Khamis, 26 Ogos 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PKR Kuala Krau mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang di Kg Penderas

Posted: 26 Aug 2010 08:58 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di Kg Penderas, sebuah perkampongan Orang Asal di sini pada 19hb September 2010 nanti. Lokasinya adalah di rumah Chim yang telah dijadikan Markas Parti Keadilan Rakyat Kg Penderas.
Ini adalah satu tempaan sejarah kerana selama ini tidak pernah berlaku di mana-mana Cabang parti itu yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di perkampongan Orang Asal.
Tindakan mengadakan mesyuarat agung di kampong Orang Asal bertujuan untuk menyatakan bahawa PKR adalah parti untuk semua dan semua kaum diraikan didalam parti ini. Mengadakan mesyuarat agung di kampong ini mendekatkan parti dengan Orang Asal dan sejumlah yang sangat besar dari kalangan Orang Asal DUN Jenderak kini sudah menyertai keanggotaan Parti Keadilan Rakyat.
Markas di kampong Penderas ini amatlah sesuai untuk Mesyuarat Agung Tahunan kerana ia besar dan luas, boleh menampung kehadiran yang ramai, dan mempunyai bekalan elektrik.
Pada 29hb Ogos ini, akan berlangsung penamaan calon dan semua anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau dari semua ranting-rantingnya boleh mendaftarkan diri untuk menjadi calon didalam MATC yang akan diadakan pada 19hb September 2010.
Dari segi rekodnya, PKR Cabang Kuala Krau adalah aktif dari segi pencalonan, dan didalam pencalonan semasa perasmian penubuhan parti hampir dua tahun lalu menyaksikan lebih 50 orang calon didaftarkan untuk memilih 15 anggota Jawatankuasa dan jawatan-jawatan utama yang lain.
Jika pada tahun ini akan berlaku seperti itu, maka pengundian akan dilakukan bagi pemilihan Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau. Demokrasi di Cabang Kuala Krau hidup segar megar!

Orang Asal Mukim Jenderak sentiasa diganggu oleh Jabatan Perhilitan

Posted: 26 Aug 2010 08:33 PM PDT

Dari Kiri: Basri Hok, Ketua PKR Ranting Kg Pasu; Ramli Lugan, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau; Peter, AJK PKR Ranting Kg Pasu; Rashid Beng menyertai keanggotaan PKR semalam;
Awang Kadir menyertai PKR semalam. Baris depan Azizah, AJK Wanita PKR Ranting Kg Pasu.
Rashid a/l Beng, dua dari kanan, seorang Orang Asal Kg Pasu, seorang penoreh getah menyatakan bahawa beliau menoreh getah di Seberang Sg Krau (Seberang Kg Pasu), dan beliau telah disoalsiasat oleh Pegawai-Pegawai Perhilitan kerana beliau menoreh getah diatas tanah yang sudah digazetkan sebagai Rezab Perhilitan. Beliau menoreh milik Minah binti Maidin di seberang Sg Krau.
Sebelum ini Minah telah ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah, tetapi telah dibebaskan oleh Mahkamah. Rashid yang menoreh getah Minah pula disoalsiasat.
Kes ini bukanlah kali pertama melibatkan Jabatan Perhilitan dan Orang Asal. Tidak lama dulu Ismail a/l Hisham juga disoalsiasat oleh Jabatan Perhilitan kerana beliau telah menanam pada di paya seberang Sg Krau.
Kini, Jabatan Perhilitan meronda kawasan Seberang Sg Krau kerana itu adalah kawasan Rezab Perhilitan.
Orang Asal Mukim Jenderak merasa sangat tertekan kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan dan tanah asal mereka ada di seberang Sg Krau yang kini sudah menjadi Rezab Perhilitan. Dahulu-dahulunya mereka diberitahu bahawa tanah di seberang Sg Krau itu adalah Rezab Orang Asal, rupa-rupanya rezab bagi mereka tidak pernah digazetkan oleh Kerajaan.
Sebagai protes mereka terhadap Jabatan Perhilitan, mereka pernah mengedarkan potongan akhbar penangkapan Samad a/l Mat oleh Jabatan Perhilitan kerana Samad telah menebang pokok-pokok di Seberang Sg Krau untuk membina rumahnya di Kg Kuala Terbol semasa Jabatan itu mengadakan perlawanan bolasepak di Kg Lubok Wong. Alat peralatan milik Samad seperti chain saw, parang, gergaji dsbnya turut dirampas oleh Jabatan Perhilitan.
Kepada Orang Asal di Mukim Jenderak, Kuala Krau ini, mereka merasakan bahawa Kerajaan UMNO/BN ini melebihkan binatang dari manusia. Binatang diberikan kawasan hutan yang luas untuk dijadikan Rezab Perhilitan, manakala mereka Orang Asal dinapikan hak bekerja diatas tanah yang dahulunya mereka diami dan kawasan rayau mereka.

Tiada ulasan: