Selasa, 5 Oktober 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Mahkamah Tolak Rayuan Terhadap Pembebasan Pegawai Khas Exco

Posted: 05 Oct 2010 12:55 AM PDT


SHAH ALAM, 5 OKT : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Wong Chuan How, pegawai khas kepada anggota Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, daripada tuduhan pecah amanah membabitkan cek berjumlah RM2,500, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad memutuskan sedemikian selepas menilai rekod rayuan dan alasanpenghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen serta menilai semua keterangan termasuk kredibiliti saksi-saksi.

Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini sebelum ini yang melepas dan membebaskan Wong tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan pecah amanah melibatkan cek bernilai RM2,500 iaitu wang peruntukan menganjurkan program gotong-royong dan ramah mesra Kampung Baru Lanjut dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek.

Wong didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sepang antara 30 Julai dan 16 Sept 2008. Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee hadir bagi pihak pendakwaan sementara Wong diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid.

Asmabi berkata terdapat percanggahan yang nyata antara keterangan dua saksi pendakwaan dan dalam alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen, kredibiliti saksi ketiga pendakwaan, Mohd Zaini Abd Rahman adalah dicabar dan Hakim Mahkamah Sesyen tidak mempercayainya.

"Pada keseluruhannya saya bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri. Justeru, saya tolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen," katanya.

Dalam reaksinya selepas itu, Wong berkata beliau gembira dengan keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah hari ini.

"Setakat ini, saya tidak ada niat untuk menipu atau melakukan pecah amanah. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab serta tugas saya," katanya.

Pihak pendakwaan sebelum ini turut gagal dalam rayuan mereka berhubung pembebasan Wong daripada satu lagi tuduhan iaitu mengemukakan borang peruntukan dan invois palsu bagi pembekalan 2,500 unit bendera kereta bernilai RM2,500, dua tahun lepas.

Bagaimanapun, pendakwaan berjaya dalam rayuan mereka terhadap pembebasan Wong bagi satu lagi pertuduhan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM5,000 dan Mahkamah Tinggi memerintahkan pembantu khas Ronnie Liu itu untuk membela diri pada 13 dan 14 Dis depan.

BERNAMA

Shamsul Beri Keterangan di IPD Shah Alam

Posted: 05 Oct 2010 12:51 AM PDT


SHAH ALAM,05 OKT : Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini.

Ianya berhubung siasatan dakwaannya bahawa kepimpinan tertinggi PDRM mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, akhir Ogos lalu.

Shamsul yang tiba di IPD Shah Alam kira-kira jam 11.15 pagi tadi, turut ditemani peguamnya, Yusmadi Yussof dan seorang peguam daripada Majlis Peguam, Fadiah Najwa Fikri.

Sebelum ini dua wartawan TV Selangor dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar yang mengaitkan PDRM dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya ketika ditemuramah portal berita itu.

Wartawan yang dipanggil untuk memberi keterangan itu ialah Radzi Razak dan Zeanaaima Mohd Yusof yang juga pembaca berita portal berkenaan.

Shamsul Iskandar selesai memberi keterangan kira-kira jam 1 tengah hari tadi.


Sumber: Selangorkini

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Xavier Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Yang Buat Repot Polis Palsu Terhadapnya

Posted: 05 Oct 2010 07:00 AM PDT

Selasa 5 Oktober, 2010, Seksyen 11, Shah Alam - Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar  telah membuat laporan polis terhadap salah seorang calon yang tewas dalam Pemilihan Cabang Kota Raja yang dikatakan membuat laporan palsu terhadap beliau berkaitan kekecohan yang berlaku semasa proses pemilihan cabang Kota Raja yang berlangsung pada 26 September, 2010 yang lepas.

Ekoran kejadian tersebut, calon tersebut (seorang peguam) kemudiannya telah membuat laporan polis mengatakan beliau telah  dikasari dan telah dicederakan oleh Dr. Xavier dalam kekecohan yang berlaku di dalam dewan tersebut..

Dalam laporan polis yang dibuat oleh Dr. Xavier di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 4.00 petang tadi, beliau menafikan sekeras-keras tuduhan yang dibuat oleh calon tersebut dan sebaliknya mengatakan bahawa calon tersebut telah membuat laporan polis palsu terhadapnya kerana katanya lagi beliau langsung tidak berada berhampiran calon, jauh sekali untuk mencederakan beliau semasa kekecohan di dalam dewan tersebut.
Tegas Xavier lagi, beliau akan membuat aduan rasmi kepada pihak Majlis Peguam (Malaysian Bar Council) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap calon tersebut (seorang peguam) yang telah melanggar etika guaman kerana membuat laporan polis palsu terhadap beliau.   

Dr. Xavier ditemani Setiausaha Cabang, Kamarudzaman Sanusi dan beberapa orang pemimpin Cabang dan AMK Cabang Kota Raja.



The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Felda Langgar Syarat Perjanjian Yang Ditandatangani Diantara Peneroka dan Felda

Posted: 05 Oct 2010 06:01 PM PDT

Sejak Felda menubuhkan anak syarikat bernama Felda Technoplant, Felda tidak lagi akur kepada syarat-syarat yang terkandung didalam Surat Perjanjian diantara Badan itu dengan Peneroka-Peneroka.
Diantara syarat penting yang terkandung didalam Surat Perjanjian itu adalah tindakan yang mesti dilakukan oleh Felda untuk mengemukakan syor kepada Kerajaan Negeri agar Kerajaan Negeri mengeluarkan Geran Tanah/Suratan Hakmilik kepada Peneroka-Peneroka Felda apabila mereka sudah menyelesaikan segala hutang mereka kepada Felda.
Apa yang berlaku di sesetengah Rancangan Felda, Peneroka-Peneroka telah pun menjelaskan hutang masing-masing dan telah juga menyelesaikan segala bayaran CAC, tetapi Felda masih gagal mengemukakan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan Geran Tanah kepada peneroka-peneroka yang terbabit.
Ada disesetengah Rancangan Felda, peneroka-peneroka telah menjelaskan hutang mereka lebih dari 14 tahun yang lalu, tetapi hingga kini, Felda masih gagal menyempurnakan tanggungjawabnya seperti yang dituntut didalam Perjanjian diantara Felda dengan Peneroka.
Disebaliknya, Felda telah menghubungi Peneroka-Peneroka Felda supaya mereka menandatangani Perjanjian Tambahan supaya peneroka-peneroka bersetuju mennyerahkan kepada Felda untuk menyempurnakan Tanam Semula melalui Felda dan membuat ugutan bahawa Geran Tanah mereka tidak akan dikeluarkan melainkan mereka bersetuju dengan Perjanjian Tambahan itu, suatu Perjanjian yang berat sebelah dengan Peneroka-Peneroka tidak diberikan apa-apa pilihan.
Peneroka-Peneroka Felda daripada beberapa buah Rancangan Felda telah menemui Peguam-Peguam untuk menyaman Felda jika mereka berterusan menapikan Hak Peneroka untuk mendapatkan Geran Tanah masing-masing.
Peguam-peguam dikatakan sedang meneliti deokumen-dokumen yang ditandatangani diantara Felda dan Peneroka, dan akan mengemukakan bagi pihak Peneroka-Peneroka saman meminta arahan Mahkamah agar Felda melaksanakan tugasnya untuk mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya Geran Tanah mereka dikeluarkan.
Bagi Negeri-Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, isu ini tidak timbul kerana Kerajaan-Kerajaan Negeri itu sudah pun mengeluarkan Geran Tanah kepada Peneroka-Peneroka Felda samada Peneroka-Peneroka itu sudah atau belum menjelaskan hutang mereka kepada Felda.
Hanya rancangan-rancangan Felda dibawah Kerajaan Barisan Nasional yang masih berdegil dan enggan mematuhi syarat Surat Perjanjian yang ditandatangani diantara Peneroka dan Felda, dan Peneroka-Peneroka Felda yang terlibat dengan isu Geran Tanah ini akan mengambil keputusan untuk menukarkan haluan politik mereka daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat untuk mempastikan mereka memperolehi Geran Tanah mereka dan tidak berterusan dipermain-mainkan oleh Felda.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Tekad Mahasiswa Sahut Cabaran Di Galas

Posted: 05 Oct 2010 03:26 AM PDT

Dari TVSelangor

Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menjangka lebih 2,000 mahasiswa akan menyertai kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, tanpa mempeduli amaran daripada Menteri Pengajian Tinggi supaya tidak terlibat. dalam PRK itu.

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman menyifatkan amaran awal Datuk Seri Khaled Nordin semalam sebagai arahan yang tidak masuk akal dan bukan sesuatu yang mutlak walaupun Khaled berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi terpulang kepada mahasiswa untuk membuat penilaian.

“Pertamanya kita seluruh Mahasiswa sering peka berkenaan dengan isu-isu semasa yang melingkari mahasiswa dan negara ini.

“SPR belum lagi bermesyuarat dan memutuskan tarik pilihan raya kecil Galas tetapi Menteri telah pun mengeluarkan arahan kepada mahasiswa supaya tidak turun ke Galas. Adakah Menteri sedang bermimpi di siang hari?” katanya yang menyatakan mahasiswa tidak akan turun beramai-ramai ke Galas.

“Kami sahut cabaran menteri yang sewenang-wenangnya ingin mengenakan Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kepada mahasiswa yang turun ke Galas.

“Saya juga ingin memberi mesej jelas kepada menteri bahawa mahasiswa bukan budak kecil yang boleh ditakut-takutkan,” katanya yang menganggarkan lebih 2,000 mahasiswa bakal ke Galas untuk hadir sebagai kuasa ketiga dalam masyarakat.

“Jika mahasiswa tidak dibenar hadir pilihan raya kecil, ke mana mahasiswa akan pergi apabila pilihan raya umum berlangsung? Semua negeri ini menjadi 'haram' bagi mahasiswa. Adakah mahasiswa perlu ramai-ramai ke luar negara?” katanya.

Mustaffa Kamil Persoal Politik ‘Busuk’ PERKASA

Posted: 04 Oct 2010 10:55 PM PDT

Dari Malaysiakini

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan ‘sokongan’ Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

“Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini,” katanya.

Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap ‘perkauman’ NGO Melayu itu.

Tolak anasir ekstrim

“Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini,” kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.

Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai “budak kopi” kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam,” kata Arman Azha.

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih.

“Saya nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih,” katanya sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong NGO Melayu itu.

Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak.

Sokong bawa rebah

Ditanya tentang kepentingan sokongan itu kepadanya, Mustaffa berkata ia menarik minat ahli parti dan media.

“Tetapi saya kena pastikan supaya tak dilihat sokong membawa rebah,” katanya.

Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata “tak ada angka sedemikian”.

Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?” soalnya kembali.

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Felda Berbohong?

Posted: 05 Oct 2010 02:52 AM PDT

Mari kita baca Majalah keluaran Felda. Didalamnya dimuatkan mengenai tindakan peneroka-peneroka Felda mennyaman Felda.
Wah, wah, wah...ceritanya begini. Felda melakukan pembohongan diatas darat apabila dia menyatakan bahawa Peguam-Peguam Peneroka mengenakan bayaran RM5000.00 kepada setiap peneroka yang menyaman Felda.
Majalah itu menyatakan bahawa peguam-peguam itu menggunakan kereta mewah, dan tinggal di Hotel-Hotel 5 Bintang dan tersenyum didepan ATM.
Beginilah buruknya imej Peguam-Peguam itu yang digambarkan oleh Felda melalui Majalah keluarannya.
Dulu Tan Sri Dr Yusof Noor mengatakan bahawa setiap peneroka itu dikenakan RM500.00 tetapi kali ini dinaikkan angka itu 10 kali ganda dengan RM5,000.00.
Ketawa besar peneroka-peneroka Serting membaca artikel didalam Majalah Felda itu. Mereka kata samada Felda ini ditadbirkan oleh manusia yang paling bodoh didunia atau pembohong yang paling bodoh.
Peneroka-peneroka tidak membayar yuran guaman (legal fees) langsung, tetapi hanya membayar bayaran kos (disbursement) sebanyak RM50.00 seorang. Dari duit RM50.00 itulah digunakan untuk menghantar buah sawit ke Makmal untuk ujian KPG dari beberapa lot untuk mempastikan bahawa tuntutan yang dibuat berlandas kepada fakta sebenar, bukan hayalan mengikut emosi.
Dari disbursement itu juga untuk digunakan bagi perbelanjaan transport didalam pengurusan ini, dan dari disbursement yang kecil itu jugalah digunakan untuk menyiapkan dokumen, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, untuk hadir entah beberapa kali nanti di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. RM50.00!
Kita sekarang mahu Felda dedahkan pula berapakah jumlah Fee Guaman yang Felda bayar kepada Peguam Felda, dan kita juga mahu tahu bahawa jika Peguam Felda itu gagal menghadiri Mahkamah, apakah tindakan undang-undang yang Felda telah saman kepada Peguam yang gagal bertindak itu.
Kita mahu tahu jumlah bayaran guaman yang Felda telah bayar kepada Peguam yang gagal di Mahkamah Tinggi itu, dan berapa fee guaman yang Felda bayar kepada Peguamnya di Mahkamah Rayuan dan berapa pula bayaran guaman yang Felda telah bayar kepada Peguamnya di Mahkamah Persekutuan.
Felda telah melantik Peguam dari Firma Guaman yang besar dan established, maka menjadi kepentingan kepada Peneroka untuk bertanya jumlah Fee Guaman yang dibayar oleh Felda kepada Peguam-Peguamnya (termasuk yang dikatakan gagal itu) dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan dan Semakan di Mahkamah Persekutuan.
Sila jawab. Kerana pembohongan Felda mengatakan bahawa peguam-peguam Peneroka mengenakan perbelanjaan guaman sejumlah RM5000.00 itu, Insya Allah, peguam-peguam tersebut akan mengambil tindakan saman malu terhadap Felda.

WAHAI PAK CIK MAK CIK TANJUNG, SILA RUJUK FATWA KEBANGSAAN

Posted: 05 Oct 2010 02:41 AM PDT

Sila baca dan fahamkan. Setelah faham, adalah menjadi tanggungjawab setiap pembaca untuk membetulkan akidah warga emas yang terpedaya dengan permainan politik UMNO yang cuba menjatuhkan kerajaan serba prihatin LGE di Pulau Pinang.

Maklumat kebenaran ini tidak mampu disampaikan melalui media massa yang dikuasai kerajaan. Justeru itu, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menyebarkan kebenaran ini selain daripada para pembaca blog dan FB. Sebar-sebarkan, 'share' artikel ini kerana sharing is caring...

Klik untuk besarkan atau klik di sini untuk terus ke laman e-fatwa. Atau baca di bawah.

Salinan dari laman e-fatwa berkenaan tajuk : Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

2. Diserah kepada golongan fakir miskin; atau

3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


HUTANG NEGERI KEDAH RM1.7 BILIIION...

Posted: 04 Oct 2010 11:53 PM PDT

Posted: 04 Oct 2010 11:38 PM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


ADUN Lenggeng N.Sembilan menghina Orang Asli

Posted: 05 Oct 2010 06:31 AM PDT

TVSelangor
NEGERI SEMBILAN 4 OKT : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng dari Umno, Mustafa Salim didakwa menghina dan merendah-rendahkan masyarakat orang Asli apabila mengeluarkan bahawa kenyataan 'orang Asal hanya penumpang di tanah kerajaan'. Ungkapan itu dikatakan dibuat Adun itu pada satu majlis sambutan Hari Raya untuk orang Asli di Kampung Lumut, Ulu Beranang pada 22 September lalu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bercakap kepada TV Selangor, Panglima Garang Adat Jawatankuasa Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS), Abu Ambang berkata, Mustafa didakwa berkata, orang Asli tidak mempunyai tanah warisan atau tempat bermastautin kerana menumpang di tanah kerajaan.
"Dia kata mana ada tanah turun temurun orang asli,itu tanah kerajaan, dia cakap macam itulah Di fikiran kami, kenapa tidak ada sedangkan ini merupakan tanah bapa kami, turun anak, turun cucu, turun cicit.

"Kami mengharapkan belas kasihan wakil rakyat untuk cakap hal tanah atau kemajuan Tak sangka, wakil rakyat ini menentang masyarakat orang Asli ," katanya yang menyatakan kelompoknya mengundi BN sejak menggunakan logo kapal layar lagi.

Ketua Jawatankuasa Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, Tijah Yok Chopil pula menyatakan masyarakat orang Asli kesal dengan kenyataan Adun dari Umno itu yang jelas bertentangan dengan semangat 1 Malaysia.

Lebih menusuk perasaan, Tijah mendakwa Mustafa mendakwa orang Asli sebagai 'pengecut kerana lari dari medan perang.'

"Dia cakap orang Asli masa perang dulu, bukannya tolong melawan musuh tetapi lari sana sini," katanya yang turut marah kerana Adun Lenggeng itu menyatakan 'semua tanah ini, tanah kerajaan dan bukan kamu punya tanah adat.'

Sumber : http://ko-kr.connect.facebook.com/note.php?note_id=436609661246&comments&ref=mf

Kerajaan berkhidmat kpd Rakyat atau kpd Barat ?

Posted: 04 Oct 2010 09:14 PM PDT

Dari Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Naib Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) merangkap Ketua Perhubungan ISMA N.Sembilan

Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam hari ini sepatutnya merenung kepada diri sendiri dengan penuh insaf dan tanggungjawab bahawa rakyat memilih mereka untuk mereka berkhidmat kepada umat, bukan berkhidmat untuk pihak lain terutama kepada Barat dan Kuasa-kuasa Besar.

Sebab utama banyak pemimpin dan kerajaan umat Islam merujuk, bahkan ada ke tahap melutut kepada Barat adalah kerana jahilnya mereka terhadap Islam yang hakiki, lemah jiwa, tiada agenda umat, rosak akhlak, cinta dunia dan sayang kepada kerusi tampuk kekuasaan.

Bagi mereka, mereka akan lebih kekal di tampuk kuasa hanya jika sekiranya mereka mendapat dokongan Barat dan Kuasa-kuasa Besar, itu yang lebih penting. Jika tidak, Barat akan menggangu gugat kestabilan karier politik dan periuk nasi mereka, memporak perandakan ekonomi yang banyak bergantung kepada Barat bahkan akan menyerang mereka sekiranya mereka terus engkar.

Oleh itu kemahuan Barat diutamakan, dan hak dan kehendak raakyat di belakangkan.

Tidakkah mereka melihat bahawa hakikatnya kestabilan, kekuatan ekonomi dan keselamatan negara banyak bergantung kepada umat di dalam negara itu sendiri.

Lebih dari itu, di sana ada kuasa yang lebih besar yang menentukan segala-galanya iaitu Yang Maha Pencipta lagi Maha Perkasa.

Walaupun Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Agama Resmi negara adalah Islam, tetapi banyak undang-undang tidak digubal oleh wakil-wakil rakyat ke arah itu.

Begitu juga banyak undang-unang yang bertentangan dengan Agama Resmi negara tidak cuba diubah oleh wakil-wakil di Parlimen dan DUN.

Kebanyakan ibu bapa tidak suka anak-anak muda mudi mereka terjebak di dalam Budaya Kuning yang merosakkan. Mereka mengundi wakil mereka ke DUN dan Parlimen. Adakah wakil mereka memperjuangkan harapan dan ideologi mereka atau mereka lebih melayan agenda pihak lain ?

Adalah lebih baik pemimpin negara umat Islam berkhidmat kepada Rakyat daripada berkhidmat kepada Barat.

Artikel sepenuhnya di http://inijalanku.wordpress.com/2010/10/05/kerajaan-berkhidmat-kpd-rakyat-atau-kpd-barat/

Lokasi seks di pantai Terengganu

Posted: 04 Oct 2010 04:50 PM PDT


Berita Harian 5 Okt 2010 - Jeti pelancongan di Merang kini terbiar dan menjadi sarang maksiat. Jeti, benteng pemecah ombak Pantai Merang tidak berfungsi. Salah siapa. Sama ada faktor alam, kesilapan reka bentuk atau tiada kajian mendalam menyebabkan jeti dan benteng pemecah ombak di Pantai Merang di sini, kini tinggal menjadi 'tugu' kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Jeti dan benteng pemecah ombak tinggal yang berada kira-kira dua kilometer dari jeti yang digunakan sekarang di Muara Sungai Merang, juga didakwa penduduk sudah menjadi lokasi pasangan kekasih gelap memadu asmara.

Jeti dan benteng pemecah ombak yang dibina menggunakan kepakaran luar negara membabitkan kos RM22 juta itu pada asalnya dibina bertujuan memudahkan pengusaha bot pelancong melabuhkan bot untuk mengambil dan menurunkan penumpang dari Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.

Prasarana yang sudah menjadi gajah putih itu dibina pada 1996 dan hanya sempat digunakan empat tahun, dan masalah yang merugikan pelaburan kerajaan itu dipercayai disebabkan tiada kajian secara terperinci mengenai keadaan pasang surut air, arus dan pembentukan beting pasir semula jadi di kawasan itu.

Akibatnya, pelaburan besar yang boleh digunakan untuk membeli hampir 500 unit rumah kos rendah itu, terbiar bersama beberapa kemudahan lain yang dibina termasuk jalan masuk, gerai dan perhentian bas yang hanya dapat digunakan dalam tempoh empat tahun saja.

Beberapa penduduk dan pengusaha bot pelancong yang enggan dikenali mendakwa, benteng pemecah ombak dibina dalam jarak antara lima hingga tujuh kilometer dari pantai.

"Kami sudah menyuarakan isu ini kepada syarikat yang diberi tanggungjawab membina benteng pemecah ombak sekitar tahun 1994, tetapi mereka menolak kebimbangan kami, malah sebaliknya mendakwa pembinaan berkenaan apabila siap mampu menyelesaikan masalah muara cetek.
"Kita hanya sempat menggunakan jeti itu untuk menghantar dan mengambil pelancong ke Pulau Redang selama empat tahun saja, selepas itu terpaksa ditinggalkan kerana muara cetek hinggakan terus menjadi pantai sekarang," katanya.

Seorang penduduk, Sazali Samiun, 68, berkata selepas jeti pelancongan itu digunakan hampir empat tahun, masalah muara cetek yang dihadapi pengusaha bot pelancong tidak berkesudahan menyebabkan pernah suatu ketika lebih 60 pengusaha membuat bantahan.

"Akhirnya, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan besar untuk melaksanakan kerja mendalamkan perairan itu. Tetapi selepas dua kali kerja mendalamkan perairan itu tidak berhasil, pengusaha bot tiada pilihan selain berpindah ke jeti sekarang di Muara Sungai Merang," katanya.

Sehubungan itu, Sazali berkata, pihak berkuasa tempatan tidak seharusnya membiarkan saja jeti dan benteng pemecah ombak yang sudah berada di daratan itu itu sebagai tugu di daerah itu, sebaliknya perlu mencari kaedah membangunkannya supaya tidak terus menjadi lokasi kumpulan tidak bertanggungjawab membuat maksiat.

"Lokasi ini sesuai dijadikan kawasan perkhemahan atau riadah keluarga kerana prasarana yang sudah tersedia perlu dimanfaatkan dan tidak dibiarkan saja menjadi gajah putih," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Lokasiseks/Article

Peniaga Melayu dah hilang kuasa di Johor Bahru

Posted: 04 Oct 2010 04:50 PM PDT

Berita Harian 5 Okt 2010 - Pengusaha gerai di Danga Bay Festive Mall diarah kosongkan premis rayu pembelaan. Buntu memikirkan perniagaan terpaksa ditutup, lebih 300 pengusaha gerai di kompleks beli-belah Danga Bay Festive Mall di sini merayu campur tangan pihak berkuasa bagi membela nasib mereka.

Wakil peniaga, Abdul Rahim Atan, 47, berkata tindakan pihak pengurusan kompleks meminta peniaga mengosongkan bangunan sebelum 31 Disember ini menyebabkan lebih 700 pekerja bakal diberhentikan.

Katanya, peniaga memahami pihak pengurusan berhak mengarahkan mereka keluar selepas kawasan berkenaan dijual kepada syarikat lain bagi memberi laluan projek pembinaan komersial berskala besar. "Bekalan pendingin hawa dan jalan masuk ke tapak gerai sudah ditutup dalam tempoh seminggu lalu. Kami meminta campur tangan pihak berkuasa kerana peniaga menanggung kerugian.

"Peniaga kecewa dengan sikap mereka yang terus mengambil deposit daripada penyewa baru sedangkan sudah maklum tempat berkenaan bakal ditutup.

"Saya minta pihak berkuasa mengeluarkan surat segera bagi memulihkan kembali keadaan ini dan meninjau sendiri keluhan kami yang sudah mengeluarkan belanja besar untuk pengubahsuaian kedai," katanya di sini.

Abdul Rahim berkata, sebagai langkah penyelesaian sementara peniaga mengharapkan kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Johor membangunkan tanah miliknya di Teluk Danga sebagai tapak penempatan semula perniagaan mereka.

"Walaupun pengurusan menawarkan tempat sewa gerai baru di Danga City Mall, kami terpaksa menolaknya kerana kawasan itu kekurangan pengunjung dan jauh dari lokasi asal.

"Malah, bukan semua peniaga mendapat tawaran berkenaan dan hanya ada beberapa unit saja di situ kerana itulah kami secara kolektif menolak tawaran berkenaan.

"Kami harap pihak UPEN Johor mempertimbangkan cadangan kami supaya tanah miliknya di Lot PTB 21357 di Teluk Danga dijadikan tempat perniagaan sementara dan segala kos pembinaan boleh dibincangkan bersama nanti," katanya.

Beliau berkata, peniaga meminta kebenaran pemanjangan waktu operasi harian sehingga akhir tahun ini bagi meraih pendapatan tambahan untuk menampung kerugian dialami.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Keluhanpeniaga/Article

Wanita naik motosikal tak selamat di Malaysia

Posted: 04 Oct 2010 04:49 PM PDT

Penjenayah di Malaysia semakin kejam dan tak berhati perut. Dalam tempoh 48 jam, beberapa kawasan di sekitar Jalan Kuantan-Sungai Lembing mencatatkan 4 kes ragut. Salah satu kes menimpa Wan Noresah Mat Ali, 24, yang parah apabila motosikalnya dirempuh dan dia dipukul dengan topi keledar oleh peragut Khamis lalu.

Women m-cyclists fear for their safety

New Straits Times - 5 Oct 2010

KUANTAN: Women motorcyclists now fear riding at Jalan Kuantan- Sungai Lembing.

An increase in police operations against snatch thefts in town areas had caused thieves to prey on women riders at the road.

A recent attack on a young mother on Thursday had not deterred snatch thieves, with at least three more attacks within 48 hours after the incident.

In the incident, Wan Noresah Mat Isa, 24, was seriously injured when she was hit with a helmet by a snatch thief who had earlier rammed into her motorcycle in Jalan Kampung Paya Pinang here.

Fifteen hours later, another woman in Taman Impian became a victim while another two fell victim to snatch thieves on Saturday. However, none of them were injured.

One of the victims, Sarina Abdul Basid, was riding with her son when a man on a motorcycle approached her.

"I slowed down my motorcycle when he shouted at me, then he grabbed my purse and tried to hit me. I was lucky when my brother, who was driving in the area, saw the incident and gave chase."

Village head Abdul Basid Mohd of Perkampungan Pak Ngah Aziz Salel near here said the enforcement agencies should intensify their efforts to curb snatch thefts in the area.

http://www.nst.com.my/nst/articles/24phg/Article

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


PRK N.45 Galas: Dua Isyarat awal ini ternyata membimbangkan Umno...

Posted: 05 Oct 2010 05:48 AM PDT

ISYARAT 1
- Dari Non-Muslim Galas

"Analisa awal menunjukkan sokongan masyarakat Cina di Gua Musang terutama di Galas tidak berubah, mereka masih memberi sokongan penuh kepada rakan PR tidak kira apa parti sekalipun," katanya kepada Sinar Harian..Mengenai persiapan sayap baru Pas itu, Pang Chaw berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan untuk menggerakkan jentera parti dan pihaknya tidak bermasalah untuk mengumpulkan jentera parti.

ISYARAT 2
- Dari Orang Asal Galas

"Saya berharap untuk pilihan raya kecil kali ini, PAS Kelantan memberi kebebasan kepada jentera yang dibentuk oleh kami bagi memberi penerangan tersendiri kepada orang kami dan kalau boleh kami ingin menjadi penceramah di pentas PAS di kawasan orang Melayu juga," ujar wakil Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang yang disambut dengan tepukan orang ramai.

Berita penuh....

BERITA 1

70 peratus undi Cina diyakini berpihak kepada Pas

KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas yakin lebih 70 peratus dari 2,500 undi masyarakat Cina yang akan membuang undi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan berpihak kepada Pas.


Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, momentum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu menunjukkan masyarakat bukan Melayu memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) tidak berubah, sekali gus memberi kelebihan kepada Pas untuk mempertahankan kerusi Galas.

"Analisa awal menunjukkan sokongan masyarakat Cina di Gua Musang terutama di Galas tidak berubah, mereka masih memberi sokongan penuh kepada rakan PR tidak kira apa parti sekalipun," katanya kepada Sinar Harian.

DUN Galas mempunyai 10,330 undi yang diwakili masyarakat Melayu 65 peratus, Cina 22.3 peratus, India 1.8 peratus manakala lain-lain 10.5 peratus.

Dalam pada itu, Pang Chaw berkata, pihaknya tidak bermasalah untuk mendapatkan undi bukan Melayu termasuk masyarakat Orang Asli di Galas.

Katanya, kelebihan itu penting buat Pas untuk mempertahankan kerusi itu tetapi perlu memasang strategi khusus untuk menarik sokongan kaum Melayu.

Mengenai persiapan sayap baru Pas itu, Pang Chaw berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan untuk menggerakkan jentera parti dan pihaknya tidak bermasalah untuk mengumpulkan jentera parti. - Sinar Harian

BERITA 2

Orang Asli Dun Galas sedia bantu PAS


KOTA BHARU, 5 Okt: Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti.

Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, kejayaan PAS di Gua Musang juga dibantu oleh kaum mereka dan untuk kali ini mereka sanggup membina satu pasukan sendiri bagi memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli dan Melayu di dalam Dun Galas.

"Saya berharap untuk pilihan raya kecil kali ini, PAS Kelantan memberi kebebasan kepada jentera yang dibentuk oleh kami bagi memberi penerangan tersendiri kepada orang kami dan kalau boleh kami ingin menjadi penceramah di pentas PAS di kawasan orang Melayu juga," ujar beliau yang disambut dengan tepukan orang ramai.

Beliau berucap demikian di Majlis Ramah Mesra Pimpinan Negeri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi JKR 10.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub mewakili Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri.

Pandak juga berharap kerajaan Kelantan lebih peka tentang permasalahan masyarakat Orang Asli terutamanya berkaitan dengan masalah pemilikan tanah.


Sementara itu, Datuk Ahmad Yakub berkata, pelbagai dasar dan pelaksanaan telah dibuat untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Beliau juga memberitahu, sehingga kini seramai 240 Orang Asli telah dimasukkan dalam senarai peserta Ladang Rakyat.

"Kita seberapa daya usaha telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli ini dan alhamdulillah, kerjasama dari tuan-tuan amat memberangsangkan," kata beliau. - Harakahdaily

Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

BERITA DARIPADA GALAS DUN N 45

Posted: 05 Oct 2010 05:42 AM PDT

Salam

KELAB PENYOKONG PAS DARI KETURUNAN INDIA DAN CINA NAMPAKNYA LEBIH ADVANCE DARIPADA PENYOKONG PAS SENDIRI INI BERIKUTAN SEMANGAT PAKATAN RAKYAT MASIH LAGI MEMBARA DI KELANTAN

SEORANG TEMAN DARI KETURUNAN CINA YANG MENJADI KAWAN PAK KARAMU SEMASA DIDALAM TENTERA DAHULU MENYATAKAN BAHAWA BN/UMNO JIKA MENCALONKAN TENGKU RAZALI SEKALIPUN MAKA MEREKA AKAN KALAH

DITANYA SAMA ADA MEREKA TERUS KEKAL MEMBANTU ATAU MENYOKONG PAS DALAM PILIHANRAYA KECIL NANTI MEREKA MENGATAKAN TUAN GURU SUDAH BAGITAHU BAHAWA JIKA BN/UMNO BAGI WANG, AMBIL ! BAGI BERAS, AMBIL ! BAGI KAIN AMBIL KERANA ITU ADALAH DARI WANG RAKYAT JUGA, TAPI PANGKAH BERIKAN KEPADA PAS

MENGIKUT KELAB PENYOKONG INI BN/UMNO TELAH TIPU PENGUNDI KERANA BANYAK JANJI DIDALAM PILIHANRAYA AKAN TETAPI MEREKA TIDAK TUNAIKAN, SEKARANG KAMI SUDAH FAHAM PEMBOHONGAN DIDALAM PILIHANRAYA

Sumber: http://abnnasution.blogspot.com/

KEDAH online

KEDAH online


JPP PERLU BERTINDAK KEATAS YB AZMIN

Posted: 04 Oct 2010 11:32 PM PDT

Posted: 04 Oct 2010 11:26 PM PDT

MUSTAFFA KAMIL MENIBAI PERKASA

Posted: 04 Oct 2010 11:19 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Hippo Kera dan Kasi

Posted: 04 Oct 2010 08:26 AM PDT