MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Yang benar nampak salah - yang salah nampak benar Posted: 07 Jan 2011 05:02 AM PST Menzahirkan perasaan yang telus dan yang terus terang dalam politik memang satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, apatah lagi jika pandangan itu tidak disenangi oleh mereka yang sedang mabuk dalam kuasa dan para-para penyokong fanatik mereka. Selalunya mereka yang sedang berkuasa memang tidak sedar apa kesalahan mereka kerana mereka sedang asyik dengan jolokan dan ampuan penyokong-pernyokong mereka yang buta serta tuli. Itulah sebenarnya hakikat yang menjadi kenyataan didalam politik negara khususnya dipihak yang sedang berkuasa. Kadang-kadang terfikir juga untuk mendiamkan diri kerana banyak pihak akan marah dan murka terhadap pandangan kita yang mereka tidak suka mendengarnya. Kadang-kadang kita keliru dengan sikap setengah pihak yang mengaku menyokong tetapi tidak memberikan apa-apa bukti sokongan selain dari mengampu dan membodek yang akhirnya melalaikan mereka yang sedang khayal dengan kuasa, 'glamor' dan keasyikan. Bagi pihak yang benar-benar ingin melihat partinya mendapat sokongan mereka akan menegur dengan jelas dan telus supaya partinya tidak ditolak rakyat tetapi selalunya pihak ini akan menjadi mangsa cemuhan dari mereka. Yang mengampu untuk membawa rebah itu jugalah yang akan didengar oleh mereka. Akhirnya yang salah nampak benar dan yang benar akan nampak salah. Tetapi apabila yang berkuasa itu jatuh, orang-orang yang terawal yang akan meninggalkan mereka adalah dari gulungan yang paling hampir yang mengampu dan membodek mereka selama ini. Selalunya mereka yang jatuh tadi akan tinggal kesaorangan dan masa itulah mereka akan mencari teman untuk berbual dalam masa kesunyian kerana mereka yang hampir dan mengampu mereka dahuu sudah hilang dari pandangan mereka. Yang mengampu mereka dahulu sekarang sedang sibuk membina jambatan dengan pihak yang baru naik dan kumpulan ini jugalah yang akan mengampu mereka yang baru berkuasa itu. Pemimpin yang telah ditinggalkan mereka tadi akan mula menalipon dan memanggil mereka yang tidak disukainya dahulu kerana memberikan teguran yang telus terhadap mereka sewaktu mereka sedang dilamun keindahan hidup semasa berkuasa. Akhirnya pihak yang benar-benar menyokong itu senantiasa berada dipinggiran pemikiran mereka yang berkuasa. Sekarang saya ulangi lagi sikap saya yang suka berterus terang. Saya berikan pandangan tentang keadaan sekarang dengan apa yang saya lihat dan yang sebenarnya ada dalam pemikiran saya. Secara terus dan jelas saya ingin memberikan pandangan yang BN akan menghadapi jalan yang paling sukar didalam pilihanraya yang akan datang. Percaya atau tidak saya tidak peduli. Saya ulangi; BN akan menghadapi jalan yang amat sukar dalam pilihanraya yang akan datang ini, malahan lebih sukar dari pilihanraya pimpinan Abdullah Badawi pada tahun 2008 dahulu. Jika pandangan saya ini benar, maka pemimpin yang akan jatuh nanti tidak perlu gusar kerana saya beberapa orang yang lain senantiasa berkawan dengan sesiapa yang tidak berkuasa atau pun yang telah jatuh tersungkur dalam politik. Apabila sudah jatuh nanti, panggillah saya dan beberapa orang yang seperti saya untuk dijadikan teman semasa dalam kesunyian kerana ditinggalkan oleh penyokong atau kroni yang telah lari bertempiaran dari saudara-saudara. Selalunya ramai yang telah kesunyian itu akan kembali bersahabat dengan saya dan orang-orang seperti saya. Tak perlu bimbang. Setakat belanja secawan dua kopi atau teh tarik saya mampu untuk belanja saudara. Tetapi kalau minum air suam sahaja lebih baik kerana harga air suam dikedai mamak hanya setakat 30 sen sahaja segelas. Setengah kedai kopi mamak air suam masih percuma kalau kita membuat pesanan sekeping dua roti canai. Saya memberikan pandangan jujur kerana sebab-sebab yang jelas dan benar. Saya nampak yang rakyat sudah begitu tidak sabar lagi dengan kerenah kerajaan dan pimpinan hari ini. Isu yang 'overrides' kesemua isu-isu ialah tentang rasuah. Rasuah merupakan isu yang sudah tidak dapat dihilangkan dari imej UMNO dan BN. Persepsi kerajaan pimpinan UMNO itu adalah piminan yang rasuah sudah menjadi stigma dan tidak dapat dihilangkan lagi. UMNO dan rasuah itu sudah menjadi sinonim dan itulah yang akan menumbangkan UMNO jika tidak dapat dihilangkan persepsi ini dalam tempuh yang terdekat ini. Tetapi bagaimana hendak membuang persepsi ini sedangkan rasuah itu berkaitan dengan manusia dan manusia-manusia itu adalah pemimpin-pemimpin kita sendiri. Justru saya tidak nampak persepsi ini akan hilang malahan ianya lebih buruk dari hari kehari, dari minggu keminggu dan seterusnya tahun ketahun. Bebagai-bagai cara nampaknya pihak kita berusaha untuk membawa keyakinan rakyat kembali kepada kita dengan menujukan kelemahan parti pembangkang (PR) dengan kerajaan-kerajaan negeri-negeri yang diperintahnya seperti yang diisukan diSelangor sekarang ini (Isu SS Selangor). BN sedang sedaya upaya untuk memesungkan kepercayaan rakyat kononya PR rakyat telah menderhaka kapada Tuanku Sultan Selangor. Tetapi rakyat sedar yang telah menderhaka kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah UMNO kerana meminda perlembagaan secara paksa pada 1993 dahulu. Malahan dalam usaha untuk menyelesaikan pertelingkahan kedua-dua belah pihak kerajaan Selangorlah yang sedang berusaha untuk mengembalikan kuasa Tuanku Selangor dengan cadangan pindaan perlebagaan dalam sati siding khas tergempar tidak lama lagi. Jika benar PR rakyat yang menderhaka kenapa UMNO tidak memberikan sokongan kepada usaha MB Selangor untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan Selangor itu? Sebaliknya UMNO telah membuat keputusan untuk tidak hadzir dan menyokong pindaan untuk memberikan Tuanku Sultan Selangor kuasa yang pernah Baginda miliki sebelum pindaan perlembagaan semasa krisis perlembagaan tahun 1993 dahulu? Kenapa UMNO Selangor tidak mahu meningkatkan kedaulatan rakyat dan Raja mereka? Siapa yang menderhaka? Jadi isu seperti ini pun tidak akan termakan oleh rakyat kerana kita ada masalah yang sama malah lebih besar dari isu itu, iaitu isu rasuah yang disebutkan tadi. Rakyat nampaknya memang tidak boleh tahan lagi dengan imej rasuah itu. Malahan isu sodomi Anwar tidak lagi boleh menggigit isu rasuah yang berlaku dalam BN dan memang sepatutnya begitu kerana tidak ada nas yang mengatakan dosa rasuah itu adalah lebih kecil dari dosa sodomi. Agama kita mengatakan rasuah itu samalahlah seperti memakin daging saudara kita sendiri. Bukannya kecil-kecil dosa jika kita melakukan rasuah. Bagimana kita hendak menghilangkan stigma rasuah yang bertenggek diatas UMNO itu? Saya tidak nampak ianya boleh dilakukan oleh sesiapa yang sedang memgang kuasa sekarang. Akhirnya saya nak sebut satu lagi 'intuition' yang sedang berdegup dan bergendang didalan sanubari saya. Pasti ramai yang tidak suka dengan apa yang saya akan perkatakan ini. Tetapi saya tidak boleh tahan lagi untuk menyatakannya dengan terus terang. Kalau nak marah kepada saya marahlah sesuka hati saudara. Saya berpendapat setakat hari ini BN akan hanya menang tidak lebih dari seratus kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti. Itulah keadaan setakat hari ini. Tak taulah jika ada keajaiban besok atau lusa yang membolehkan BN memenangi lebih dari seratus kerusi. Kepada pemimpin yang akan turun jika kalah dalam PRU nanti silalah, saudara saudara boleh berkawan dengan saya. Kita jumpa dikedai-kedai kopi mamak dimana-mana yang dekat dengan rumah saya. Saya tunggu. Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan