Selasa, 30 November 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pastikan Penswastaan Tidak Beban Rakyat

Posted: 30 Nov 2010 07:00 PM PST

Dari Tvselangor

Kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) hari ini sekali lagi digesa untuk memastikan konsep pengswastaan tidak membebankan rakyat dan bukan hanya menguntungkan syarikat kroni.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada konsesi air yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) di Selangor sebagai contoh jelas bagaimana rakyat Selangor di paksa membayar harga tinggi untuk air ketika negeri itu di bawah pimpinan Umno.

“Naik 31 peratus satu tahun. Kalau Pakatan Rakyat tidak menang harga air di Selangor naik 31 peratus. Ini yang dihalang oleh kerajaan Pakatan Rakyat, menteri jawab, ini terma dalam perjanjian. Saya setuju. Sebab itu kita katakan kita berunding semula dan minta SYABAS mengambilkira kepentingan supaya jangan dibebankan. Bukan isu nak tolak, nak rombak perjanjian syarikat itu, tidak,” katanya.

Kerajaan Persekutuan Umno-BN setakat ini enggan menarik balik konsesi yang diberikan kepada SYABAS sungguhpun syarikat itu melanggar terma-terma kontrak dan berkeras untuk menaikan harga air.

Ahad ini, warga Selangor akan keluar beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di pertuan Agong untuk menuntut supaya kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari SYABAS.

“Syarikat Kerajaan Negeri Selangor punya ekuiti. Benar, tetapi yang menentukan dasar pengeluaran ini ialah SYABAS dengan ‘golden share’ kerajaan persekutuan. Saya pernah jadi Menteri Kewangan jadi saya tahu apa dia ‘power of golden share’.

‘Jadi untuk ahli parlimen BN macam tak tahu langsung, itu tak betul. Tak berlandaskan fakta asas dalam membicarakan isu diparlimen ini. Yang dibantah kerajaan Negeri Selangor ialah kenaikan keterlaluan. Bukan naik dua, tiga peratus setahun naik 31 peratus,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yakin dapat menawarkan bekalan air pada harga yang lebih rendah jika diberikan peluang menguruskan perkhidmatan air negeri itu.

“Kerajaan Negeri Selangor mengatakan mereka berupaya mendapatkan pinjaman, menguruskan syarikat ini dengan menjamin kos yang jauh lebih rendah.

Bagaimana kita jamin kos lebih rendah. Tentukan ada tender yang telus dan terbuka. ini akan menjamin kos yang rendah. pokoknya kerajaan negeri selangor tidak menaikkan tarif kerana ini akan membebankan jutaan rakyat terutama yang berpendapatan rendah,” jelasnya lagi.

Anwar kesal dengan tindakan kerajaan persekutuan yang mempunyai agenda tersendiri apabila terus melindungi kepentingan SYABAS dan bukannya kebajikan rakyat di Selangor.

Saya harap menteri berlaku adil dalam hal ini dan terbuka dan telus. perbincangan sudah dua tahun. Kerajaan persekutuan berikan tawaran tidak munasabah kerana kawalan masih pada syarikat dan tidak ada jaminan tentang harga yang berpatutan kepada rakyat Selangor, hujahnya.

Menurut beliau, selain SYABAS di Selangor, syarikat yang menjadi penjana letrik bebas atau IPP juga mengaut keuntungan yang keterlaluan sehingga memberi kesan kepada prestasi Tenaga Nasional Berhad.

“Prinsip penswastaan harus dilakukan secara telus. Pengalaman kita denga IPP menunjukkan kos meningkat, subsidi kepada sayrikat meningkat dan jawapan di parlimen soalan yang kita bangkitkan dijawab dengan remeh dan hambar. Kita minta apa kerugian dan masalahnya ini untuk kerajaan melihat semula perjanjian itu kerana perlaksanaannya itu jelas merugikan negara,” tambah Anwar.

Anwar kesal kerana segala gesaan rakyat mahukan Umno-BN untuk mengkaji semula kontrak IPP tidak diendahkan.

“Kita minta bukan merungkai syarat perjanjian. Tetapi memberikan ruang supaya mempertahankan kepentingan pengguna. Saya dengar ucapan ahli-ahli parlimen Umno dan MIC maklumat tidak tepat. Bukan nak batalkan semuanya. Soalnya ialah kenaikkan harga yang tidak dapat dipertahankan dan menjadi beban kepada pengguna,” kata bekas Menteri Kewangan itu.

Subsidi IPP RM15.1b, Rakyat Cuma RM11 bilion

Posted: 30 Nov 2010 06:22 PM PST

Dari Harakah

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memberi subsidi Petronas kepada syarikat konsesi penjana kuasa bebas (IPP) sebagai membelakangkan rakyat.

Anwar ketika berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat berkata, subsidi sebanyak RM15.1 bilion berbanding subsidi minyak kepada rakyat yang hanya sebanyak RM11 bilion jelas tidak munasabah.

“Subsidi kepada IPP RM15.1 bilion, subsidi kepada rakyat hanya RM11 bilion. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan?” katanya yang juga ketua pembangkang di Parlimen, semalam.

Anwar turut mempertikai dasar penswastaan yang dilihat hanya memberi kepentingan kepada syarikat konsesi yang sedia kaya, sehingga kerajaan tidak berupaya untuk mengkaji dan membuat runding semula perjanjian yang termeterai.

“Kita tidak menentang penswastaan tapi perlu lihat kesan tarif dan kerugian kepada negara dan juga kepada Petronas ekoran keengganan kerajaan mengkaji dan runding semula dengan syarikat konsensi IPP. Sikap yang sama dilihat dalam isu air di Selangor,” kata beliau.

Dakwa beliau juga, kerajaan seolah-olah tidak mempunyai keupayaan untuk mengkaji dan mengadakan runding semula semua perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar mengkaji semula perjanjian dengan IPP dan juga syarikat konsesi air agar rakyat tidak terbeban dengan dasar penswastaan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut membidas P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) yang tidak memihak kepada pengundi Hulu Selangor kerana menyokong tindakan Syabas yang berhasrat menaikkan taraf air sebanyak 31 peratus.

Sebelum itu, usul memotong gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dikemukakan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor), namun tidak dipersetujui wakil Barisan Nasional.

Our Struggle Is Based On The Principle Of Honesty

Posted: 30 Nov 2010 06:13 PM PST

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Posted: 30 Nov 2010 12:23 AM PST

Dari Blog lubuk kawah

Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah suatu topik yang banyak dibincangkan, namun tidak merojok kepada peruntukan-peruntukan yang ada didalam Perlembagaan Malaysia. Justeru, perbincangan-perbincangan itu lebih berkisar kepada emosi dan lari dari landasan undang-undang serta

menimbulkan kontrobesi yang boleh menggugat perpaduan kaum.

Politikus-politikus Melayu khususnya dari UMNO menjadikan peruntukan-peruntukan yang tidak jelas didalam Perlembagaan Malaysia sebagai satu “ransom” untuk membuat dan mendapatkan sesuatu seperti lesen-lesen, permit-permit dan peluang-peluang.

Orang-orang bukan Melayu pula beranggapan bahawa orang-orang Melayu sudah diberikan keistimewaan yang tidak diperolehi oleh mereka dan menganggap “keistimewaan” ini sebagai diskriminasi terhadap mereka.

Melayu dan bukan Melayu berbalah diatas perkara yang tidak ada, yang jelasnya Melayu atasan bersekongkol dengan bukan Melayu atasan mengaut harta kekayaan Negara untuk kepentingan mereka.

Sebenarnya, apa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Malaysia mengenai “Hak Keistimewaan Orang Melayu” itu adalah peruntukan umum dan tidak berbentuk khusus, dan tidak mutlak.

Mendiang Tun Tan Siew Sin, didalam Majlis Permesyuaratan pada tahun 1956 menyatakan seperti berikut:

“Pertamanya, prinsip berhubung dengan kedudukan istimewa orang-orang Melayu telah pun diperuntukkan didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Orang-Orang Melayutidak perlu dikehendakii melepaskan apa yang telah mereka ada seperti juga mereka tidak mengharapkan masyarakat lain itu melepaskan hak-hak yang ada pada mereka…”

Kedudukan untuk Orang Melayu yang tidak perlu dilepaskan oleh Orang-Orang Melayu adalah seperti berikut:

1. Tanah Rezab Orang Melayu

Perkara 89 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa jika mana-mana tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rezab orang Melayu sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi rezab orang Melayu……dengan proviso bahawa tanah seluas itu perlu diganti jika tanah rezab Melayu itu digunakan untuk lain-lain tujuan, dan tanah-tanah yang direzabkan ini tidak boleh melebihi tanah-tanah yang diberikan kepada umum.

Tanah untuk Rezab Melayu ini sesungguhnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang diberikan kepada umum, sebagai contoh tanah-tanah yang diberikan kepada Guthrie, Sime Darby, Harrison & Crossfield sahaja sudah jauh…jauh lebih besar dari tanah Rezab Melayu.

Di Semenanjung Malaysia, tanah orang-orang Melayu hanyalah ada 37% sahaja berbanding dengan tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang bukan Melayu/bukan warga Negara sejumlah 63%.

Tanah-tanah Rezab Melayu ini sebahagian besarnya berada di luar bandar dan nilai ekonominya tersangatlah rendah jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang dimiliki secara “geran putih” (suatu deskripsi untuk pemilikan bebas).

Jika untuk tujuan mendapatkan modal dari institusi-institusi kewangan, tanah-tanah ini diberikan nilai yang sangat kecil dan tidak semua bank yang boleh menerimanya sebagai kolatoral. Begitu juga jika didirikan bangunan-bangunan diatas tanah-tanah itu, nilai bangunan itu jauh lebih rendah dari tanah-tanah yang lain.

Ini membawa erti bahawa Tanah Rezab Melayu ini hanyalah memberikan pemilikan kepada orang-0rang Melayu namun nilainya amatlah rendah.
Tetapi telah berlaku penyelewengan bahawa Tanah Rezab Melayu ini telah dilepaskan Rezabnya tetapi tidak digantikan oleh pihak Kerajaan dengan keluasan tanah yang sama untuk direzabkan.

2. Perkara 153 – Perbezaan Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit, dsb untuk Orang Melayu

Perkara inilah yang disibukkan oleh pemuka-pemuka Melayu mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu. Mari kita tengok Artikel 153 ini samada ia memperuntukkan Hak Keistimewan Orang Melayu atau hanya sekadar memberikan sedikit kelebihan didalam perkara-perkara yang diperuntukkan.

Perkara ini menghendakki Yang Di Pertuan Agong menentukan perezaban bagi Orang Melayu mengenai jawatan didalam perkhidmatan awam, mengenai biasiswa, permit-permit perniagaan dan lesen-lesen dan pengrezaban untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Perkara 153 membawa maksud bahawa orang-orang Melayu diberikan perlindungan dengan perezaban berhubung dengan perjawatan didalam perkhidmatan awam (tidak termasuk swasta), biasiswa, bantuan dan lain-lain berkaitan pelajaran dan latihan, dan permit dan lesen tetapi tidak sekali-kali bertujuan mengurangkan hak, kepentingan, kedudukan dan perjawatan kaum-kaum lain.

Perkara 153 ini telah digunakan oleh UMNO/BN untuk meraih sokongan orang Melayu sehingga menjadi bahan ugutan kepada orang Melayu bahawa supaya memberikan sokongan kepada UMNO/BN seolah-olahnya jika orang Melayu itu tidak bersetuju dengan UMNO/BN hak-hak ini lucut dari orang Melayu itu, walhal, peruntukan ini telah disalahgunakan oleh UMNO/BN semata-mata untuk memperkayakan segelintir manusia Melayu; namun disalah tafsirkan oleh orang-orang bukan Melayu kononnya orang Melayu (kesemuanya) dilindungi oleh Artikel 153 ini dan menyebabkan hubungan kaum retak kerana ini.

Sebenarnya, hak keistimewaan Orang Melayu yang dilindungi oleh Perkara 153 ini tidak membawa erti besar kepada golongan terbesar orang Melayu, dan apabila dipergiatkan Dasar Ekonomi Melayu selepas 13 Mei, penyelewengan yang paling besar telah berlaku apabila segelintir manusia Melayu merompak kekayaan Negara atas nama Hak Istimewa Orang Melayu.

Melalui Dasar Ekonomi Melayu segelintir Orang Melayu berjaya menjadi jutawan dan korporat, dan kejayaan mereka itu hanyalah boleh dijadikan lambang kononnya Orang Melayu juga boleh berjaya dan boleh menjadi jutawan, walhal golongan Melayu yang ramai masih berada ditahap yang sukar dibidang ekonomi.

Hak Keistimewaan Orang Melayu telah berjaya menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai golongan kapitalis dan korporat untuk dibanggakan kononnya itulah pencapaian bagi orang-orang Melayu.

Perkara 3 didalam Perlembagaan Malaysia

Perkara ini memperuntukkan kedudukan Ugama Islam sebagai Ugama Persekutuan yang tidak membawa erti bahawa Islam itu menjadi ideologi atau pegangan Negara.

Dengan peruntukan Artikel 3 ini tidak membawa erti bahawa Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang berpandu kepada Quran dan Hadith, tetapi kekal sebagai Negara sekular seperti yang dinyatakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj seperti berikut:
“Saya suka menjelaskan bahawa Negara ini bukanlah sebuah Negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya, kita cuma memperuntukkan Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi Negara”.

Dan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 menerima memorandum dari Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) berbuynyi:

“Agama bagi Malaya adalah Islam, kepatuhan kepada prinsip ini tidaklah menjadikan halangan kepada orang-orang bukan Islam bagi menyibar dan mengamalkan Agama mereka dan tidak boleh ditakrifkan bahawa Negara ini sebagai Negara bukan sekular”.

Bahawa Negara ini adalah Negara sekular adalah jelas dan tidak perlu diperjelaskan, maka jika UMNO mengatakan bahawa Negara ini adalah Negara Islam dan bukan Negara sekular, UMNO hanya bermaksud memperbodohkan Orang Melayu untuk meraih sokongan politik semata-mata.

Perkara 152 – Kedudukan Bahasa Melayu

Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) adalah diperuntukkan dibawah Perkara 152 Perlembagaan dan tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa yang lain. Artikel ini adalah jelas mengenai kedudukan Bahasa Melayu.

Perkara 32, 33, 38 – Kedudukan Raja-Raja Melayu

Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong diperuntukkan didalam beberapa Peruntukan termasuk sabitan kuasa-kuasa didalam pelbagai bidang, Perkara 32 memperuntukkan kedudukan Kepala Utama Negara Bergelar Yang di Pertuan Agong, Perkara 33 jawatan Timbalan Yang Di Pertuan Agong, Perkara 38 peruntukan mengenai Majlis Raja-Raja, peruntukan-peruntukan ini dikatakan “entrenched” dan tidak boleh dipersoalkan.

Maka, apakah yang riuh-rendah “keriau” mengenai “Hak Istimewa Orang-Orang Melayu itu” seolah-olah boleh menggugat kestabilan Negara dan perpecahan kaum?

Tiada siapa di Negara ini yang mempersoalkan peruntukan Perlembagaan mengenai kedudukan Orang-Orang Melayu; Parti Keadilan Rakyat bersama sekutunya PAS dan DAP telah menandatangani suatu Memorandum Bersama bahawa parti-parti itu mempertahankan semua peruntukan bersabit kedudukan Orang-Orang Melayu khususnya mempertahankan peruntukan-peruntukan mengenai Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang-Orang Melayu.

Hanya UMNO yang pernah menggugat Peruntukan Perlembagaan mengenai Raja-Raja Melayu apabila parti itu berjaya mengurangkan Kuasa-Kuasa Raja dan menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu didalam episod Pindaan Perlembagaan yang menggoncangkan kesetabilan Negara.

Parti-parti Pembangkang khususnya PAS pada waktu itu mempertahankan kuasa-kuasa Raja dan kekebalan Raja-Raja.
UMNO sudah ada sejarah menggugat Kuasa Raja, adakah parti itu bersedia memberikan jaminan bahawa parti itu akan mempertahankan kuasa-kuasa Raja dimasa-masa yang akan datang?

Pusat Belakangi Rakyat Isu Air Di Selangor

Posted: 29 Nov 2010 11:57 PM PST

Dari Harakah

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dipotong sebanyak RM10 di atas kegagalannya menguruskan dasar penswastaan dalam sektor berkaitan.

Beliau sewaktu mengemukakan usul berkenaan berkata, menteri gagal melaksanakan tarif yang dijanjikan dalam perjanjian konsesi penswastaan dahulu dan untuk mendapatkan pulangan yang telah mereka janjikan, kerajaan terpaksa sama ada membayar pampasan dan subsidi dengan mengorbankan wang rakyat.

“Contoh empat konsesi air di Selangor, tiga yang merawat, satu yang mengagih. Puncak Niaga, Splash dan Abbas yang mengagih dan Syabas yang merawat air manakala empat konsesi ini menanggung hutang RM6.4 bilion,” kata beliau.

Menurutnya juga, sehingga kini masalah penstrukturan air di Selangor gagal diselesaikan kementerian berkenaan.

“Pertikaian di Selangor sehingga kini setelah dua tahun lebih Selangor di bawah Pakatan, sehingga kini persoalan penstrukturan air tidak dapat diselesaikan.

“Nyata dalam perkara ini wujud kecenderungan yang menyaksikan masalah yang terbit kerana air tidak diurus secara baik padahal Span telah diwujudkan,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai audit yang tidak dijalankan dengan baik menyebabkan banyak berlaku kepincangan.

“Kita masih tidak dapat melihat satu audit ke atas tadahan air yang seperti tidak diletakkan kepentingan. Semua air mentah sehingga kini tidak diurus tadbir dengan baik,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan sekiranya menteri masih mahu memberikan penguruskan air kepada syarikat swasta khususnya di Selangor, ternyata mereka membelakangi rakyat.

“Jika kementerian masih bertegas untuk memberi kembali hak mengurus air kepada pihak swasta khususnya di Selangor maka nyata menteri bersedia membelakangi rakyat dan tidak melindungi kepentingan umum,” katanya.

Usul itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional setelah dibahaskan.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seramai 15 orang bagaimapun bangun mempertikaikan keputusan itu bagi membolehkan undi belah bahagian diadakan.

Undi belah bahagian itu menyaksikan seramai 58 wakil BN tidak bersetuju manakala seramai 47 wakil Pakatan Rakyat bersetuju.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Lo’Lo’: Habislah orang Kampung Baru kena pindah

Posted: 29 Nov 2010 11:45 PM PST

Dari Malaysiakini

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

“Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

“Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus,” katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Dr Lo’ Lo’ berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.
Zon komersial sepenuhnya

Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.

Perancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan ‘memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek".

Masjid diperbesarkan

Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.

Seorang pegawai DBKL yang mengendalikan ‘booth’ di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.

"Malah, masjid akan diperbesarkan," katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.

Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.

Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Penjara Pudu

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Menurut Lo’ Lo’ lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

“Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential,” katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan: