Isnin, 18 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Malapetaka ciptaan manusia di Sg Rejang, Sarawak

Posted: 17 Oct 2010 11:45 PM PDT


Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam. Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak. Kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Timbunan sampah kayu dan balak menyekat laluan pengangkutan di sungai.

Kejadian yang terjadi pada 7th Oct 2010 di sungai rejang hanya merupakan gambaran kecil kepada apa yang boleh berlaku jika keadaan tidak dikawal. Lagi laporan bergambar di http://jos010.blogspot.com/2010/10/inikah-erti-pembangunan.html dan di http://www.youtube.com/watch?v=9zi8eDj2Sxk&feature=related

Sungai Rejang tercemar tahap gaban
SIBU, 8 Okt (Bernama) — Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, perkara tersebut mungkin berpunca daripada kerja-kerja pembukaan tanah dan aktiviti pembalakan, tanah runtuh dan hakisan yang dibantu dengan hujan lebat yang menyebabkan banjir dan menghayutkan kayu-kayu tersebut.

"Empangan Bakun turut menangguhkan latihan membendung pengairannya yang dijadual minggu ini ekoran hujan lebat dan tindakan tersebut bukan penyebab kepada keadaan batang-batang memenuhi Sungai Rajang," katanya.

Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Lembaga Sungai Sarawak sedang mengkaji punca fenomena itu di kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit.

Penduduk Sibu hari ini terkejut melihat banyak batang-batang kayu hanyut di dalam Sungai Rajang yang melalui hadapan bandar berkenaan, sehinggakan perkhidmatan bot penumpang ke Kanowit, Song dan Kapit tergendala atau dibatalkan. – BERNAMA

http://sarawakupdate.com/home/berita/sungai-rejang-tercemar-tahap-gaban/

Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak
Suara Keadilan

BINTULU 12 Okt - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.

Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Menurut seorang penulis blog, Calvin Jemarang yang mengendali blog http://www.bintulu.org/ , tragedi dahsyat yang menimpa sistem ekologi sungai serta alam sekitar di sungai terpanjang dan terbesar di Sarawak itu berlaku bagi kali ketiga.

"Saya pertikaikan kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di Sarawak. Bagaimanapun Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri Dr James Masing dilaporkan dalam media sebagai berkata kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Pertama adalah pada tahun 2008 di Nangga (Kuala) Sg Gat dan Tutoh Apoh pada tahun lepas.

"Kejadian di Sungai Rejang ini adalah yang terburuk dan membuktikan dengan jelas kegagalan pengurusan hutan di Sarawak yang dikaitkan dengan ketamakan seorang pemimpin itu Tan Sri Taib Mahmud," kata Calvin kepada Suara Keadilan.

Calvin berkata timbunan sampah kayu dan balak yang menyekat laluan pengangkutan di sungai seluas satu kilometer itu telah memberi kesan amat mendalam ke atas ratusan ribu rakyat negeri itu yang bergantung hidup kepada Sungai Rejang.

"Kehidupan penduduk disepanjang sungai ini terganggu kerana aktiviti harian mencari rezeki, perniagaan dan pengangkutan terhenti sama sekali. Bot-bot ekspres tidak langsung boleh melalui jalan air menyebabkan ribuan penduduk terkandas dan anak-anak tidak boleh ke sekolah. Bekalan makanan dan penghantaran barangan dan logistik juga tidak beroperasi sama sekali.

"Ratusan ribu ikan yang berharga seperti empurau, kelah dan patin juga musnah disebabkan kemusnahan habitat mereka hasil penurunan tahap oksigen di dalam air," jelas beliau lagi.

Kematian ribuan ikan empurau yang mencapai harga sehingga RM800 sekilo telah menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ketua Menteri Sarawak perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap malapetaka yang menimpa Sungai Rejang.

"Beliau pergi ke Universiti Oxford beberapa bulan lalu dan diberi gelaran 'Bapa Alam Sekitar Sarawak' tetapi lihat apa yang berlaku di bawah pentadbirannya.

"Keadaan ini amat menyedihkan dan saya menyeru rakyat Sarawak supaya berfikir secara mendalam apa yang sedang berlaku demi masa depan anak-anak. Buatlah keputusan yang terbaik bagi Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," tegas Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=148:bencana-sungai-rejang-akibat-ketamakan-pemimpin-bn-sarawak&catid=2:terkini&Itemid=2

Friday October 8, 2010
River disaster hits Sarawak

SIBU: A major environmental disaster is unfolding in the state, as kilometre after kilometre of logs and wood debris flow down the Rajang.

It was believed that heavy rain in the upper reaches of Balleh River – a tributary of the Rajang – had caused landslides at log ponds of a major timber camp and brought down the logs and wood debris.

Kapit businessman Tay Hock Joo, who telephoned The Star in Sibu yesterday evening, said nobody in Kapit had ever seen such an occurrence before.

He said the residents first noticed the debris at about 1pm.

Environmental catastrophe: Tonnes of logs and wood debris drifting down the mighty Rajang River near Kapit Thursday, temporarily trapping a ferry and its passengers.

River transport was cut off when logs and debris started filling the entire width of the river by 4pm.

At 7.30pm, the debris was reported to have reached Song and was expected to hit Sibu early in the morning.

Sibu residents are worried by the extent of damage the logs and wood debris would cause to their properties such as jetties and boats.

"We are also worried whether the foundation of the Durin and Lanang bridges are strong enough to withstand the pressure," said Sibu resident Simon Ting.

Meanwhile, several government officials said the authorities were unprepared for such an incident as it had never happened before and they also did not have the capacity to stop the wood from flowing downstream towards Sibu.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/8/nation/7186693&sec=nation

Pemuda UMNO bakar akhbar Sinar Harian, isu Mahligai

Posted: 17 Oct 2010 11:10 PM PDT


Kami sungguh terkejut melihat tindakan Pemuda UMNO yang bertindak membakar akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Satu tindakan "bodoh dan biadap" akibat rasa tidak puas hati itu yang dikatakan berpunca daripada artikel "Mahligai Kandang Kambing" yang dilaporkan akhbar itu bertarikh 8 Oktober lalu.

Laporan mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran dikatakan menyebabkan Pemuda UMNO cawangan itu "melenting dan tidak keruan".

Petikan dari Sumber http://pahangdaily.blogspot.com/2010/10/edisi-pahang-tindakan-pemuda-umno.html


Pemuda UMNO perlu lebih rasional
Sinar Harian

KUALA LIPIS - Ahli Pemuda UMNO di seluruh negeri dinasihatkan agar sentiasa bertindak rasional dalam segala tindakan yang diambil dan menggunakan alternatif perbincangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Abu Jimi Samat berkata, tindakan demonstrasi dan membakar barangan adalah tindakan terakhir yang boleh diambil Pemuda sekiranya perbincangan yang dilakukan tidak dapat menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, perkara yang timbul di kawasan berkenaan perlu diselidiki sedalam-dalamnya dan pihak terbabit perlu mengetahui pokok pangkal masalah yang timbul selain tidak memainkan isu politik dalam perkara yang dibangkitkan.

"Dalam hal yang berlaku di daerah Maran yang membabitkan Pemuda Cawangan Luit sememangnya mencetuskan sedikit kontroversi namun perkara ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak termasuk Pemuda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak media duduk berbincang mengenai masalah yang timbul.

"Justeru, saya berharap agar pihak JKKK dan Pemuda yang tidak berpuas hati dengan permasalahan yang timbul agar menemui pihak media dan menyelesaikan masalah terbabit dengan lebih rasional," katanya ketika diminta mengulas tindakan sekelompok individu membakar akhar Sinar Harian selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan mengenai isu setempat.

Rasa tidak puas hati itu dikatakan berpunca daripada artikel 'Mahligai Kandang Kambing' yang dilaporkan akhbar ini bertarikh 8 Oktober lalu mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran.

Kedaifan sembilan beranak itu mendapat perhatian segera Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berangkat meninjau keadaan kediaman bekas kandang kambing berkenaan pada 9 Oktober.

Rentetan daripada keberangkatan Tengku Mahkota, Rohimi menerima bantuan rumah di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM53,000 termasuk RM20,00 dari Kerajaan Negeri.

Abu Jimi berkata, tindakan demonstrasi adalah perlu sekiranya turut disertai oleh memorandum kerana melalui memorandum berkenaan JKKK dan Pemuda dapat melahirkan rasa ketidakpuasan hati kepada pihak berkaitan.

"Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri ini tidak menghalang sebarang demonstrasi secara aman namun perlu disertakan dengan memorandum selain dapat mengelakkan masalah lain yang lebih besar timbul," katanya.

Banyak pihak menyifatkan tindakan sekumpulan individu membakar akhbar Sinar Harian satu langkah tidak profesional.

http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story8297945.asp

Melayu dan Jenayah Sihir, bagai isu dengan kuku

Posted: 17 Oct 2010 07:25 PM PDT

Bilakah Melayu akan bebas dari gejala sihir menyihir, dengki mendengki ini ? Ianya harus dijadikan salah satu dasar perjuangan parti berasaskan agama atau bangsa. Ayuh ! Bebaskah Melayu dan umat Islam dari gejala sihir. Beranikah UMNO dan PAS isytihar perang kepada pengamal dan pelanggan sihir ? P Ramlee berani !

Buktinya dalam cerita Nujum Pak Belalang, dimana kesalahan menculik, kesalahan lain oleh pembesar dan rakyat, sultan hanya menjatuhkan hukuman paling berat ialah penjara seumur hidup. Tetapi kepada ahli sihir Badan dan Nyawa (lakonan Aziz Satar dan Sudin) hukumannya ialah pancung sampai mati , kerana mengamalkan sihir pukau !

Akta sihir wajar mencakupi sivil, syariah
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

Berita Harian 18 Okt 2010

Syor Jabatan Peguam Negara tubuh badan khas mampu elak gejala merebak

MINGGU lalu kerajaan disaran menggubal Akta Kesalahan Jenayah Sihir bagi membendung amalan sihir yang semakin berleluasa dewasa ini. Ramai memberi komentar berkaitan isu itu yang turut menarik perhatian saya sebagai pengamal undang-undang sivil dan syariah.

Sihir iaitu ilmu diperkenalkan syaitan kepada manusia akan mengundang kemudaratan sama ada kepada orang yang mengamalkan ataupun mangsanya.

Menurut Datuk Dr Haron Din, sihir adalah ilmu tersembunyi, seni yang memerlukan kemahiran khusus menerusi tumpuan kepada amalan kebatinan secara berhubungan dengan makhluk halus untuk mendapatkan kekuatan batin.

Pengamal sirih boleh menghasilkan perkara luar biasa, mencarik adat, memukau dan mangsa mematuhi apa saja kehendak pengamalnya dengan terpaksa.

Wahid Abdul Salam Bali pula mengatakan, sihir adalah permuafakatan dan persetujuan antara ahli sihir dengan syaitan untuk bersama melakukan sesuatu yang diharamkan Allah SWT bagi mengenakan kemudaratan terhadap mangsa menerusi amalan syirik kepada Allah SWT.

Ibnu Khaldun pula berpandangan sihir adalah ilmu untuk menghasilkan kesan negatif terhadap mangsa dengan menggunakan anasir jahat daripada kekuatan kuasa ghaib (makhluk halus) atau sebagainya bagi tujuan jahat secara tersembunyi.
Al-Quran dan al-Sunnah ada menyebut mengenai ilmu sihir ini. Malah Rasulullah sendiri diriwayatkan pernah disihir oleh kaumnya. Dalam Islam, sihir memang dilarang dan membawa kepada kekufuran.

Jika syor penggubalan Akta Kesalahan Jenayah Sihir diterima kerajaan, Malaysia bukan negara pertama yang akan menggubal akta kesalahan jenayah sihir. Beberapa negara lain seperti China, Afrika dan Amerika Latin sudah mempunyai undang-undang kesalahan sihir. Malah, Australia juga pernah mempunyai undang-undang sama tetapi sudah dimansuhkan pada 2008.

Berbalik kepada syor menjadikan sihir suatu kesalahan jenayah, saya bersetuju dengan saranan sedemikian. Namun, beberapa aspek perlu dilihat bagi memperkemaskan undang-undang itu.

Undang-Undang membanteras amalan sihir tidak hanya perlu dilihat dari kacamata undang-undang jenayah, tetapi hendaklah juga terpakai kepada undang-undang lain sama ada sivil ataupun syariah kerana sihir juga berlaku dalam keluarga, perniagaan dan persahabatan.

Sihir bukan saja membabitkan orang Islam, bukan Islam juga ramai mengamalkannya. Masyarakat bukan Islam di Malaysia dan di luar negara juga tidak asing daripada gejala sihir. Oleh itu, jika sihir diletak di bawah ruang lingkup Mahkamah Syariah jika diperkenalkan, bukan Islam akan terlepas dari kawalan undang-undang itu. Undang-Undang ini haruslah mencakupi Mahkamah Syariah dan Sivil.

Saya berpandangan pembuktian adalah masalah paling utama bagi mensabitkan kesalahan mengamalkan sihir disebabkan sihir menggunakan makhluk halus yang tidak dapat dilihat mata kasar.

Kesukaran membuktikan sihir sebenarnya berlaku di dua peringkat iaitu pertama, bagi membuktikan amalan itu adalah sebenarnya amalan sihir. Kedua, bagi membuktikan orang itu mengamalkan sihir dan terkena kepada mangsa tertentu.

Sudah pasti isu ini mendatangkan kesukaran bagi pihak berkenaan membuktikannya di mahkamah. Jalan bijak pada pandangan saya ialah pihak berkenaan menubuhkan badan khas dianggotai pakar berkredibiliti tinggi termasuk kalangan ulama.

Mereka ini disaring dan dipastikan benar-benar mempunyai kepakaran dalam bidang itu dan diberi tanggungjawab untuk memperakukan mengenai amalan sihir serta kesannya. Perakuan dan asas perakuan itu dibawa ke mahkamah dan diterima oleh mahkamah sebagai keterangan yang konklusif.

Dengan cara itu, pakar ini tidak disoal balas di mahkamah dan tidak tertakluk kepada prosedur rumit pembuktian di mahkamah seterusnya dapat membantu mahkamah membuat keputusan yang tepat.

Menurut Dr Haron, ilmu sihir yang dikatakan sudah muncul sejak zaman Nabi Idris lagi bukan saja diharamkan Islam malah agama lain seperti Yahudi dan Nasrani.

Memang selama ini tidak ada undang-undang yang menjadikan satu kesalahan bagi mengamalkan sihir. Natijahnya, amalan sihir berleluasa dan mangsa sihir kian bertambah. Sudah sampai waktunya kerajaan mengambil inisiatif memastikan gejala sihir tidak terus merebak.

Bagaimanapun, syor di atas perlu diteliti dengan mendalam bagi mengelak undang-undang ini diperlekehkan dan sabitan kes jenayah sihir menjadi suatu yang terlalu ideal. Saya mengesyorkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan Jabatan Peguam Negara yang dianggotai oleh ulama dan pakar perundangan Islam.

Dengan cara ini undang-undang bakal digubal akan menjadi undang-undang yang komprehensif, dinamik dan boleh menyekat amalan khurafat dan syirik seperti sihir. Walaupun nampak sukar untuk dilaksanakan, masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan dari sudut undang-undang, prosedur dan keterangan bagi melaksanakan kawalan terhadap fenomena sihir ini.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Aktasihirwajarmencakupisivil_syariah/Article

Najib kata buat program tempat pembangkang, bukan tempat BN

Posted: 17 Oct 2010 05:04 PM PDT

Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 17 Okt. 2010 - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.

(KOMEN : Untung betul rakyat di kawasan pembangkang ye, Pengerusi BN kata kena banyak buat program di kawasan pembangkang ni. Kawasan selamat, iaitu kawasan yang memang undi BN nya tak perlu buat banyak program. Rugi Rugi Rugi rakyat di kawasan selamat ni. Kalau macam tu jadikan 1Malaysia kawasan pembangkang, supaya lebih banyak program untuk rakyat akan dibuat oleh BN)

KAWASAN PEMBANGKANG = KAWASAN TAK SELAMAT
KAWASAN TAK SELAMAT = LEBIH BANYAK PROGRAM UNTUK RAKYAT

KAWASAN BN = KAWASAN SELAMAT
KAWASAN SELAMAT = TAK BANYAK PROGRAM UNTUK RAKYAT

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Banyak Kes Kereta Terbakar, Uji Semula RON95

Posted: 17 Oct 2010 05:04 PM PDT

Dari Blog Singalatmetro
BANYAK KES KERETA TERBAKAR: UJI SEMULA RON95
TAHUN ini boleh diiktiraf sebagai Tahun Kereta Terbakar! Sejak Januari lalu, hampir 100 kes dilaporkan media mengenai kebakaran kereta, sesetengahnya membabitkan korban dan kecederaan kekal. Itu belum dianggarkan kejadian kebakaran yang tidak dilaporkan, seperti terbakar di tepi jalan dan dibiarkan sahaja oleh pemilik kenderaan!

Banyak pihak sedar tragedi yang sedang berlaku ini. Malah banyak pihak juga cuba membuat rumusan dan kesimpulan mengenai punca kebakaran kenderaan yang dilaporkan meningkat. Namun tiada satu pun rumusan yang boleh dijadikan asas untuk kita memberi fokus penyelesaiannya, kecuali banyak dikatakan orang tentang minyak RON95!

Barangkali kerajaan kena bersikap terbuka terhadap semakin banyak dakwaan terhadap punca banyak kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini, adalah berpunca daripada RON 95. Tidak salah ujian, penelitian dan timbang uji secara berkala atau bertubi dilakukan kerana kadang-kala sesuatu kekurangan itu hanya dapat ditemui selepas ia diuji berkali-kali.

Diturunkan di bawah ini sebahagian daripada kejadian kereta terbakar di negara ini:

27 Januari 2010 - Sebuah kereta terbakar dan gagal dipadamkan di Seksyen 7 Shah Alam

29 Julai 2010 - Seorang lelaki tua maut apabila keretanya terbakar dirempuh lori di km 313 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada jam 8.55 malam

14 Oktober 2010 - Sebuah kereta terbakar di km 24.4 Jalan Lingkaran Tengah 2 Ampang, Selangor

14 Oktober 2010 -Sebuah kereta Honda City terbakar apabila melanggar pokok mengakibatkan enam terbunuh di Kampar Perak.

14 Oktober 2010 - Sebuah kereta Honda City terbakar dilanggar Honda CRV di Kuala Lumpur.

14 Oktober 2010 - sebuah kereta jenis Ford Escape tiba-tiba terbakar di Lingkaran 2, Hulu Klang menuju ke Ampang.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/banyak-kes-kereta-terbakar-uji-semula.html

Tiada ulasan: