Jumaat, 7 Januari 2011

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


APA KATA UMNO...

Posted: 07 Jan 2011 02:18 PM PST

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan Pulau Pinang dilapor memohon maaf kepada pentadbiran negeri berikutan laporan media yang menyiarkan berita kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu.

Perkara itu dinyatakan pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di George Town hari ini.

"Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu, YBhg Datuk Mohamed juga mengambil kesempatan memohon maaf berikutan laporan sesetengah pihak media yang menyiarkan berita yang negeri Pulau Pinang 'blacklist' 46 kontraktor Melayu," kata Lim (gambar) dalam laman sosial Facebook hari ini.

Dialog itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus.

Dalam mesej Twitternya pula Lim menulis, ketua kontraktor Melayu Fadzill juga mohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu.

Dalam satu kenyataan 29 November lalu, Lim dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Fadzill menegaskan, kenyataan Lim bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

"Kalau Lim mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan besar projek yang diterima kontraktor Bumiputera, sila nyatakan sekali nilai projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar pengagihan projek yang dibuat.

"Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek kerajaan negeri," katanya.

Justeru, Lim mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Setelah mendedahkan segala butiran secara terperinci, Lim menasihatkan Fadzill supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihan raya akan datang kalau nak jadi orang politik," kata Lim ketika itu.

Katanya, kontraktor Melayu dapat 100 peratus daripada projek Jabatan Pengairan dan Saliran dan 98 peratus nilai projek Jabatan Kerja Negeri yang di bawah peruntukan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Ini dengan sekali gus mematahkan fitnah jahat pemimpin Umno dan juga sekutu Umno seperti Fadzill.

"Datuk Fadzill telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor Bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

"Datuk Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan Bumiputera," katanya.

PRK DUN TENANG : 6/1 - PROGRAM DS ANWAR IBRAHIM

Posted: 06 Jan 2011 08:46 PM PST

Keadilan Johor telah menunjukkan kesungguhan dalam usaha membantu PAS memenangi PRK DUN Tenang apabila DS Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan yang lain termasuk Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akhin, hadir ke DUN Tenang buat kali ke 2 dalam minggu ini. Ini membuktikan bahawa sikap, komitmen serta kesungguhan pimpinan parti bukan sekadar dibibir namun ia telah dibuktikan dengan kehadiran mereka walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang.
Malam tadi (6 Jan) DS Anwar telah hadir ke Majlis Makan Malam di Restoran G & D, Labis yang dihadiri ribuan masyarakat di sekitar DUN Tenang. Walaupun DS Anwar hadir agak lewat kerana perlu menyelesaikan beberapa tugasan penting yang melibatkan parti, namun orang ramai masih tidak berganjak dan setia menanti. Kira2 jam 9mlm DS Anwar selamat sampai di Restoran G & D dan menyampaikan ucapannya.
Kira2 jam 10mlm beliau bergegas ke Tenang Station untuk satu ceramah umum yang telah disusun atur dan agak mengejutkan, ribuan orang ramai telah mengerumi Bilik Gerakan PAS UPU Tenang Station. Beliau terus berceramah kira2 40minit dan terus bergegas ke Tenang Kampung. Sdr. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia) pula mengambil tempat untuk meneruskan program.
Dalam perjalanan ke Tenang Kampung, kami dimaklumkan bahawa sekumpulan remaja bermotor telah bersedia untuk melakukan provokasi. Diberitakan, remaja ini telah dibayar sebanyak RM10 seorang oleh Ketua Pemuda Umno Pekan Air Panas bagi mengganggu ceramah tersebut. Ketika DS Anwar sedang berucap, sekumpulan remaja bermotor tadi membuat bising dan polis yang berkawal sekadar melihat sahaja aksi2 remaja tersebut tanpa berbuat apa2. Beberapa petugas Unit Amal dan AMK Johor menegur remaja terbabit namun langsung tidak diendahkan dan kemudiannya mereka berlalu.
Program tamat sekitar jam 11.30mlm dan di penghujung majlis, Sdr. Nazri (Ketua AMK Gelang Patah) yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis pada malam tersebut menggantikan Sdr. Zabidie telah menegur pihak polis yang gagal bertindak terhadap remaja tersebut dan mengingatkan Pemuda Umno/BN agar tidak mengulangi insiden di PRK Bagan Pinang dan beliau turut menyeru agar Pemuda Pakatan Rakyat menunjukkan kematangan serta ahlak yang baik di sepanjang PRK DUN Tenang.

Tiada ulasan: