Selasa, 5 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


ADUN Lenggeng N.Sembilan menghina Orang Asli

Posted: 05 Oct 2010 06:31 AM PDT

TVSelangor
NEGERI SEMBILAN 4 OKT : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng dari Umno, Mustafa Salim didakwa menghina dan merendah-rendahkan masyarakat orang Asli apabila mengeluarkan bahawa kenyataan 'orang Asal hanya penumpang di tanah kerajaan'. Ungkapan itu dikatakan dibuat Adun itu pada satu majlis sambutan Hari Raya untuk orang Asli di Kampung Lumut, Ulu Beranang pada 22 September lalu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bercakap kepada TV Selangor, Panglima Garang Adat Jawatankuasa Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS), Abu Ambang berkata, Mustafa didakwa berkata, orang Asli tidak mempunyai tanah warisan atau tempat bermastautin kerana menumpang di tanah kerajaan.
"Dia kata mana ada tanah turun temurun orang asli,itu tanah kerajaan, dia cakap macam itulah Di fikiran kami, kenapa tidak ada sedangkan ini merupakan tanah bapa kami, turun anak, turun cucu, turun cicit.

"Kami mengharapkan belas kasihan wakil rakyat untuk cakap hal tanah atau kemajuan Tak sangka, wakil rakyat ini menentang masyarakat orang Asli ," katanya yang menyatakan kelompoknya mengundi BN sejak menggunakan logo kapal layar lagi.

Ketua Jawatankuasa Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, Tijah Yok Chopil pula menyatakan masyarakat orang Asli kesal dengan kenyataan Adun dari Umno itu yang jelas bertentangan dengan semangat 1 Malaysia.

Lebih menusuk perasaan, Tijah mendakwa Mustafa mendakwa orang Asli sebagai 'pengecut kerana lari dari medan perang.'

"Dia cakap orang Asli masa perang dulu, bukannya tolong melawan musuh tetapi lari sana sini," katanya yang turut marah kerana Adun Lenggeng itu menyatakan 'semua tanah ini, tanah kerajaan dan bukan kamu punya tanah adat.'

Sumber : http://ko-kr.connect.facebook.com/note.php?note_id=436609661246&comments&ref=mf

Kerajaan berkhidmat kpd Rakyat atau kpd Barat ?

Posted: 04 Oct 2010 09:14 PM PDT

Dari Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Naib Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) merangkap Ketua Perhubungan ISMA N.Sembilan

Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam hari ini sepatutnya merenung kepada diri sendiri dengan penuh insaf dan tanggungjawab bahawa rakyat memilih mereka untuk mereka berkhidmat kepada umat, bukan berkhidmat untuk pihak lain terutama kepada Barat dan Kuasa-kuasa Besar.

Sebab utama banyak pemimpin dan kerajaan umat Islam merujuk, bahkan ada ke tahap melutut kepada Barat adalah kerana jahilnya mereka terhadap Islam yang hakiki, lemah jiwa, tiada agenda umat, rosak akhlak, cinta dunia dan sayang kepada kerusi tampuk kekuasaan.

Bagi mereka, mereka akan lebih kekal di tampuk kuasa hanya jika sekiranya mereka mendapat dokongan Barat dan Kuasa-kuasa Besar, itu yang lebih penting. Jika tidak, Barat akan menggangu gugat kestabilan karier politik dan periuk nasi mereka, memporak perandakan ekonomi yang banyak bergantung kepada Barat bahkan akan menyerang mereka sekiranya mereka terus engkar.

Oleh itu kemahuan Barat diutamakan, dan hak dan kehendak raakyat di belakangkan.

Tidakkah mereka melihat bahawa hakikatnya kestabilan, kekuatan ekonomi dan keselamatan negara banyak bergantung kepada umat di dalam negara itu sendiri.

Lebih dari itu, di sana ada kuasa yang lebih besar yang menentukan segala-galanya iaitu Yang Maha Pencipta lagi Maha Perkasa.

Walaupun Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Agama Resmi negara adalah Islam, tetapi banyak undang-undang tidak digubal oleh wakil-wakil rakyat ke arah itu.

Begitu juga banyak undang-unang yang bertentangan dengan Agama Resmi negara tidak cuba diubah oleh wakil-wakil di Parlimen dan DUN.

Kebanyakan ibu bapa tidak suka anak-anak muda mudi mereka terjebak di dalam Budaya Kuning yang merosakkan. Mereka mengundi wakil mereka ke DUN dan Parlimen. Adakah wakil mereka memperjuangkan harapan dan ideologi mereka atau mereka lebih melayan agenda pihak lain ?

Adalah lebih baik pemimpin negara umat Islam berkhidmat kepada Rakyat daripada berkhidmat kepada Barat.

Artikel sepenuhnya di http://inijalanku.wordpress.com/2010/10/05/kerajaan-berkhidmat-kpd-rakyat-atau-kpd-barat/

Lokasi seks di pantai Terengganu

Posted: 04 Oct 2010 04:50 PM PDT


Berita Harian 5 Okt 2010 - Jeti pelancongan di Merang kini terbiar dan menjadi sarang maksiat. Jeti, benteng pemecah ombak Pantai Merang tidak berfungsi. Salah siapa. Sama ada faktor alam, kesilapan reka bentuk atau tiada kajian mendalam menyebabkan jeti dan benteng pemecah ombak di Pantai Merang di sini, kini tinggal menjadi 'tugu' kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Jeti dan benteng pemecah ombak tinggal yang berada kira-kira dua kilometer dari jeti yang digunakan sekarang di Muara Sungai Merang, juga didakwa penduduk sudah menjadi lokasi pasangan kekasih gelap memadu asmara.

Jeti dan benteng pemecah ombak yang dibina menggunakan kepakaran luar negara membabitkan kos RM22 juta itu pada asalnya dibina bertujuan memudahkan pengusaha bot pelancong melabuhkan bot untuk mengambil dan menurunkan penumpang dari Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.

Prasarana yang sudah menjadi gajah putih itu dibina pada 1996 dan hanya sempat digunakan empat tahun, dan masalah yang merugikan pelaburan kerajaan itu dipercayai disebabkan tiada kajian secara terperinci mengenai keadaan pasang surut air, arus dan pembentukan beting pasir semula jadi di kawasan itu.

Akibatnya, pelaburan besar yang boleh digunakan untuk membeli hampir 500 unit rumah kos rendah itu, terbiar bersama beberapa kemudahan lain yang dibina termasuk jalan masuk, gerai dan perhentian bas yang hanya dapat digunakan dalam tempoh empat tahun saja.

Beberapa penduduk dan pengusaha bot pelancong yang enggan dikenali mendakwa, benteng pemecah ombak dibina dalam jarak antara lima hingga tujuh kilometer dari pantai.

"Kami sudah menyuarakan isu ini kepada syarikat yang diberi tanggungjawab membina benteng pemecah ombak sekitar tahun 1994, tetapi mereka menolak kebimbangan kami, malah sebaliknya mendakwa pembinaan berkenaan apabila siap mampu menyelesaikan masalah muara cetek.
"Kita hanya sempat menggunakan jeti itu untuk menghantar dan mengambil pelancong ke Pulau Redang selama empat tahun saja, selepas itu terpaksa ditinggalkan kerana muara cetek hinggakan terus menjadi pantai sekarang," katanya.

Seorang penduduk, Sazali Samiun, 68, berkata selepas jeti pelancongan itu digunakan hampir empat tahun, masalah muara cetek yang dihadapi pengusaha bot pelancong tidak berkesudahan menyebabkan pernah suatu ketika lebih 60 pengusaha membuat bantahan.

"Akhirnya, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan besar untuk melaksanakan kerja mendalamkan perairan itu. Tetapi selepas dua kali kerja mendalamkan perairan itu tidak berhasil, pengusaha bot tiada pilihan selain berpindah ke jeti sekarang di Muara Sungai Merang," katanya.

Sehubungan itu, Sazali berkata, pihak berkuasa tempatan tidak seharusnya membiarkan saja jeti dan benteng pemecah ombak yang sudah berada di daratan itu itu sebagai tugu di daerah itu, sebaliknya perlu mencari kaedah membangunkannya supaya tidak terus menjadi lokasi kumpulan tidak bertanggungjawab membuat maksiat.

"Lokasi ini sesuai dijadikan kawasan perkhemahan atau riadah keluarga kerana prasarana yang sudah tersedia perlu dimanfaatkan dan tidak dibiarkan saja menjadi gajah putih," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Lokasiseks/Article

Peniaga Melayu dah hilang kuasa di Johor Bahru

Posted: 04 Oct 2010 04:50 PM PDT

Berita Harian 5 Okt 2010 - Pengusaha gerai di Danga Bay Festive Mall diarah kosongkan premis rayu pembelaan. Buntu memikirkan perniagaan terpaksa ditutup, lebih 300 pengusaha gerai di kompleks beli-belah Danga Bay Festive Mall di sini merayu campur tangan pihak berkuasa bagi membela nasib mereka.

Wakil peniaga, Abdul Rahim Atan, 47, berkata tindakan pihak pengurusan kompleks meminta peniaga mengosongkan bangunan sebelum 31 Disember ini menyebabkan lebih 700 pekerja bakal diberhentikan.

Katanya, peniaga memahami pihak pengurusan berhak mengarahkan mereka keluar selepas kawasan berkenaan dijual kepada syarikat lain bagi memberi laluan projek pembinaan komersial berskala besar. "Bekalan pendingin hawa dan jalan masuk ke tapak gerai sudah ditutup dalam tempoh seminggu lalu. Kami meminta campur tangan pihak berkuasa kerana peniaga menanggung kerugian.

"Peniaga kecewa dengan sikap mereka yang terus mengambil deposit daripada penyewa baru sedangkan sudah maklum tempat berkenaan bakal ditutup.

"Saya minta pihak berkuasa mengeluarkan surat segera bagi memulihkan kembali keadaan ini dan meninjau sendiri keluhan kami yang sudah mengeluarkan belanja besar untuk pengubahsuaian kedai," katanya di sini.

Abdul Rahim berkata, sebagai langkah penyelesaian sementara peniaga mengharapkan kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Johor membangunkan tanah miliknya di Teluk Danga sebagai tapak penempatan semula perniagaan mereka.

"Walaupun pengurusan menawarkan tempat sewa gerai baru di Danga City Mall, kami terpaksa menolaknya kerana kawasan itu kekurangan pengunjung dan jauh dari lokasi asal.

"Malah, bukan semua peniaga mendapat tawaran berkenaan dan hanya ada beberapa unit saja di situ kerana itulah kami secara kolektif menolak tawaran berkenaan.

"Kami harap pihak UPEN Johor mempertimbangkan cadangan kami supaya tanah miliknya di Lot PTB 21357 di Teluk Danga dijadikan tempat perniagaan sementara dan segala kos pembinaan boleh dibincangkan bersama nanti," katanya.

Beliau berkata, peniaga meminta kebenaran pemanjangan waktu operasi harian sehingga akhir tahun ini bagi meraih pendapatan tambahan untuk menampung kerugian dialami.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Keluhanpeniaga/Article

Wanita naik motosikal tak selamat di Malaysia

Posted: 04 Oct 2010 04:49 PM PDT

Penjenayah di Malaysia semakin kejam dan tak berhati perut. Dalam tempoh 48 jam, beberapa kawasan di sekitar Jalan Kuantan-Sungai Lembing mencatatkan 4 kes ragut. Salah satu kes menimpa Wan Noresah Mat Ali, 24, yang parah apabila motosikalnya dirempuh dan dia dipukul dengan topi keledar oleh peragut Khamis lalu.

Women m-cyclists fear for their safety

New Straits Times - 5 Oct 2010

KUANTAN: Women motorcyclists now fear riding at Jalan Kuantan- Sungai Lembing.

An increase in police operations against snatch thefts in town areas had caused thieves to prey on women riders at the road.

A recent attack on a young mother on Thursday had not deterred snatch thieves, with at least three more attacks within 48 hours after the incident.

In the incident, Wan Noresah Mat Isa, 24, was seriously injured when she was hit with a helmet by a snatch thief who had earlier rammed into her motorcycle in Jalan Kampung Paya Pinang here.

Fifteen hours later, another woman in Taman Impian became a victim while another two fell victim to snatch thieves on Saturday. However, none of them were injured.

One of the victims, Sarina Abdul Basid, was riding with her son when a man on a motorcycle approached her.

"I slowed down my motorcycle when he shouted at me, then he grabbed my purse and tried to hit me. I was lucky when my brother, who was driving in the area, saw the incident and gave chase."

Village head Abdul Basid Mohd of Perkampungan Pak Ngah Aziz Salel near here said the enforcement agencies should intensify their efforts to curb snatch thefts in the area.

http://www.nst.com.my/nst/articles/24phg/Article

Tiada ulasan: