Khamis, 26 Ogos 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PKR Kuala Krau mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang di Kg Penderas

Posted: 26 Aug 2010 08:58 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di Kg Penderas, sebuah perkampongan Orang Asal di sini pada 19hb September 2010 nanti. Lokasinya adalah di rumah Chim yang telah dijadikan Markas Parti Keadilan Rakyat Kg Penderas.
Ini adalah satu tempaan sejarah kerana selama ini tidak pernah berlaku di mana-mana Cabang parti itu yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di perkampongan Orang Asal.
Tindakan mengadakan mesyuarat agung di kampong Orang Asal bertujuan untuk menyatakan bahawa PKR adalah parti untuk semua dan semua kaum diraikan didalam parti ini. Mengadakan mesyuarat agung di kampong ini mendekatkan parti dengan Orang Asal dan sejumlah yang sangat besar dari kalangan Orang Asal DUN Jenderak kini sudah menyertai keanggotaan Parti Keadilan Rakyat.
Markas di kampong Penderas ini amatlah sesuai untuk Mesyuarat Agung Tahunan kerana ia besar dan luas, boleh menampung kehadiran yang ramai, dan mempunyai bekalan elektrik.
Pada 29hb Ogos ini, akan berlangsung penamaan calon dan semua anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau dari semua ranting-rantingnya boleh mendaftarkan diri untuk menjadi calon didalam MATC yang akan diadakan pada 19hb September 2010.
Dari segi rekodnya, PKR Cabang Kuala Krau adalah aktif dari segi pencalonan, dan didalam pencalonan semasa perasmian penubuhan parti hampir dua tahun lalu menyaksikan lebih 50 orang calon didaftarkan untuk memilih 15 anggota Jawatankuasa dan jawatan-jawatan utama yang lain.
Jika pada tahun ini akan berlaku seperti itu, maka pengundian akan dilakukan bagi pemilihan Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau. Demokrasi di Cabang Kuala Krau hidup segar megar!

Orang Asal Mukim Jenderak sentiasa diganggu oleh Jabatan Perhilitan

Posted: 26 Aug 2010 08:33 PM PDT

Dari Kiri: Basri Hok, Ketua PKR Ranting Kg Pasu; Ramli Lugan, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau; Peter, AJK PKR Ranting Kg Pasu; Rashid Beng menyertai keanggotaan PKR semalam;
Awang Kadir menyertai PKR semalam. Baris depan Azizah, AJK Wanita PKR Ranting Kg Pasu.
Rashid a/l Beng, dua dari kanan, seorang Orang Asal Kg Pasu, seorang penoreh getah menyatakan bahawa beliau menoreh getah di Seberang Sg Krau (Seberang Kg Pasu), dan beliau telah disoalsiasat oleh Pegawai-Pegawai Perhilitan kerana beliau menoreh getah diatas tanah yang sudah digazetkan sebagai Rezab Perhilitan. Beliau menoreh milik Minah binti Maidin di seberang Sg Krau.
Sebelum ini Minah telah ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah, tetapi telah dibebaskan oleh Mahkamah. Rashid yang menoreh getah Minah pula disoalsiasat.
Kes ini bukanlah kali pertama melibatkan Jabatan Perhilitan dan Orang Asal. Tidak lama dulu Ismail a/l Hisham juga disoalsiasat oleh Jabatan Perhilitan kerana beliau telah menanam pada di paya seberang Sg Krau.
Kini, Jabatan Perhilitan meronda kawasan Seberang Sg Krau kerana itu adalah kawasan Rezab Perhilitan.
Orang Asal Mukim Jenderak merasa sangat tertekan kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan dan tanah asal mereka ada di seberang Sg Krau yang kini sudah menjadi Rezab Perhilitan. Dahulu-dahulunya mereka diberitahu bahawa tanah di seberang Sg Krau itu adalah Rezab Orang Asal, rupa-rupanya rezab bagi mereka tidak pernah digazetkan oleh Kerajaan.
Sebagai protes mereka terhadap Jabatan Perhilitan, mereka pernah mengedarkan potongan akhbar penangkapan Samad a/l Mat oleh Jabatan Perhilitan kerana Samad telah menebang pokok-pokok di Seberang Sg Krau untuk membina rumahnya di Kg Kuala Terbol semasa Jabatan itu mengadakan perlawanan bolasepak di Kg Lubok Wong. Alat peralatan milik Samad seperti chain saw, parang, gergaji dsbnya turut dirampas oleh Jabatan Perhilitan.
Kepada Orang Asal di Mukim Jenderak, Kuala Krau ini, mereka merasakan bahawa Kerajaan UMNO/BN ini melebihkan binatang dari manusia. Binatang diberikan kawasan hutan yang luas untuk dijadikan Rezab Perhilitan, manakala mereka Orang Asal dinapikan hak bekerja diatas tanah yang dahulunya mereka diami dan kawasan rayau mereka.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Selangor lancar kempen anti zina Isnin ini

Posted: 26 Aug 2010 01:40 AM PDT

Kerajaan Selangor akan melancarkan kempen anti zina, sempena program sambutan kemerdekaan dan penghayatan bulan Ramadan Isnin depan.
Pelancaran kempen tersebut adalah antara aktiviti menarik yang disusun untuk program berkenaan yang akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut kenyataan sekretariat akhbar kerajaan negeri Selangor, program tersebut akan berlangsung selama dua hari mulai jam 3.30 petang Isnin depan sehingga 7.30 pagi 31 Ogos.

Di samping kempen anti zina, antara aktiviti lain yang akan diadakan ialah konsert amal Merdeka, laungan kemerdekaan oleh menteri besar dan banyak lagi.

"Program ini diadakan sempena menghayati bulan Ramadhan dan Menyambut Hari Kemerdekaan yang diadakan secara serentak," tambah kenyataan itu lagi.


Sumber: Malaysiakini

Kilang arak: Umno melutut pada siapa

Posted: 26 Aug 2010 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagai meludah ke langit, apabila mendakwa PAS takutkan DAP berhubung penutupan kilang arak di Selangor.

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, Noh yang juga Menteri Pertanian tidak sedar bahawa perkara dibangkitkan tersebut seperti meludah ke muka sendiri.

"Saya nak tanya lah, kalau kilang Carlsberg itu tak tutup sebab PAS takutkan DAP, maka Umno waktu buka kilang tu diorang melutut pada siapa?" soalnya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Beliau menyoal demikian ketika diminta mengulas kenyataan Noh dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Noh dalam wawancara tersebut secara khusus mengaitkan nama Khalid dalam isu penutupan kilang arak tersebut.

Khalid katanya ada berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun belum dibuat.

Khalid bagaimanapun menjelaskan Pakatan Rakyat Selangor masih baru dan dalam fasa memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu dan tidak boleh bertindak melulu.

Jelasnya, lawatan ke kilang Carlsberg baru-baru ini kerana mahu bertanya sama ada pengusaha kilang tersebut mempunyai perancangan untuk berpindah tapak atau tidak.

"Berbanding Umno, mereka bangga letak kilang Carlsberg di pintu masuk Shah Alam.

"Seperti didedahkan bekas ahli Umno, Saifudin Nasution di parlimen, pemuda Umno ni 'berenang' dalam arak, sebab itu diorang tak peduli," katanya lagi.

Mengulas isu 'berbeza kitab' antara Selangor dan Kelantan yang dibangkitkan Noh, Khalid berkata bukan kitab yang berbeza tetapi suasana.

"Saya rasa Noh Omar tak mengaji Siasah Syar'iyyah, ini bukan masalah kitab berbeza, tetapi suasana dan realiti itu berbeza," katanya.

PAS Selangor, jelasnya sedang berusaha memberi kefahaman berhubung Syariat Islam termasuk kepada bukan Islam negeri itu.

"Bukan orang bukan Islam je menolak Syariat lslam sebab tidak faham, tetapi orang Islam sendiri yang menyokong Umno pun menolak.

"DAP tak halang kita memberi kefahaman Islam tetapi yang banyak halang kita dulu dan sekarang adalah Umno," katanya lagi.

Mengulas kesan kempen 'Selamatkan Selangor' yang dibuat Umno negeri itu, Khalid berkata beliau yakin rakyat Selangor adalah bijak, bermaklumat dan mampu menilai.

"Kita tak nampak akan menjejaskan kedudukan kita dan kita tidak akan halang kerja mereka," katanya.


Sumber: Suara Keadilan

Pemilihan AMK: Badrul anggap persaingan 'adik beradik'

Posted: 26 Aug 2010 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Pertembungan tiga penjuru pada pemilihan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) November depan seharusnya mengajak setiap ahli parti itu mengangkat semangat baru dalam PKR.

Demikian harapan salah seorang calon Ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

"Saya tidak akan umum bertanding, biarlah 'adik beradik' dalam AMK yang menentukan pemimpin mereka dengan ruang demokrasi ini.

"Ini pertandingan dalam keluarga, pertandingan adik beradik takkan perlu abang memburukkan adik atau sebaliknya," ujarnya.

Padanya, Shamsul Iskandar Md Akin telah memberi sumbangan yang termampu sejak mengetuai AMK selama ini.

Rekod kepemimpinan Shamsul menurutnya sudah tentu memberi kelebihan pada Ketua AMK itu berbanding dirinya dan seorang lagi calon Ketua AMK, Rafizi Ramli.

"Kita perlu menyuntik budaya politik baru, bukan atas atas arahan atau sentimen atau retorik semata-mata.

"Cara berkempen harus seiring dengan semangat demokrasi yang melebar dalam AMK yang memberi kuasa pada ahli.

Menurutnya inisiatif akar umbi AMK Perak mengadakan dialog calon ketua AMK menjelang pemilihan kelak adalah baru dalam parti itu dan seharusnya disambut secara sihat oleh semua.

"Seharusnya dipertemukan semua, diberi ruang yang sama, bentangkan apakah tawaran (manifesto) yang nak dibawa serta ke mana AMK ini nak dihalakan," ujarnya.

Selain itu, pemilihan AMK kali ini juga jelasnya penting dalam suasana menjelang pilihanraya Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

Sehingga kini menurutnya, AMK tidak mempunyai satu cabang pun di Sarawak dan tindakan segera perlu diambil.

"Sarawak tidak lama lagi akan hadapi pilihan raya tetapi tidak ada satu pun cabang rasmi AMK sedangkan AMK mesti bina jentera dan kekuatan di sana...sebab potensi kita ada di sana," tambahnya.

Sumber: Harakah Daily

Muktamad: Felda diarah bayar peneroka RM11 juta

Posted: 26 Aug 2010 01:25 AM PDT


26 Ogos - Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghaliman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Ini adalah saman pertama yang dikemukakan oleh peneroka terhada Felda.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff mengetuai panel tiga hakim dalam perbicaraan hari ini.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Hakim lain adalah Datuk Hashim Yusof dan Datuk Md Raus Sharif.-MALAYSIA KINI

Pakatan Rakyat Tolak Politik Perkauman Sempit Dijuarai Umno-BN

Posted: 26 Aug 2010 01:20 AM PDT


PETALING JAYA 26 OGOS - Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat.

Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mereka berkata demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

"Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

"Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati," kata kenyataaan itu.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:

"Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."

Pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan walaupun terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, namum pimpinan tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka.

Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

"Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-BN terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini.

"Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

"Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut," tegas kenyataan itu lagi.

Permuafakatan Pakatan Rakyat menyatakan:

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A - Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-UndangPerlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Pakatan Rakyat akan:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.


Sumber: Suara Keadilan

Selangor Beri RM500 Sumbangan Hari Raya Kepada Kakitangan Awam

Posted: 26 Aug 2010 01:15 AM PDT


SHAH ALAM 26 Ogos - Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jusa ke atas.

Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.Selain itu, Khalid juga mengumumkan peruntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru kelas agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan dana RM1.3 juta.

"Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

"Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru Kafa supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan," petik kenyataan itu.


Sumber: Suara Keadilan

Wanita KEADILAN Yakin Kuota 30 Peratus Mampu Dipenuhi

Posted: 26 Aug 2010 01:10 AM PDT


SHAH ALAM 26 Ogos - Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini mengumumkan senarai calon wanita yang akan bertanding pada pemilihan parti akan datang atas keyakinan ia mampu memenuhi peruntukan 30 peratus pimpinan untuk kaum wanita.

Ini selaras dengan peruntukan berhubung perkara itu daam perlembagaan KEADILAN yang diluluskan pada tahun lalu.

"Ini hanya merupakan satu senarai awal dengan jumlah 36 calon termasuk calon baru dan calon mempertahankan kerusinya. Walaupun jumlah ini jauh daripada peruntukan 30 peratus, tetapi kami yakin lebih ramai lagi yang akan tampil memberikan nama memandangkan masih ada masa," kata Ketua Penerangan Wanita, Elizabeth Wong.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang dijangka mempertahankan jawatannya serta bertanding untuk jawatan Ketua Cabang Ampang berkata, pemilihan kali ini akan menampilkan lebih ramai lagi calon wanita yang berkaliber untuk bertanding jawatan dalam parti dan menyeru pucuk pimpinan parti agar menyambut baik calon wanita tanpa mengira usia dan pengalaman.

"Sejak penubuhan parti dahulu, pucuk pimpinan Wanita KEADILAN telah mengenalpasti ramai wanita muda yang mempunyai ciri-ciri pemimpin. Mereka telah diberi pendedahan, latihan dan 'hands-on' di dalam pimpinan dan kita amat mengharapkan mereka, walaupun berusia muda tetapi diterima oleh parti sebagai calon Wanita KEADILAN setara dengan calon-calon lain," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini pagi tadi.

Pengarah Pilihan Raya Pusat, Fuziah Salleh yang akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden berkata pemilihan kali ini yang berdasarkan sistem undi terus menjadikan ia lebih adil kepada calon terutamanya yang kerap turun padang.

"Bagi diri saya yang sentiasa turun padang berjumpa ahli mengadakan program dan berkempen di akar umbi cabang, saya merasakan konsep undi terus akan memberikan calon seperti saya peluang sama rata dengan calon-calon KEADILAN lain," jelas beliau.

Ditanyakan berkenaan strategi Wanita KEADILAN untuk memenuhi peruntukan 30 peratus sekiranya calon wanita tidak mencukupi, Zuraida menjelaskan terdapat jawatan yang dibuat secara perlantikan dan Wanita KEADILAN yakin akan ada lantikan terus ke jawatan bagi memenuhi peruntukan 30 peratus yang diberikan oleh parti.

"Pada masa ini, kita (Wanita) mempunyai enam Ketua Cabang di Wilayah Persekutuan sahaja, dan kesemua mereka telah menunjukkan contoh pimpinan yang amat membanggakan. Maka, kita cukup yakin dengan kemampuan Wanita KEADLIAN pada pemilihan kali ini," jelas beliau lagi.


Sumber: Suara Keadilan

BTN Punca Kakitangan Kerajaan Menjadi Ektremis Kaum

Posted: 26 Aug 2010 01:05 AM PDT


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Biro Tatanegara (BTN), sebuah unit propaganda Umno-Barisan Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri dipersalahkan atas kewujudan sikap perkauman dikalangan kakitangan kerajaan yang diloihat semakin menjadi dewasa ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa kem latihan BTN yang diwajibkan ke atas semua kakitangan kerajaan dan juga golongan pelajar pada asasnya mengajar dan memupuk nilai ekstremis 'Ketuanan Melayu' dan mengutuk kaum lain sebagai satu kaedah lapuk Umno-BN mengekalkan undi Melayu.

Kata beliau atas sifat modul kursus yang dijalankan BTN yang menjurus kepada pengajaran ekstremisme kaum menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mengambil langkah drastik menghentikan penghantaran pegawai dan kakitangan awam kerajaan negeri menghadiri mana-mana kursus yang dianjurkan agensi itu.

Khalid juga merujuk kepada kejadian seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pelajar Cina dan India baru-baru ini.

"Walaupun setelah lebih 50 tahun Merdeka, bagaimana pula seorang guru yang bekerja untuk kerajaan Umno-BN boleh berkata sebegitu? Ini jelas menunjukkan sistem pengajaran guru itu sendiri salah pada dasarnya," kata Khalid ketika menjawab soalan peserta pada 'Ramadhan Forum' yang dianjurkan oleh majalah Leaders di sebuah hotel di sini semlam.

Khalid berkata melalui dasar 'Ketuanan Melayu' kerajaan Umno-BN menakut-nakutkan orang Melayu dengan propaganda kemungkinan perkelahian antara kaum akan tercetus jika mereka tidak terus menyokong Umno-BN.

"Apabila sebahagian rakyat menjadi takut untuk mengundi pembangkang manakala sebahagian lagi menjadi ekstremis Melayu, maka tujuan Umno-BN dan dasarnya telah tercapai iaitu meraih undi dengan apa cara sekalipun," jelas beliau.

Beliau menganggap kejadian di mana dua pengetua masing-masing di Kulai dan Bukit Selambau mencemuh pelajar Cina dan India dilihat sebagai sebahagian daripada rencana teliti yang telah lama dirancang oleh Umno-BN.

Khalid berkata tindakan membangkitkan isu perkauman adalah senjata terahkir Umno-BN apabila sedar majoriti rakyat sudah tidak lagi yakin terhadap kepimpinan mereka.

"Rakyat bukan macam dahulu, mereka boleh lihat sendiri dan sedar pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Umno-BN selama lebih 50 tahun ini hanyalah satu gimik untuk meraih undi dan satu kaedah memberikan projek pembangunan kepada kroni-kroni Umno-BN," tegas beliau lagi.


Sumber: Suara Keadilan

JK Disiplin KEADILAN Cadang Gantung Setahun 12 Ahli Terbabit Tubuh Parti Cinta Sabah

Posted: 26 Aug 2010 01:00 AM PDT


PETALING JAYA 26 Ogos - Laporan siasatan Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah yang membabitkan 12 anggota parti mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti.

Kenyataan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengatakan kesalahan yang dilakukan adalah mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua belas penama yang diadu.

"Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan tersebut.

"Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.

"Pada masa yang bersama dua belas penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti," kata Saifuddin.

Dua belas penama kes siasatan Jawatankuasa Disiplin KEADILAN terbabit adalah seperti berikut:

1. Daniel John Jambun

2. Awang Ahmad Sah

3. Moses @ Mozes Michael Iking

4. Nicholas James Guntobon

5. Paul Kerangkas

6. Slyvester @ Balon Mujim

7. Innocent Makajil

8. Nasir Samie

9. Harry Kujukok Manisit

10.Rubbin bin Guribah

11.Gosibin Yosundang

12.Guandee Kohoi


Sumber: Suara Keadilan

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Beri RM500 Sumbangan Hari Raya Kepada Kakitangan Awam

Posted: 26 Aug 2010 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 26 Ogos - Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jusa ke atas.

Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.Selain itu, Khalid juga mengumumkan peruntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru kelas agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan dana RM1.3 juta.

"Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

"Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru Kafa supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan," petik kenyataan itu.

Sumber: TVSelangor

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

Posted: 26 Aug 2010 02:48 AM PDT

31 Ogos – 01 September 2010 (Selasa dan Rabu)

31 OGOS 2010 (Selasa) – Lawatan ke Limbang / Lawas

11.30 am – Perjumpaan dengan masyarakat N68 Bukit Kota di Pekan Limbang

2.00 pm – Perjumpaan dengan masyarakat N70 Bakelalan di Lun Bawang

3.30 pm – Perjumpaan dengan masyarakat Lawas sempena perasmian

Pejabat Khidmat P222 Lawas, N71 Bukit Sari

6.32 pm – Berbuka puasa di Restoran Musbee bersama

Jawatan Kuasa Pakatan Rakyat Limbang / Lawas

7.42 pm – Solat Isya' dan Tarawikh

di Masjid Bahagian Limbang

01 Sept. 2010 (Rabu) – Lawatan ke Kucing

02.00pm Perjumpaan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan

Pimpinan dan Ahli Parti Keadilan Rakyat

Tempat : Grand Continental Hotel, Kuching

03.00pm Mesyuarat Biro Politik MPN dengan Dato' Seri Anwar Ibrhim

Tempat : Grand Continental Hotel, Kucing

04.30pm Sidang media

06.48pm Berbuka puasa di N6 Tupong

Rumah Datuk Hjh. Hafsah Harun

7.58 pm Solat Isya' dan Tarawikh

di Masjid Kpg.Pinang Jawa, Kuching

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah

Posted: 26 Aug 2010 02:44 AM PDT

28 Ogos 2010 (Sabtu)

1. 2.00 PM – Mesyuarat MPN bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Tempat – Borneo Paradise Resort, Papar, Sabah

4.00 PM – Ceramah Politik

Tempat – Borneo Paradise Resort , Papar, Sabah

Penceramah :

i. Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

iii. Dato' James Ghani

iv. Sdr Tamrin Jaini

v. Dato' Jeffrey Kitingan

6.30 PM – Berbuka Puasa Bersama Pimpinan dan Ahli Parti

7.45 PM – Solat Isya', Tarawih dan Tazkirah

Tempat – Masjid Al-Mahabah, Kampong Muhibah, Putatan

.

9.00 PM – Ceramah Perdana

Tempat – Kampong Rampaian , Sepanggar

Penceramah :
1. Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

3. Dato' James Ghani

4. Sdr Tamrin Jaini

5. Dato' Jeffrey Kitingan

6. Sdr Najwan Halimi

Kakitangan Kerajaan Selangor Terima Bantuan Khas Hari Raya Sebanyak RM500

Posted: 26 Aug 2010 02:38 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR

26 OGOS 2010

KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR TERIMA BANTUAN KHAS HARI RAYA SEBANYAK RM500

Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran Bantuan Khas Hari Raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran Bantuan Khas Hari Raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Melawan Politik Perkauman Sempit

Posted: 26 Aug 2010 02:36 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
26 OGOS 2010

Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.
Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.
Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.
Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
"Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."
Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.
Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.
Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.
YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum Keadilan

YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden Pas


PKR YAB Lim Guan Eng
Setiausaha AgungDAP

Antara Kandungan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Iltizam untuk melaksanakan Politik Baru:

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Siasatan Penubuhan Parti Cinta Sabah

Posted: 26 Aug 2010 02:34 AM PDT

KENYATAAN MEDIA PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah

Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua belas (12 )penama yang diadu. (Rujuk lampiran)

Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.

Pada masa yang bersama dua belas (12 )penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti.

Lampiran

DUA BELAS PENAMA KES SIASATAN JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. Daniel John Jambun

2. Awang Ahmad Sah

3. Moses @ Mozes Michael Iking

4. Nicholas James Guntobon

5. Paul Kerangkas

6. Slyvester @ Balon Mujim

7. Innocent Makajil

8. Nasir Samie

9. Harry Kujukok Manisit

10. Rubbin bin Guribah

11. Gosibin Yosundang

12. Guandee Kohoi

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Tarikh 26 Ogos 2010

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Nik Nazmi: Saya Tidak Sebut Pelaksanaan Hudud Tidak Sesuai

Posted: 26 Aug 2010 02:31 AM PDT

Dari Sinar Harian

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kenyataannya yang menyebut pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah tidak sesuai seperti dilaporkan media sebagai tidak tepat.

Katanya, beliau tidak berniat menentang hukum syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam, tetapi dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, telah termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama.

"Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, serta memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.

:"Pendirian dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Keadilan, Pas dan DAP Pakatan memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia," katanya dipetik blognya, semalam.

Nik Nazmi berkata, Pakatan Rakyat komited untuk menubuhkan mekanisme menyeluruh bagi memberi penyelesaian yang adil dalam kes melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk Suruhanjaya Diraja.

Ketua AMK: 3 penjuru, Nurul Izzah tak tanding

Posted: 25 Aug 2010 11:20 PM PDT

Malaysiakini | 26 Ogos 2010

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail — Nurul Izzah difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

"Kalau bertanding pun mungkin hanya di peringkat cabang Lembah Pantai sahaja," kata sumber-sumber yang dekat dengannya kepada Malaysiakini semalam.

Menjelang pemilihan parti November tahun ini, pertembungan antara Shamsul dan Badrul memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun kemunculan kembali Rafizi – yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas ‘ditarik’ daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya.

Pada masa yang sama, ketika kedua-dua ‘lawannya’ dilihat malu-malu mengumumkan hasrat mereka, Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu.

"Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK," katanya kepda Malaysiakini sambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Menurut Rafizi – bekas pemimpin pelajar di United Kingdom – beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan "model pendekatan baru" anak muda yang "bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat".

Kumpulan ‘direstui’ Anwar

Secara realistik bagi memengangi pilihan raya, Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama "kurang berminat dalam politik".

"Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998)," kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Beliau dikatakan akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang kini naib presiden AMK sebagai timbalan ketua.

Kumpulan ini yang khabarnya ‘direstui’ Anwar ini difahamkan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA.

"Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK)," katanya kepadaMalaysiakini.

Difahamkam Khairul dipilih berganding dengan Shamsul (kanan) – seorang peguam – kerana gandingan lamanya, Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada "peralihan".

‘Berseorangan belum tentu sunyi’

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai ‘gimik’ politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan.

Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia – NGO yang diasaskannya – enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.

"Saya tidak akan umumkannya. Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya)," kata Badrul (kiri, berkaca mata) kepada Malaysiakini.

Menganggap pemilihan parti sebagai "urusan keluarga", bekas guru itu berkata: "Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik".

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN.

Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: "Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi."

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.

Kalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya.

"Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu," katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PKR HULU LANGAT

PKR HULU LANGAT


Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC)

Posted: 25 Aug 2010 11:50 PM PDT

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC)
3 Oktober 2010

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


MUKTAMAD : FELDA DIARAH BAYAR PENEROKA 11 JUTA RINGGIT - mkini

Posted: 26 Aug 2010 12:21 AM PDT

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang

AMK KLGT

AMK KLGT


Prestasi PRU Sarawak petanda masa depan BN

Posted: 26 Aug 2010 12:45 PM PDT

Kegagalan mengekalkan majoriti dua pertiga di DUN Sarawak dilihat kemungkinan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak kerusi persekutuan pada pilihan raya umum ke-13, tetapi ia tidak cukup untuk membenam perikatan berusia lebih lima dekad tersebut.

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aifilfitri.

Penganalisis politik Dr Ong Kian Ming dari USCI menekankan, Sarawak akan menjadi pemangkin kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya meskipun perikatan baru ini perlu bekerja kuat untuk mengekalkan keyakinan rakyat ekoran permasalahan dalaman termasuk tindakan beberapa wakil rakyatnya melompat parti.

"Apabila BN gagal untuk mengekalkan majoriti dua pertama di Sarawak, ia akan menjadi petanda awal yang akan mendedahkan keretakan dan kelemahan dalam BN dan Umno khususnya selepas negeri itu bukan lagi (kekal sebagai) deposit hayat," katanya.

Kata beliau, kedudukan itu akan memberi tekanan ke atas Sarawak untuk berubah dan akan menyebabkan ketidakstabilan dalam BN sendiri.

"Najib akan kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang dan Pakatan Rakyat akan memperoleh bersih 18 kerusi," kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas membentangkan penemuaan kajiannya pada satu forum minggu ini.

Berdasarkan kajian Ong itu, BN juga akan gagal untuk menawan semula Selangor dan Perak manakala PR akan menerokai kejayaan lebih signifikan di Terengganu, Johor dan Sabah.

Justeru, Ong percaya PR akan berupaya untuk menawan kerusi Stampin, Sarikei, Lanang, Miri dan Sri Aman di Sarawak.

Selain itu, PR boleh menang di Kulim, Kedah, Kuala Nerus dan Dungun di

Terengganu, Lumut dan Kampar di Perak bersama kerusi Segamat, Kluang dan

Gelang Patah di Johor.

Masalah membabitkan dua anggota Kabinet pusat — Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman di Umno Sabah juga kemungkinan akan menyebabkan BN kehilangan kerusi Sandakan dan Tawau, kata Ong.

PR menguasai 82 kerusi ketika pilihan raya umum 2008 dan kini memiliki 77 selepas beberapa wakil rakyat keluar dan pertukaran kerusi dimenangi dalam pilihan-pilihan raya kecil.

BN juga kehilangan dua kerusi selepas wakil rakyat SAPP keluar perikatan itu akhir 2008.

PR dijangka akan menguasai hampir 100 kerusi ataupun 45 peratus daripada 222 kerusi yang ada di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Ong juga berkata, ketidakmampuan BN untuk mendapatkan semula kedudukan selesa atau ajaib 148 kerusi di Parlimen akan menolak Umno ke arah kanan.

"Selepas pilihan raya umum ke-13, kedudukan (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Najib tidak boleh berkekalan dan keadaan akan menjadi semakin buruk.

Datuk Seri Najib Razak mengetuai BN sejak April 2009.

"(Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin akan berkempen lebih menjurus kepada agenda orang Melayu. Ini akan mencetuskan ketidakstabilan dalam BN dan Umno akan lebih memihak kepada pro-Melayu," katanya lagi.

Ong menambah, kegagalan Najib, yang juga Pengerusi BN, untuk memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya akan datang bakal menandakan berakhirnya kerjaya politik beliau.

"Jika anda lihat pada Pak Lah, beliau kehilangan sokongan daripada Umno selepas pilihan raya umum 2008. Jika beliau gagal memperoleh majoriti dua pertiga, maka Muhyiddin akan menjadi presiden baru Umno," katanya.

Kata Ong, riwayat BN akan berakhir di bawah kepimpinan Muhyiddin kelak.

Ong menambah, keadaan itu akan menyebabkan perwakilan BN akan menjadi kurang menyengat manakala PR pula akan mengambil kedudukan tersebut.

"Bukan Melayu tidak lagi akan meletakkan keyakinan ke atas BN, yang akan menyebabkan ia hilang kuasa dalam pilihan raya umum ke-14," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa PKR mesti memperoleh semula keyakinan selepas beberapa wakil rakyatnya bertindak keluar parti itu di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Beliau menekankan bahawa negeri-negeri PR khususnya Selangor dan Pulau Pinang perlu memperbaiki prestasi mereka.

Pakatan Rakyat tetap bersatu lawan kemungkaran Umno BN

Posted: 26 Aug 2010 07:13 AM PDT


Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno Barisan Nasional terhadap rakyat.

"Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat," ujarnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan akhbar Pimpinan Pakatan Rakyat, petang ini.

Menurut mereka, Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Pakatan Rakyat, kata mereka sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat.

Bagi mereka, politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta itu digunakan oleh pimpinan Umno BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, demi mencapai cita-cita politik tersebut, pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

Berhadapan serangan bertali arus itu, uajr mereka Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya.

"Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini," ujar mereka.

Pakatan Rakyat, tambah mereka menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat di mana permuafakatan itu sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan: "Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."

"Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM52 billion," ujar mereka lagi.

Ehubungan itu, mereka menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

"Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka.

"Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan," kata mereka.

Sementara itu, pada sidang media di ibu pejabat PKR, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengulangi konsesus bersama, iaitu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di samping menjamin menjamin kebebasan agama-agama lain.

Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang, sama ada PKR, DAP mahupun PAS masing-masing menyedari perbezaan ideologi sejak sebelum penubuhan Pakatan Rakyat lagi.

Namun, katanya lagi, perbezaan itu tidak boleh menjadikan ketiga-tiga tonggak Pakatan Rakyat itu mengetepikan kezaliman Umno BN ke atas rakyat sejak merdeka, 53 tahun lalu.

Bercakap pada sidang yang sama, Nasharudin berkata, perbezaan pendapat berhubung amalan undang-undang syariah di Malaysia bukan sahaja dihadapi oleh DAP dan PAS.

Malah, katanya negeri-negeri di bawah kerajaan Persekutuan sendiri tidak mengamalkan undang-undang syariah secara seragam.

Sambil menganggap perbezaan pendapat sebagai lumrah, beliau menasihatkan kerajaan persekutuan supaya terlebih dahulu menyeragamkan kaedah perundangan syariah di tanah air daripada melaga-lagakan PAS dan DAP berhubung isu hudud seperti belakangan ini.

Menyambut saranan Nasharudin itu, Lim Guan Eng menegaskan bahawa keutamaan Pakatan Rakyat adalah menghapuskan politik perkauman dan kezaliman yang dilakukan Umno BN.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Pakatan Rakyat menentang kezaliman Umno BN adalah lebih diutamakan daripada mempopularkan ideologi kepartian masing-masing yang hakikinya adalah memperjuangkan keadilan

Tiada kuda tunggangan di sini

Posted: 26 Aug 2010 07:11 AM PDT


Penulis selalu sahaja mendengar BN berkata kepada orang Melayu bahawa PAS ialah kuda tunggangan DAP dan kepada orang Cina pula BN akan berkata bahawa DAP ialah kuda tunggangan PAS.

Ungkapan sebegini ialah taktik BN untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan tujuan melaga-lagakan PAS dan DAP dan juga untuk mengurangkan sokongan kepada kedua-dua parti itu. Taktik ini amat merbahaya sebab ada ramai pengundi Melayu dan Cina yang akan termakan umpan tersebut.

BN telah berkata bahawa PAS menggunakan DAP dengan tujuan mendapat sokongan kaum Cina supaya boleh mendapat undi yang cukup untuk menerajui pucuk pimpinan di Putrajaya dengan tujuan untuk melaksanakan Hukum Hudud dan oleh itu adalah merbahaya untuk kaum Cina menyokong PAS.

Sementara itu, kepada pengundi Melayu pula, BN berkata bahawa DAP memperkudakan PAS dan BN berharap bahawa ungkapan ini akan membuat orang Melayu marah terhadap PAS seolah-olah PAS sebagai sebuah parti Islam dan Melayu telah hilang kuasa Melayu dan telah tunduk kepada kaum Cina.

Penulis ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa didalam Pakatan Rakyat, tiada terdapat kuda tunggangan sebab dalam Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi Awang dan Lim Kit Siang, semua parti dalam Pakatan Rakyat adalah sama pangkat dan sama taraf serta kedudukannya.

PAS, DAP dan PKR akan akur kepada prinsip-prinsip yang adil dan saksama dalam manifesto Dasar Pakatan Rakyat ini sebab Dasar Pakatan Rakyat ini bertujuan mempertahankan dan mengukuhkan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan dasar ini juga menjamin hak semua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan agama, seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tidak seperti didalam BN dimana Umno ialah tuan besar dan MCA, MIC dan Gerakan selalu sahaja mesti akur kepada kehendak tuan besar Umno. Setiap kali apabila MCA atau Gerakan mengeluarkan sesuatu kenyataan yang tidak sedap didengar oleh Umno, Umno akan menegur mereka dan dengan serta-mertanya mereka pun akan menarik-balik kenyataaan tersebut. MIC pula tidak berani bersuara dari dulu, kini dan akan begitu selama-lamanya.

