Selasa, 5 Oktober 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Felda Langgar Syarat Perjanjian Yang Ditandatangani Diantara Peneroka dan Felda

Posted: 05 Oct 2010 06:01 PM PDT

Sejak Felda menubuhkan anak syarikat bernama Felda Technoplant, Felda tidak lagi akur kepada syarat-syarat yang terkandung didalam Surat Perjanjian diantara Badan itu dengan Peneroka-Peneroka.
Diantara syarat penting yang terkandung didalam Surat Perjanjian itu adalah tindakan yang mesti dilakukan oleh Felda untuk mengemukakan syor kepada Kerajaan Negeri agar Kerajaan Negeri mengeluarkan Geran Tanah/Suratan Hakmilik kepada Peneroka-Peneroka Felda apabila mereka sudah menyelesaikan segala hutang mereka kepada Felda.
Apa yang berlaku di sesetengah Rancangan Felda, Peneroka-Peneroka telah pun menjelaskan hutang masing-masing dan telah juga menyelesaikan segala bayaran CAC, tetapi Felda masih gagal mengemukakan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan Geran Tanah kepada peneroka-peneroka yang terbabit.
Ada disesetengah Rancangan Felda, peneroka-peneroka telah menjelaskan hutang mereka lebih dari 14 tahun yang lalu, tetapi hingga kini, Felda masih gagal menyempurnakan tanggungjawabnya seperti yang dituntut didalam Perjanjian diantara Felda dengan Peneroka.
Disebaliknya, Felda telah menghubungi Peneroka-Peneroka Felda supaya mereka menandatangani Perjanjian Tambahan supaya peneroka-peneroka bersetuju mennyerahkan kepada Felda untuk menyempurnakan Tanam Semula melalui Felda dan membuat ugutan bahawa Geran Tanah mereka tidak akan dikeluarkan melainkan mereka bersetuju dengan Perjanjian Tambahan itu, suatu Perjanjian yang berat sebelah dengan Peneroka-Peneroka tidak diberikan apa-apa pilihan.
Peneroka-Peneroka Felda daripada beberapa buah Rancangan Felda telah menemui Peguam-Peguam untuk menyaman Felda jika mereka berterusan menapikan Hak Peneroka untuk mendapatkan Geran Tanah masing-masing.
Peguam-peguam dikatakan sedang meneliti deokumen-dokumen yang ditandatangani diantara Felda dan Peneroka, dan akan mengemukakan bagi pihak Peneroka-Peneroka saman meminta arahan Mahkamah agar Felda melaksanakan tugasnya untuk mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya Geran Tanah mereka dikeluarkan.
Bagi Negeri-Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, isu ini tidak timbul kerana Kerajaan-Kerajaan Negeri itu sudah pun mengeluarkan Geran Tanah kepada Peneroka-Peneroka Felda samada Peneroka-Peneroka itu sudah atau belum menjelaskan hutang mereka kepada Felda.
Hanya rancangan-rancangan Felda dibawah Kerajaan Barisan Nasional yang masih berdegil dan enggan mematuhi syarat Surat Perjanjian yang ditandatangani diantara Peneroka dan Felda, dan Peneroka-Peneroka Felda yang terlibat dengan isu Geran Tanah ini akan mengambil keputusan untuk menukarkan haluan politik mereka daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat untuk mempastikan mereka memperolehi Geran Tanah mereka dan tidak berterusan dipermain-mainkan oleh Felda.

Tiada ulasan: