PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
Exco AMK Malaysia: Dua calon Negeri Sembilan menang Posted: 29 Nov 2010 10:26 PM PST Pengumuman senarai Exco AMK Malaysia yang menang pemilihan pada 27 November 2010 lepas telah menyaksikan dua calon dari Negeri Sembilan berjaya menempatkan diri. Haji Ramlan Roes telah berjaya mempertahankan jawatan Exco dan muka baru saudara Sachinathan dari AMK Cabang Rembau terpilih sebagai anggota Exco AMK Malaysia yang baru bagi sesi 2010-2013. Semoga dengan adanya wakil AMK Negeri Sembilan sebagai Exco akan dapat membawa suara akar umbi dan menjalankan tugas dengan amanah. |
PKR umum keputusan rasmi pemilihan Posted: 29 Nov 2010 10:24 PM PST Azmin Ali hari ini diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilhan parti itu dengan majoriti besar. Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya awal petang ini, Azmin mendapat 19,543 undi. Bagaimanapun jumlah undi yang diterima pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub tidak diumumkan. Bagi jawatan naib presiden, tiga pemenangnya ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. Selain Nurul yang juga anak sulung ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga lagi pemenang jawatan tersebut ialah ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman. Berikut keputusan rasmi pemilihan: Presiden (menang tanpa bertanding) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan presiden Azmin Ali - 19,543 undi Naib presiden Nurul Izzah Anwar - 13,211 Tian Chua - 11,744 Fuziah Salleh - 8,927 Mansor Othman - 8,576 Majlis pimpinan pusat
|
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan