blog.yusmadi.com |
- Gelar Wan Azizah “pelacur politik” kurang ajar
- Kg Teluk Kumbar residents get reprieve
- Kosmo: Pemaju tangguh operasi roboh
- Hapuskan PTPTN, beri biasiswa, gesa AMK
Gelar Wan Azizah “pelacur politik” kurang ajar Posted: 30 Nov 2010 04:22 AM PST Oleh Muda Mohd Noor PARLIMEN KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin PKR mengecam Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah yang mengatakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai “pelacur politik.” Arman membuat kenyataan tersebut ekoran ucapan Dr Wan Azizah dalam kongres PKR di Petaling Jaya Sabtu lalu yang mahu orang Melayu meninggalkan konsep Ketuanan Melayu kerana ia hanya menguntungkan segelintir kroni sahaja. Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, kenyataan Arman Azhar itu berupa kurang ajar dan tidak mencerminkan budaya orang Melayu. “Arman adalah anak muda yang dayus kerana menghina seorang pemimpin wanita yang banyak berjuang untuk rakyat sejak tahun 1999. “Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada konsep Ketuanan Melayu. Yang ada hanyalah keistimewaan Melayu. Tiada Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan “Arman tolong jelaskan adakah ada konsep Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail. Yusmadi mencabar Arman untuk mengadakan debat terbuka mengenai masa depan orang Melayu pada tahun baru ini. “Jangan jadi dayus hanya berani kepada wanita. Dia (Arman) tidak tahu dalam Perlembagaan tidak ada Ketuanan Melayu,” tambahnya. Zuraidah yang juga ahli Parlimen Ampang pula berkata, kenyatan Arman itu menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pengetahuan beliau. Katanya, Arman juga cuba mengaitkan Ketuanan Melayu dengan Raja-raja Melayu seolah-olah dia mahu berselindung di sebalik Raja-raja Melayu. Manakala Azan mencadangkan Perkasa memecat Arman kerana telah merosakkan imej pertubuhan itu. “Jangan menggunakan perkataan yang tidak menentu kerana boleh merosakkan imej pertubuhan,” katanya. |
Kg Teluk Kumbar residents get reprieve Posted: 29 Nov 2010 04:18 PM PST Bernard Cheah newsdesk@thesundaily.com GEORGE TOWN (Nov 29, 2010): Villagers of Kampung Teluk Kumbar on the southern coast of Penang island were given a reprieve today when the deadline for the demolition of their houses was extended following intervention by Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff. The demolition stands to affect over 60 villagers who live in 15 houses in the area. Yusmadi chaired an impromptu 70-minute open dialogue discussion with representatives of developer KL Metro Development Sdn Bhd and the residents. Also present at the meeting were the police, the Penang Island Municipal Council as well as court bailiffs. The developer then agreed to postpone the demolition to another date pending the decision of its board of directors to a proposed compensation deal for the villagers. Yusmadi later said the villagers were to be given reasonable time to find low-cost houses to be relocated to. The villagers were reportedly offered compensation of RM20,000 per house, but they were not satisfied and wanted a low-cost three-room house each instead. The families were each served with a notice to vacate their houses to pave the way for the demolition earlier this month. KL Metro Development project manager Wong Fok Ten said the 1.6ha land located between Gertak Sanggul and Balik Pulau is to be developed into a two-block hotel with seaside chalets, and work is expected to start next year. |
Kosmo: Pemaju tangguh operasi roboh Posted: 29 Nov 2010 04:16 PM PST GEORGE TOWN – Kira-kira 60 penduduk Kampung Teluk Kumbar dekat sini menarik nafas lega apabila pemaju KL Metro menangguhkan sementara operasi meroboh kediaman mereka semalam. Keputusan penangguhan dicapai selepas perbincangan dibuat antara pihak pemaju, penduduk kampung dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff serta Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin. Sebelum itu, kesemua penduduk kampung keluar berhimpun di pekarangan rumah masing-masing seawal pukul 9 pagi bagi membantah tindakan pemaju daripada terus meroboh penempatan berusia lebih 100 tahun itu. Sebuah jentera turut kelihatan di kampung tersebut termasuk kawalan ketat oleh anggota polis. Dalam perbincangan yang diadakan selama satu jam itu, penduduk menolak tawaran yang dijanjikan pemaju sebanyak RM30,000 bagi setiap unit rumah dan mencadangkan agar digantikan dengan sebuah rumah mampu milik. |
Hapuskan PTPTN, beri biasiswa, gesa AMK Posted: 29 Nov 2010 04:09 PM PST Abdul Rahim Sabri | 28 Nov, 10 11:47am Pemuda PKR (AMK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan digantikan dengan “biasiswa rakyat Malaysia” untuk golongan mahasiswa. Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia. “Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri. Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia. “Sehubungan itu, Keadilan perlu mencadangkan (satu) biasiswa rakyat Malaysia,” katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam kongres PKR hari ini. Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata pinjaman itu menyebabkan mahasiswa dicop sebagai “penghutang” selepas mereka tamat pengajian. “(Apabila) tamat pelajar, sudah ada cop dekat dahi, hutang RM15 ribu. Hendak kahwin, hutang lagi. Hendak berniaga, hutang lagi,” katanya sambil disambut gelak ketawa para perwakilan. Dalam perbahasan itu juga, beliau mencadangkan supaya timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjadi ketua dalam bidang pendidikan dalam parti yang disifatkannya sebagai “Universiti Masyarakat”. “Didiklah kami, anak muda, kami akan lawan, lawan sampai ke Putrajaya,” katanya sambil menambah ketokohan Dr Syed dalam bidang akademik sudah terbukti sebelum ini. Petang ini, secara rasminya Dr Syed Husin akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya Azmin Ali yang memenangi pemilihan bagi jawatan tersebut.Beliau memilih bersara daripada jawatan politik bagi menumpukan usaha kepada bidang penulisan dan anggo keluarganya. |
You are subscribed to email updates from blog.yusmadi.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan