Anwar Ibrahim |
- Menteri Angkuh, Ketepikan Keluhan Peneroka
- Mengapa Lantik 1MDB Yang Belum Teruji?
- Projek Mega Najib Petanda Empayar BN Bakal Runtuh
- Najib Harus Renung Sejarah ‘Firaun’
- Bajet Fantasi Rosmah
Menteri Angkuh, Ketepikan Keluhan Peneroka Posted: 18 Oct 2010 05:35 AM PDT Dari TV Selangor Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri dan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersikap angkuh dan semborono dengan mengetepikan sahaja keluhan peneroka yang mengadu berkenaan lembaga berkenaan. Sebelum ini, pada 7 Oktober lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Felda bersedia memberikan wang tanam semula sebanyak RM17,000 kepada peneroka tetapi dengan syarat peneroka perlu membuat tanaman semula mengikut panduan yang ditetapkan. Dalam hujah beliau di Dewan Rakyat pagi tadi, Anwar menjelaskan tindakan ini bermaksud bantahan dan isu yang diketengahkan oleh para Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkenaan Felda selama ini berjaya menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab terhadap organisasi berkenaan. “Saya tidak pertikai maksud baik awal Rancangan Felda dan beberapa faedah serta nikmat yang diperolehi, tetapi seperti mana yang kita tekankan, wajar diberikan penilaian dan pertimbangan semula kerana lebih ramai masyarakat Felda merasakan ada bentuk ketidakadilan berlaku,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Katanya lagi, wang tanam semula tidak diberikan sebelum ini bagi mengelakkan wang tersebut disalah gunakan oleh para peneroka. “Persoalannya sekarang, adakah benar ini akan dilaksanakan? Kita menuntut, rakan-rakan kita nak tanya, bila nak laksanakan? “Kenapa ada peneroka yang telah menanam sendiri lima, malah sepuluh tahun, wang tanam semula tidak diperolehi?” kata beliau. Anwar seterusnya menyatakan jika isu ini berkenaan membantu keluarga dan rakan Umno-Barisan Nasional(BN), segera dilakukan tetapi perihal membantu masyarakat kampung termasuk kaum Melayu sendiri tidak kesampaian walaupun menunggu sepuluh tahun. Katanya lagi, para peneroka terpaksa menyaman Felda kerana kegagalan Felda membayar wang penanaman semula walaupun rundingan dibuat begitu lama. “Ini keluhan yang mereka (peneroka Felda) keluarkan. Mengapa para peneroka Felda berani bawa kes ini ke makhamah?” tegasnya. Sebabnya mudah dakwa Anwar, kerana mereka terdesak, bawa ke Felda tiada harapan. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Mengapa Lantik 1MDB Yang Belum Teruji? Posted: 18 Oct 2010 05:31 AM PDT Dari Malaysiakini Kerajaan mengambil risiko besar dengan melantik syarikat baru 1Malaysia Pembangunan Berhad (1MDB) sebagai pemaju hub bernilai muti-bilion ringgit, kata Ktua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam ucapan perbahasannya mengenai Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Anwar berkata IMDB baru berusia tidak sampai setahun dan tidak mempunyai rekod prestasi untuk membuktikan ia mampu mengendalikan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianggarkan membabitkan kos RM26 bilion. Anwar mengingatkan Dewan Rakyat bahawa syarikat berkenaan berkaitan dengan jutawan Low Taek jho, yang lebih dikenali sebagai jho Low, menakala latar belakang syarikat itu juga meragukan. “Saya tidak cemburu Jho Low menghabiskan masa dengan Paris Hilton, tetapi hakikatnya, selepas menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat, 1MDB tidak mempunyai alamat perniagaan dan tidak ada juruaudit dilantik,” katanya. Anwar berkata, turut meragukan ialah ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut hanya hanya melaporkan pada Okt 12, bahawa mereka membuat keuntungan RM425 juta, hanya beberapa hari sebelum bajet dibentang. Oleh itu, beliau mempertikaikan bBagaimana kerajaan boleh meluluskan syarikat berkenaan mengendalikan projek berkepentingan nasional seperti itu. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Projek Mega Najib Petanda Empayar BN Bakal Runtuh Posted: 18 Oct 2010 05:30 AM PDT Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 18 Okt – Sambil mengkritik pentadbiran Najib juga sudah mula boros dengan projek-projek mega atas alasan mahu merancakkan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia petanda awal empayar Barisan Nasional (BN) kini di ambang keruntuhan. "Keghairahan kerajaan untuk menunjukkan elemen mega (dengan membina monumen) adalah petanda kejatuhan empayar mereka. Kami akan berdoa agar ia akan terjadi," kata ketua pembangkang (gambar) ini di Dewan Rakyat ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini. "Tindakan terburu-buru untuk melaksanakan projek-projek mega, yang kononnya bagi menggambarkan kemegahan negara, kini diulangi oleh kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semasa," kata beliau. "Di sini, saya hendak bertanya mengenai kebijaksanaan Permodalan Nasional Berhad menerima arahan daripada kerajaan untuk melibatkan diri dalam projek raksasa ini," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini. Dalam Bajet 2011 yang diumumkan Jumaat lalu, Najib antara lain mengumumkan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan. Projek itu dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020. Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025. Turut diumumkan ialah pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. Najib berkata, "di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara." "Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka. "Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada tahun 2015," kata Najib. Anwar pula berhujah, pembinaan Menara Berkembar Petronas pada 1990-an dengan sendiri telah menelan kos RM6 bilion. Kata Penasihat PKR ini ia tidak termasuk kos tanah sebanyak RM900 juta, taman KLCC RM200 juta dan Dewan Filharmonik Petronas yang menelan RM500 juta. "Kos keseluruhan lebih RM10 bilion dan ini tidak termasuk kos penyelenggaraan RM250 juta setiap tahun. "Adakah ini (yang dimaksudkan) kemegahan negara? (Juster) adakah kita memerlukan satu lagi menara 100 tingkat di Malaysia?" soal beliau. Anwar memberitahu, sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan untuk projek menara Warisan Merdeka boleh digunakan untuk membina 1,667 sekolah pada kos RM3 juta setiap satu. "Tetapi tidak, yang itu tidak penting. Tetapi, apa yang penting ialah menunjukkan elemen mega," kata beliau. Anwar berkata, projek-projek di bawah Bajet 2011 tidak memberikan pertimbangan kepada kedudukan ekonomi semasa negara dan keperluan untuk mengurangkan defisit bajet selain memperbaiki daya saing. "Ia satu projek untuk menunjukkan bagaimana hebatnya kita menerusi projek-projek besar," kata beliau lagi. Anwar menekankan bahawa di kalangan negara Asean hanya Malaysia merekodkan "aliran masuk negatif". Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, menurut Anwar, telah merosot 81 peratus daripada RM23.47 bilion pada 2008 kepada RM4.43 bilion tahun lalu berbanding Thailand yang mencatatkan FDI RM19.01 bilion manakala Indonesia pula RM19.08 bilion. "Ini adalah FDI paling rendah dalam 20 tahun kecuali pada 2001 di mana kita merekodkan FDI RM1.54 bilion," katanya. Malah, Anwar juga menekankan bahawa pengajaran-pengajaran daripada masa lalu khususnya ketika era Dr Mahathir telah menunjukkan bahawa dasar projek mega negara sebenarnya tidak berjaya. Beliau juga mempertikaikan cadangan kerajaan untuk melaksanakan projek MRT RM40 bilion di ibu negara dengan menekankan sama ada ia akan mengalami nasib projek LRT Star-Putra yang mengalami kerugian hampir RM6 bilion. "Pada 1999, kerajaan telah dipaksa menyuntik RM600 juta kepada Star menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Kerajaan juga membenarkan Star dan Putra untuk meneruskan operasi meskipun berhadapan masalah salah pengurusan. "Pada 2001, kerajaan mengesahkan ia akan mengambil alih Putra dan Star dengan menerbitkan bon bernilai RM8 bilion. "Sejak Mac lalu, kedua-dua syarikat mengalami kerugian RM5.5 bilion," kata Anwar. Sebalik perkembangan itu, Anwar berkata, kerajaan memberikan lampu hijau untuk melaksanakan projek MRT kepada Gamuda-MMC untuk menguruskannya tanpa melalui proses tender terbuka. "Kebimbangan kami ialah sama ada projek MRT akan berakhir dengan lebih banyak ketirisan dan amalan korup seperti sebelum ini dan hanya akan memberikan manfaat kepada kroni-kroni dan kerugian besar kepada rakyat," kata beliau. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Najib Harus Renung Sejarah ‘Firaun’ Posted: 17 Oct 2010 11:36 PM PDT Dari TV Selangor Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim. Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan. ” (Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat. Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu. Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut. “Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat,” beliau menambah. Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam. Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan. Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar. |
Posted: 17 Oct 2010 11:33 PM PDT Dari Malaysiakini Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) berkata, fokus kerajaan telah tersasar memandangkan pusat itu juga masih di peringkat percubaan. Anggota parlimen Marang itu juga membandingkan peruntukan kepada PERMATA berbanding usaha bagi meningkatkan taraf Orang Asli dan pribumi yang diberikan RM100 juta, manakala sekolah agama rakyat pula diberikan hanya RM95 juta. Dalam pembentangan Bajet 2011 oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, PERMATA dimumkan bakal mendapat peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program PERMATA yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Dalam satu kenyataan, Abdul Hadi agenda ekonomi dan transformasi yang dinyatakan dalam pembentangan bajet 2011 hanyalah satu penjenamaan semula yang “ditaburkan dengan angka yang indah-indah dengan mengkesampingkan aspek pembinaan manusia”. “Apa yang penting bukannya angka-angka yang sedap didengar, umpamanya dibentangkan bahawa pendapatan per kapita meningkat sebanyak 6.1 peratus kepada RM28,000; kononnya kadar pengangguran di takuk 3.5 peratus; sedangkan realitinya rakyat di luar bandar tidak menikmati faedah langsung dari peningkatan angka-angka sedemikian, bahkan jauh sekali dari menikmati kesejahteraan hidup akibat dari perubahan angka-angka ini!” kata Abdul Hadi. Beliau juga menyelar perdana menteri dengan gelaran yang digunakan dalam pembentangannya Jumaat lalu – “saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan” kerana didakwa mengelirukan rakyat dengan angka-angka sedemikian. Mengulas cadangan projek seratus tingkat menara Warisan Merdeka, beserta kemudahan yang menelan belanja asas RM5 billion, Abdul Hadi mempertikaikan kenapa peruntukan bagi tujuan itu hanya “secebis” jika dibandingkan dengan projek koridor yang didakwanya lebih bermanfaat kepada rakyat. “Contohnya peruntukan untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) hanyalah RM178 juta, iaitu dalam lingkungan 3.6% dari projek Warisan Merdeka. “Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM5 billion itu meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan Umno-BN.” |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan