(
"Kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-mereka yang mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A)
Salam 2 all.
Teman tertarik dengan titah Paduka Tuanku Sultan Selangor baru-baru ini melahirkan perasaan dukacita dengan sikap biadap segelintir orang Melayu yang mempertikaikan institusi Ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dalam negara ini. Institusi yang sudah dimartabatkan didalam Perlembagaan Negara itu kini menjadi bahan cemuhan dan diperkecilkan oleh segelintir petualang dan pengkhianat dikalangan bangsa Melayu sendiri!
Kebetulan semasa ucapan penutup Kongres PKR di Petaling Jaya Ahad lepas, Pakatan 3A iaitu Anwar, Azizah & Azmin berserta konco dan balaci mereka telah secara terbuka mempertikai institusi Ketuanan Melayu dan secara terbuka mengisytiharkan untuk memansuhkannya. Malahan Anwar dipetik oleh sebuah akhbar Cina tempatan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada ahlul cauvinis dan rasis Lim Kit Siang jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum! Bertambah parah apabila Azizah mengisytiharkan Anwar sebagai "anugerah Tuhan untuk memimpin negara!!".
Pada teman ini adalah cakap-cakap orang yang sudah desperado, yang sudah hilang kewarasan akal fikiran; pendek kata mereka sudah gilakuasa! Dalam menghadapi kemelut parti yang kian hancur, dalam menutup kelemahan peribadi dan "penyakit politik" yang dihadapi, mereka bisa melakukan apa sahaja demi
survival politik dan gilakuasa mereka!
Putrajaya at all cost!! Menggunakan politik sumbang pembohongan dan cakap tidak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan diri ke Putrajaya!! Pada teman, Pakatan 3A ini serta konco dan balaci mereka adalah orang yang paling tidak layak nak bercakap mempertikai institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu. Semasa dipuncak kuasa didalam UMNO, Anwarlah antara pelopor kepada konsep Ketuanan Melayu. Dialah juaranya, dialah championnya. Konsep Ketuanan Melayu dicanang dan dikompang sebegitu rupa, sehingga ianya menjadi agenda besar mereka semasa bersemayam dipuncak kuasa.
Dan dengan paluan gendang Ketuanan Melayu, ramai rakan, teman, kroni dan ahli keluarga yang telah meraih keuntungan dan menafaat yang yang tiada taranya. Kita masih ingat budaya "pink form" dizaman Anwar menjadi Menteri Kewangan UMNO dan kemudiannya Timbalan Perdana Menteri UMNO. Ramai rakan taulan, kroni dan teman Anwar yang menjadi kaya raya kerana anugerah "pink form" ini. Ini terbukti apabila meletusnya perang kroni pada tahun 1996-1997, dimana Anwar, yang sudah tidak sabar untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, menyerang Tun Mahathir menggunakan isu kroni & nepotisma, dan Tun Mahathir membalas dengan mendedahkan senarai rakan, teman dan kroni Anwar yang mendapat limpah rahmat agihan kekayaan negara dari dasar "pink form" yang dipelopori Anwar menggunakan slogan Ketuanan Melayu!
Malahan teman masih lagi menyimpan beberapa dokumen yang membuktikan betapa kaya dan mewahnya golongan rakan, teman dan kroni pada masa itu. Ada diantara mereka, yang walaupun gaji dan pendapatan hanya seciput, tetapi mampu membeli perabut kulit yang diimpot dengan harga dan nilai ratusan ribu untuk menghiasi rumah mewah yang tersergam indah!!
Dan ini golongan yang hari ini mempertikai dan memperlekeh institusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu! Sesudah mereka membuncitkan tembolok dan memenuhkan kantung dengan kompang Ketuanan Melayu, hari ini mereka menjadi saperti "anjing yang dilepaskan dari tersepit, menggigit kembali orang yang melepaskannya!".
Tidak cukup dengan menghina dan memperlekeh institusi yang memperkayakan mereka, kini mereka menambah penghinaan itu dengan mahu melantik jantan paling cauvinis dan rasis untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jika mereka memerintah negara ini! Pengumuman Anwar bahawa Lim Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah satu penghinaan besar kepada YB Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS. Nama Tuan Guru langsung tidak pernah disebut sebagai pemimpin yang berkelayakan.
Teman tahu Anwar memang cukup fobia dengan ketrampilan Tuan Guru dengan serban dan jubahnya, dengan ayat Quran dan hadis yang tidak pernah lekang dari mulut. Ini politikus kekampungan bagi Anwar, tidak layak disebut pun untuk memimpin. Sungguh malang bagi Tuan Guru Haji Hadi yang dipandang hina begitu rupa. Dan lebih malang bagi Tuan Guru Haji Hadi kerana terdapat segelintir pak jangoat dikalangan beliau yang kiblat sujud mereka adalah kepada Anwar bukannya Tuan Guru. Golongan yang menjulang Anwar tetapi menendang Tuan Guru sendiri! Bertambah naiklah tocang Anwar dan Pakatan 3A. Lim Kit Siang dicanang sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri, Tuan Guru dan PAS ditunggang dan diperkuda tanpa penghormatan sama sekali!
Ada pengikut pemimpin "anugerah tuhan' ini berkata, mengapa isu ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu dibangkitkan hari ini! Sedangkan dahulu institusi Raja-Raja Melayu dihina. Cuma teman nak peringatkan sikitol yang bercakap itu, siapa dia dalang UMNO pada masa itu yang menghina institusi Raja-Raja Melayu itu. Siapa dalang yang beriya-iya membawa keris UMNO mengamuk sakan semacam Hang Musibat untuk menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an! Padanlah Tun Mahathir kata "Melayu mudah lupa", kerana ada orang yang buat-buat gila lupa seolah-olah tidak ingat siapa dalang dan petualang itu! Kini sebaliknya cuba menuding satu jari kepada orang lain, sedang tiga jarinya menuding ke diri sendiri!!
Bagi teman,
kalau Pakatan 3A ini benar-benar ada maruah, dan ada harga diri, teman cabar mereka supaya memulangkan kembali kesemua anugerah pingat dan darjah kebesaran yang di anugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka selama ini. Mereka adalah orang yang paling tidak layak untuk terus bermuka-muka dan bermegah-megah dengan darjah kebesaran yang dianugerah oleh Raja-Raja Melayu, tetapi diwaktu yang sama memaki hamun dan memperlekeh insitusi Ketuanan Melayu.
Janganlah jadi saperti anjing yang menggigit tangan tuan yang memberinya makan! Kalau ada maruah, kalau ada harga diri, teman cabar mereka supaya serahkan kembali anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu itu. Dan kesemua macai dan balaci Pakatan 3A ini juga sepatutnya melakukan perkara yang sama. Kalau kamu semua mahu bersekongkol dengan Pakatan 3A ini mempertikaikan insititusi Ketuanan Melayu, memperkeleh institusi Raja-Raja Melayu, maka kembalikan semua anugerah dan darjah kebesaran yang diberi oleh Raja-Raja Melayu kepada kamu!
Malahan Anwar lebih-lebih lagi sepatutnya memulangkan darjah kebesaran yang diberi Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau. Sebagai seorang bekas banduan, yang pernah dihukum penjara atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar sepatutnya sedar diri bahawa untuk dia terus bermegah dengan darjah kebesaran anugerah Raja-Raja Melayu itu adalah satu penghinaan besar kepada institusi Ketuanan Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu. Darjah kebesaran Raja-Raja Melayu tidak sepatutnya digunapakai oleh golongan saperti ini. Apatah lagi kini Anwar sedang berdepan dengan pertuduhan meliwat kakitangan beliau sendiri. Pekerja yang beliau bayar gajinya mengadu diliwat oleh Anwar.
Ditambah pula dengan dua orang bekas pembantu khas Anwar yang membuat lapuran polis bahawa mereka dipaksa membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk digunakan oleh Anwar dalam pembelaan kesnya meliwat staf dia sendiri Saiful Bukhori. Akuan Sumpah palsu yang antara lain cuba memalukan YAB Perdana Menteri dan isteri. Kini semuanya terbongkar! Kalau Anwar seorang yang ada maruah, kalau Anwar seorang yang ada harga diri, teman cabar Anwar supaya kembalikan pingat dan darjah kebesaran yang diberi oleh Paduka Tuanku Raja-Raja Melayu kepada beliau! Janganlah insitusi Ketuanan Melayu & Raja-Raja Melayu terus dihina dengan permasalahan peribadi yang beliau hadapi!
Dan kepada pengikut taksub Pakatan 3A ini, teman ingin memetik peringatan wakil AMK saudara K.Subramaniam semasa berucap dalam Kongres PKR Sabtu lepas, "
sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun".
Jadi kepada mereka yang masih taksub mengikut Pakatan 3A ini, teman berseru gunakanlah akal yang dianugerah ALLAH, berfikirlah dengan waras, apakah kepimpinan Pakatan 3A ini benar-benar "anugerah tuhan untuk memimpin kamu", apakah mereka sedang melakar budaya sihat yang tidak songsang dan diluar tabi'i, dan adakah cara kehidupan dan politiking mereka tidak menyeleweng dari norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamaddun!!
Persoalan pokok yang kamu para macai dan balaci wajib tanya ialah, "
adakah Pakatan 3A ini mempertikaikan Ketuanan Melayu kerana mereka mahu mengujudkan Ketuanan 3A dinegara ini!!". Dari apa yang teman lihat, itulah yang diimpikan oleh Pakatan 3A ini, itulah cita-cita mereka, mereka mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan mendaulatkan Ketuanan 3A!! Sebab itu teman membuat seruan, "
kita bukan gila kuasa, tetapi kita wajib halang orang gila daripada berkuasa-orang yang bercita-cita mahu memansuhkan Ketuanan Melayu dan diganti dengan Ketuanan 3A !!".
Tepuk dada tanyalah keimanan masing-masing.
Wassalam, adios amigos. Grasias & jazakallah.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
23 Zulhijjah 1431
30 November 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan