anjung setiawangsa |
Menyingkap Hari-Hari Terakhir UMNO-BN Posted: 18 Oct 2010 02:40 AM PDT Hari-hari terakhir bagi sesebuah pemerintahan atau kerajaan menjadi sangat nyata apabila ianya semakin zalim dan korup. Begitulah keadaannya dengan umno-bn di Malaysia. Dalam konteks ini, Johor yang kononnya sebagai benteng kuat umno tidak terkecuali. Beberapa hari yang lalu, suasana perayaan Aidilfitri anjuran Keadilan Negeri Johor yang pada mulanya meriah dan berjalan lancar telah menjadi ribut apabila sepasukan polis tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah persendirian di Kampung Air Manis, Kulaijaya tempat jamuan hariraya itu diadakan. Pada malam Sabtu 8 Oktober itu, kira-kira 40 orang anggota polis yang diarah sendiri oleh Ketua Polis Daerah, DSP Zulkefly Yahya, telah merentap mikrofon ketika Pengerusi Keadilan Negeri, Chua Jui Meng, sedang berucap. Selepas itu, mereka merampas pula peralatan siaraya yang lain termasuk dua keping banner di situ. Mengapakah polis yang kononnya "tegas, adil dan berhemah" itu bertindak sebegitu rupa? Zulkefly Yahya tidak ada jawapan lain kecuali membebelkan "tidak ada permit". Kalau itulah alasannya, kami ingin bertanya: berapa ribukah permit yang telah dikeluarkan oleh pihak polis, dan berapa ratuskah majlis rumah-terbuka yang telah mereka serbu sepanjang musim perayaan ini? Peristiwa polis menceroboh kawasan persendirin atas alasan "tidak ada permit" sudah pernah berlaku beberapa kali. Kejadian di Sungai Tongkang, Rengit pada malam 31 Julai masih segar dalam ingatan. Ketika itu, ribuan orang sedang menunggu untuk mendengar ceramah anjuran Keadilan di kawasan Markas Pas. Pada masa itulah, ratusan orang polis termasuk dari unit FRU telah dikerah untuk menceroboh masuk ke kawasan yang berkenaan serta memecahkan pintu stor dan merampas peralatan siaraya yang terkunci di dalamnya. Dalam masa yang sama, mereka juga telah bertindak memukul serta mencederakan sejumlah orang, dan menangkap beberapa yang lain. Semua ini tidak dapat dilupakan. Akantetapi, mengapakah polis yang sepatutnya profesional bertindak sedemikian rupa? Dari dua contoh di atas, saya buat kesimpulan begini: Pemerintah yang sudah tidak berupaya, dan institusi kerajaan yang sudah korup serta tidak berwibawa, kedua-duanya akan berpaut erat antara satu sama lain. Demi survival, mereka akan berganding melakukan apa saja, tanpa mempedulikan nasib serta masa depan negara dan rakyat. Syed Hamid Ali |
Najib Harus Renung Sejarah ‘Firaun’ - Lim Guan Eng Posted: 18 Oct 2010 01:53 AM PDT Dari TV Selangor Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim. Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan. " (Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat. Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu. Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut. "Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat," beliau menambah. Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam. Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan. Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar. |
You are subscribed to email updates from anjung setiawangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan