katanya, kontraktor Melayu dapat 100 peratus daripada projek Jabatan Pengairan dan Saliran dan 98 peratus nilai projek Jabatan Kerja Negeri yang di bawah peruntukan kerajaan negeri Pulau Pinang. "Ini dengan sekali gus mematahkan fitnah jahat pemimpin Umno dan juga sekutu Umno seperti Fadzill. "Datuk Fadzill telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor Bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil. "Datuk Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan Bumiputera," katanya. |
PRK DUN TENANG : 6/1 - PROGRAM DS ANWAR IBRAHIM Posted: 06 Jan 2011 08:46 PM PST Keadilan Johor telah menunjukkan kesungguhan dalam usaha membantu PAS memenangi PRK DUN Tenang apabila DS Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan yang lain termasuk Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akhin, hadir ke DUN Tenang buat kali ke 2 dalam minggu ini. Ini membuktikan bahawa sikap, komitmen serta kesungguhan pimpinan parti bukan sekadar dibibir namun ia telah dibuktikan dengan kehadiran mereka walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang. Malam tadi (6 Jan) DS Anwar telah hadir ke Majlis Makan Malam di Restoran G & D, Labis yang dihadiri ribuan masyarakat di sekitar DUN Tenang. Walaupun DS Anwar hadir agak lewat kerana perlu menyelesaikan beberapa tugasan penting yang melibatkan parti, namun orang ramai masih tidak berganjak dan setia menanti. Kira2 jam 9mlm DS Anwar selamat sampai di Restoran G & D dan menyampaikan ucapannya. Kira2 jam 10mlm beliau bergegas ke Tenang Station untuk satu ceramah umum yang telah disusun atur dan agak mengejutkan, ribuan orang ramai telah mengerumi Bilik Gerakan PAS UPU Tenang Station. Beliau terus berceramah kira2 40minit dan terus bergegas ke Tenang Kampung. Sdr. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia) pula mengambil tempat untuk meneruskan program. Dalam perjalanan ke Tenang Kampung, kami dimaklumkan bahawa sekumpulan remaja bermotor telah bersedia untuk melakukan provokasi. Diberitakan, remaja ini telah dibayar sebanyak RM10 seorang oleh Ketua Pemuda Umno Pekan Air Panas bagi mengganggu ceramah tersebut. Ketika DS Anwar sedang berucap, sekumpulan remaja bermotor tadi membuat bising dan polis yang berkawal sekadar melihat sahaja aksi2 remaja tersebut tanpa berbuat apa2. Beberapa petugas Unit Amal dan AMK Johor menegur remaja terbabit namun langsung tidak diendahkan dan kemudiannya mereka berlalu. Program tamat sekitar jam 11.30mlm dan di penghujung majlis, Sdr. Nazri (Ketua AMK Gelang Patah) yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis pada malam tersebut menggantikan Sdr. Zabidie telah menegur pihak polis yang gagal bertindak terhadap remaja tersebut dan mengingatkan Pemuda Umno/BN agar tidak mengulangi insiden di PRK Bagan Pinang dan beliau turut menyeru agar Pemuda Pakatan Rakyat menunjukkan kematangan serta ahlak yang baik di sepanjang PRK DUN Tenang. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Dari RAKYAT Kepada RAKYAT |
Tuduh Mahfuz bakar kelambu, Buluhmadu dijilat api Posted: 07 Jan 2011 08:45 AM PST |
You are subscribed to email updates from Dari RAKYAT Kepada RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anak Muda Kampung Nak Senang |
Papan iklan 1Malaysia di Seremban membahayakan pelajar sekolah Posted: 06 Jan 2011 07:14 PM PST Apakah pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) tidak pernah diberi penerangan mengenai Program Bandar Selamat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan? Kenapa MPS lebih mementingkan papantanda iklan 1Malaysia lebih daripada keselamatan pelajar sekolah yang menggunakan jejantas di Ampangan, Seremban? Antara yang ditekankan dalam Program Bandar Selamat ialah Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Juga memasang lampu di laluan jejantasbagi memudahkan pengawasan. MPS dan JKR nak tunggu ada jenayah rogol, ragut di jejantas, kemalangan jejantas licin baru kelam kabut nak pasang lampu, nak pasang atap, nak turunkan papan iklan 1Malaysia? Jangan cakap je di bilik mesyuarat, turun padang jam 6:45 pagi tengok macamana pelajar sekolah guna jejantas yang gelap gelita, atap bocor, basah ketika hujan, dilindungi dari pemandangan awam. Kalau malas nak turun padang tengok gambar pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/01/jejantas-maut-1malaysia-di-seremban-mps.html 4) Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung). 5) Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan Penjenayah Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat yang mudah bagi peragut. http://www.townplan.gov.my/new_web/penyelidikan_bdr_selamat.php PROGRAM BANDAR SELAMAT LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH YANG PERLU DILAKSANAKAN DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN Diterbitkan oleh : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan http://www.townplan.gov.my/ LALUAN AWAM TIDAK TERLINDUNG ATAU MENGHALANG PANDANGAN AWAM i) Contoh Reka Bentuk Jejantas yang Tidak Menghalang Pandangan Awam PBT akan memastikan reka bentuk jejantas tidak menghalang pandangan awam. Oleh itu, reka bentuk jenis intricate ornate design atau bumbung condong hingga menghalang pandangan adalah tidak dibenarkan. ii) Contoh Reka Bentuk Jejantas yang Menghalang Pandangan Awam PBT perlu elak reka bentuk jejantas yang tertutup sehingga menghalang pandangan orang awam. Beberapa contoh jejantas yang tidak sesuai dari segi reka bentuk : a) Intricate ornate design, b) PELETAKAN IKLAN YANG TIDAK SESUAI. PERLU DILETAKKAN DI PARAS YANG TIDAK MENGHALANG PENGLIHATAN http://www.townplan.gov.my/perkhidmatan/ProgBandarSelamat_M.pdf Peletakan iklan di jejantas itu juga perlu diletakkan di paras yang sesuai yang tidak menghalang penglihatan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm Peletakan iklan di jejantas ini juga perlu diletakkan di paras yang sesuai yang tidak menghalang penglihatan. http://kklw.bernama.com/news.php?id=464271 15. Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Menghalang Pandangan Awam Pemantauan rekabentuk jejantas yang tidak menghalang pandangan awam. http://www.mpk.gov.my/khidmat/safe?p_p_id=56_INSTANCE_mH6p&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=portletcenter&p_p_col_count=1&page=3 |
Kisah Benar Melayu Penang 14 Jan 2011 di Seremban Posted: 06 Jan 2011 04:37 PM PST CERAMAH UMUM PR N9 Bersama : Dato Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Yusmadi Yusof - Ahli Parlimen Balik Pulau Sdr Sany Hamzan - Exco Pemuda PAS Pusat Tarikh : 14 Jan 2011 (Jumaat) Masa : 9 malam Tempat : PASTI Wildan, Batu 2, Ampangan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan) Semua dijemput hadir Sumber : http://wartawansukarela.blogspot.com/2011/01/ceramah-umum-pkr-n9.html |
PAS Johor dedah rakaman video panas Pegawai Tinggi Kerajaan Posted: 06 Jan 2011 03:56 PM PST PAS Johor ada bukti rakaman video Malaysiakini Jan 6, 2011 PAS Johor akan membuat laporan polis di Labis esok mengenai satu rakaman video seorang pegawai tinggi kerajaan negeri menggesa para guru menyokong kempen BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Pencalonan ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. Timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa rakaman video itu akan dimuat-naik di YouTube. "Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis Labis bersama bukti untuk menyokongnya," kata beliau. Zulkifli berkata, pihaknya melihatnya sebagai satu bukti jelas pegawai dan jentera kerajaan diguna untuk membantu BN mendapatkan sokongan melalui cara yang melanggar sikap tidak memihak kakitangan awam dalam politik. Menurutnya lagi, jika pegawai kanan kerajaan negeri mahu mengambil bahagian dalam politik, mereka mesti meletak jawatan terlebih dahulu sebelum memasuki gelanggang politik. Sementara itu, Zulkifli berkata, partinya juga tidak bimbang dengan pengedaran dua buku berjudul 'DAP Anti-Islam' dan 'Khawarij dan Parti PAS ', menjelang kempen pilihan raya Tenang. http://malaysiakini.com/news/152657 Juga berita berkaitan : Pengarah Pelajaran Johor Kempen Politik tapi Sekolah Daif di http://amkns.blogspot.com/2011/01/pengarah-pelajaran-johor-kempen-politik.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Yang benar nampak salah - yang salah nampak benar Posted: 07 Jan 2011 05:02 AM PST Menzahirkan perasaan yang telus dan yang terus terang dalam politik memang satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, apatah lagi jika pandangan itu tidak disenangi oleh mereka yang sedang mabuk dalam kuasa dan para-para penyokong fanatik mereka. Selalunya mereka yang sedang berkuasa memang tidak sedar apa kesalahan mereka kerana mereka sedang asyik dengan jolokan dan ampuan penyokong-pernyokong mereka yang buta serta tuli. Itulah sebenarnya hakikat yang menjadi kenyataan didalam politik negara khususnya dipihak yang sedang berkuasa. Kadang-kadang terfikir juga untuk mendiamkan diri kerana banyak pihak akan marah dan murka terhadap pandangan kita yang mereka tidak suka mendengarnya. Kadang-kadang kita keliru dengan sikap setengah pihak yang mengaku menyokong tetapi tidak memberikan apa-apa bukti sokongan selain dari mengampu dan membodek yang akhirnya melalaikan mereka yang sedang khayal dengan kuasa, 'glamor' dan keasyikan. Bagi pihak yang benar-benar ingin melihat partinya mendapat sokongan mereka akan menegur dengan jelas dan telus supaya partinya tidak ditolak rakyat tetapi selalunya pihak ini akan menjadi mangsa cemuhan dari mereka. Yang mengampu untuk membawa rebah itu jugalah yang akan didengar oleh mereka. Akhirnya yang salah nampak benar dan yang benar akan nampak salah. Tetapi apabila yang berkuasa itu jatuh, orang-orang yang terawal yang akan meninggalkan mereka adalah dari gulungan yang paling hampir yang mengampu dan membodek mereka selama ini. Selalunya mereka yang jatuh tadi akan tinggal kesaorangan dan masa itulah mereka akan mencari teman untuk berbual dalam masa kesunyian kerana mereka yang hampir dan mengampu mereka dahuu sudah hilang dari pandangan mereka. Yang mengampu mereka dahulu sekarang sedang sibuk membina jambatan dengan pihak yang baru naik dan kumpulan ini jugalah yang akan mengampu mereka yang baru berkuasa itu. Pemimpin yang telah ditinggalkan mereka tadi akan mula menalipon dan memanggil mereka yang tidak disukainya dahulu kerana memberikan teguran yang telus terhadap mereka sewaktu mereka sedang dilamun keindahan hidup semasa berkuasa. Akhirnya pihak yang benar-benar menyokong itu senantiasa berada dipinggiran pemikiran mereka yang berkuasa. Sekarang saya ulangi lagi sikap saya yang suka berterus terang. Saya berikan pandangan tentang keadaan sekarang dengan apa yang saya lihat dan yang sebenarnya ada dalam pemikiran saya. Secara terus dan jelas saya ingin memberikan pandangan yang BN akan menghadapi jalan yang paling sukar didalam pilihanraya yang akan datang. Percaya atau tidak saya tidak peduli. Saya ulangi; BN akan menghadapi jalan yang amat sukar dalam pilihanraya yang akan datang ini, malahan lebih sukar dari pilihanraya pimpinan Abdullah Badawi pada tahun 2008 dahulu. Jika pandangan saya ini benar, maka pemimpin yang akan jatuh nanti tidak perlu gusar kerana saya beberapa orang yang lain senantiasa berkawan dengan sesiapa yang tidak berkuasa atau pun yang telah jatuh tersungkur dalam politik. Apabila sudah jatuh nanti, panggillah saya dan beberapa orang yang seperti saya untuk dijadikan teman semasa dalam kesunyian kerana ditinggalkan oleh penyokong atau kroni yang telah lari bertempiaran dari saudara-saudara. Selalunya ramai yang telah kesunyian itu akan kembali bersahabat dengan saya dan orang-orang seperti saya. Tak perlu bimbang. Setakat belanja secawan dua kopi atau teh tarik saya mampu untuk belanja saudara. Tetapi kalau minum air suam sahaja lebih baik kerana harga air suam dikedai mamak hanya setakat 30 sen sahaja segelas. Setengah kedai kopi mamak air suam masih percuma kalau kita membuat pesanan sekeping dua roti canai. Saya memberikan pandangan jujur kerana sebab-sebab yang jelas dan benar. Saya nampak yang rakyat sudah begitu tidak sabar lagi dengan kerenah kerajaan dan pimpinan hari ini. Isu yang 'overrides' kesemua isu-isu ialah tentang rasuah. Rasuah merupakan isu yang sudah tidak dapat dihilangkan dari imej UMNO dan BN. Persepsi kerajaan pimpinan UMNO itu adalah piminan yang rasuah sudah menjadi stigma dan tidak dapat dihilangkan lagi. UMNO dan rasuah itu sudah menjadi sinonim dan itulah yang akan menumbangkan UMNO jika tidak dapat dihilangkan persepsi ini dalam tempuh yang terdekat ini. Tetapi bagaimana hendak membuang persepsi ini sedangkan rasuah itu berkaitan dengan manusia dan manusia-manusia itu adalah pemimpin-pemimpin kita sendiri. Justru saya tidak nampak persepsi ini akan hilang malahan ianya lebih buruk dari hari kehari, dari minggu keminggu dan seterusnya tahun ketahun. Bebagai-bagai cara nampaknya pihak kita berusaha untuk membawa keyakinan rakyat kembali kepada kita dengan menujukan kelemahan parti pembangkang (PR) dengan kerajaan-kerajaan negeri-negeri yang diperintahnya seperti yang diisukan diSelangor sekarang ini (Isu SS Selangor). BN sedang sedaya upaya untuk memesungkan kepercayaan rakyat kononya PR rakyat telah menderhaka kapada Tuanku Sultan Selangor. Tetapi rakyat sedar yang telah menderhaka kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah UMNO kerana meminda perlembagaan secara paksa pada 1993 dahulu. Malahan dalam usaha untuk menyelesaikan pertelingkahan kedua-dua belah pihak kerajaan Selangorlah yang sedang berusaha untuk mengembalikan kuasa Tuanku Selangor dengan cadangan pindaan perlebagaan dalam sati siding khas tergempar tidak lama lagi. Jika benar PR rakyat yang menderhaka kenapa UMNO tidak memberikan sokongan kepada usaha MB Selangor untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan Selangor itu? Sebaliknya UMNO telah membuat keputusan untuk tidak hadzir dan menyokong pindaan untuk memberikan Tuanku Sultan Selangor kuasa yang pernah Baginda miliki sebelum pindaan perlembagaan semasa krisis perlembagaan tahun 1993 dahulu? Kenapa UMNO Selangor tidak mahu meningkatkan kedaulatan rakyat dan Raja mereka? Siapa yang menderhaka? Jadi isu seperti ini pun tidak akan termakan oleh rakyat kerana kita ada masalah yang sama malah lebih besar dari isu itu, iaitu isu rasuah yang disebutkan tadi. Rakyat nampaknya memang tidak boleh tahan lagi dengan imej rasuah itu. Malahan isu sodomi Anwar tidak lagi boleh menggigit isu rasuah yang berlaku dalam BN dan memang sepatutnya begitu kerana tidak ada nas yang mengatakan dosa rasuah itu adalah lebih kecil dari dosa sodomi. Agama kita mengatakan rasuah itu samalahlah seperti memakin daging saudara kita sendiri. Bukannya kecil-kecil dosa jika kita melakukan rasuah. Bagimana kita hendak menghilangkan stigma rasuah yang bertenggek diatas UMNO itu? Saya tidak nampak ianya boleh dilakukan oleh sesiapa yang sedang memgang kuasa sekarang. Akhirnya saya nak sebut satu lagi 'intuition' yang sedang berdegup dan bergendang didalan sanubari saya. Pasti ramai yang tidak suka dengan apa yang saya akan perkatakan ini. Tetapi saya tidak boleh tahan lagi untuk menyatakannya dengan terus terang. Kalau nak marah kepada saya marahlah sesuka hati saudara. Saya berpendapat setakat hari ini BN akan hanya menang tidak lebih dari seratus kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti. Itulah keadaan setakat hari ini. Tak taulah jika ada keajaiban besok atau lusa yang membolehkan BN memenangi lebih dari seratus kerusi. Kepada pemimpin yang akan turun jika kalah dalam PRU nanti silalah, saudara saudara boleh berkawan dengan saya. Kita jumpa dikedai-kedai kopi mamak dimana-mana yang dekat dengan rumah saya. Saya tunggu. Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
Markom (JPN JOHOR) berkempen untuk BN Posted: 06 Jan 2011 07:16 PM PST Wak Markom ni ada lagi 3 bulan je lagi sebelum pencen. Mungkin dia nak 'something' la sebelum pencen esok. Lepas pencen aku jamin Wak Markom ni orang jumpa ke, atau guru-guru Negeri Johor terserempak. Diorang akan buat-buat tak nampak je.. Buat malu title Pengarah Pelajaran Johor je.. Agak2 kalau masa zaman PPSMI dulu...dia ni dah jadi Pengarah..HARAM la Ghani Othman nak cakap UMNO Johor tolak PPSMI. Aku respek & tabik Pengarah & Timbalan Pengarah Negeri Johor dulu yang tolak PPSMI |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MEDIA Rakyat MALAYSIA |
DS RAIS, BUATLAH LAPORAN POLIS UNTUK ELAK SPEKULASI... Posted: 06 Jan 2011 07:05 PM PST |
You are subscribed to email updates from MEDIA Rakyat MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak |
Posted: 06 Jan 2011 07:22 PM PST Jika bukit menjadi gunungGunung menyuburi rimba Jika sakit mendorong menung Menung meransang dewasa Lorong hidup banyak cabarnya Jika rakit menjadi kapal Kapal meningkat bahtera Jika bangkit melawan gagal Gagal membibit hemah Landas hidup banyak tuahnya (Karya A. Samad Said, dari Antologi Rindu Ibu) |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |