Khamis, 21 Oktober 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


"SANTA PAK LEBAI TV3"

Posted: 20 Oct 2010 11:48 PM PDT



Salam 2 all.

Hari  ini soalan saya telah naik untuk dijawab oleh Menteri dalam Dewan Rakyat. Soalannya ialah:

1. apakah langkah yang diambil berkaitan penyeliaan, pengawalan dan penguatkuasaan berkaitan hasutan agama dan perkauman di media alektroni8k dan siber; dan

2. apakah langkah dan tindakanyang diambil terhadap TV3 yang menyiarkan iklan"Sinari Lebaran" yang jelas menghina dan mengaibkan Islam. Berikan butiran mereka yang terlibat dengan pembikinan dan penyiaran iklan tersebut.

Saperti yang sedi8a maklum, saya telah memberikan kritikan keras terhadap iklan tersebut pada masa mula-mula ianya disiarkan (sila lihat tulisan saya sebelum ini). Saya juga te3lah membuat kenyataan akhbar dan melapurkannya kepada pihak berkuasa. Sejak daripada itu saya sentiasa membuat susulan dan akhirnya mengambil kesempatan daripada sidang Parlimen utnuk membangkitkan isu ini.

Akhirnya Menteri memberikan jawapannya hari ini dengan menyatakan bahawa SKMM telah mengenakan kompaun sebanyak RM50,000-00 terhadap pihak TV3 atas iklan tersebut. Saya berpendapat denda tersebut adalah ti8dak memadai. Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak penguruusan, editorial dan penerbitan yang menyebabkan iklan tersebut disiarkan. Juga mesti ada akujanji dan jaminan daripada pihak TV3 bahawa kesalahan saperti itu tidak akan berulang lagi.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

12 Zul Qaedah 1431

21 Okt 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran daripada MalaysiaKini hari ini

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan "menghina dan mengapi-apikan".

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan "Sinari Lebran".

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut "menghina dan menjatuhkan martabat Islam".

"Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3," kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.


Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan "fitnah perkauman dan agama" menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

"Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negara" katanya.

TRANSFORMASI MELAYU?

Posted: 20 Oct 2010 07:51 PM PDT

Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersidang kepada ahli dan kepimpinan UMNO. Kelihatan topik yang yang menjadi tumpuan adalah persoalan tranformasi bangsa Melayu, terutamanya dalam menghadapi pilihanraya akan datang dengan tujuan untuk memastikan tunggak pemerintahan kekal kepada bangsa Melayu.

Saya tertarik dengan ungkapan dan kenyataan bahawa bangsa Melayu perlu berubah dan menerima hakikat lanskap politik negara sudah berubah. Untuk mengekalkan kuasa, bangsa Melayu perlu berusaha mendapatkan sokongan bukan Melayu, kerana tanpa sokongan mereka senario mengerikan dijangka berlaku; UMNO mungkin hilang lebih 50 kerusi Parlimen!

Saya ada membuat kenyataan ringkas didalam tweet "umat Islam tidak memerlukan sokongan kafir, sebaliknya kita memerlukan sokongan ALLAH. Jagalah hablumminallah, pasti ALLAH akan jaga hablumminannas".

Saya tidak menafikan bahawa negara ini walaupun majoritinya bangsa Melayu, tetapi terdapat jumlah bukan Melayu yang agak signifikan. Dan kehadiran mereka boleh memberi impak kepada suasana politik negara; kerana mereka juga adalah pengundi berdaftar. Ia tidak bermaksud kita mesti mengenepikan mereka, apatah lagi menganaktirikan bukan Islam. Buka itu maksudnya.

Apa yang saya maksudkan didalam mesej tweet tersebut ialah walaupun undi bukan Islam itu penting, tetapi kita umat Islam tidak perlulah terhegeh-hegeh sampai menggadai aqidah, prinsip dan perjuangan kita semata-mata untuk mendapat undi mereka.

Ini sampai anak bini pun digadai-politikkan, arak yang jelas haram kini halal hasilnya, kuil hindu nak bina diperumahan umat Islam pun wokey, sampai nama ALLAH pun nak jual jugak!! Sehingga hak dan kedudukan kita sendiri terhakis. Umat dan bangsa sendiri terasa saperti di anaktirikan. Mempertahan dan membela bangsa dan agama kini menjadi saperti satu dosa besar didalam tanah air sendiri! Sehingga dikenakan tindakan dan pendakwaan. Namun apabila orang lain memaki hamun dan menghina kita, semuanya halal dan boleh sahaja atas nama nak tarik undi dan sokongan mereka.

Itu yang saya maksudkan bahawa yang lebih penting untuk kita ialah sokongan dari ALLAH. Maksud sokongan ALLAH ini ialah kita jaga hablumminallah. Jaga hubungan kita dengan ALLAH dalam semua aspek. Dan kita bantu agama ALLAH. "Intan surullah hayansurkum, wayusabbit aqdaamakum-jika kamu membantu agama ALLAH, maka ALLAH pasti akan membantu kamu".

Dan apabila kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH, memastikan aqidah terpelihara, hukum hakamNya kita laksanakan, suruhanNya kita laksanakan, laranganNya kita tinggalkan, insyallah pasti ALLAH akan menolong kita. Dan termasuk dalam hablumminallah ini ialah melaksanakan perintah ALLAH supaya kita memelihara dan menjaga kebajikan golongan bukan Islam. Hak beribadah mereka, keperluan asasi mereka, masalah kesihatan mereka, pendidikan dan pelajaran anak-anak mereka, perumahan dan kelengkapan mereka; ini semua adalah tanggungjawab yang telah ALLAH pikulkan keatas bahu kita golongan muqmin.

Diwaktu yang sama, kita mesti melaksanakan pemerintahan dan kepimpinan dengan adil dan saksama. Menjauhkan diri daripada sikap takabbur dan tinggi diri. Menghalang diri daripada 'amalan rasuah dan salahguna kuasa yang dikutuk ALLAH. Dan menjalani kehidupan menurut saperti Rasulullah dan para sahabat.

Kalau ini semua kita lakukan, kalau hablumminallah, hubungan dengan ALLAH kita pelihara; maka yakinlah, ALLAH akan memelihara hablumminannas..hubungan kita dengan manusia. ALLAH akan campakkan perasaan gerun  dan hormat musuh kepada kita. ALLAH adalah tuanpunya hati manusia, dan Dia boleh menterbalikkan hati manusia kepada kita jika Ia menghendaki. Itu adalah kuasa mutlak ALLAH.

Nasihat saya kepada diri sendiri dan sahabat saudara semua, janganlah kita terpedaya dengan dakyah bahawa yang menentukan kekuasaan kita ialah undi manusia; apatah lagi undi daripada bukan Islam. Bukan. Ianya adalah ketentuan ALLAH, penentuannya datang daripada ALLAH. Jika ALLAH menghendaki, pasti akan diberikannya pemerintahan dan kekuasaan itu kepada kita. Dan sudah pasti ALLAH akan mewariskan kepimpinan manusia kepada kita, sekiranya kita menepati syarat-syarat untuk menerima kepimpinan itu daripada ALLAH. Dan kepimpinan yang datang daripada anugerah ALLAH itu sudah pasti adalah kepimpinan yang diberkatiNya. Dan untuk memenuhi syarat mendapat nasrullah dan bantuan ALLAH ini, hablumminallah, hubungan dengan ALLAH itu mestilah dijaga dan dipertahankan..at all cost!!

Pada saya, tranformasi bangsa Melayu akan lebih meyakinkan dan mendapat keberkatan dan nasrullah hanya apabila bangsa Melayu kembali kepada Islam. Saperti yang pernah saya sebut sebelum ini, kekuatan bangsa Melayu letaknya pada huruf 'Mim', kerana "Mim" lah yang melengkapkan Melayu. Tanpa huruf "Mim", yang tinggal hanyalah "Lam Alif Ya Wau" - Layu!!

'Mim' itu adalah Muslim. Melayu yang benar-benar Muslim akan menjadikan bangsa itu kuat. Dan apabila bangsa itu meninggalkan Islam, ia akan layu tanpa meninggalkan kesan. Ingatlah pesan ALLAH, "kuntum khoira ummatin ukhrijat linnas; ta' muru nabil ma'ruf, wayanhau na 'anil mungkar, watu' minu nabillah". Kamu akan menjadi contoh ikutan manusia, apabila kamu menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada ALLAH.

Selamat bersidang.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Khamis

12 Zul Qaedah 1431

21 Okt 2010

Tiada ulasan: