Isnin, 18 Oktober 2010

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan


Belanjawan 2011 Gagal Tangani Masalah Defisit

Posted: 18 Oct 2010 11:19 AM PDT


Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menjurus kepada Pilihan Raya Umum dalam tempoh masa yang terdekat dan bukan sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat.

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang mengejutkan di dalam pembentangan Belanjawan 2011, Najib dilihat gagal menangani isu yang paling besar iaitu masalah defisit perbelanjaan kerajaan.

"Selalunya belanjawan itu adalah bagaimana menangani masalah ekonomi, menjana pertumbuhan serta menarik pelaburan.

"Masalah paling besar adalah masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran juga tidak disebut.

Apa yang disebut Najib kata beliau hanyalah projek mega yang berpuluh bilion ringgit yang memberikan manfaat kepada kroni dan keluarga manakala rakyat pula diberikan cuma ratusan ringgit.

"Najib tidak memberikan penyelesaian yang jelas, melemparkan beberapa projek-projek yang besar dan sedikit kemudahan kepada rakyat yang dianggap cukup.

"Tetapi, isu pokok mengenai isu ekonomi negara tidak ditangani," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika dikerumuni media di lobi Parlimen selepas ucapan belanjawan Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan bajet tersebut, Anwar berkata beliau akan menjawab soalan itu di Dewan Rakyat Isnin depan.

Tiada ulasan: