Selasa, 30 November 2010

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


GEMS PERANGI MASALAH GEJALA SOSIAL SETEMPAT - DR HALIMAH ALI

Posted: 30 Nov 2010 12:01 AM PST

SELAYANG, 28 Nov: Kira-kira 5.3 juta rakyat di seluruh negara kini hidup di belenggu dengan keadaan yang tidak berapa selamat kerana diancam dengan berbagai tekanan.

Rententan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah dengan menggadakan program Generasi Idaman Selangor (GeMS) sebagai langkah permulaan.
Menurut Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatan Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal, Insan negeri dalam sesi dailog bersama ketua-ketua kampung dan jabatan serta agensi kerajaan daerah Gombak semalam berkata, program itu merupakan satu permulaan untuk dibentangkan kepada semua yang hadir bagi bersama menangani masalah gejala sosial di negara ini.
Beliau telah meminta kepada semua yang hadir untuk menyediakan pelan induk dengan isi kandungan maklumat terperinci bagi mengenal pasti punca-punca berlakunya gejala sosial, tempat sarang maksiat, pembiakan sarang penagih dadah dan sebagainya di kalangan remaja sekolah dan belia.
Katanya, segala maklumat itu harus diserahkan kepada penghulu dan semua data tersebut kemudiannya akan diketengahkan kepada pegawai daerah yang dilantik sebagai Pengerusi Program Jelajah Generasi Selangor (GeMS) dan seterusnya akan dibawa ke peringkat negeri.
Tamnbahnya, semua data pelan induk di peringkat kawasan dan GeMS harus dihantar kepadanya pada 15 Januari 2011 dengan hasil kerja data yang tepat, bukan sekadar cantik tetapi mahukan data yang terperinci dan sahih.
"Semoga dengan pembentangan 'master plan' daripada peringkat kawasan ini kita dapat tahu berapa banyak sarang maksiat, ponteng sekolah, penagih dadah, pembuangan bayi dan sebagainya telah berlaku.
"Dan hasil tersebut kita akan mengambil tindakan selanjutnya. Semoga usaha murni ini akan dapat membendung masalah gejala sosial yang semakin menular," ujarnya.
Menurutnya, kerajaan negeri begitu serius untuk menangani gejala sosial dengan mengadakan berbagai program di beberapa kawasan di Selangor.
Jelasnya, antaranya rakyat telah mengikuti kem motivasi pelajar, Program Tuisyen Rayat Selangor (PTRS) , Kelab GeMS IPT, kem pemulihan akhlak dan pemantapan akidah, seminar keibubapaan, kursus jati diri, ceramah dan dailog mengikut kategori usia, kem kepimpinan remaja dan belia, seminar keluarga, kursus literasi komputer, 'grooming image' dan kem bina sahsiah.
Semua program tersebut, katanya diadakan untuk mendekati remaja dan belia agar mereka tidak tersasar jauh daripada landasan yang sebenar.
GeMS yang diadakan semalam adalah satu 'wake up call' dan katanya bukan bererti selepas ini tiada jenayah langsung.
"Saya juga ingin menyeru agar rakyat di Selangor memberi kerjasama dengan pihak bertanggungawab sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti tidak sihat wujud di kawasan sekolah dan awam. Peranan ini harus dimainkan semua pihak.
"Mereka harus membuat aduan kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya agar masaalah ini dapat ditangani sebaiknya," katanya.

Tiada ulasan: