The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
| Jangan Puas Hati Dengan Kerja-Kerja yang telah dilakukan Posted: 30 Nov 2010 09:09 PM PST Jangan ambil sikap mudah puas hati. Sikap inilah yang akan membawa rebah dan akan berada didalam keadaan sentiasa tidak bersedia. Pilihanraya Umum sudah begitu hampir, entah Januari, Februari dan selewat-lewatnya Mac 2011. Sudahkah kita semua membuat persediaan yang rapi? Jawatankuasa Pilihanraya, sudahkah ditubuhkan? PACA sudahkah dilantik? Berapa ramai tenaga Pilihanraya yang disediakan? Sudahkah senarai calon-calon disediakan? Jangan nanti Cabang-Cabang menghantar hanya nama Ketua Cabang untuk menjadi calon sehingga parti tidak ada pilihan dan terpaksa menerima sahaja Ketua Cabang untuk menjadi calon! Kursus-kursus PACA dan Pilihanraya, sudahkan diadakan? Berapa orang yang terlibat untuk menjadi PACA dan jentera Pilihanraya? Sudahkan Bilik-Bilik Gerakan ditubuhkan? Sudahkah dilantik petugas-petugas di Bilik-Bilik Gerakan itu? Sudahkah masalah logistik diselesaikan? Berapa banyak kenderaan yang perlu digunakan? Sudahkah disenaraikan kenderaan-kenderaan itu? Bendera-bendera dan banner-banner, sudahkah disediakan? Berapa banyak keperluan dan berapa banyak sudah disediakan? Dari segi mental, sudahkah Cabang-Cabang bersedia menghadapi Pilihanraya ini? Kita tidak lagi perlu meraikan sikap "cemas menang", "hampir menang", "kalah sedikit sahaja", tidak ada tak kalah tak menang, yang ada hanyalah "Kalah atau Menang", dan kalau kita mahu ke Putrtajaya, maka kita hanya perlu menang! Bagaimana mahu menang jika sehingga sekarang tidak ada satu persiapan pun lagi yang sudah dibuat? Mahu buat persiapan semasa sudah diumumkan tarikh Pilihanraya dan Parlimen sudah dibubarkan? Masa itu sudah terlewat. Buat kerja NOW! SEKARANG! Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja sudah tentu tidak menang, apatah lagi jika kawasan pilihanraya itu begitu sukar seperti di Kuala Krau! |
| Posted: 30 Nov 2010 12:22 AM PST Mesyuarat adalah satu elemen penting didalam sesebuah organisasi. Pengurusan mesyuarat adalah penting untuk seseorang memperbaiki pengendalian mesyuarat, samada anda hadir sebagai seorang ajk atau mempengerusikannya. Persoalan pertama adalah keperluan kepada sesuatu mesyuarat. Mesyuarat bukan untuk mengisi ruang masa semata-mata, tatapi mengikut keperluannya. Mesyuarat menjadi perlu untuk tujuan mengatasi masalah atau membuat keputusan, mesyuarat yang formal hendaklah ditetapkan tarikh dan masa dan tempat yang sesuai, mesyuarat yang terbaik adalah yang boleh meringkaskan masa dan mengurangkan kos untuk menjemput mereka yang betul-betul untuk sesuatu tujuan yang tetap, mesyuarat hanya untuk bermesyuarat merugikan masa menjadi satu habit yang tidak mempunyai tujuan yang tetap. Mesyuarat yang sempurna hendaklah mempunyai tujuan dengan agenda yang tersusun untuk tujuan mengambil sesuatu keputusan yang boleh memperbaiki sesuatu, seperti organisasi, dan mengatasi sesuatu masalah, dan untuk tujuan-tujuan tindakan yang perlu dirancang dan dipersetujukan atau penentuan dasar. Hendaklah sentiasa mempunyai tujuan yang tetap dari permulaan sebelum mesyuarat dipanggil, jika sesuatu isu itu boleh diatasi tanpa memerlukan mesyuarat, batalkanlah mesyuarat itu; mesyuarat itu perlu dirancang dengan baik agar natijah-natijah yang baik dapat digarap, dan jangan sekali-kali memanggil mesyuarat untuk mewujudkan keadaan kucar-kacir sehingga tidak ada kebaikan boleh tercapai, bahkan kerosakan akan berlaku; dan jika perlu diadakan mesyuarat-mesyuarat regula, cuba kaji samaada keburukannya yang akan timbul jika mesyuarat regular seperti mesyuarat bulanan itu tidak diadakan. Pastikan semua Jawatankuasa hadir mesyuarat itu atau setidak-tidaknya korumnya mesti mencukupi dan diantara korum yang hadir ialah mereka yang memegang jawatan-jawatan penting. Buat persediaan-persediaan rapi untuk menjayakan mesyuarat itu kerana mesyuarat yang tidak ada persediaan rapi merugikan masa dan kos. Mesyuarat bukan sahaja perlu mempunyai agenda, tetapi agenda yang kemas dengan tujuan tertentu untuk dicapai. Jangan terlalu bebankan dengan agenda-agenda sehingga mesyuarat itu hilang fokus. Janganlah mesyuarat itu meleret-leret, dan hendaklah fokus kepada agenda yang dibentangkan. Tindakan positif mengendalikan mesyuarat itu mengandungi tindakan-tindakan berikut: Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mukaddimah yang kemas. Bincangkan isu-isu didalam agenda. Dapatkan pandangan bagi setiap isu. Tuju kearah objektif-objektif. Ambil keputusan dan tamatkan mesyuarat - tepat, padat dan bermenfaat. Tindakan negatif yang tidak menguntungkan sesuatu mesyuarat yang mesti dielakkan: AJK (apatah lagi Pengerusi) hadir lewat, tidak berbincang mengikut agenda, pertengkaran berlaku, percakapan yang yang tidak kontributif digalakkan, perbincangan berakhir dengan deadlock, dan mesyuarat gagal membuat keputusan. |
| You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.
Perancangan itu, kini dipamerkan di
Seorang pegawai DBKL yang mengendalikan 'booth' di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti
Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar 









"Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan
Sementara itu bagi pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim istilah Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara,. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. "Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya.
Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum. "Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya. - Bernama