Isnin, 18 Oktober 2010

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Your MP is concerned - and will get to the bottom of this

Posted: 18 Oct 2010 12:52 AM PDT

41 Selayang traders see red


by Llew-Ann Phang



PETALING JAYA (Oct 17, 2010): The Selayang Municipal Council (MPS) has "outsourced" the management of an industrial park in Desa Aman Puri to a private company, raising the ire of traders who find that their monthly rentals have increased by 120%.

The livelihoods of 41 petty traders are now at the mercy of Property Development T&L Sdn Bhd, which is the beneficiary of the privatisation agreement.



In late August, the traders were given a notice from the company's lawyers stating that Property Development T&L would be taking over the management of the Bukit Desa Industrial Park from Oct 1, under a build, operate and transfer (BOT) scheme.



On Oct 2, the traders received a set of to-dos, which included an increase in their monthly rental from RM450 to RM1,000.



They were also told the deposit needed to be paid by last Friday, failing which they would have to vacate their units.



"If I lose this spot, I have nowhere else to go and this is my bread and butter we're talking about," said trader Farid Ahmad, 36 who alerted theSun. He has been operating there for four years.



"We cannot afford to fork out so much money because we're only small-time operators."



The traders have written to Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Selangor executive councilor for local government Ronnie Liu, Subang MP Sivarasa Rasiah and MPS president Datuk Zainal Abidin Azim to highlight their plight.



An MPS official said the BOT agreement which allowed Property Development T&L to take over was brought up at a Privatisation Committee meeting on June 23.



"The matter was agreed upon at the council's full board meeting on June 29 and as a result, the company has authority over rent, the management of the premise and its conditions," a spokesman said.



All's not lost, however, as Liu has fixed a meeting among all the parties on Friday.



"The meeting will involve the tenants, MPS, the company and councillor Lee Khai Loon and it will also discuss the rate to be charged," Liu said.



He said the privatisation agreement for the stretch of stalls and workshops was signed before the 2008 general election.



"It was under (former mentri besar Datuk Seri Dr Mohammad) Khir Toyo and has nothing to do with Ronnie Liu," he said.



"The agreement states that the company would be able to take over the operations of the development. However, I was told by the MPS president that there is a clause in the agreement that allows him to have a say in the rental rates and he is now stepping in to help the traders." -- theSun

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Menteri Angkuh, Ketepikan Keluhan Peneroka

Posted: 18 Oct 2010 05:35 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersikap angkuh dan semborono dengan mengetepikan sahaja keluhan peneroka yang mengadu berkenaan lembaga berkenaan.

Sebelum ini, pada 7 Oktober lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Felda bersedia memberikan wang tanam semula sebanyak RM17,000 kepada peneroka tetapi dengan syarat peneroka perlu membuat tanaman semula mengikut panduan yang ditetapkan.

Dalam hujah beliau di Dewan Rakyat pagi tadi, Anwar menjelaskan tindakan ini bermaksud bantahan dan isu yang diketengahkan oleh para Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkenaan Felda selama ini berjaya menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab terhadap organisasi berkenaan.

“Saya tidak pertikai maksud baik awal Rancangan Felda dan beberapa faedah serta nikmat yang diperolehi, tetapi seperti mana yang kita tekankan, wajar diberikan penilaian dan pertimbangan semula kerana lebih ramai masyarakat Felda merasakan ada bentuk ketidakadilan berlaku,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Katanya lagi, wang tanam semula tidak diberikan sebelum ini bagi mengelakkan wang tersebut disalah gunakan oleh para peneroka.

“Persoalannya sekarang, adakah benar ini akan dilaksanakan? Kita menuntut, rakan-rakan kita nak tanya, bila nak laksanakan?

“Kenapa ada peneroka yang telah menanam sendiri lima, malah sepuluh tahun, wang tanam semula tidak diperolehi?” kata beliau.

Anwar seterusnya menyatakan jika isu ini berkenaan membantu keluarga dan rakan Umno-Barisan Nasional(BN), segera dilakukan tetapi perihal membantu masyarakat kampung termasuk kaum Melayu sendiri tidak kesampaian walaupun menunggu sepuluh tahun.

Katanya lagi, para peneroka terpaksa menyaman Felda kerana kegagalan Felda membayar wang penanaman semula walaupun rundingan dibuat begitu lama.

“Ini keluhan yang mereka (peneroka Felda) keluarkan. Mengapa para peneroka Felda berani bawa kes ini ke makhamah?” tegasnya.

Sebabnya mudah dakwa Anwar, kerana mereka terdesak, bawa ke Felda tiada harapan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Mengapa Lantik 1MDB Yang Belum Teruji?

Posted: 18 Oct 2010 05:31 AM PDT

Dari Malaysiakini

Kerajaan mengambil risiko besar dengan melantik syarikat baru 1Malaysia Pembangunan Berhad (1MDB) sebagai pemaju hub bernilai muti-bilion ringgit, kata Ktua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan perbahasannya mengenai Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Anwar berkata IMDB baru berusia tidak sampai setahun dan tidak mempunyai rekod prestasi untuk membuktikan ia mampu mengendalikan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianggarkan membabitkan kos RM26 bilion.

Anwar mengingatkan Dewan Rakyat bahawa syarikat berkenaan berkaitan dengan jutawan Low Taek jho, yang lebih dikenali sebagai jho Low, menakala latar belakang syarikat itu juga meragukan.

“Saya tidak cemburu Jho Low menghabiskan masa dengan Paris Hilton, tetapi hakikatnya, selepas menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat, 1MDB tidak mempunyai alamat perniagaan dan tidak ada juruaudit dilantik,” katanya.

Anwar berkata, turut meragukan ialah ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut hanya hanya melaporkan pada Okt 12, bahawa mereka membuat keuntungan RM425 juta, hanya beberapa hari sebelum bajet dibentang.

Oleh itu, beliau mempertikaikan bBagaimana kerajaan boleh meluluskan syarikat berkenaan mengendalikan projek berkepentingan nasional seperti itu.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Projek Mega Najib Petanda Empayar BN Bakal Runtuh

Posted: 18 Oct 2010 05:30 AM PDT

Dari The Malaysian Insider

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Sambil mengkritik pentadbiran Najib juga sudah mula boros dengan projek-projek mega atas alasan mahu merancakkan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia petanda awal empayar Barisan Nasional (BN) kini di ambang keruntuhan.

"Keghairahan kerajaan untuk menunjukkan elemen mega (dengan membina monumen) adalah petanda kejatuhan empayar mereka. Kami akan berdoa agar ia akan terjadi," kata ketua pembangkang (gambar) ini di Dewan Rakyat ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.

"Tindakan terburu-buru untuk melaksanakan projek-projek mega, yang kononnya bagi menggambarkan kemegahan negara, kini diulangi oleh kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semasa," kata beliau.

"Di sini, saya hendak bertanya mengenai kebijaksanaan Permodalan Nasional Berhad menerima arahan daripada kerajaan untuk melibatkan diri dalam projek raksasa ini," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

Dalam Bajet 2011 yang diumumkan Jumaat lalu, Najib antara lain mengumumkan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan.

Projek itu dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Turut diumumkan ialah pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

Najib berkata, "di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara."

"Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka.

"Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada tahun 2015," kata Najib.

Anwar pula berhujah, pembinaan Menara Berkembar Petronas pada 1990-an dengan sendiri telah menelan kos RM6 bilion.

Kata Penasihat PKR ini ia tidak termasuk kos tanah sebanyak RM900 juta, taman KLCC RM200 juta dan Dewan Filharmonik Petronas yang menelan RM500 juta.

"Kos keseluruhan lebih RM10 bilion dan ini tidak termasuk kos penyelenggaraan RM250 juta setiap tahun.

"Adakah ini (yang dimaksudkan) kemegahan negara? (Juster) adakah kita memerlukan satu lagi menara 100 tingkat di Malaysia?" soal beliau.

Anwar memberitahu, sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan untuk projek menara Warisan Merdeka boleh digunakan untuk membina 1,667 sekolah pada kos RM3 juta setiap satu.

"Tetapi tidak, yang itu tidak penting. Tetapi, apa yang penting ialah menunjukkan elemen mega," kata beliau.

Anwar berkata, projek-projek di bawah Bajet 2011 tidak memberikan pertimbangan kepada kedudukan ekonomi semasa negara dan keperluan untuk mengurangkan defisit bajet selain memperbaiki daya saing.

"Ia satu projek untuk menunjukkan bagaimana hebatnya kita menerusi projek-projek besar," kata beliau lagi.

Anwar menekankan bahawa di kalangan negara Asean hanya Malaysia merekodkan "aliran masuk negatif".

Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, menurut Anwar, telah merosot 81 peratus daripada RM23.47 bilion pada 2008 kepada RM4.43 bilion tahun lalu berbanding Thailand yang mencatatkan FDI RM19.01 bilion manakala Indonesia pula RM19.08 bilion.

"Ini adalah FDI paling rendah dalam 20 tahun kecuali pada 2001 di mana kita merekodkan FDI RM1.54 bilion," katanya.

Malah, Anwar juga menekankan bahawa pengajaran-pengajaran daripada masa lalu khususnya ketika era Dr Mahathir telah menunjukkan bahawa dasar projek mega negara sebenarnya tidak berjaya.

Beliau juga mempertikaikan cadangan kerajaan untuk melaksanakan projek MRT RM40 bilion di ibu negara dengan menekankan sama ada ia akan mengalami nasib projek LRT Star-Putra yang mengalami kerugian hampir RM6 bilion.

"Pada 1999, kerajaan telah dipaksa menyuntik RM600 juta kepada Star menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Kerajaan juga membenarkan Star dan Putra untuk meneruskan operasi meskipun berhadapan masalah salah pengurusan.

"Pada 2001, kerajaan mengesahkan ia akan mengambil alih Putra dan Star dengan menerbitkan bon bernilai RM8 bilion.

"Sejak Mac lalu, kedua-dua syarikat mengalami kerugian RM5.5 bilion," kata Anwar.

Sebalik perkembangan itu, Anwar berkata, kerajaan memberikan lampu hijau untuk melaksanakan projek MRT kepada Gamuda-MMC untuk menguruskannya tanpa melalui proses tender terbuka.

"Kebimbangan kami ialah sama ada projek MRT akan berakhir dengan lebih banyak ketirisan dan amalan korup seperti sebelum ini dan hanya akan memberikan manfaat kepada kroni-kroni dan kerugian besar kepada rakyat," kata beliau.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Najib Harus Renung Sejarah ‘Firaun’

Posted: 17 Oct 2010 11:36 PM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim.

Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan. ”

(Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu. Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut.

“Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat,” beliau menambah.

Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam.

Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan. Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar.

Bajet Fantasi Rosmah

Posted: 17 Oct 2010 11:33 PM PDT

Dari Malaysiakini

Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) berkata, fokus kerajaan telah tersasar memandangkan pusat itu juga masih di peringkat percubaan.

Anggota parlimen Marang itu juga membandingkan peruntukan kepada PERMATA berbanding usaha bagi meningkatkan taraf Orang Asli dan pribumi yang diberikan RM100 juta, manakala sekolah agama rakyat pula diberikan hanya RM95 juta.

Dalam pembentangan Bajet 2011 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, PERMATA dimumkan bakal mendapat peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program PERMATA yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Dalam satu kenyataan, Abdul Hadi agenda ekonomi dan transformasi yang dinyatakan dalam pembentangan bajet 2011 hanyalah satu penjenamaan semula yang “ditaburkan dengan angka yang indah-indah dengan mengkesampingkan aspek pembinaan manusia”.

“Apa yang penting bukannya angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa pendapatan per kapita meningkat sebanyak 6.1 peratus kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5 peratus; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian, bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini!” kata Abdul Hadi.

Beliau juga menyelar perdana menteri dengan gelaran yang digunakan dalam pembentangannya Jumaat lalu – “saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan” kerana didakwa mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian.

Mengulas cadangan projek seratus tingkat menara Warisan Merdeka, beserta kemudahan yang menelan belanja asas RM5 billion, Abdul Hadi mempertikaikan kenapa peruntukan bagi tujuan itu hanya “secebis” jika dibandingkan dengan projek koridor yang didakwanya lebih bermanfaat kepada rakyat.

“Contohnya peruntukan untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka.

“Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno-BN.”

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Projek mega Najib petanda empayar BN bakal runtuh

Posted: 18 Oct 2010 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Sambil mengkritik pentadbiran Najib juga sudah mula boros dengan projek-projek mega atas alasan mahu merancakkan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia petanda awal empayar Barisan Nasional (BN) kini di ambang keruntuhan.

"Keghairahan kerajaan untuk menunjukkan elemen mega (dengan membina monumen) adalah petanda kejatuhan empayar mereka. Kami akan berdoa agar ia akan terjadi," kata ketua pembangkang (gambar) ini di Dewan Rakyat ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.

"Tindakan terburu-buru untuk melaksanakan projek-projek mega, yang kononnya bagi menggambarkan kemegahan negara, kini diulangi oleh kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semasa," kata beliau.

"Di sini, saya hendak bertanya mengenai kebijaksanaan Permodalan Nasional Berhad menerima arahan daripada kerajaan untuk melibatkan diri dalam projek raksasa ini," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

Dalam Bajet 2011 yang diumumkan Jumaat lalu, Najib antara lain mengumumkan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan.

Projek itu dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Turut diumumkan ialah pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

Najib berkata, "di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara."

"Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka.

"Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada tahun 2015," kata Najib.

Anwar pula berhujah, pembinaan Menara Berkembar Petronas pada 1990-an dengan sendiri telah menelan kos RM6 bilion.

Kata Penasihat PKR ini ia tidak termasuk kos tanah sebanyak RM900 juta, taman KLCC RM200 juta dan Dewan Filharmonik Petronas yang menelan RM500 juta.

"Kos keseluruhan lebih RM10 bilion dan ini tidak termasuk kos penyelenggaraan RM250 juta setiap tahun.

"Adakah ini (yang dimaksudkan) kemegahan negara? (Juster) adakah kita memerlukan satu lagi menara 100 tingkat di Malaysia?" soal beliau.

Anwar memberitahu, sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan untuk projek menara Warisan Merdeka boleh digunakan untuk membina 1,667 sekolah pada kos RM3 juta setiap satu.

"Tetapi tidak, yang itu tidak penting. Tetapi, apa yang penting ialah menunjukkan elemen mega," kata beliau.

Anwar berkata, projek-projek di bawah Bajet 2011 tidak memberikan pertimbangan kepada kedudukan ekonomi semasa negara dan keperluan untuk mengurangkan defisit bajet selain memperbaiki daya saing.

"Ia satu projek untuk menunjukkan bagaimana hebatnya kita menerusi projek-projek besar," kata beliau lagi.

Anwar menekankan bahawa di kalangan negara Asean hanya Malaysia merekodkan "aliran masuk negatif".

Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, menurut Anwar, telah merosot 81 peratus daripada RM23.47 bilion pada 2008 kepada RM4.43 bilion tahun lalu berbanding Thailand yang mencatatkan FDI RM19.01 bilion manakala Indonesia pula RM19.08 bilion.

"Ini adalah FDI paling rendah dalam 20 tahun kecuali pada 2001 di mana kita merekodkan FDI RM1.54 bilion," katanya.

Malah, Anwar juga menekankan bahawa pengajaran-pengajaran daripada masa lalu khususnya ketika era Dr Mahathir telah menunjukkan bahawa dasar projek mega negara sebenarnya tidak berjaya.

Beliau juga mempertikaikan cadangan kerajaan untuk melaksanakan projek MRT RM40 bilion di ibu negara dengan menekankan sama ada ia akan mengalami nasib projek LRT Star-Putra yang mengalami kerugian hampir RM6 bilion.

"Pada 1999, kerajaan telah dipaksa menyuntik RM600 juta kepada Star menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Kerajaan juga membenarkan Star dan Putra untuk meneruskan operasi meskipun berhadapan masalah salah pengurusan.

"Pada 2001, kerajaan mengesahkan ia akan mengambil alih Putra dan Star dengan menerbitkan bon bernilai RM8 bilion.

"Sejak Mac lalu, kedua-dua syarikat mengalami kerugian RM5.5 bilion," kata Anwar.

Sebalik perkembangan itu, Anwar berkata, kerajaan memberikan lampu hijau untuk melaksanakan projek MRT kepada Gamuda-MMC untuk menguruskannya tanpa melalui proses tender terbuka.

"Kebimbangan kami ialah sama ada projek MRT akan berakhir dengan lebih banyak ketirisan dan amalan korup seperti sebelum ini dan hanya akan memberikan manfaat kepada kroni-kroni dan kerugian besar kepada rakyat," kata beliau.

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Menyingkap Hari-Hari Terakhir UMNO-BN

Posted: 18 Oct 2010 02:40 AM PDT

Hari-hari terakhir bagi sesebuah pemerintahan atau kerajaan menjadi sangat nyata apabila ianya semakin zalim dan korup. Begitulah keadaannya dengan umno-bn di Malaysia. Dalam konteks ini, Johor yang kononnya sebagai benteng kuat umno tidak terkecuali.

Beberapa hari yang lalu, suasana perayaan Aidilfitri anjuran Keadilan Negeri Johor yang pada mulanya meriah dan berjalan lancar telah menjadi ribut apabila sepasukan polis tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah persendirian di Kampung Air Manis, Kulaijaya tempat jamuan hariraya itu diadakan.

Pada malam Sabtu 8 Oktober itu, kira-kira 40 orang anggota polis yang diarah sendiri oleh Ketua Polis Daerah, DSP Zulkefly Yahya, telah merentap mikrofon ketika Pengerusi Keadilan Negeri, Chua Jui Meng, sedang berucap. Selepas itu, mereka merampas pula peralatan siaraya yang lain termasuk dua keping banner di situ.

Mengapakah polis yang kononnya "tegas, adil dan berhemah" itu bertindak sebegitu rupa? Zulkefly Yahya tidak ada jawapan lain kecuali membebelkan "tidak ada permit".

Kalau itulah alasannya, kami ingin bertanya: berapa ribukah permit yang telah dikeluarkan oleh pihak polis, dan berapa ratuskah majlis rumah-terbuka yang telah mereka serbu sepanjang musim perayaan ini?

Peristiwa polis menceroboh kawasan persendirin atas alasan "tidak ada permit" sudah pernah berlaku beberapa kali. Kejadian di Sungai Tongkang, Rengit pada malam 31 Julai masih segar dalam ingatan. Ketika itu, ribuan orang sedang menunggu untuk mendengar ceramah anjuran Keadilan di kawasan Markas Pas.

Pada masa itulah, ratusan orang polis termasuk dari unit FRU telah dikerah untuk menceroboh masuk ke kawasan yang berkenaan serta memecahkan pintu stor dan merampas peralatan siaraya yang terkunci di dalamnya. Dalam masa yang sama, mereka juga telah bertindak memukul serta mencederakan sejumlah orang, dan menangkap beberapa yang lain.

Semua ini tidak dapat dilupakan. Akantetapi, mengapakah polis yang sepatutnya profesional bertindak sedemikian rupa?

Dari dua contoh di atas, saya buat kesimpulan begini: Pemerintah yang sudah tidak berupaya, dan institusi kerajaan yang sudah korup serta tidak berwibawa, kedua-duanya akan berpaut erat antara satu sama lain. Demi survival, mereka akan berganding melakukan apa saja, tanpa mempedulikan nasib serta masa depan negara dan rakyat.

Syed Hamid Ali

Najib Harus Renung Sejarah ‘Firaun’ - Lim Guan Eng

Posted: 18 Oct 2010 01:53 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim.

Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan. "

(Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu. Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut.

"Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat," beliau menambah.

Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam.

Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan. Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar.

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan


Belanjawan 2011 Gagal Tangani Masalah Defisit

Posted: 18 Oct 2010 11:19 AM PDT


Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menjurus kepada Pilihan Raya Umum dalam tempoh masa yang terdekat dan bukan sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat.

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang mengejutkan di dalam pembentangan Belanjawan 2011, Najib dilihat gagal menangani isu yang paling besar iaitu masalah defisit perbelanjaan kerajaan.

"Selalunya belanjawan itu adalah bagaimana menangani masalah ekonomi, menjana pertumbuhan serta menarik pelaburan.

"Masalah paling besar adalah masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran juga tidak disebut.

Apa yang disebut Najib kata beliau hanyalah projek mega yang berpuluh bilion ringgit yang memberikan manfaat kepada kroni dan keluarga manakala rakyat pula diberikan cuma ratusan ringgit.

"Najib tidak memberikan penyelesaian yang jelas, melemparkan beberapa projek-projek yang besar dan sedikit kemudahan kepada rakyat yang dianggap cukup.

"Tetapi, isu pokok mengenai isu ekonomi negara tidak ditangani," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika dikerumuni media di lobi Parlimen selepas ucapan belanjawan Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan bajet tersebut, Anwar berkata beliau akan menjawab soalan itu di Dewan Rakyat Isnin depan.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


14 October 2010 Questions Time: Just received the answer today! BN’s delivery system

Posted: 18 Oct 2010 08:12 AM PDT

SOALAN PADA 14 Oktober 20101 (Khamis): Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keluasan tanah, aset Kerajaan, jumlah projek-projek di Wilayah Persekutuan serta nilainya (seperti tanah di Institut Kesihatan di Bangsar) yang telah di monetized sejak tahun 2003 hingga 30 September 2010 dan apakah dasar kualiti hidup dalam Model Baru Ekonomi [...]

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Chegu Bard Penerus Kebangkitan REVOLUSI !

Posted: 18 Oct 2010 03:56 AM PDT

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


14 October 2010 Questions Time: Just received the answer today! BN’s delivery system

Posted: 18 Oct 2010 08:12 AM PDT

SOALAN PADA 14 Oktober 20101 (Khamis): Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keluasan tanah, aset Kerajaan, jumlah projek-projek di Wilayah Persekutuan serta nilainya (seperti tanah di Institut Kesihatan di Bangsar) yang telah di monetized sejak tahun 2003 hingga 30 September 2010 dan apakah dasar kualiti hidup dalam Model Baru Ekonomi [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Malapetaka ciptaan manusia di Sg Rejang, Sarawak

Posted: 17 Oct 2010 11:45 PM PDT


Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam. Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak. Kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Timbunan sampah kayu dan balak menyekat laluan pengangkutan di sungai.

Kejadian yang terjadi pada 7th Oct 2010 di sungai rejang hanya merupakan gambaran kecil kepada apa yang boleh berlaku jika keadaan tidak dikawal. Lagi laporan bergambar di http://jos010.blogspot.com/2010/10/inikah-erti-pembangunan.html dan di http://www.youtube.com/watch?v=9zi8eDj2Sxk&feature=related

Sungai Rejang tercemar tahap gaban
SIBU, 8 Okt (Bernama) — Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, perkara tersebut mungkin berpunca daripada kerja-kerja pembukaan tanah dan aktiviti pembalakan, tanah runtuh dan hakisan yang dibantu dengan hujan lebat yang menyebabkan banjir dan menghayutkan kayu-kayu tersebut.

"Empangan Bakun turut menangguhkan latihan membendung pengairannya yang dijadual minggu ini ekoran hujan lebat dan tindakan tersebut bukan penyebab kepada keadaan batang-batang memenuhi Sungai Rajang," katanya.

Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Lembaga Sungai Sarawak sedang mengkaji punca fenomena itu di kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit.

Penduduk Sibu hari ini terkejut melihat banyak batang-batang kayu hanyut di dalam Sungai Rajang yang melalui hadapan bandar berkenaan, sehinggakan perkhidmatan bot penumpang ke Kanowit, Song dan Kapit tergendala atau dibatalkan. – BERNAMA

http://sarawakupdate.com/home/berita/sungai-rejang-tercemar-tahap-gaban/

Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak
Suara Keadilan

BINTULU 12 Okt - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.

Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Menurut seorang penulis blog, Calvin Jemarang yang mengendali blog http://www.bintulu.org/ , tragedi dahsyat yang menimpa sistem ekologi sungai serta alam sekitar di sungai terpanjang dan terbesar di Sarawak itu berlaku bagi kali ketiga.

"Saya pertikaikan kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di Sarawak. Bagaimanapun Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri Dr James Masing dilaporkan dalam media sebagai berkata kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Pertama adalah pada tahun 2008 di Nangga (Kuala) Sg Gat dan Tutoh Apoh pada tahun lepas.

"Kejadian di Sungai Rejang ini adalah yang terburuk dan membuktikan dengan jelas kegagalan pengurusan hutan di Sarawak yang dikaitkan dengan ketamakan seorang pemimpin itu Tan Sri Taib Mahmud," kata Calvin kepada Suara Keadilan.

Calvin berkata timbunan sampah kayu dan balak yang menyekat laluan pengangkutan di sungai seluas satu kilometer itu telah memberi kesan amat mendalam ke atas ratusan ribu rakyat negeri itu yang bergantung hidup kepada Sungai Rejang.

"Kehidupan penduduk disepanjang sungai ini terganggu kerana aktiviti harian mencari rezeki, perniagaan dan pengangkutan terhenti sama sekali. Bot-bot ekspres tidak langsung boleh melalui jalan air menyebabkan ribuan penduduk terkandas dan anak-anak tidak boleh ke sekolah. Bekalan makanan dan penghantaran barangan dan logistik juga tidak beroperasi sama sekali.

"Ratusan ribu ikan yang berharga seperti empurau, kelah dan patin juga musnah disebabkan kemusnahan habitat mereka hasil penurunan tahap oksigen di dalam air," jelas beliau lagi.

Kematian ribuan ikan empurau yang mencapai harga sehingga RM800 sekilo telah menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ketua Menteri Sarawak perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap malapetaka yang menimpa Sungai Rejang.

"Beliau pergi ke Universiti Oxford beberapa bulan lalu dan diberi gelaran 'Bapa Alam Sekitar Sarawak' tetapi lihat apa yang berlaku di bawah pentadbirannya.

"Keadaan ini amat menyedihkan dan saya menyeru rakyat Sarawak supaya berfikir secara mendalam apa yang sedang berlaku demi masa depan anak-anak. Buatlah keputusan yang terbaik bagi Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," tegas Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=148:bencana-sungai-rejang-akibat-ketamakan-pemimpin-bn-sarawak&catid=2:terkini&Itemid=2

Friday October 8, 2010
River disaster hits Sarawak

SIBU: A major environmental disaster is unfolding in the state, as kilometre after kilometre of logs and wood debris flow down the Rajang.

It was believed that heavy rain in the upper reaches of Balleh River – a tributary of the Rajang – had caused landslides at log ponds of a major timber camp and brought down the logs and wood debris.

Kapit businessman Tay Hock Joo, who telephoned The Star in Sibu yesterday evening, said nobody in Kapit had ever seen such an occurrence before.

He said the residents first noticed the debris at about 1pm.

Environmental catastrophe: Tonnes of logs and wood debris drifting down the mighty Rajang River near Kapit Thursday, temporarily trapping a ferry and its passengers.

River transport was cut off when logs and debris started filling the entire width of the river by 4pm.

At 7.30pm, the debris was reported to have reached Song and was expected to hit Sibu early in the morning.

Sibu residents are worried by the extent of damage the logs and wood debris would cause to their properties such as jetties and boats.

"We are also worried whether the foundation of the Durin and Lanang bridges are strong enough to withstand the pressure," said Sibu resident Simon Ting.

Meanwhile, several government officials said the authorities were unprepared for such an incident as it had never happened before and they also did not have the capacity to stop the wood from flowing downstream towards Sibu.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/8/nation/7186693&sec=nation

Pemuda UMNO bakar akhbar Sinar Harian, isu Mahligai

Posted: 17 Oct 2010 11:10 PM PDT


Kami sungguh terkejut melihat tindakan Pemuda UMNO yang bertindak membakar akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Satu tindakan "bodoh dan biadap" akibat rasa tidak puas hati itu yang dikatakan berpunca daripada artikel "Mahligai Kandang Kambing" yang dilaporkan akhbar itu bertarikh 8 Oktober lalu.

Laporan mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran dikatakan menyebabkan Pemuda UMNO cawangan itu "melenting dan tidak keruan".

Petikan dari Sumber http://pahangdaily.blogspot.com/2010/10/edisi-pahang-tindakan-pemuda-umno.html


Pemuda UMNO perlu lebih rasional
Sinar Harian

KUALA LIPIS - Ahli Pemuda UMNO di seluruh negeri dinasihatkan agar sentiasa bertindak rasional dalam segala tindakan yang diambil dan menggunakan alternatif perbincangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Abu Jimi Samat berkata, tindakan demonstrasi dan membakar barangan adalah tindakan terakhir yang boleh diambil Pemuda sekiranya perbincangan yang dilakukan tidak dapat menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, perkara yang timbul di kawasan berkenaan perlu diselidiki sedalam-dalamnya dan pihak terbabit perlu mengetahui pokok pangkal masalah yang timbul selain tidak memainkan isu politik dalam perkara yang dibangkitkan.

"Dalam hal yang berlaku di daerah Maran yang membabitkan Pemuda Cawangan Luit sememangnya mencetuskan sedikit kontroversi namun perkara ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak termasuk Pemuda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak media duduk berbincang mengenai masalah yang timbul.

"Justeru, saya berharap agar pihak JKKK dan Pemuda yang tidak berpuas hati dengan permasalahan yang timbul agar menemui pihak media dan menyelesaikan masalah terbabit dengan lebih rasional," katanya ketika diminta mengulas tindakan sekelompok individu membakar akhar Sinar Harian selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan mengenai isu setempat.

Rasa tidak puas hati itu dikatakan berpunca daripada artikel 'Mahligai Kandang Kambing' yang dilaporkan akhbar ini bertarikh 8 Oktober lalu mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran.

Kedaifan sembilan beranak itu mendapat perhatian segera Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berangkat meninjau keadaan kediaman bekas kandang kambing berkenaan pada 9 Oktober.

Rentetan daripada keberangkatan Tengku Mahkota, Rohimi menerima bantuan rumah di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM53,000 termasuk RM20,00 dari Kerajaan Negeri.

Abu Jimi berkata, tindakan demonstrasi adalah perlu sekiranya turut disertai oleh memorandum kerana melalui memorandum berkenaan JKKK dan Pemuda dapat melahirkan rasa ketidakpuasan hati kepada pihak berkaitan.

"Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri ini tidak menghalang sebarang demonstrasi secara aman namun perlu disertakan dengan memorandum selain dapat mengelakkan masalah lain yang lebih besar timbul," katanya.

Banyak pihak menyifatkan tindakan sekumpulan individu membakar akhbar Sinar Harian satu langkah tidak profesional.

http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story8297945.asp

Melayu dan Jenayah Sihir, bagai isu dengan kuku

Posted: 17 Oct 2010 07:25 PM PDT

Bilakah Melayu akan bebas dari gejala sihir menyihir, dengki mendengki ini ? Ianya harus dijadikan salah satu dasar perjuangan parti berasaskan agama atau bangsa. Ayuh ! Bebaskah Melayu dan umat Islam dari gejala sihir. Beranikah UMNO dan PAS isytihar perang kepada pengamal dan pelanggan sihir ? P Ramlee berani !

Buktinya dalam cerita Nujum Pak Belalang, dimana kesalahan menculik, kesalahan lain oleh pembesar dan rakyat, sultan hanya menjatuhkan hukuman paling berat ialah penjara seumur hidup. Tetapi kepada ahli sihir Badan dan Nyawa (lakonan Aziz Satar dan Sudin) hukumannya ialah pancung sampai mati , kerana mengamalkan sihir pukau !

Akta sihir wajar mencakupi sivil, syariah
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

Berita Harian 18 Okt 2010

Syor Jabatan Peguam Negara tubuh badan khas mampu elak gejala merebak

MINGGU lalu kerajaan disaran menggubal Akta Kesalahan Jenayah Sihir bagi membendung amalan sihir yang semakin berleluasa dewasa ini. Ramai memberi komentar berkaitan isu itu yang turut menarik perhatian saya sebagai pengamal undang-undang sivil dan syariah.

Sihir iaitu ilmu diperkenalkan syaitan kepada manusia akan mengundang kemudaratan sama ada kepada orang yang mengamalkan ataupun mangsanya.

Menurut Datuk Dr Haron Din, sihir adalah ilmu tersembunyi, seni yang memerlukan kemahiran khusus menerusi tumpuan kepada amalan kebatinan secara berhubungan dengan makhluk halus untuk mendapatkan kekuatan batin.

Pengamal sirih boleh menghasilkan perkara luar biasa, mencarik adat, memukau dan mangsa mematuhi apa saja kehendak pengamalnya dengan terpaksa.

Wahid Abdul Salam Bali pula mengatakan, sihir adalah permuafakatan dan persetujuan antara ahli sihir dengan syaitan untuk bersama melakukan sesuatu yang diharamkan Allah SWT bagi mengenakan kemudaratan terhadap mangsa menerusi amalan syirik kepada Allah SWT.

Ibnu Khaldun pula berpandangan sihir adalah ilmu untuk menghasilkan kesan negatif terhadap mangsa dengan menggunakan anasir jahat daripada kekuatan kuasa ghaib (makhluk halus) atau sebagainya bagi tujuan jahat secara tersembunyi.
Al-Quran dan al-Sunnah ada menyebut mengenai ilmu sihir ini. Malah Rasulullah sendiri diriwayatkan pernah disihir oleh kaumnya. Dalam Islam, sihir memang dilarang dan membawa kepada kekufuran.

Jika syor penggubalan Akta Kesalahan Jenayah Sihir diterima kerajaan, Malaysia bukan negara pertama yang akan menggubal akta kesalahan jenayah sihir. Beberapa negara lain seperti China, Afrika dan Amerika Latin sudah mempunyai undang-undang kesalahan sihir. Malah, Australia juga pernah mempunyai undang-undang sama tetapi sudah dimansuhkan pada 2008.

Berbalik kepada syor menjadikan sihir suatu kesalahan jenayah, saya bersetuju dengan saranan sedemikian. Namun, beberapa aspek perlu dilihat bagi memperkemaskan undang-undang itu.

Undang-Undang membanteras amalan sihir tidak hanya perlu dilihat dari kacamata undang-undang jenayah, tetapi hendaklah juga terpakai kepada undang-undang lain sama ada sivil ataupun syariah kerana sihir juga berlaku dalam keluarga, perniagaan dan persahabatan.

Sihir bukan saja membabitkan orang Islam, bukan Islam juga ramai mengamalkannya. Masyarakat bukan Islam di Malaysia dan di luar negara juga tidak asing daripada gejala sihir. Oleh itu, jika sihir diletak di bawah ruang lingkup Mahkamah Syariah jika diperkenalkan, bukan Islam akan terlepas dari kawalan undang-undang itu. Undang-Undang ini haruslah mencakupi Mahkamah Syariah dan Sivil.

Saya berpandangan pembuktian adalah masalah paling utama bagi mensabitkan kesalahan mengamalkan sihir disebabkan sihir menggunakan makhluk halus yang tidak dapat dilihat mata kasar.

Kesukaran membuktikan sihir sebenarnya berlaku di dua peringkat iaitu pertama, bagi membuktikan amalan itu adalah sebenarnya amalan sihir. Kedua, bagi membuktikan orang itu mengamalkan sihir dan terkena kepada mangsa tertentu.

Sudah pasti isu ini mendatangkan kesukaran bagi pihak berkenaan membuktikannya di mahkamah. Jalan bijak pada pandangan saya ialah pihak berkenaan menubuhkan badan khas dianggotai pakar berkredibiliti tinggi termasuk kalangan ulama.

Mereka ini disaring dan dipastikan benar-benar mempunyai kepakaran dalam bidang itu dan diberi tanggungjawab untuk memperakukan mengenai amalan sihir serta kesannya. Perakuan dan asas perakuan itu dibawa ke mahkamah dan diterima oleh mahkamah sebagai keterangan yang konklusif.

Dengan cara itu, pakar ini tidak disoal balas di mahkamah dan tidak tertakluk kepada prosedur rumit pembuktian di mahkamah seterusnya dapat membantu mahkamah membuat keputusan yang tepat.

Menurut Dr Haron, ilmu sihir yang dikatakan sudah muncul sejak zaman Nabi Idris lagi bukan saja diharamkan Islam malah agama lain seperti Yahudi dan Nasrani.

Memang selama ini tidak ada undang-undang yang menjadikan satu kesalahan bagi mengamalkan sihir. Natijahnya, amalan sihir berleluasa dan mangsa sihir kian bertambah. Sudah sampai waktunya kerajaan mengambil inisiatif memastikan gejala sihir tidak terus merebak.

Bagaimanapun, syor di atas perlu diteliti dengan mendalam bagi mengelak undang-undang ini diperlekehkan dan sabitan kes jenayah sihir menjadi suatu yang terlalu ideal. Saya mengesyorkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan Jabatan Peguam Negara yang dianggotai oleh ulama dan pakar perundangan Islam.

Dengan cara ini undang-undang bakal digubal akan menjadi undang-undang yang komprehensif, dinamik dan boleh menyekat amalan khurafat dan syirik seperti sihir. Walaupun nampak sukar untuk dilaksanakan, masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan dari sudut undang-undang, prosedur dan keterangan bagi melaksanakan kawalan terhadap fenomena sihir ini.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Aktasihirwajarmencakupisivil_syariah/Article

Najib kata buat program tempat pembangkang, bukan tempat BN

Posted: 17 Oct 2010 05:04 PM PDT

Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 17 Okt. 2010 - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.

(KOMEN : Untung betul rakyat di kawasan pembangkang ye, Pengerusi BN kata kena banyak buat program di kawasan pembangkang ni. Kawasan selamat, iaitu kawasan yang memang undi BN nya tak perlu buat banyak program. Rugi Rugi Rugi rakyat di kawasan selamat ni. Kalau macam tu jadikan 1Malaysia kawasan pembangkang, supaya lebih banyak program untuk rakyat akan dibuat oleh BN)

KAWASAN PEMBANGKANG = KAWASAN TAK SELAMAT
KAWASAN TAK SELAMAT = LEBIH BANYAK PROGRAM UNTUK RAKYAT

KAWASAN BN = KAWASAN SELAMAT
KAWASAN SELAMAT = TAK BANYAK PROGRAM UNTUK RAKYAT

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Banyak Kes Kereta Terbakar, Uji Semula RON95

Posted: 17 Oct 2010 05:04 PM PDT

Dari Blog Singalatmetro
BANYAK KES KERETA TERBAKAR: UJI SEMULA RON95
TAHUN ini boleh diiktiraf sebagai Tahun Kereta Terbakar! Sejak Januari lalu, hampir 100 kes dilaporkan media mengenai kebakaran kereta, sesetengahnya membabitkan korban dan kecederaan kekal. Itu belum dianggarkan kejadian kebakaran yang tidak dilaporkan, seperti terbakar di tepi jalan dan dibiarkan sahaja oleh pemilik kenderaan!

Banyak pihak sedar tragedi yang sedang berlaku ini. Malah banyak pihak juga cuba membuat rumusan dan kesimpulan mengenai punca kebakaran kenderaan yang dilaporkan meningkat. Namun tiada satu pun rumusan yang boleh dijadikan asas untuk kita memberi fokus penyelesaiannya, kecuali banyak dikatakan orang tentang minyak RON95!

Barangkali kerajaan kena bersikap terbuka terhadap semakin banyak dakwaan terhadap punca banyak kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini, adalah berpunca daripada RON 95. Tidak salah ujian, penelitian dan timbang uji secara berkala atau bertubi dilakukan kerana kadang-kala sesuatu kekurangan itu hanya dapat ditemui selepas ia diuji berkali-kali.

Diturunkan di bawah ini sebahagian daripada kejadian kereta terbakar di negara ini:

27 Januari 2010 - Sebuah kereta terbakar dan gagal dipadamkan di Seksyen 7 Shah Alam

29 Julai 2010 - Seorang lelaki tua maut apabila keretanya terbakar dirempuh lori di km 313 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada jam 8.55 malam

14 Oktober 2010 - Sebuah kereta terbakar di km 24.4 Jalan Lingkaran Tengah 2 Ampang, Selangor

14 Oktober 2010 -Sebuah kereta Honda City terbakar apabila melanggar pokok mengakibatkan enam terbunuh di Kampar Perak.

14 Oktober 2010 - Sebuah kereta Honda City terbakar dilanggar Honda CRV di Kuala Lumpur.

14 Oktober 2010 - sebuah kereta jenis Ford Escape tiba-tiba terbakar di Lingkaran 2, Hulu Klang menuju ke Ampang.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/banyak-kes-kereta-terbakar-uji-semula.html