Penulis berpendapat di dalam BN saja yang terdapat kuda tunggangan dimana MCA, Gerakan dan MIC telah diperkudakan oleh Umno untuk mendapat sokongan bangsa bukan-Melayu. Umno perlukan MCA, Gerakan dan MIC untuk 'sweet talk' kaum Cina dan kaum India dengan tujuan untuk meraih sokongan kaum Cina dan kaum India bagi Umno/BN. Itu sahaja. Dan jawapan MCA, Gerakan dan MIC ialah, 'yes sir, yes sir, thank you sir.'

Rakyat Malaysia mesti berfikir dengan matang dan jangan terpedaya oleh ungkapan-ungkapan BN yang penuh dengan muslihat itu. Kerjasama diantara 3 parti dalam Pakatan Rakyat itu adalah amat erat dan bagus sekali dimana semua ahli-ahli parti diberi peluang bersuara dan mengemukakan pendapat, tidak seperti dalam BN dimana Umno mentadbir dengan kuku besi dan MCA, Gerakan dan MIC terpaksa berkata 'ya' sepanjang masa.

Penulis ingin menekankan sekali lagi disini bahawa tiada terdapat kuda tunggangan dalam Pakatan Rakyat sebab Pakatan Rakyat mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi yang kukuh, adil dan saksama dan bertujuan menegakkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Maklumlah, nama Pakatan ialah Pakatan Rakyat dimana keadilan dan kemakmuran untuk rakyat adalah diperjuangkan bersama dan ialah tumpuan utama Pakatan.

...Penulis adalah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat

大学生要有质疑精神 – 给大学生的一封信

Posted: 26 Aug 2010 07:10 AM PDT

邹宇晖

亲爱的学弟学妹们,

欢迎你们终于排除万难,进入了象牙塔。在你这三或四年的大学生涯里,只要你好好规划,你的人生一定不会留下遗憾。

相信许多大学新鲜人在迎新周时都会获得许多学长学姐对你们的教诲,告诉你在大学里什么东西可以做,什么东西不可以做;什么组织是合法组织,什么组织是非法组织。然后希望你们拥有效忠宿舍的心,并且要对政府忠心。

学弟学妹们,身为一个大学生,最重要的就是拥有批判和质疑精神。身为大学的初生之犊,你们应该拒绝被你们宿舍的学长学姐所驯服,身为大学的活力新血,你们必须质疑学长学姐在迎新周对你们所说的是否正确?

相信你们在迎新周时,一定会听到以下的论调:

1. 大学里面有许多反政府和非法的组织,你们不应该参与,否则会被对付。

2. 大学生应该把学业搞好,不应该参与政治,关心政治。
宿舍的学长学姐对你们发出义正词严的警告,他们似乎都很关心你们,他们似乎都不想你们进来大学成为政治的牺牲品。

但,这一切的说法都是正确的吗?

政治影响何处不在

也许你们从报章获知,马来西亚的政局陷入乱象,对你们来说,政治的确好像是洪水猛兽,学长学姐的话也好像是真理。

然而,学弟学妹们应该问自己这个问题,政治的影响何处不在?有什么层面和领域是没有政治的管理和决策的?

在你们刚刚进入大学讲堂上课时,你们有没有想过为何有些学生是不用修读中六,就可以通过一个matrikulasi(大学预科班)的一年"速成班"升上大学?为什么这个大学预科班只开放10%给非土著?

你们也一定会发现到,为什么你们刚刚接到大学通知书时,有些学生在大学预科班的成绩与您平分秋色,但是他可以拿到第一选择,但你却只分配到第三选择或甚至是第"九"选择呢?

如果你有去想过这个问题,那它肯定关系到政治。因为执政单位没有采取划一和公平的录取标准,有些人必须含辛茹苦应付STPM,有些人却能够在大学预科班轻松自如。

除此之外,相信你们也在进入大学前从报章得知有许多考获13 个 A1 成绩的学子竟然没有获得公共服务局的奖学金,你们也一定看到许多在STPM获得优异成绩的学生前往投诉单位声泪俱下的控诉自己不能获得大学的学额。

这些事件很多时候不是偶然发生,很多时候都是政治上的偏差所导致。如果宿舍学长和学姐跟你们说大学生不应关心政治,那结果将会是你继续纵容以上的事情年年上演,你们的弟弟妹妹和学弟学妹依然要每年承受这样的苦果。

身为大学生,在你考得好成绩的同时,如果对以上事情不闻不问,难道你们还能说自己是称职的大学生吗?

大学生是时代的眼睛,社会的良心,做一个真正的大学生吧!

153ஐ எதிர்க்கக் கூடாது: பெரியசாமி உபதேசம்!

Posted: 26 Aug 2010 07:09 AM PDT

தகவல் தொலத்தொடர்பு, கலாச்சார அமைச்சின் சமூக அரசியல் பார்வையாளர் ந. பெரியசாமி 'ஒரே மலேசியாவின் நிறம் என்ன?' என்னும் தலைப்பில் மலேசிய நண்பன் 28 ஆகஸ்டு ஞாயிறு ஏடு ஒன்றில் எழுதிய கட்டுரையின் முதல் பகுதி கவனத்துக்குரியது.

ஒரே மலேசியாவின் நிறம் என்ன என்னும் தலைப்பு ஒரே மலேசியாவின் உண்மைப் பொருளை விளக்குவதாக அமைந்துள்ளது.

அக்கட்டுரையின் கீழ்வரும் ஒரு பகுதி கட்டுரையின் சாராம்சமாகவும் ஒரே மலேசியாவின் உண்மை விளக்க மாகவும் அமைந்துள்ளது.

" ஏன் அரசாங்கம் மலாய்க்காரர்களுக்கு அதிகமான சலுகைகளை வழங்கி வருகிறது. ஏன் மலாய்க்கார மாணவர்களுக்கு கல்வி வசதிகள் மற்றும் வேலை வாய்ப்புகளை வழங்கி வருகிறது? மலாய்க்காரர்களுக்கு லைசென்சு, பெர்மிட்டுகள் வழங்கி வருகிறது போன்ற பல கேள்விகளை மக்கள் கேட்பதை நாம் அறிவோம். மேற்கூறிய இத்தனை உதவிகளையும் வசதிகளையும் அரசு மலாய்ச் சமூகத்திற்கு வழங்கி வருவது அரசியலமைப்புச் சட்டத்தின் 153 ஷரத்திற்கு உட்பட்டது என்பதை நாம் தெரிந்து கொள்ள வேண்டும். ஆனால் பூமிபுத்ரா அல்லாத இனத்தவர்களின் நியாயமான தேவைகளுக்கேற்ப வாய்ப்புகளையும் வசதிகளையும் அரசு ஏற்படுத்தித் தர வேண்டும் என்றும் மிகத் தெளிவாக இந்த ஷரத்தில் எழுதப்பட்டிருக்கிறது என்பதை நாம் நினைவில் கொள்ள வேண்டும்" என்பது இக்கட்டுரையின் முக்கியமான பகுதி.

அரசியலமைப்புச் சட்டம் 153ஆம் பிரிவு மலாய்க்காரர்களுக்கு சிறப்புச் சலுகையை வழங்குகிறது என்பதும் அது மலாய் ஆட்சியாளர்கள் விரும்பும் வரை இருக்கும் என்பதும் மலேசியர் அனைவருக்கும் தெரியும்.

இந்த 153 ஏற்படுத்தியுள்ள சில கருத்தாக்கங்களை நாம் கீழ் வருமாறு பட்டியலிட முடியும்.

1. கடந்த 53 ஆண்டுகளாக அரசியல், கல்வி, பொருளாதாரம், வாணிபம், வேலைவாய்ப்பு போன்ற அனைத்துத் துறைகளிலும் சிறப்புச் சலுகையை அனுபவித்த பின்னும் மலாய்க்காரர்கள் இன்னும் ஏழைகளாகவே இருந்தால், இருப்பதாகக் கூறப்படுவதால் இந்தச் சலுகை தவறாகப் பயன்படுத்தப்படுகிறது என்பது தெளிவாகிறது.

153இன் விளைவு

2. இந்த 153 இருக்கும் வரை மலேசியக் குடிமக்கள் சிறப்புச் சலுகை பெறுவோர், பெறாதார் என்று இரண்டு தரத்தினராய்தான் இருக்க முடியும். அதாவது முதல்நிலை குடிமக்கள், இரண்டாம் நிலை குடிமக்கள் என்றே மலேசியர் இருக்க முடியும்.

3. இந்தச் சலுகைச் சட்டம் இருக்கும் வரை மலேசியர் அனைவரும் சமம் என்று கூறுவது வெறும் கேலிக்கூத்தே ஆகும். எனவே ஒரே மலேசியா என்பது ஒரே மலாய்க்காரர் என்றே பொருள் தருகிறது. ரக்யாட் டிடாஹுலுகான் என்பதில் வரும் ரக்யாட் மலாய்க்காரர்களை மட்டுமே குறிக்கிறது என்று கருத வேண்டும்.

4. இந்தச் சட்டம் மலாய்க்காரர் அல்லாதாரின் வாழ்வாதார வாய்ப்புகளைப் பின்னுக்குத் தள்ளுவதால் மலேசிய இனங்களுக்கிடையில் பொருளாதார ஏற்றத் தாழ்வுகள் தொடர்ந்து இருக்கும். இதனால் இனங்களுக்கிடையிலான பகையுணர்வு தவிர்க்கப்பட முடியாத ஒன்றாய் ஆகிவிடும்.

5. இந்தச் சட்டம் மலாய்க்காரர்களுக்குப் பாதுகாப்பாக இருக்கலாம். ஆனால் வெளிநாட்டினரின் முதலீட்டுக்கு மருட்டலாக இருந்து வருவதை மறுக்க முடியாது.

6. மலாய்க்காரர் அல்லாதாரின் வரிப்பணம் 153 சிறப்புச் சலுகையால் மலாய்க்காரர்களுக்கு மட்டும் பயன்படுவதால் மலாய்க்காரர் அல்லாதார் நாட்டை விட்டு வெளியேறுவதில் முனைப்பு காட்டி வருகின்றனர்.

7. இந்தச் சட்டம் மலாய்க்காரர்களை முன்னிலைப்படுத்துகிறது. மலேசியாவை முன்னிலைப்படுத்தவில்லை. ஒரு குறிப்பிட்ட இனத்துக்காக ஒரு நாடு அடமானம் வைக்கப்படுகிறது.

ஒன்று முதல் ஏழு வரை சொல்லப்பட்ட இக்கருத்துகளின் அடிப்படையில் முற்போக்கு மலாய்க்காரர்கள் நாட்டை முன்னிலைப்படுத்தி 153ஐ மறுக்கத் தொடங்கியுள்ளனர்.

ஊன்றுகோல் சமுதாயமாக…

153 சிறப்புச்சலுகை மலாய்க்காரர்களை ஊன்றுகோல் சமுதாயமாக ஆக்கிவிட்டது என்றும் சுயமாகச் சிந்திக்கவும் உழைத்து வெற்றி பெறவும் முடியாத சமூகமாக மலாய்க்காரர்கள் இருக்கின்றனர் என்றும் வருந்துகின்ற மலாய்த் தலைவர்கள் உருவாகி வருகின்றனர். மலாய்க்காரர்களிடம் இருக்கும் வாக்கு வங்கிகளை இழந்துவிடக் கூடாது என்பதற்காகப் பலர் மெளனமாக இருந்து வருகின்றனர்.

1956இல் உருவாக்கப்பட்ட அரசியல் அமைப்புச் சட்டம் 54 ஆண்டுகளுக்குப் பின்னும் மாற்றப்படக் கூடாது என்றால் அது உலக அரங்கில் மலேசியாவின் பிற்போக்குத்தனத்திற்கு அடையாளமாகிவிடும். இது நாட்டின் அரசியல் நிலைத்தன்மையையும் பொருளாதார வளர்ச்சியையும் வெகுவாகப் பாதிக்கும்.

ந. பெரியசாமியின் கட்டுரையில் "இந்த நாடு ஒரு மன்னர் ஆட்சிக்குட்பட்ட மக்களால் தேர்ந்தெடுக்கப்பட்ட ஜனநாயக நாடு' என்றும் கூறப்பட்டுள்ளது. அரசியல் அமைப்புச் சட்டத்தின் ஓர் உறுப்பாக இருக்கும் இந்த விதி எல்லாரும் அறிந்ததுதான். உடன் ஜனநாயக நாடு என்றும் கூறப்பட்டுள்ளதை 153வாதிகள் ஏன் "வசதியாக" மறந்துவிடுகின்றனர் என்பதுதான் நமது கேள்வி. ஜனநாயகம் வாக்குரிமை வழங்குவதோடு முடிந்துவிடுகிறதா? அதற்கு மேல் வேறு எந்த உரிமையும் இல்லையா?

சிறுபான்மை மக்களின் 'நியாயமான தேவைகள்" கவனிக்கப்படும் என்று அரசியல் அமைப்பு கூறுகிறது. ஆனால், எது நியாயமானது, எது தேவையானது என்று அரசியல் அமைப்புச் சட்டம் திட்டவட்டமாகச் சொல்லவில்லை. அல்லது திட்டமிட்டுச் சொல்லப்படவில்லை. ஆகவே எது நியாயமானது என்றும் சிறுபான்மை மக்களுக்கு எது தேவை என்றும் பெரும்பான்மை மக்கள் தங்கள் விருப்பத்திற்கு முடிவு செய்ய முடிகிறது. இதனால் அடிப்படையான குடிமக்கள் உரிமையும் பல வேளைகளில் மனித உரிமையும் மீறப்படுகின்றது.

இதுதான் ஒரே மலேசியாவா? இதுதான் ஒரே மலேசியாவின் நிறமா? ஏன் நீட்டி முழக்கிச் சொல்லுகிறீர்கள்? சுருக்கமாகச் சொல்லிவிடுங்கள்.

"ஒரே மலேசியா என்பது அம்னோவின் மற்றொரு தாரக மந்திரமான 'கெதுவானான் மெலாயுதான். மலாய்க்காரர் அல்லாதார் இரண்டாம்தர, மூன்றம்தரக் குடிமக்களாய்க் கிடைப்பதை வாங்கிக்கொண்டு இருக்க வேண்டும். தெளிவாகச் சொன்னால் அடிமையாக இருக்க வேண்டும் என்பதுதான் ஒரே மலேசியாவுக்கான விளக்கம்" என்று சொல்லிவிடுங்கள்.

இப்படிச் சொல்லிவிட்டு நாம் எல்லாரும் ஒரே மலேசியாவின் ஒரே குடிமக்கள் என்றும் சொல்லாதீர்கள். இந்த இரண்டுக்குமான முரண்பாடு குருடனுக்கும் தெளிவாகத் தெரிகிறது.

153ம் வேண்டும், ஒரே மலேசியாவும் வேண்டும் என்பது கூழுக்கும் ஆசை மீசைக்கும் ஆசை என்ற பழமொழிக்கு ஒப்பானது என்று அன்பர் பெரியசாமிக்கு நினைவுபடுத்துகிறோம்.

Lawatan panik Najib ke Felda Serting, Raja Alias malam ini

Posted: 26 Aug 2010 07:08 AM PDT


Perdana Menteri Najib Tun Razak seolah-olah mempunyai sesuatu misi – beliau akan melawat para peneroka di Felda Serting dan Felda Raja Alias malam ini dan menghadiri majlis berbuka puasa di masjid bandar ini.

Menurut Ketua PKR Jempol Karip Mohd Salleh, lawatan beliau nampak panik untuk meredakan kemarahan di kalangan peneroka yang memfailkan saman terhadap pengurusan Felda pada 9 Ogos lalu.

"Saya mendapat tahu daripada para peneroka bahawa Najib akan menyerahkan sekeping cek contoh kepada wakil mereka sebagai bonus Hari Raya. Sehingga sekarang, beliau tidak mempunyai masa untuk mendengar rintihan para peneroka. Secara tiba-tiba beliau menunjukkan sikap seolah-olah mengambil berat tentang nasib mereka.

"Tapi kami, para peneroka Felda, bukannya bodoh untuk terperangkap dengan lakonan seperti ini. Kami tidak akan menarik balik saman tersebut," tambah Karip, yang mengetuai 766 peneroka memfailkan saman itu.

Beliau mewakili para peneroka dari Felda Serting Hilir Kompleks 1, 2, 4, 5, 6 dan 7 dari Air Hitam, Jempol dan juga dari Felda Raja Alias 1, 2, 3 dan 4 dari Serting, Jempol.

Karip berkata beliau menjangka Najib akan meluahkan kata-kata manis dalam ucapannya untuk memujuk para peneroka tetapi menambah, beliau tidak akan berjaya terutama dengan berita terbaru dari Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengarah Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka dari Felda Kemahang 3 di Kelantan.

Zakaria tidak tunduk kemahuan Zahid

Posted: 26 Aug 2010 06:59 AM PDT


Khatib Zakaria Ahmad berkata tiada keperluan baginya untuk memohon maaf secara terbuka kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Tiada keperluan untuk saya memohon maaf kerana perkara ini telah dipolitikkan," kata beliau yang mencetuskan kontroversi kerana berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang ketika bacaan khutbah kedua Jumaat di sebuah masjid di negeri itu baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini berikutan desakan memohon maaf ini dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil mempertahankan tindakannya itu, beliau mendakwa isu tersebut sengaja dipolitikkan malah doa yang dibacakan berbentuk umum walaupun tidak menyebut nama Yang Dipertuan Agong.

"Bagi saya tidak perlu memohon maaf secara terbuka, sedangkan saya tidak bersalah dalam isu ini. Saya tidak gentar, saya benar dan betul. Saya sebut secara umum, tidak menyebut nama Yang Dipertuan Agong bukanlah derhaka.

Zahid harus bantu laksana hukum hudud

"Benda ini perlu dihentikan, kerana mereka sengaja memperbesar dan mempolitikkan isu ini," katanya.

Beliau menasihatkan Zahid agar memfokuskan hal-hal yang lebih penting berbanding isu tersebut.

"Zahid sebahagian daripada ahli majlis agama…..sepatutnya dia bantu kerajaan untuk laksanakan hukum hudud. Itu lebih penting, sebab hudud dapat membantu mengurangkan kes-kes jenayah yang semakin meningkat kini.

"Beliau patut bantu selesaikan masalah lain, bukan cuba memperbesarkan isu ini. Cukup-cukuplah, ini bulan puasa…," kata beliau.

Berhubung tindakan saman, beliau berkata ia masih dalam proses dan akan dilakukan selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Zahid dilaporkan semalam berkata, khatib yang dikaitkan dengan isu itu diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yang Dipertuan Agong.

Beliau juga berharap agar Majlis Fatwa Kebangsaan dapat membuat satu keputusan rasmi berkaitan perkara tersebut.

Prof Aziz: PAS boleh laksana hukum hudud tapi bukan ikut Islam era klasik

Posted: 26 Aug 2010 06:58 AM PDT

Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam di negara ini boleh menjadi kenyataan dengan syarat parti Islam itu perlu mendapat sokongan rakyat terlebih dahulu, kata penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari.

Selain itu beliau menyarankan agar PAS mengkaji semula hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia perlu memahami aspek itu dalam konteks Islam "klasik" mengikut peredaran zaman.

"Kedua-dua parti iaitu PAS dan DAP kena faham prinsip ini (hukum hudud).

"Yang jadi masalah adalah PAS memahami hudud dalam konteks Islam klasik manakala DAP pula degil dengan kefahaman Perlembagaan mereka yang tidak tepat," katanya.

Oleh itu kata beliau, dalam persekitaran sedemikian kedua-dua PAS dan DAP perlu mengambil sikap mendiamkan diri.

"Jadi dalam keadaan sekarang PAS dan DAP kena diam dan berfikir. Jangan cakap kalau tidak faham," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata hukuman hudud boleh dilaksanakan dalam kerangka Perlembagaan negara sedia ada.

"PAS perlu mendapatkan sokongan rakyat dan untuk dapat sokongan rakyat PAS perlu jelaskan kepada mereka apa itu hukuman hudud.

"Selain itu, dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sedia ada ia boleh dilaksanakan tetapi yang paling penting adalah penerimaan dan sokongan rakyat," katanya.

Justeru tambah beliau, walaupun DAP menentang pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam seperti yang dicadangkan PAS tetapi ia tetap boleh dilaksanakan sekiranya ia diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Sokongan atau tentangan DAP penting tapi apa yang lebih penting ialah sokongan dan dokongan rakyat kerana setiap undang-undang itu perlu diluluskan Parlimen dan DUN

"Ertinya kalau rakyat faham dan mahu undang-undang hudud dilaksanakan tiada siapa yang boleh menghalang," katanya.

Bagaimanapun beliau yang juga pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa mengakui bahawa isu hudud dan negara Islam bukan perkara utama kerana ia tidak termasuk dalam kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kedua-dua aspek itu bukan perkara utama kerana PR kini perlu dahulukan perkara yang termaktub dalam Dasar Bersama PR termasuk membasmi kemiskinan, rasuah dan memastikan hak asasi dihormati," katanya.

PAS sebelum ini meminta DAP memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.

Namun Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata parti itu tetap menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama PR.

Lim juga mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Minggu lalu, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian "tidak berperlembagaan" dan setiap orang perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan.