Khamis, 21 Oktober 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


"SANTA PAK LEBAI TV3"

Posted: 20 Oct 2010 11:48 PM PDT



Salam 2 all.

Hari  ini soalan saya telah naik untuk dijawab oleh Menteri dalam Dewan Rakyat. Soalannya ialah:

1. apakah langkah yang diambil berkaitan penyeliaan, pengawalan dan penguatkuasaan berkaitan hasutan agama dan perkauman di media alektroni8k dan siber; dan

2. apakah langkah dan tindakanyang diambil terhadap TV3 yang menyiarkan iklan"Sinari Lebaran" yang jelas menghina dan mengaibkan Islam. Berikan butiran mereka yang terlibat dengan pembikinan dan penyiaran iklan tersebut.

Saperti yang sedi8a maklum, saya telah memberikan kritikan keras terhadap iklan tersebut pada masa mula-mula ianya disiarkan (sila lihat tulisan saya sebelum ini). Saya juga te3lah membuat kenyataan akhbar dan melapurkannya kepada pihak berkuasa. Sejak daripada itu saya sentiasa membuat susulan dan akhirnya mengambil kesempatan daripada sidang Parlimen utnuk membangkitkan isu ini.

Akhirnya Menteri memberikan jawapannya hari ini dengan menyatakan bahawa SKMM telah mengenakan kompaun sebanyak RM50,000-00 terhadap pihak TV3 atas iklan tersebut. Saya berpendapat denda tersebut adalah ti8dak memadai. Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak penguruusan, editorial dan penerbitan yang menyebabkan iklan tersebut disiarkan. Juga mesti ada akujanji dan jaminan daripada pihak TV3 bahawa kesalahan saperti itu tidak akan berulang lagi.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

12 Zul Qaedah 1431

21 Okt 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran daripada MalaysiaKini hari ini

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan "menghina dan mengapi-apikan".

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan "Sinari Lebran".

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut "menghina dan menjatuhkan martabat Islam".

"Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3," kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.


Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan "fitnah perkauman dan agama" menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

"Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negara" katanya.

TRANSFORMASI MELAYU?

Posted: 20 Oct 2010 07:51 PM PDT

Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersidang kepada ahli dan kepimpinan UMNO. Kelihatan topik yang yang menjadi tumpuan adalah persoalan tranformasi bangsa Melayu, terutamanya dalam menghadapi pilihanraya akan datang dengan tujuan untuk memastikan tunggak pemerintahan kekal kepada bangsa Melayu.

Saya tertarik dengan ungkapan dan kenyataan bahawa bangsa Melayu perlu berubah dan menerima hakikat lanskap politik negara sudah berubah. Untuk mengekalkan kuasa, bangsa Melayu perlu berusaha mendapatkan sokongan bukan Melayu, kerana tanpa sokongan mereka senario mengerikan dijangka berlaku; UMNO mungkin hilang lebih 50 kerusi Parlimen!

Saya ada membuat kenyataan ringkas didalam tweet "umat Islam tidak memerlukan sokongan kafir, sebaliknya kita memerlukan sokongan ALLAH. Jagalah hablumminallah, pasti ALLAH akan jaga hablumminannas".

Saya tidak menafikan bahawa negara ini walaupun majoritinya bangsa Melayu, tetapi terdapat jumlah bukan Melayu yang agak signifikan. Dan kehadiran mereka boleh memberi impak kepada suasana politik negara; kerana mereka juga adalah pengundi berdaftar. Ia tidak bermaksud kita mesti mengenepikan mereka, apatah lagi menganaktirikan bukan Islam. Buka itu maksudnya.

Apa yang saya maksudkan didalam mesej tweet tersebut ialah walaupun undi bukan Islam itu penting, tetapi kita umat Islam tidak perlulah terhegeh-hegeh sampai menggadai aqidah, prinsip dan perjuangan kita semata-mata untuk mendapat undi mereka.

Ini sampai anak bini pun digadai-politikkan, arak yang jelas haram kini halal hasilnya, kuil hindu nak bina diperumahan umat Islam pun wokey, sampai nama ALLAH pun nak jual jugak!! Sehingga hak dan kedudukan kita sendiri terhakis. Umat dan bangsa sendiri terasa saperti di anaktirikan. Mempertahan dan membela bangsa dan agama kini menjadi saperti satu dosa besar didalam tanah air sendiri! Sehingga dikenakan tindakan dan pendakwaan. Namun apabila orang lain memaki hamun dan menghina kita, semuanya halal dan boleh sahaja atas nama nak tarik undi dan sokongan mereka.

Itu yang saya maksudkan bahawa yang lebih penting untuk kita ialah sokongan dari ALLAH. Maksud sokongan ALLAH ini ialah kita jaga hablumminallah. Jaga hubungan kita dengan ALLAH dalam semua aspek. Dan kita bantu agama ALLAH. "Intan surullah hayansurkum, wayusabbit aqdaamakum-jika kamu membantu agama ALLAH, maka ALLAH pasti akan membantu kamu".

Dan apabila kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH, memastikan aqidah terpelihara, hukum hakamNya kita laksanakan, suruhanNya kita laksanakan, laranganNya kita tinggalkan, insyallah pasti ALLAH akan menolong kita. Dan termasuk dalam hablumminallah ini ialah melaksanakan perintah ALLAH supaya kita memelihara dan menjaga kebajikan golongan bukan Islam. Hak beribadah mereka, keperluan asasi mereka, masalah kesihatan mereka, pendidikan dan pelajaran anak-anak mereka, perumahan dan kelengkapan mereka; ini semua adalah tanggungjawab yang telah ALLAH pikulkan keatas bahu kita golongan muqmin.

Diwaktu yang sama, kita mesti melaksanakan pemerintahan dan kepimpinan dengan adil dan saksama. Menjauhkan diri daripada sikap takabbur dan tinggi diri. Menghalang diri daripada 'amalan rasuah dan salahguna kuasa yang dikutuk ALLAH. Dan menjalani kehidupan menurut saperti Rasulullah dan para sahabat.

Kalau ini semua kita lakukan, kalau hablumminallah, hubungan dengan ALLAH kita pelihara; maka yakinlah, ALLAH akan memelihara hablumminannas..hubungan kita dengan manusia. ALLAH akan campakkan perasaan gerun  dan hormat musuh kepada kita. ALLAH adalah tuanpunya hati manusia, dan Dia boleh menterbalikkan hati manusia kepada kita jika Ia menghendaki. Itu adalah kuasa mutlak ALLAH.

Nasihat saya kepada diri sendiri dan sahabat saudara semua, janganlah kita terpedaya dengan dakyah bahawa yang menentukan kekuasaan kita ialah undi manusia; apatah lagi undi daripada bukan Islam. Bukan. Ianya adalah ketentuan ALLAH, penentuannya datang daripada ALLAH. Jika ALLAH menghendaki, pasti akan diberikannya pemerintahan dan kekuasaan itu kepada kita. Dan sudah pasti ALLAH akan mewariskan kepimpinan manusia kepada kita, sekiranya kita menepati syarat-syarat untuk menerima kepimpinan itu daripada ALLAH. Dan kepimpinan yang datang daripada anugerah ALLAH itu sudah pasti adalah kepimpinan yang diberkatiNya. Dan untuk memenuhi syarat mendapat nasrullah dan bantuan ALLAH ini, hablumminallah, hubungan dengan ALLAH itu mestilah dijaga dan dipertahankan..at all cost!!

Pada saya, tranformasi bangsa Melayu akan lebih meyakinkan dan mendapat keberkatan dan nasrullah hanya apabila bangsa Melayu kembali kepada Islam. Saperti yang pernah saya sebut sebelum ini, kekuatan bangsa Melayu letaknya pada huruf 'Mim', kerana "Mim" lah yang melengkapkan Melayu. Tanpa huruf "Mim", yang tinggal hanyalah "Lam Alif Ya Wau" - Layu!!

'Mim' itu adalah Muslim. Melayu yang benar-benar Muslim akan menjadikan bangsa itu kuat. Dan apabila bangsa itu meninggalkan Islam, ia akan layu tanpa meninggalkan kesan. Ingatlah pesan ALLAH, "kuntum khoira ummatin ukhrijat linnas; ta' muru nabil ma'ruf, wayanhau na 'anil mungkar, watu' minu nabillah". Kamu akan menjadi contoh ikutan manusia, apabila kamu menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada ALLAH.

Selamat bersidang.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Khamis

12 Zul Qaedah 1431

21 Okt 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Hipokrasi UMNO Dalam Memperjuangkan Bangsa

Posted: 21 Oct 2010 05:11 PM PDT

Dari Tv Selangor

Pengakuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa hak istimewa orang Melayu sudah ‘terkunci kemas’ dan tidak boleh digugat tanpa perkenaan Majlis Raja-Raja Melayu adalah bukti jelas bahawa parti itu tidak mampu membela orang Melayu.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan akhbar bagi mengulas ucapan dasar Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC hari ini.

Menurut Izzah, kunci ini juga mendedahkan fitnah politik Umno yang mengatakan bahawa parti itu Melayu dan Melayu itu Umno adalah tidak benar sama sekali.

Kerana kunci ini terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya adalah Raja-Raja kepada semua rakyat Malaysia.

“Fitnah politik Umno ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongon Umno yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemudanya sendiri di mana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan,” katanya.

Mengulas berkenaan tekad Najib yang mahu terus mempertahankan Putrajaya, Izzah sebaliknya berkata, tekad ini menjadi panggilan keramat untuk rakyat membebaskan Putrajaya daripada Umno.

“Sudahlah dan cukuplah kerana tiba masanya semua Raja dan rakyat memegang kunci ini dan bukan Umno yang menjadi pemfitnah dan hipokrit perjuangan bangsa,” jelasnya.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut menyatakan azam dan tekad jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat untuk membuka ruang-ruang baru yang akan mensejahterakan semua rakyat dan mendemokrasikan negara yang berbilang kaum ini.

Kunci ini juga mesti membuka kontrak politik baru dimana undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) dan sebagainya mestilah dihapuskan segera.

“Kunci ini juga menentukan bahawa undang-undang anti-demokratik ini tidak lagi diperlukan kerana hak Melayu telah dikunci kemas melainkan undang-undang anti-demokratik bukan sahaja untuk mengunci tetapi merantai rakyat untuk kepentingan Umno sahaja,” katanya.

Dr.Zulkefli Calon ‘Galas Harapan Rakyat’

Posted: 21 Oct 2010 05:07 PM PDT

Dari Malaysiakini

Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India

Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.

Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.

Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon.

Belanjawan 2011 Acuan Najibnomics Dan Mahathirisme

Posted: 21 Oct 2010 04:49 PM PDT

Tarikh: 21 Oktober 2010

Perspektif KPRU

Perspektif KPRU: Belanjawan 2011 Acuan Najibnomics Dan Mahathirisme

Pendahuluan

Apa yang unik (bukan UNIK) sangat dengan Belanjawan 2011? Kita tak perlukan kaca mata 3-D, kaca mata 2-D sudah memadai untuk mengupas kulit Belanjawan sehinggalah saraf-sarafnya – sebelah kiri warna Mahathirisme, sebelah kanan warna Najibnomics. Legasi Mahathirisme tergolong kepada yang positif dan yang negatif. Tetapi yang diwarisi Najibnomics setakat ini hanyalah legasi negatif malahan dibesar-besarkan skalanya sehingga menjangkaui pencapaian legasi negatif Mahathirisme. Meskipun begitu, pemimpin Kerajaan BESAR NAFSU masih tersenyum dengan pencapaian sebegitu negatif sedemikian besar dan penuh dengan khayalan sehingga hendaklah dibina Warisan Merdeka yang berangan-angan hendak menyentuh bulan yang membawa kegelapan.

Dasar Mahathirisme masih bersarang kuat dalam kotak pemikiran Najib Razak. Segala-galanya besar; perbelanjaan besar, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang terlalu berkuasa dan pelancaran projek-projek mewahnya jelas berniat untuk menanamkan legasi pemerintahannya seperti Mahathir. Berbilion-bilion ringgit wang rakyat dipergunakan sewenang-wenangnya demi memuaskan nafsu tamak, haloba, serta cita-cita peribadinya. Sebilangan kecil elit dalam rangkaian politik perniagaan disandarkan harapan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang terbukti telah merosakkan struktur ekonomi sejak era pemerintahan Mahathir. Hasrat Najib dalam mentransformasikan ekonomi politik negara sehingga digelar sekumpulan pengkaji Universiti Harvard sebagai Najibnomics[1] rupa-rupanya lanjutan kepada episod besarnya Mahathirisme.

Belanja Besar Itu Sifat Najibnomics

Belanjawan 2011 bukan sahaja memberi keutamaan kepada projek mega, malahan pemimpin Kerajaan BESAR NAFSU mempunyai kecenderungan untuk mengagumi projek pembinaan infrastruktur besar-besaran sebagai warisan kepimpinannya. Menara Berkembar Petronas umpamanya disifatkan sebagai simbol kemegahan negara dan monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Tidak sampai dua tahun berkuasa, Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion diperkenalkan oleh Najib kepada rakyat jelata sebagai satu lagi kononnya mercu kebanggaan negara dan mendatangkan kesan limpahan ekonomi yang besar.

Daripada Mahathirisme kepada Najibnomics, saiz menjadi ukiran pencapaian agenda transformasi ekonomi negara. Alasan Najib untuk mempertahankan pembinaan Warisan Merdeka juga tiada bezanya dengan alasan penyokong Mahathirisme iaitu semakin besar sesuatu projek tersebut, semakin besarlah keuntungan yang diperolehi. Realitinya, semakin besar sesuatu projek tersebut, semakin besarlah tanggungan kerugian yang bakal dipikul oleh kerajaan. Apa yang dikesali, Najib didapati obses kepada teori ekonomi firaun Mahathir.

Era JPM BESAR Bermula

Ungkapan era kerajaan mengetahui segalanya sudahpun berakhir menimbulkan tanda tanya dalam benak fikiran rakyat. Sekiranya benar dakwaan Najib bahawa era kerajaan mengetahui segalanya sudahpun berakhir, nampaknya era JPM BESAR dan tahu segalanya sedang bermula dengan hebatnya!

Mengapakah dikatakan demikian? Hal ini kerana apabila perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berkembang sebanyak 33% sejak tahun 2007, perbelanjaan JPM melonjak sebanyak 130% dalam tempoh yang sama. Akibat pemusatan kuasa JPM, sekarang lebih 50 buah agensi terletak di bawah kendaliannya dan masih ditokok tambah tanpa segan dan sekatan. UNIK bukanlah agensi terakhir. UNIK bukanlah sesuatu yang unik.

Agensi-agensi penting yang sewajarnya bertanggungjawab kepada Parlimen seperti Petronas dianaktirikan kepada JPM atau lebih tepat Perdana Menteri. Lebih menghairankan, apakah rasionalnya meletakkan Biro Tatanegara (BTN) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah JPM? Malahan, Perdana Menteri sendiri turut menyelia 1MDB dan Ekuinas seolah-olah beliau sahajalah yang mengetahui segala-galanya. Langkah tersebut mirip penekanan seorang filasuf Perancis, Alexis de Tocqueville yang pernah menulis "A central power, however enlightened and wise imagines it to be, can never be alone foresee all the details of the life of a great nation. Such a task exceeds human strength"[2]

Kroni Besar Acuan Najibnomics

Amalan kronisme dengan kroni-kroni besar memang jelas dalam kedua-dua pentadbiran baik Mahathir ataupun Najib. Sistem ekonomi yang dikawal secara langsung dengan tahap penglibatan kerajaan yang keterlaluan merupakan faktor mengapa kronisme dan rasuah berleluasa di Malaysia. Rakyat telah menyaksikan bagaimana banyak syarikat besar negara telah diselamatkan oleh kerajaan atas alasan menyelamatkan pekerjaan. Atas mitos JPM BESAR dan tahu segalanya, keuntungan diswastakan manakala kerugian dinasionalisasikan.

Contohnya, kajian yang dilakukan oleh Simon Johnson dan Todd Minton menyimpulkan bahawa kronisme meningkat selaras dengan kawalan modal dan membuktikan bahawa hanya firma atau syarikat yang berkaitan dengan Mahathir mengalami kenaikan harga saham sejurus krisis Kewangan Asia pada tahun 1997.[3]

Jika diimbas kembali era Mahathirisme berpandukan buku Barry Wain, senarai yang disyaki mengandungi elemen skandal atau elemen kontroversi lain cukup besar saiznya secara total dan secara anggaran (KPRU_Lampiran). Contohnya, Mahathir pernah menyelamatkan syarikat Perwaja Steel daripada kerugian RM10 bilion. Masih ingat isu penyelamatan UEM? Masih ingat isu penyelamatan Renong menggunakan dana EPF?

Sementara Kerajaan BESAR NAFSU berhujah kuat mengenai pendapatan tinggi, amalan kroni besar membawa implikasi sebaliknya di mana yang berusaha dan bekerja dengan gigih terhukum kerana tidak mempunyai pertalian politik kepada kerajaan dan parti politik. Justeru, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. Sistem kapitalis dipersalahkan manakala demokrasi terpimpin ala Mahathir disanjung tinggi oleh Najib berikutan penjelmaan legasi negatif Mahathirisme dalam acuan terkini yang bernama Najibnomics.

Dimensi Politik Najibnomics

Jika diteliti belanjawan 2011, keunikan Najibnomics menonjol sekali dengan belanja besar, projek besar dan peruntukan besar JPM. Sesungguhnya, dimensi politik ala Mahathir juga mencorakkan pemerintahan Najib. Najibnomics terserlah dengan legasi politik Mahathirisme yang negatif.

Politik populis yang mendominasi pembentangan Belanjawan 2011 tidak lain tidak bukan tujuannya untuk meraih sokongan jutaan pengundi tanpa rasa bersalah terhadap kerosakan sistem ekonomi kemudiannya. Defisit yang terpaksa ditanggung hampir satu setengah dekad terus membengkak akibat projek mega yang tidak strategik mengikut keperluan politik Kerajaan BESAR NAFSU. Seterusnya, rakyat yang terus terpinggir dari arus dasar pembangunan mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan BESAR NAFSU.

Institusi kerajaan yang terlibat dalam gejala kronisme yang berasaskan politik naungan (patronage politics) dan budaya rent-seeking di Malaysia berlaku sejak era pemerintahan Mahathir lagi. Rosaknya sistem kehakiman, perundangan dan eksekutif akibat daripada perlanggaran hukum pengasingan kuasa ternyata membawa padah politik dan ekonomi negara. Rakyat pula terus dicengkam dengan pelbagai tekanan dan intimidasi daripada kerajaan. Keseluruhan jentera; polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya digunakan sepenuhnya untuk mencapai penguasaan secara total ke atas kehidupan rakyat jelata.

Daripada era Mahathirisme kepada Najibnomics, percubaan penguasaan hegemoni secara total dilakukan secara berterusan. Jika hari ini disuapkan dengan janji manis pendapatan tinggi dan gaji minimum, keesokan hari disuapkan pula dengan penekanan kebebasan media. Jika hari ini disuapkan dengan projek mega yang berangan-angan hendak menyentuh bulan yang membawa kegelapan, keesokan hari disuapkan pula dengan berita Wartawan Malaysiakini dihalau keluar dari Persidangan UMNO.

Tatkala rakyat dibuai dengan kehidupan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kebebasan ala Mahathir dijadikan rujukan utama Najib untuk menekan pembangkang, media alternatif serta gerakan massa! Najib secara terang-terangan menawarkan sejumlah wang kepada rakyat Sibu sewaktu pilihan raya kecil Sibu pada bulan Mei lalu. Kartunis Zunar menjadi mangsa ketidakadilan gara-gara menulis kisah satira politik Najib dan isteri.

Sejauh manakah kebebasan yang dikatakan oleh Mahathir dan Najib menjadi praktis di Malaysia? Bukankah Perlembagaan Persekutuan dan kehakiman sepatutnya menentukan semak dan imbang (check and balance) kuasa eksekutif daripada melanggar prinsip negara hukum? Bagi Mahathir dan Najib, isu keadilan sosial dan demokrasi bukanlah keutamaan pemerintahannya. Malahan, tiada pun "NKRA" untuk keadilan sosial dan tiada pun usaha untuk mengembalikan integriti sistem kehakiman negara.

Dalam kenyataan[4] yang lepas, KPRU pernah mencadangkan 5 Bidang Politik Utama Negara (NKPA) sebagai langkah perintis mengangkat kembali keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan negara. Apakah tuntutan pembaharuan dimensi politik dipandang berat oleh Kerajaan BESAR NAFSU bertunjangkan Najibnomics? Apakah pembaharuan dimensi ekonomi ala Najib dapat dilakukan tanpa pembaharuan dimensi politik?

Mahathir Yang Terus Fobia

Posted: 20 Oct 2010 10:26 PM PDT

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih terus fobia dengan kehadiran bekas Timbalannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam politik negara.

Fobianya Mahathir seolah-olah beliau sentiasa dihantui bayang-bayang Anwar, walau ke mana beliau pergi.

Sepatutnya pada usia extra emas seperti sekarang ini, bekas Presiden Umno itu harus banyak berehat dan meluangkan masa dengan anak cucu cicit. Tidak perlu hirau politik negara.

Baru-baru ini pun bekas PM itu dimasukkan ke sebuah hospital di Australia kerana keadaan kesihatannya tidak stabil. Ingatkan bila beliau dalam keadaan tidak sihat, beliau akan berhenti bersuara.

Namun, nampaknya Mahathir ini kata orang Utara jenis ‘ketegaq’ (keras kepala). Tidak hirau sakit demam, tidak hirau usia dah lanjut, masih hendak campur urusan politik juga.

Dalam satu sesi dialog pada program forum antarabangsa baru-baru ini, Anwar yang sudah dipecat, dipukul dan dihumban dalam penjara sejak 12 tahun lepas, masih menjadi ‘ulam’ beliau.

Katanya, keputusan mengheret Anwar ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 12 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat dan bukan konspirasi.

“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini, konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

“Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,” katanya pada sesi soal jawab itu.

Dakwanya, sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain kecuali Ketua Hakim Negara.

“Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,” katanya.

Bagi penulis, ironinya, mengapa selepas 12 tahun Anwar dipecat dan selepas tujuh tahun Mahathir bersara, beliau masih terpaksa mempertahankan tindakan memecat Anwar?

Bagaimana mungkin Mahathir boleh menafikan campur tangan beliau dalam urusan kehakiman negara. Semua orang tahu walaupun Ketua Hakim Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi ianya adalah di atas nasihat Perdana Menteri. Dalam logik mudah, PM yang berkuasa melantik Ketua Hakim.

Isu Mahathir campur tangan dalam kehakiman bukannya baru. Rakyat tidak lupa bagaimana beliau terbabit dalam konspirasi memecat Tun Salleh Abas pada tahun 1988 yang lalu.

Kes Tun Salleh adalah satu isu besar yang merosakkan sistem kehakiman negara, sehingga menyebabkan rakyat meragui keadilan mahkamah kita. Ini berlaku zaman Mahathir menjadi PM.

Jika pada waktu itu (1988) pun beliau sudah campur tangan, apakah tidak mungkin tahun 1998 beliau tidak campur tangan? Dah tua-tua begini usahlah Mahathir hendak nafi. Budak-budak sekarang sudah cerdik.

Dalam kes Anwar secara spesifik. Bagaimana Mahathir boleh mengatakan beliau tidak ada konspirasi dan tidak campurtangan, sedangkan Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah (arwah) dan penggantinya, Tan Sri Abdul Gani Patail, duduk di bawah ketiak PM?

Ketika Anwar dibawa ke mahkamah selepas beberapa hari ditahan dan diseksa, dipukul sehingga lebam mata, Mahathir beriya-iya mendakwa Anwar memukul diri sendiri untuk meraih simpati rakyat.

Akhirnya terbukti melalui satu suruhanjaya, didapati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor (ketika itu) yang memukul Anwar.

Ketegaqnya Mahathir ketika itu Allah sahaja yang tahu. Beliau beriya-iya mendakwa Anwar memukul dirinya sendiri, bila didapati sebaliknya, sedikit pun beliau tidak mahu meminta maaf.

Isu itu sudah lama berlalu, penulis sekadar mencatat sedikit rentetan sahaja.

Seterusnya, selepas Anwar dibebaskan pada November 2004, beliau tidak pernah menyerang Mahathir, malah enggan memburuk-burukkan bekas ketuanya.

Walaupun banyak kepahitan dialami Anwar, akibat daripada gelagat Mahathir, Anwar cuba ‘berjiwa besar’. Beliau enggan bertelingkah dengan orang yang sudah bersara. Biar banyak mana salah bekas PM tersebut, biarlah rakyat yang menghukumnya.

Namun bekas PM itu masih enggan duduk diam. Beliau terus menyerang dan mempersalahkan Anwar, di mana sahaja platform yang beliau sempat bersuara.

Mengapa Mahathir fobia sangat? Mengapa alergi sangat dengan Anwar? Khabarnya begitu fobia Mahathir dengan Anwar sehingga beliau enggan hadir ke majlis makan malam sempena 50 tahun Parlimen di PWTC, 15 Oktober lepas.

Pada majlis itu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi tetamu VVIP. Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir, Dato’ Seri Najib Tun Razak hadir, semua VIP dan sebahagian besar bekas Ahli Parlimen turut hadir. Entahlah mungkin juga masa itu Mahathir tidak sihat.

Oleh itu, jika Umno-BN semakin lemah, semakin ditolak rakyat, bukan semuanya 100 peratus kerana Anwar. Ada salah Mahathir, ada salah Abdullah Badawi dan ada juga salah Najib.

Apakah semua ini disuarakan kerana Mahathir bimbang, jika Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Persekutuan nanti, beliau akan disumbat ke dalam penjara?

Usahlah fikir macam itu, beliau dah terlalu tua, kesian juga kita kepadanya.

Sepatah komen Anwar sewaktu sembang-sembang sambil menunggu lif di Parlimen dengan penulis, dalam nada berseloroh, “Orang tua ini tidak habis-habis menyerang saya, nanti kalau dikata nyanyuk, marah pula.”

Kata-kata spontan Anwar itu disambut gelak besar rakan-rakan Ahli Parlimen yang berada di situ.

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Umno Lesapkan Wang, Saham Melayu

Posted: 21 Oct 2010 08:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 OKT : Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, saranan Presiden Umno yang menuntut semua pihak untuk tidak mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan dalam tindakan oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN).

"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa?.Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah?

"(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin," soalnya.

Beliau mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

Dalam teks ucapan Najib tersebut, dipetik menyorot peristiwa berkaitan perbalahan yang membabitkan perkauman pada abad ke-20 yang menyaksikan paparan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi "holocoust" di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

Najib turut dikatakan menyeru kepada generasi rakyat Malaysia yang mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mempertikaikan parti tunjang Barisan Nasional itu, apabila tidak menunjukkan sebarang langkah atau inisiatif yang proaktif diambil untuk membela nasib golongan miskin Melayu dan bumiputera.

"Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini. RM52 bilion sudah kena 'kebas'. Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama. Kontrak sosial untuk siapa. Untuk diri sendiri atau untuk rakyat?

"Kalau untuk diri sendiri, itu yang kita tentang, kerana kalau kita cakap tentang RM52 bilion, dia (Umno-BN) sendiri akui RM54 bilion yang diberikan tinggal RM2 bilion. Siapa yang ambil," soalnya.

Oleh kerana itu, Guan Eng mempersoalkan tindakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menghukum mereka yang didapati menyeleweng dan khianat kepada amanah yang diberikan.

"Kita tahu ini semua pemimpin dan kroni BN dan Umno yang dapat. Adakah kerana itu mereka tak mahu buat sebarang siasatan," dakwanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Anwar akan lancar jentera Keadilan dan Majlis umum calon Pakatan Rakyat di Galas

Posted: 20 Oct 2010 06:42 PM PDT


Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Galas, Kelantan

Sempena Majlis Perkenal Calon Pakatan Rakyat

21 Oktober 2010 (Khamis)

7.45 Mlm – Pelancaran Jentera Pilihanraya KeADILan

Pilihanraya Kecil Galas, Kelantan

Lokasi – Pejabat Operasi KeADILan PRK Galas

Blok E, PT 7816, Taman Mesra, Gua Musang

8.30 Mlm – Makan malam di Kesedar Inn

9.00 Mlm – Majlis Perkenal Calon Pakatan Rakyat

Pilihanraya Kecil Galas, Kelantan

Lokasi – Dataran Ilmu, Sebelah Masjid Faiz, Gua Musang

Penceramah:

1. YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

3. YB Lim Kit Siang

4. Perisytiharan Calon Pakatan Rakyat (PAS)


AMK KLGT

AMK KLGT


Posted: 21 Oct 2010 01:43 PM PDT


Timbalan Presiden: Cerita disebalik tabir

Posted: 21 Oct 2010 01:33 PM PDT



Sejak bulan Ogos lagi, Pak Akop sudah meramalkan Timbalan Presiden akan ditandingi oleh Zaid, Azmin dan Mus. Cuma ramalan Mus akan menarik diri masih belum menjadi kenyataan.

"Apa pendapat Pak Akop tentang pertandingan Timbalan Presiden?" tanya Nizam.

"Aku rasa….apabila tiba hari pertandingan, hanya dua calon saja akan bertanding. Kalau tengok kat sini, antara Zaid dengan Azmin. Mustaffa akan menarik diri bila Azmin masuk…dan deal dengan Azmin supaya meyokongnya untuk jawatan Naib Presiden." kata Pak Akop.

Dan semalam sudah sah, Zaid, Azmin dan Mus akan bertanding. Tapi itu setakat pencalonan, hari mengundi masih jauh lagi. 24 jam dalam politik adalah satu masa yang cukup panjang…macam-macam boleh berlaku. Malah tawar-menawar akan terus berlaku.

Aku nak imbas balik banyak perkara yang berlaku sejak dua bulan yang lepas.

Apabila Zaid mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, ada orang tak suka. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan Zaid tidak bertanding. Awal-awal lagi, berbagai tuduhan dilemparkan terhadap Zaid. Ada yang kata Zaid ditaja oleh Daim Zainudin. Ada yang kata Zaid bagi 20,000 setiap cabang..kemudian turun sehingga 5,000. Kemudian dikaitkan pula hubungan Zaid dengan Soh Chee Wen. Semuanya dilakukan untuk menghancurkan kredibiliti Zaid.

Dan Zaid hampir tumbang. Dia menawarkan untuk menarik diri sekiranya Khalid bertanding. Tapi ini pun bukan betul, cuma strategi sebab Khalid dah bagi tau siang-siang dia tak akan bertanding. Tapi kalau Khalid serius, Zaid akan tetap mengundurkan diri.

Dalam pada itu, Rahimi pulak buat sidang media. Kalau diamati apa yang berlaku pada sidang media tersebut…orang-orang yang menghalang sidang media Rahimi adalah Suresh Kumar. Ini orang kuat Mus. Dan dalam Malaysiakini, Mus juga bertanya "Siapa yang bawa Rahimi kepejabat Anwar.'

Nampak macam soalan Mus ni macam soalan bodoh. Dan Rahimi juga jawab..'Tanya kat Anwar la"

Hakikatnya, soalan ini masih tak terjawab. Siapa yang bawa Rahimi ke pejabat Anwar?

Yang marah dengan sidang media Rahimi ialah Mus. Yang kena teruk ialah Zaid. Yang untung dari sidang media tersebut sapa?

Sebaik saja sidang media Rahimi dibuat, tuduhan terus dibuat bahawa Zaid adalah dibelakang sidang media tersebut. That was the last straw for Zaid.

Zaid terus memanggil sidang media keesokan harinya. Aku pun tulis bahawa akan ada perkara sensasi yang akan diumumkan oleh Zaid. Sebenarnya, sidang media tersebut adalah untuk mengumumkan bahawa dia (Zaid) akan menarik diri dari bertanding sebarang jawatan. Fed-up dengan dirty politicking. Tetapi atas nasihat orang-orang tertentu, dia tak jadi mengumumkan untuk menarik diri, sebaliknya mengumumkan akan menarik diri kalau Nurul Izzah bertanding. ha..ha. Tiba-tiba nama Nurul Izzah naik. Memang surprise. Tapi masa tu, Zaid dah memang tau Nurul dapat 3 pencalonan.

Tup-tup, Khalid umum untuk bertanding Timbalan Presiden. Macam mana boleh jadi macam tu? Sapa yang suruh Khalid buat pengumuman?

Dan Khalid kata, dia akan buat keputusan berdasarkan nasihat think-tanknya seramai 4 orang. Betul ka? Dan adakah penarikan diri Khalid atas nasihat think-tanknya? Itu semua strategi. Mana ada think tank..

Sebaik saja Khalid mengumumkan untuk bertanding, tup-tup HQ buat pengumuman..Nurul layak bertanding Timbalan. tak haru ka? Dan bukan itu saja…Anwar pun sokong kalau Nurul bertanding!! Lagi sekali kita semua kena main. ha.ha.ha.

Minggu lepas memang haru biru. Khalid tak mau bertanding, tapi disuruh bertanding. Nurul nak bertanding, tapi disuruh jangan bertanding…itu dibelakang tabir. Tapi diluar, kita nampak Khalid nak bertanding…Nurul seolah-olah tak dapat nak buat keputusan. Itu la politik.

Pada 12/10 (Selasa)…Azmin dan Anwar berbincang di Jakarta. 13 Okt, maklumat tentang apa yang dibincangkan sudah diketahui. "Think-tank" Khalid akan memberi "nasihat" kepada Khalid supaya berundur. Dan Nurul akan bertanding Timbalan.

Semuanya ini dilakukan untuk memastikan Zaid tidak bertanding Timbalan. Kalau Nurul bertanding, Zaid kena ketepi..kalau tidak orang kata dia tak berprinsip. Tapi macam mana kalau Nurul menarik diri disaat akhir?

Pada 14 Okt, Nurul, Zaid, Wan Azizah dan seorang utusan Khalid berjumpa di suatu tempat. Terrence Netto mengesahkan perkara ini.

Another episode, not exactly relevant but indicative of where power really resides, had to do with a meeting last Thursday of PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail, Zaid Ibrahim, Nurul Izzah Anwar and a representative of Selangor MB Khalid Ibrahim.

The meeting resolved that Nurul would go for the deputy president's post while Zaid and Khalid would withdraw from the contest. The consensus was to be confirmed by 5pm, the following day.

But when two of the attendees were incommunicado at the appointed time of confirmation, all bets were off and Zaid the following day accepted nominations for the post, Khalid withdrew and Nurul lowered her sights to contending for party veep

Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah meminta Zaid dan Khalid menarik diri dan Nurul akan bertanding Timbalan. Dan semuanya bersetuju.

Pada 15 Okt…maklumat sampai mengatakan Nurul akan menarik diri dari Timbalan atas desakan tangan ghaib. Kalau ini berlaku, Timbalan Presiden akan ditandingi hanya oleh Mus dan Azmin.

Mus bukan lawan Azmin. Mus bukan pejuang yang berani menentang arus. Dia bermazhab Anwar dan apa saja kata Anwar, dia akan ikut. Kalau Anwar suruh dia tarik diri, dia akan tarik diri. Dan akhirnya, Azmin menang percuma.

Pada 16 Okt, memang benar..Nurul hanya bertanding jawatan Naib Presiden dan Khalid Ibrahim menarik diri. Kalau Zaid tak bertanding Timbalan, Azmin sudah boleh menempah baju melayu dan menyediakan ucapan kemenangan.

Itu baru takat Pencalonan. Dalam masa dua minggu ini…macm-macam lagi boleh terjadi. Dan pertandingan ini bukan lagi diantara Azmin, Zaid dan Mus…tapi ianya adalah pertandingan diantara Anwar, Azizah dan Nurul.

Dari Blog UREKA

MSK’s Dream Team: Timbalan Presiden (3)

Posted: 21 Oct 2010 01:30 PM PDT

Sebelum PRU 12 dulu, ini hujah BN terhadap BA+DAP. Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi.

1. Macam mana pembangkang nak memerintah sedangkan depa tak ada pengalaman?
2. Macam mana depa nak memerintah sedangkan depa sendiri dok beramuk? Pas tak boleh duduk dengan DAP.
3. Kalau pembangkang menang, hak Melayu habih tergadai.
4. Kalau pembangkang menang, Pas jadi boneka DAP.
5. Kalau pembangkang menang, negara hancur.
6. Anwar ejen CIA, ejen Yahudi.

Apa pula manifesto BA+DAP?

1. Kita akan hapuskan rasuah dan penyelewengan.
2. Kita akan memberikan keadilan kepada semua.
3. Kita akan memberikan kebebasan bersuara dan kebebasan media.
4. Kita akan kembalikan hak rakyat.
5. Kita akan pastikan sistem yang adil, telus dan berwibawa.

Hangpa sambung la lagi. Banyak janji-janji yang dibuat oleh BA+DAP.

Itu sebelum menang. Bila dah menang?

Sekarang ramai orang-orang PKR dah mula rasa keenakan memegang kuasa. Dan bila pegang kuasa, apa yang depa cakap?

Kita kata nak bagi keadilan untuk semua tapi bila Zaid nak bertanding, kita kata dia masih baru. Kesetiaan belum teruji.

Bila umno kata Anwar ejen Yahudi dan CIA, kita melenting. Mana bukti?
Tapi bila orang kata Zaid ejen Umno…terus percaya?

Kita jadi jaguh untuk kebebasan bersuara…tapi bila ditegur, kita melenting. Ciss…kurang ajar. Kita maki Umno takpa…tapi kalau ada orang tegur kita, melenting. Kurang ajar…tak hormat pemimpin.

Kita marah Utusan kutuk kita, tapi Harakah dan suara Keadilan ada cerita yang baik tentang Umno ka? Serupa saja.

Kita kutuk SPR yang tak adil dan tak telus. Tapi bila Zaid kutuk sistem kita yang dua kali lima, kita marah.

Aku kenal Zaid macam aku kenal Anwar. Cuma tengok dari jauh. Cuma dalam setahun dua ni baru aku ada peluang duduk sembang dengan Anwar. Itu pun secara berkumpulan.

Kali pertama aku berhadapan dengan Zaid ialah masa Majlis Dialog yang dianjurkan oleh AMK Perak kira-kira tiga bulan lalu. Dialog selama dua jam itu yang menarik minat aku. Bukan aku minat tentang kepetahan dia, tapi idea dia tentang Pakatan Rakyat dan macam mana nak ke Putrajaya. Frank and straightforward. Tak ada retorik…walaupun ada masanya sakit hati jugak bila dia kutuk PKR kerana masih lemah berbanding Pas dan DAP. Tapi apa yang dia cakap adalah realiti.

Lepas tu aku tak pernah jumpa dia. Aku tak minat nak jumpa orang 'atasan', tapi pasai dah terdesak, aku jumpa dia juga minta tolong.

Team aku sedang membangunkan sistem pemantauan pengundi untuk JPRP. SPR buat macam-macam kat Daftar Pemilih, menghilangkan pengundi, mengubah tempat mengundi..tapi sapa nak pantau apa yang SPR buat? Berapa banyak Cabang PKR yang ada Daftar Pemilih terkini? Kebanyakan Cabang tak tau pun Daerah Mengundi depa sudah berterabur. Hangpa pi la tanya …Cabang mana yang ada Daftar Pemilih terkini? Masa PRK Hulu Selangor, Dolah Sani sendiri tak tau Batang Kali dah ada 18 Daerah Mengundi. Dia masih pakai Daftar Pemilih 2008 yang ada 16 Daerah Mengundi.

Tapi nak buat sistem bukan murah. Nak beli Daftar Pemilih seluruh Malaysia memerlukan antara 60-70 ribu. Nak bayar programmer pun makan 10-20 ribu. Bukan senang nak menjejak 12 juta pengundi di Malaysia. Umno memperuntukkan 14 juta untuk membangunkan sistemnya. boleh tengok disini…http://sikap.com.my. Tapi hangpa tak boleh masuk kecuali ikut pintu belakang.

Aku cuma minta 300 ribu untuk menghasilkan sistem yang lebih baik dari itu. Dan JPRP setuju. Bayar ikut mana yang mampu…secara ansuran pun takpa.

Fasa pertama, kena beli Daftar Pemilih. Kami keluar 50 ribu. Dah siap…duit tak ada. 50 ribu hanya cukup untuk bayar programmer, dan Daftar Pemilih untuk 4-5 negeri.

Sampai sekarang, satu sen pun tak dapat dari parti. Modal hangus, member terpaksa jual Harrier. Aku tebai muka. Kereta tersadai kat workshop dah tiga bulan. Tapi aku tetap nak buat juga, sekurang-kurangnya…dapat beli daftar pemilih. Dan aku minta tolong kat Zaid, sebab orang kata dia banyak duit.

Zaid bagi tau, kalau nak daftar Pemilih dia boleh tolong dapatkan, kalau nak programmer, dia boleh dapatkan. Tapi kalau nak cash..sori la. Tak kan nak beli Daftar Pemilih pun parti tak mampu? Buat Kongres habih berjuta, nak beli Daftar Pemilih tak ada duit? Habih tang situ.

Aku kata, toksah nak beli Daftar Pemilih…nak hantar notis Mesyuarat Agung pun tak dak duit nak beli setem.

Macam tu nak pi Putrajaya? toksah la berangan-angan nak pi Putrajaya kalau parti pun teruk.

Kemudian demam Pemilihan pun bermula. Semua calon nak cari kaki. Dan kaki Zaid untuk Perak ialah Hj. Mail. Hj. Mail minta aku tolong, sebab dia rasa Zaid lebih baik. Dengan Mus, Hj. Mail tak ngam. Dengan Azmin, sejarah lama masih terngiang dikepala. Aku jadi derebar Hj. Mail. Dan kali kedua aku jumpa Zaid kat R&R Bukit Gantang makan kacang rebus dan pekena kopi O. Bukan kat hotel.

Tiba-tiba, Hj. Mail dapat jemputan dari Azmin untuk perjumpaan di Permatang Pauh. Hj. Mail kata dia saja nak pi tengok. Tapi bila balik, dia pusing 180 darjah. Sebabnya? If you're not with Azmin, you're out.

Memang Hj. Mail patut cakap macam tu, sebab bila dia lawan Azmin masa dia jadi Pengerusi PKR Perak dulu…dia out. This time, kalau Azmin menang, Mus gerenti out.

Hubungan dengan Zaid terputus.

Satu hari dalam bulan puasa, aku dijemput oleh seorang wakil Zuraida untuk berbuka puasa. Aku terima. Selepas berbuka, Kami berbual dan aku diminta untuk menulis tentang keburukan Zaid. Dibayar setiap bulan untuk menjadi blogger hantu.

Aku kata, tak payah jadi blogger hantu. Aku akan tulis di UREKA menggunakan nama aku sendiri. Dan aku akan dedahkan tentang keburukan Zaid. Zaid dikatakan disponsor oleh Daim Zainudin. Zaid bagi 10,000 untuk setiap cabang. Zaid adalah Trojan Horse. Aku minta bukti dan aku akan siarkan dalam UREKA. Kita singkir Zaid dari PKR. Aku setuju untuk menulis….right here in UREKA.

Tapi aku perlukan bukti, sebab dia ada banyak lawyer. Nanti kalau aku kena saman, naya saja. Dan kalau tak ada bukti dan tak ada orang yang mahu bertanggungjawab, aku tak mau. Huloq tengkok buat apa.

Zuraida gagal memberikan bukti. Sebaliknya dia menuduh aku jadi barua Zaid. Dan aku jadi macam Zaid. "Aku tak buat pun depa kutuk. Lebih baik aku masuk gelanggang."

Aku sokong Zuraida bila dia melancarkan "No to Gutter Politics". Sekarang aku sokong Zaid, "No to Umno Politics" sebab apa yang dibawa oleh Team Azmin dan Zuraida adalah politik Umno.


Dari Blog UREKA

MSK’s Dream Team: Timbalan Presiden (2)

Posted: 21 Oct 2010 01:29 PM PDT

Aku secara rasmi menjadi ahli Keadilan tahun 2002 bila pindah ke Kuala Kangsar tapi Parlimen Padang Rengas. Kali pertama aku jumpa Azmin sekitar tahun 2003. Masa tu pejabat Keadilan Padang Rengas menumpang disebuah stor buruk, ihsan dari seorang penyokong kat Pekan Lubuk Merbau. Nak sewa ofis, tak ada duit. AJK pun semuanya mengharapkan duit getah yang masa tu lebih kurang dua ringgit sekilo.

Aku diminta buat satu ceramah dan jemput Azmin. Nak cari modal untuk buat ceramah…mau antara 200-300 ringgit. Buat kutipan..tak sampai seratus ringgit.

Malam tu, Azmin sampai dengan Rexton. Disambut macam hero. Ada yang cium tangan. Fuh!!! itu bukan stail aku. Feudalistic. Ketika ahli-ahli bawahan berjuang sampai pecah tabung, Azmin datang dengan Rexton baru.

Lepas tu aku tak pernah jumpa Azmin. Sehinggalah Mesyuarat Agung di Sungai Petani untuk meluluskan percantuman dengan PRM. Masa tu baru aku jumpa macam-macam orang dan dengar macam-macam cerita. Tapi yang tu aku cuma marah kat Mus..sebab ketika orang lain mengundi untuk bersetuju atau tidak, dia buat PC kat hotel mengutuk parti. Pasal kutuk parti melalui media ni bukan perkara baru..Mus dah buat tahun 2003 dulu.

Tahun 2004, PRU 11. Aku jadi SU J/kuasa Pilihanraya Padang Rengas. Azmin jadi Pengarah Pilihanraya Pusat. Apa yang Azmin buat?

Bendera tak ada, poster tak ada, duit tok sah cakap la. Aku berhutang beli kain biru yang buat baju sekolah budak perempuan tu…dan buat bendera. Yang tu pun tak pa lagi.

Tapi bila Roslan Kassim and the gang keluar parti, yang tu cukup leceh. Habis pilihanraya, habis kambing sekandang bayar hutang. Sepatutnya aku dah lama keluar parti kalau nak difikirkan tentang duit.

Bila Anwar bebas, datang semangat baru. Lawan tetap lawan. Aku jadi Pengarah Pilihanraya PKR Padang Rengas. Dan Azmin pun melancarkan SISMEP. Keluar suratkhabar tentang PKR sudah ada sitem baru untuk menang pilihanraya. Aku pun pi KL untuk menerima sebuah fail yang tiga kali lebih tebal dari Quran. Tapi bila balik…hampas. Ramai Ketua Cabang yang bila dapat fail SISMEP, masuk dalam kotak dan tak pernah buka.

Yang diberi hanyalah hard-copy, tapi masterfile dalam bentuk soft copy termasuk sistem Azmin yang control. Semua orang ingat, Azmin memang terror sebagai Pengarah Pilihanraya. Tapi bila Saifuddin ambil alih jawatan tersebut, Saifudin dapat bilik kosong. Semua maklumat tentang Jawatankuasa Pilihanraya pusat kepunyaan Azmin, bukan kepunyaan parti. Bila Fuziah ambil alih, dapat la sikit-sikit dari Saifudin, tapi maklumat dan sistem, terpaksa menyembah Azmin.

Semasa Anwar dalam penjara, Azmin jadi bos. Sapa yang tak boleh ikut cakap dia, habis kena cantas. Tanya saja kepada semua yang keluar parti…mesti ada kaitan dengan Azmin. Tapi pasai apa bila keluar, tak ada yang kutuk Azmin? Sebaliknya semua kutuk Anwar atau Azizah. Yang tu heran jugak.

Malah kalau tanya Kak Wan, dia kata dia tak suka Azmin. Tapi bila tanya apa pasai…sapa pun tak mau jawab. Sebab kalau jawab, bukan Azmin yang kena…tapi kesannya akan kena pada Anwar.

Aku tak mau ambik pot tentang peribadi Azmin…tapi cara politiknya yang aku tak suka. Sebiji macam Umno. Bila PR memerintah Selangor, Azmin nak jadi Menteri Besar. Tapi Kak Wan lebih suka pada Khalid. Dan bila Khalid jadi Menteri besar, Azmin mula tikam dari belakang. Dan orang yang menjalankan kerja buruk dia ialah Manickavasagam. Habis cerita dalam seluar kena bongkar. Mana Mike dapat maklumat itu?

Semasa retreat di Shah Alam, teruk Khalid kena belasah. Sehingga memaksa Khalid membuat kenyataan dia tak akan bertanding apa-apa jawatan dalam parti. Azmin takut, kalau Khalid popular, alamat dia teruk.

Satu lagi retreat dibuat di Port Dickson dengan belanja hampir 30 ribu. Sapa tanggung?

Retreat tersebut diatur untuk mengutuk Khalid. Teruk lagi Khalid kena belasah. Dan orang yang membelasah Khalid adalah mereka yang berdiri dibelakang Azmin menyatakan sokongan.

Sebelum kongres di Kota Bharu berjalan, sekali lagi Azmin mengatur strategi untuk membelasah Khalid. Bila tiba masa perbahasan, lepas sorang-sorang balun Khalid. Adakah ianya berlaku secara sepontan? tidak. Ianya dirancang disebuah hotel di Kota Bharu. Dan dalangnya ialah Azmin.

Selesai kongres di Kota Bharu, Anwar terpaksa mengalah kepada Azmin. Khalid terpaksa melantik orang-orang Azmin kedalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Khalid mengumumkan kerajaan Selangor akan membelanjakan 15 juta ringgit untuk melawan dakyah BN. Dan peruntukan tersebut disalurkan melalui PIKOM. Diuruskan oleh Pengurus Kempen Azmin, Zack Pahang. Apa yang telah dibuat dengan peruntukan 15 juta? Apakah yang telah dibuat oleh PIKOM? TV Selangor macam tu juga. Blog Penarik Beca lagi popular dari TV Selangor atau Selangorkini.

Team Azmin boleh bergerak kesana sini, boleh buat majlis berbuka puasa di hotel, boleh buat majlis rumah terbuka disetiap Cabang, sebab ada peruntukan. Dan semua Team Azmin dapat habuan dari 15 juta peruntukan Kerajaan Selangor.

Sebiji macam Umno.

Paling aku berbulu ialah masa PRK Hulu Selangor. Sepatutnya tempat tu dah boleh menang, tapi oleh kerana ada pemimpin yang mensabotaj, lingkup. Buat kerja susah payah, ada pulak orang yang lebih pentingkan kuasa dia dari kemenangan parti. Malas aku nak ulang lagi.

Dan yang paling aku meluat, bila Kamarul buat sidang media mengatakan 20 Ahli Parlimen menyokong Azmin. Kemudian Yaakop Sapari pulak buat sidang media, 13 ADUN menyokong Azmin. Sebiji macam apa yang Anwar buat masa dalam Umno.

Aku tolak umno bukan pasai nama dia Umno. Tapi pasai budayanya. Kalau budaya itu juga dibuat dalam PKR..mampuih pi la.

Dengan duit yang banyak, Azmin mampu mencaturkan pemilihan dan pencalonan. Sapa yang lawan Azmin, alamat out. Dan bila orang kata Azmin akan menang dalam Pemilihan ini, aku juga percaya. Sebab ramai orang dalam PKR ni dah pokai. Dapat dua tiga ringgit pun, jadi la.

Sekarang, masing-masing cakap tentang Team Player.

If you're not in Azmin's team, you're not a team Player

Dari Blog UREKA

MSK’s Dream Team-Timbalan Presiden (1)

Posted: 21 Oct 2010 01:23 PM PDT

Diantara kepimpinan PKR, aku mula-mula kenal Mus…sebab dia Ketua Cabang Kuala Kangsar. Tahun 99, dia bertanding di Bagan Serai dan kalah. Bila kalah, dia lari ke Kuala Kangsar. Tahun 2004, dia bertanding di Bukit Chandan (DUN) dan Lumut (Parlimen).

Masa nak bertanding di Bukit Chandan, duit deposit semua parti bayar. Dan untuk menggerakkan jentera pilihanraya..Mus hanya bawa lima ratus ringgit. Dengan lima ratus ringgit nak tanding DUN? Akhirnya semua minta bantuan Pas. Nasib baik la ada kawan-kawan yang tolong bantu.

Lepas Pilihanraya, Mus hilang. Cuma balik Kuala Kangsar kalau ada orang panggil ceramah atau mesyuarat parti. Mesyuarat negeri tak pernah hadir dan Cabang Kuala Kangsar dibiarkan kepada Timbalan.

Tahun 2005, Hj. Osman letak jawatan Ketua PKR negeri dan juga Ketua Bahagian Pasir Salak. Mus tinggal Kuala Kangsar dan pergi memangku Bahagian Pasir Salak. Kalau ikut ceramah memang bagus, tapi kerja habuk pun tarak. Walaupun memangku jawatan Ketua Bahagian, seperti biasa dia tak hadir mesyuarat negeri, sebab Hj. Mail yang jadi Ketua PKR Perak.

Mus hanya terlibat dalam PKR Perak bila tiba pilihanraya. Habis pilihanraya, dia pun hilang. Mungkin terlalu sibuk di Kuala Lumpur.

Bila BN tewas di Perak, masing-masing berebut mahukan jawatan di Perak. Mus yang kalah pun melobi untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Tu yang buat Jamal marah sangat kat Mus. Hj. Osman yang dah letak jawatan pun melobi untuk balik menerajui PKR Perak.

Akhirnya Hj. Osman berjaya balik ke Perak apabila Anwar menyingkir Hj. Mail dengan bantuan Azmin. Tak sampai enam bulan Hj. Osman memerintah PKR Perak, Pakatan Rakyat Perak lingkup. Sehingga sekarang, aku masih marah kat Azmin kerana kerakusan dia untuk meletakkan Hj. Osman di Perak menyebabkan Pakatan Rakyat Perak lingkup. Dan aku salahkan Anwar juga sebab dengar cakap Azmin.

Bila Perak lingkup, Hj. Osman hilang. Cuma hadir di Perak bila ada mesyuarat atau ceramah. Bila ada Anwar..baru nampak muka dia.

Ramai yang mengharapkan Pilihanraya DUn akan diadakan di Perak. Dan peluang untuk PR mengambil balik Perak memang tinggi masa tu. Dan masa tu juga baru nampak Mus balik kePerak untuk mengintai kerusi Menteri Besar Perak kalau PR berjaya merampas kembali Perak.

Dengan lobi yang kuat, akhirnya Mus berjaya dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak apabila Hj. Osman disingkir. Perkara pertama yang dipromo di Perak ialah "Inilah bakal Menteri Besar Perak". Mus menonjolkan imejnya lebih besar dari parti. Dia mengumumkan pelbagai perancangan dan pelancaran…tapi semuanya hanyut.

Mus melancarkan HADARI. (Harapan Baru Darul Riduan). Dengar nama HADARI pun pun nak gelak. Dia lancarkan GEMA. (Gerakan Mencari Ahli)..Tapi semuanya retorik. Macam mana nak buat kalau takat air liur?

Pasal glamer, memang nombor satu. Dalam setiap program, gambar Mus mesti lebih besar dari orang lain. Malah lebih besar dari Anwar. Keghairahan Mus untuk menonjolkan dirinya menyebabkan dia dikenali sebagai Mat Gambor. Tapi takat tu saja.

Perlantikan Mus sebagai Ketua PKR Perak pada mulanya disambut dengan penuh harapan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Mereka merasakan Mus mampu berganding dengan Pas untuk membentuk imej yang lebih baik dikalangan orang Melayu, terutamanya selepas Jamal dan Osman melompat.

Tapi tak lama….pemimpin Pas Perak kecewa dengan Mus kerana Mus jarang datang mesyuarat Pakatan Rakyat. Mus hanya menghantar Madzi sebagai wakil. Malah pernah menghantar Kesavan untuk mesyuarat Pakatan Rakyat. Banyak keputusan tak dapat dibuat keranan Mus tak datang mesyuarat. Akhirnya, Pas dan DAP buat sesama depa dan PKR sering ketinggalan.

Ramai ahli PKR marah kat Pas dan DAP sebab depa buat program tak panggil PKR…tapi nak buat macam mana kalau Pengerusi PKR Perak pun buat tak layan kat mesyuarat Pakatan?

Tumpuan Mus bukan nak memperkukuhkan parti, tapi nak cari kerusi selamat. Mula-mula dia nak ke Behrang. Tapi bila orang Tanjung Malim tak mau dia, dia nak lari ke Parit Buntar mengintai kerusi Kuala Kurau. Tak kan Yunus nak lepas kot? So hangpa tau pasai apa Mus tak boleh nak bersemuka dengan AMK Perak?

Lepas tu dia intai Bagan Serai. Last-last, bila tak ada tempat yang sanggup memberikan ruang kepadanya, baru la Mus balik ke Pasir Salak. Tapi orang Pasir Salak dah kecewa. Depa panggil balik Hj. Osman.

Mus bawa Anwar ke Pasir Salak untuk mencari populariti. Program-program besar semuanya dibuat di Pasir Salak dengan harapan orang Pasir Salak akan melihat kehebatan Mus. Tapi orang bawahan bukan nak tengok pandai mana hangpa bodek pemimpin atasan. Orang bawahan nak tengok apa yang hangpa buat untuk depa.

Sepanjang pemerintahan Mus sebagai pengerusi MPN Perak, yang dapat aku tengok hanyalah program-program glamer yang hanya mahu menonjolkan imej Mus. Tapi terlebih sangat sampai orang meluat. Kalau kat ceramah Pas pun dia dok edar flyer tentang biodatanya…apa cerita?

Nak cari pemimpin PKR yang dapat menyaingi Nizar..memang tak ada. Semua orang mengharapkan Mus untuk naik, tapi Mus gagal.

Dia bukan saja gagal untuk memperkukuhkan PKR Perak..malah kat peringkat Cabang pun gagal.

Macam mana aku nak sokong dia? Mungkin ada yang akan bagi alasan sebab dia banyak tanggungjawab yang dia nak buat. Biro antarabangsa la. Biro latihan la…

Kalau tak ada masa..tak payah la tanding Timbalan. Nanti itu pulak dijadikan alasan.

Dari UREKA

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Jonah Harus Bersihkan Diri Segala Fitnah

Posted: 21 Oct 2010 04:47 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nasib peniaga di kawasan selamat UMNO di Melaka

Posted: 20 Oct 2010 08:16 PM PDT

Baca sendiri nasib peniaga di kawasan selamat di Melaka. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat. Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

Saman tidak relevan: Peniaga
Sinar Harian 21 Okt 2010

ALOR GAJAH - Seramai 50 peniaga barang basah di pekan Alor Gajah, dekat sini, melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang tidak berasas dan bersikap biadab terhadap mereka.

Kumpulan peniaga itu mendakwa mereka menerima tekanan apabila menerima saman setiap bulan daripada anggota penguat kuasa MPAG yang berusaha mencari pelbagai alasan untuk menyaman peniaga itu dan turut menggunakan bahasa kesat.

Peniaga ditemui, Leong Mei Wah, 47, berkata, dia disaman anggota penguat kuasa MPAG atas alasan meletakkan bekas tempat mengisi barang di luar kawasan tapak perniagaan sedangkan dalam satu perjumpaan telah dimaklumkan tentang kawasan yang dibenarkan untuk meletak barang.

Dia bukan sahaja diarah menunjukkan surat hitam putih kepada anggota penguat kuasa yang datang menerjah, sebaliknya mendakwa tapak berniaganya kotor dan pelbagai alasan diberikan sehingga mengeluarkan kompaun ke atas perniagaannya.

"Saya letak bekas ini dekat sini sebab saya berniaga setiap hari, sukar sekiranya saya hendak membawa barang pulang setiap hari dan sehingga kini sudah dua saman saya terima, satu pada bulan lepas dan satu lagi tiga hari lalu.

"Dia datang saman satu kedai RM50 kadang-kadang dalam satu hari berniaga tidak dapat hasil pun, tetapi kena saman, mana boleh tahan kalau sering disaman, kami cari makan. Bila mereka datang terjah pelanggan lari sebab takut tengok mereka.

Saemah Yusuf, 48, berkata, perniagaannya terjejas sejak tindakan anggota penguat kuasa MPAG sering mengeluarkan kompaun sehingga hampir 70 peratus hasil pendapatannya sekali gus menyebabkan dia hilang punca pendapatan, sebaliknya ditambah dengan baya-ran kompaun yang terpaksa dilunaskan.

"Setiap hari mereka tekan kami dengan saman, kalau sering begini bagaimana kami mahu makan, duit berniaga habis bayar saman sahaja, bukan peniaga sahaja disaman, sebaliknya pelanggan yang tengah beli barang turut terkejut apabila kenderaan mereka disaman," katanya.

Selain itu, janji pihak berkenaan ingin memasang bumbung turut tidak dilaksanakan menyebabkan peniaga di sini terpaksa basah setiap kali hujan," katanya.

Peniaga buah-buahan ditemui, Mohd Radzi Rosli, 27, berkata, dia menerima 14 saman sejak bulan puasa lalu dan menerima kata-kata kurang kesat daripada anggota penguat kuasa bertugas.

"Sudahlah mengeluarkan kata-kata kesat, kemudian mereka pergi buat laporan polis mengatakan saya pula yang mahu ajak mereka bertumbuk.

"Kami ini peniaga cari makan, kami tidak kacau kerja orang lain, tetapi ini yang kami terima kata-kata kesat, herdikan, tohmahan, laporan polis dan sebagainya," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8315321.asp

Nasib penduduk di kawasan selamat UMNO di Pahang

Posted: 20 Oct 2010 06:26 PM PDT




Tengok sendiri penduduk di kawasan selamat di Pahang. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat. Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

JAMBATAN GANTUNG KIAN UZUR

Utusan Malaysia 21 Okt 2010

KUALA LIPIS 20 Okt. - Seramai 350 penduduk Kampung Kuala Kechau, dekat sini berdepan dengan risiko keselamatan berikutan jambatan gantung yang menyeberangi Sungai Kechau di kampung itu semakin uzur.

Struktur jambatan sepanjang 60 meter yang menghubungkan Kampung Kechau dan Kampung Cherba yang usang itu boleh menyebabkan ia terputus dan jatuh ke dalam sungai pada bila-bila masa, sekali gus mengundang padah kepada penduduk.

Menurut penduduk, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan mereka untuk menyeberang sungai bagi menjalankan urusan seharian.

Selama ini, kata mereka, jambatan itu menjadi laluan utama penduduk ke kebun dan ke bandar Jerantut selain kemudahan pelajar ke sekolah dan menunaikan solat Jumaat.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kampung itu mendapati, lapan tali penahan lantai jambatan putus manakala tali di bahagian lain juga bakal mengalami nasib sama.

Seorang penduduk Kuala Kechau, Mohd. Asri Jaafar, 44, berkata, jambatan berkenaan tidak sesuai lagi digunakan kerana banyak tali pengikat lantai putus dan strukturnya semakin uzur.

"Tali besi penghadang di kiri kanan laluan kini tidak kukuh dan hampir putus yang boleh mengundang bahaya kepada penduduk melintasinya setiap hari," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurutnya, lantai jambatan berkenaan dimakan usia dan licin ketika hujan menyebabkan motosikal dan basikal mudah tergelincir.

Rakannya, Mohd. Zukri Ismail, 49, berkata, jambatan gantung itu bergoyang dengan kuat apabila dilalui kenderaan dan pejalan kaki kerana tali besi pengikatnya longgar dan berkarat.

"Ramai penduduk termasuk penunggang motosikal terjatuh ke dalam sungai akibat tergelincir ketika melalui jambatan ini," katanya.

Mohd. Zukri berkata, jambatan itu juga kerap ditenggelami banjir pada musim tengkujuh.

Katanya, penduduk berharap kerajaan negeri membaik pulih jambatan itu atau menggantikannya dengan jambatan konkrit untuk kemudahan penduduk menjalankan urusan seharian mereka.

Seorang penduduk Kampung Cherba, Ahmad Omar, 18, berkata, jika jambatan itu tidak dibaiki, penduduk terpaksa mencari alternatif menggunakan perahu atau bot untuk menyeberangi sungai itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman ketika dihubungi berkata, pihaknya menyedari masalah yang dihadapi penduduk terbabit dan mengemukakan isu itu ke mesyuarat Majlis Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk dapatkan peruntukan membaiki jambatan itu.

"Kita meneliti dan cuba menyelesaikan masalah berkenaan. Saya harap penduduk bersabar kerana kerajaan negeri beri keutamaan untuk baik pulih jambatan ini," katanya.

Beliau meminta penduduk mengutamakan aspek keselamatan jika menggunakan bot atau perahu dengan memakai jaket bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm


GADAI NYAWA JAMBATAN GANTUNG USANG

Kerosakan jambatan

Berita Harian 14 Jun 2010 .

PENDUDUK Kampung Beriang dan Kampung Pamah Aur menggadai nyawa setiap hari meniti jambatan gantung usang.Penduduk meniti jambatan usang setiap hari

KUALA LIPIS: Lebih 450 penduduk Kampung Beriang dan Kampung Pamah Aur dekat sini menggadai nyawa setiap hari meniti jambatan gantung usang yang menghubungkan kedua-dua kampung itu sejak lima bulan lalu.

Jambatan gantung yang berusia lebih 30 tahun itu menjadi laluan utama penduduk berulang alik sama ada untuk mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan aktiviti harian, termasuk ke surau. Penduduk, Wan Mohd Arif Wan Ahmad, 73, berkata mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyeberangi Sungai Tanum yang menghubungi kedua-dua kampung kerana jambatan gantung itu adalah jalan pintas dan menjimatkan masa.

"Paling membimbangkan penduduk kampung ialah keselamatan dan nyawa anak-anak kecil dan pelajar yang menyeberangi sungai setiap pagi untuk ke sekolah.

"Pelajar sekolah terdedah kepada bahaya kerana tempat pemijak licin dibasahi embun pagi dan mereka boleh tergelincir ke dalam sungai jika tidak berhati-hati," katanya.

Beliau berkata, jambatan itu mengalami kerosakan kesan daripada banjir yang berlaku awal tahun lalu menyebabkan tempat pejalan kaki tidak dapat digunakan lagi kerana ia senget hampir 90 darjah.

Saleh Mamat, 69, berkata, mereka terpaksa memijak jaring penghadang keselamatan yang diperbuat daripada dawai untuk menyeberang dan meniti dengan berhati-hati sambil tangan berpaut pada besi untuk mengelak dan menahan daripada tergelincir.

"Konkrit yang menjadi penghubung utama di kedua-dua jambatan sepanjang 200 meter dan lebar 1.5 meter itu turut tercabut.

"Kami juga bimbang keselamatan nyawa warga emas yang mengadu sakit atau pening kepala ketika menyeberangi jambatan itu yang berayun dan beralun menyebabkan warga emas boleh terjatuh ke dalam sungai," katanya.

Beliau berkata, penduduk kampung dimaklumkan kerajaan akan membina jambatan baru yang dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui agensi kementerian itu iaitu Risda dengan perbelanjaan RM250,000.

"Kami difahamkan urusan tender dan kerja teknikal akan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lipis.

"Bagaimanapun kami terkilan kerana terpaksa mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakannya kerana mengikut prosedur," katanya.

Katanya, kerosakan jambatan gantung yang sangat teruk sejak lima bulan lalu perlu diganti segera sebelum ada nyawa yang terkorban.

Penduduk Kampung Pamah Aur, Norazman Mohamad, 40, berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan khas atau kecemasan membina projek yang mendapat keutamaan bagi menjaga keselamatan rakyat.

Norazman yang mempunyai tiga anak bekerja sebagai penoreh getah dan terpaksa menggunakan dua motosikal untuk menjalankan kerja dan urusan hariannya itu sejak jambatan gantung berkenaan rosak.

Katanya, sebuah motosikal di letak di Kampung Beriang dan sebuah lagi di Kampung Pamah Aur kerana motosikal tidak lagi boleh digunakan untuk menyeberangi sungai Tanum.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Gadainyawa/Article