Khamis, 26 Ogos 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

Posted: 26 Aug 2010 02:48 AM PDT

31 Ogos – 01 September 2010 (Selasa dan Rabu)

31 OGOS 2010 (Selasa) – Lawatan ke Limbang / Lawas

11.30 am – Perjumpaan dengan masyarakat N68 Bukit Kota di Pekan Limbang

2.00 pm – Perjumpaan dengan masyarakat N70 Bakelalan di Lun Bawang

3.30 pm – Perjumpaan dengan masyarakat Lawas sempena perasmian

Pejabat Khidmat P222 Lawas, N71 Bukit Sari

6.32 pm – Berbuka puasa di Restoran Musbee bersama

Jawatan Kuasa Pakatan Rakyat Limbang / Lawas

7.42 pm – Solat Isya' dan Tarawikh

di Masjid Bahagian Limbang

01 Sept. 2010 (Rabu) – Lawatan ke Kucing

02.00pm Perjumpaan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan

Pimpinan dan Ahli Parti Keadilan Rakyat

Tempat : Grand Continental Hotel, Kuching

03.00pm Mesyuarat Biro Politik MPN dengan Dato' Seri Anwar Ibrhim

Tempat : Grand Continental Hotel, Kucing

04.30pm Sidang media

06.48pm Berbuka puasa di N6 Tupong

Rumah Datuk Hjh. Hafsah Harun

7.58 pm Solat Isya' dan Tarawikh

di Masjid Kpg.Pinang Jawa, Kuching

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah

Posted: 26 Aug 2010 02:44 AM PDT

28 Ogos 2010 (Sabtu)

1. 2.00 PM – Mesyuarat MPN bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Tempat – Borneo Paradise Resort, Papar, Sabah

4.00 PM – Ceramah Politik

Tempat – Borneo Paradise Resort , Papar, Sabah

Penceramah :

i. Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

iii. Dato' James Ghani

iv. Sdr Tamrin Jaini

v. Dato' Jeffrey Kitingan

6.30 PM – Berbuka Puasa Bersama Pimpinan dan Ahli Parti

7.45 PM – Solat Isya', Tarawih dan Tazkirah

Tempat – Masjid Al-Mahabah, Kampong Muhibah, Putatan

.

9.00 PM – Ceramah Perdana

Tempat – Kampong Rampaian , Sepanggar

Penceramah :
1. Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

3. Dato' James Ghani

4. Sdr Tamrin Jaini

5. Dato' Jeffrey Kitingan

6. Sdr Najwan Halimi

Kakitangan Kerajaan Selangor Terima Bantuan Khas Hari Raya Sebanyak RM500

Posted: 26 Aug 2010 02:38 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR

26 OGOS 2010

KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR TERIMA BANTUAN KHAS HARI RAYA SEBANYAK RM500

Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor akan menerima bayaran Bantuan Khas Hari Raya sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran Bantuan Khas Hari Raya ini akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri kecuali kakitangan Gred JUSA ke atas.

Seramai 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat daripada keputusan ini yang melibatkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru KAFA supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Melawan Politik Perkauman Sempit

Posted: 26 Aug 2010 02:36 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
26 OGOS 2010

Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.
Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.
Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.
Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
"Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."
Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.
Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.
Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.
YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum Keadilan

YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden Pas


PKR YAB Lim Guan Eng
Setiausaha AgungDAP

Antara Kandungan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Iltizam untuk melaksanakan Politik Baru:

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Siasatan Penubuhan Parti Cinta Sabah

Posted: 26 Aug 2010 02:34 AM PDT

KENYATAAN MEDIA PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT

Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah

Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua belas (12 )penama yang diadu. (Rujuk lampiran)

Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.

Pada masa yang bersama dua belas (12 )penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti.

Lampiran

DUA BELAS PENAMA KES SIASATAN JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI KEADILAN RAKYAT

1. Daniel John Jambun

2. Awang Ahmad Sah

3. Moses @ Mozes Michael Iking

4. Nicholas James Guntobon

5. Paul Kerangkas

6. Slyvester @ Balon Mujim

7. Innocent Makajil

8. Nasir Samie

9. Harry Kujukok Manisit

10. Rubbin bin Guribah

11. Gosibin Yosundang

12. Guandee Kohoi

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Tarikh 26 Ogos 2010

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Nik Nazmi: Saya Tidak Sebut Pelaksanaan Hudud Tidak Sesuai

Posted: 26 Aug 2010 02:31 AM PDT

Dari Sinar Harian

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kenyataannya yang menyebut pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah tidak sesuai seperti dilaporkan media sebagai tidak tepat.

Katanya, beliau tidak berniat menentang hukum syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam, tetapi dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, telah termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama.

"Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, serta memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.

:"Pendirian dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Keadilan, Pas dan DAP Pakatan memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia," katanya dipetik blognya, semalam.

Nik Nazmi berkata, Pakatan Rakyat komited untuk menubuhkan mekanisme menyeluruh bagi memberi penyelesaian yang adil dalam kes melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk Suruhanjaya Diraja.

Ketua AMK: 3 penjuru, Nurul Izzah tak tanding

Posted: 25 Aug 2010 11:20 PM PDT

Malaysiakini | 26 Ogos 2010

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail — Nurul Izzah difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

"Kalau bertanding pun mungkin hanya di peringkat cabang Lembah Pantai sahaja," kata sumber-sumber yang dekat dengannya kepada Malaysiakini semalam.

Menjelang pemilihan parti November tahun ini, pertembungan antara Shamsul dan Badrul memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun kemunculan kembali Rafizi – yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas ‘ditarik’ daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya.

Pada masa yang sama, ketika kedua-dua ‘lawannya’ dilihat malu-malu mengumumkan hasrat mereka, Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu.

"Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK," katanya kepda Malaysiakini sambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Menurut Rafizi – bekas pemimpin pelajar di United Kingdom – beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan "model pendekatan baru" anak muda yang "bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat".

Kumpulan ‘direstui’ Anwar

Secara realistik bagi memengangi pilihan raya, Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama "kurang berminat dalam politik".

"Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998)," kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Beliau dikatakan akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang kini naib presiden AMK sebagai timbalan ketua.

Kumpulan ini yang khabarnya ‘direstui’ Anwar ini difahamkan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA.

"Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK)," katanya kepadaMalaysiakini.

Difahamkam Khairul dipilih berganding dengan Shamsul (kanan) – seorang peguam – kerana gandingan lamanya, Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada "peralihan".

‘Berseorangan belum tentu sunyi’

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai ‘gimik’ politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan.

Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia – NGO yang diasaskannya – enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.

"Saya tidak akan umumkannya. Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya)," kata Badrul (kiri, berkaca mata) kepada Malaysiakini.

Menganggap pemilihan parti sebagai "urusan keluarga", bekas guru itu berkata: "Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik".

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN.

Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: "Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi."

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.

Kalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya.

"Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu," katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan: