Selasa, 30 November 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Lo'Lo': Habislah orang Kampung Baru kena pindah

Posted: 30 Nov 2010 12:45 AM PST

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

NONEKatanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Dr Lo' Lo' berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Zon komersial sepenuhnya

Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.

NONEPerancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan 'memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek".

Masjid diperbesarkan

Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.

NONESeorang pegawai DBKL yang mengendalikan 'booth' di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.

"Malah, masjid akan diperbesarkan," katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.

Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.

Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Penjara Pudu

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

NONEMenurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.


Sumber: Malaysiakini

Isu Air: Kerajaan Pusat belakangkan rakyat Selangor

Posted: 30 Nov 2010 12:40 AM PST


KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dipotong sebanyak RM10 di atas kegagalannya menguruskan dasar penswastaan dalam sektor berkaitan, secara tidak langsung telah membelakangkan masalah rakyat Selangor.

Beliau sewaktu mengemukakan usul berkenaan berkata, menteri tersebut gagal melaksanakan tarif yang dijanjikan dalam perjanjian konsesi penswastaan dahulu dan untuk mendapatkan pulangan yang telah mereka janjikan, kerajaan terpaksa sama ada membayar pampasan dan subsidi dengan mengorbankan wang rakyat.

"Contoh empat konsesi air di Selangor, tiga yang merawat, satu yang mengagih. Puncak Niaga, Splash dan Abbas yang mengagih dan Syabas yang merawat air manakala empat konsesi ini menanggung hutang RM6.4 bilion," katanya dipetik daripada Harakahdaily,

Menurutnya juga, sehingga kini masalah penstrukturan air di Selangor gagal diselesaikan kementerian berkenaan.

"Pertikaian di Selangor sehingga kini setelah dua tahun lebih Selangor di bawah Pakatan, sehingga kini persoalan penstrukturan air tidak dapat diselesaikan.

"Nyata dalam perkara ini wujud kecenderungan yang menyaksikan masalah yang terbit kerana air tidak diurus secara baik padahal Span telah diwujudkan," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai audit yang tidak dijalankan dengan baik menyebabkan banyak berlakunya kepincangan.

"Kita masih tidak dapat melihat satu audit ke atas tadahan air yang seperti tidak diletakkan kepentingan. Semua air mentah sehingga kini tidak diurus tadbir dengan baik," katanya lagi.

Beliau turut menegaskan, sekiranya menteri masih mahu memberikan penguruskan air kepada syarikat swasta khususnya di Selangor, ternyata mereka membelakangi rakyat.

"Jika kementerian masih bertegas untuk memberi kembali hak mengurus air kepada pihak swasta, khususnya di Selangor maka nyata menteri bersedia membelakangi rakyat dan tidak melindungi kepentingan umum," katanya.

Usul itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) setelah dibahaskan.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan) seramai 15 orang bagaimanapun bangun mempertikaikan keputusan itu bagi membolehkan undi belah bahagian diadakan.

Undi belah bahagian itu menyaksikan seramai 58 wakil BN tidak bersetuju manakala seramai 47 wakil Pakatan bersetuju.


Sumber: Selangorkini

Usir ADUN PR: Speaker Perak Cipta Kontroversi lagi

Posted: 30 Nov 2010 12:35 AM PST


IPOH 30 NOV: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang dipertikai statusnya oleh Pakatan Rakyat, kembali mencetuskan kontroversi apabila bertindak mengusir ADUN Hutan Melintang S Kesavan keluar dewan hari ini.

Menurut A Ganeson, Kesavan diusir atas alasan berkelakuan tidak sopan dan mengharu-birukan dewan dengan menuntut jawapan berhubung soalan yang dikemukakannya.

Pada sesi pagi, selepas sesi soalan berakhir, Kesavan bangkit dan menuntut soalannya berhubung pemindahan tanah di kawasannya dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Walau dihalang Ganesan, ADUN Hutan Melintang itu berkeras berkata beliau adalah wakil rakyat, dan menjadi tanggungjawabnya menyuarakan 'masalah rakyat'.

Ganesan kemudian menggantung Kesavan mengikut Artikel 44(2) Peraturan Dewan selama sehari.

Apabila beliau enggan meninggalkan dewan, Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) pula bangkit dan memohon Artikel 44(3) dan 44(5) Pearturan Dewan digunakan bagi menggantungnya terus daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Usul itu diluluskan dengan suara majoriti.

Tindakan itu menyaksikan ADUN pembangkang yang diketuai oleh menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan dewan.

Dalam satu satu sidang akhbar selepas berakhir Sidang DUN Perak di Ibu Pejabat DAP lewat tengahari tadi.

Beberapa perkara yang bercanggah dengan peraturan telah disuarakan dengan tidak puas hati oleh sebilangan ahli dewan dari Pakatan Rakyat.

Menurut Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Speaker Ganesan yang kurang arif berkaitan peraturan dewan telah menyebabkan Adun Hutan Melintang diusir keluar.

"Hal ini sangat mendukacitakan, beliau(Ganesan) merujuk kepada peraturan apa dan dimana rujuknya. Ini satu penganiyaan yang jelas lagi terang kepada anggota Dewan dari Pakatan Rakyat," katanya.

Jelas Nizar lagi, apakah kerana usul besar yg diketengahkan berhubung penempatan penduduk oleh Hutan Melintang itu membuatkan kezaliman berlaku keatas beliau.

Dalam sidang media yang sama, Kesavan menafikan beliau berlaku biadap kepada speaker dan mendakwa beliau meninggikan suaranya kerana pembesar suaranya telah dipadamkan.

Katanya, beberapa surat telah dihantar ke pihak yang bertanggungjawab, termasuk pejabat Zambry berhubung isu tanah itu, namun semuanya tidak dijawab.


Sumber: TVSNEWS

PNSB Dapat Suntikan Tanah Biayai Program Basmi Kemiskinan

Posted: 30 Nov 2010 12:30 AM PST


SHAH ALAM 30 NOV:Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini menerima suntikan hartanah bernilai lebih RM565 juta yang akan dibangunkan untuk manfaat rakyat negeri ini.

Dua bidang tanah berkenaan yang terletak di Bukit Beruntung dan Bestari Jaya ini dimiliki Talam Corporation (Talam) sebelum ini dan diserahkan kepada Pemerbadanan Menteri Besar sebagai sebahagian daripada penyelesaian hutang syarikat itu kepada kerajaan negeri.

Tan Sri Khalid hari ini menyaksikan pemeteraian perjanjian menjual dua hartanah berkenaan oleh Pemerbadanan Menteri Besar atau MB Incorporated (MBI) kepada PNSB.

Perjanjian ini adalah kemuncak rundingan untuk menguruskan hutang Talam kepada kerajaan negeri yang bernilai RM392 juta kepada anak-syarikat kerajaan negeri.

Pada April tahun ini, Talam menyerahkan hak,kuasa dan kepentingan kepada MBI untuk menguruskan jualan hartanah Talam sebagai bayaran penyelarasan hutang syarikat itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa tidak timbul soal kerajaan negeri menyuntik dana untuk menyelamatkan Talam.

"Ini bukan tindakan menyelamatkan (Talam), pihak yang mengatakan kerajaan negeri telah melunaskan Talam dengan cara melupuskan segala hutang Talam, sebenarnya tidak betul," tegas Tan Sri Khalid.

Khalid berkata, kerajaan negeri menjalankan penstrukturan semula pengurusan aset-aset tanah itu dengan tujuan untuk mempertahankan haknya.

Rentetan daripada itu, Talam menerusi syarikat-syarikatnya memberikan aset bernilai RM688 juta kepada MBI. Oleh kerana Talam mempunyai hutang tanggungan sejumlah RM 266 juta, nilai aset sebenar berjumlah RM 422 juta.

MBI hari ini menjual kepada PNSB 1,2752.92 ekar tanah di Bukit Beruntung yang bernilai RM333.4 juta dan 1,312.89 ekar di Bestasi Jaya dengan nilai RM181 juta ringgit.

"Melalui perjanjian ini, PNSB akan mempunyai bank tanah yang luas dan seterusnya dapat merancang, melaksana dan membangunkan pusat pertumbuhan ekonomi, pusat perdagangan atau industri baru di Selangor," tegas Tan Sri Khalid.

Beliau yakin PNSB mampu mendapatkan pulangan 'selesa' menerusi perancangan teliti untuk membangunkan tanah terbabit.

"Kita akan memilih perancang-perancang swasta yang berperanan memberi khidmat untuk cadangan untuk memastikan perancangan pembangunan akan mendatangkan hasil yang terbaik untuk PNSB," tambah beliau.

Khalid, berkata perjanjian hari ini hanya membabitkan sebahagian daripada tanah Talam yang diserahkan kepada MB Incorporated.

"Selainnya termasuklah tanah yang terlibat dalam projek Canal City yang gagal dilakukan pentadbiran terdahulu yang dijangka akan selesai suku penggal pertama tahun hadapan," tambah beliau.


Sumber: TVSNEWS

Dana MP: Bantahan AG Didengar 5 Jan

Posted: 30 Nov 2010 12:25 AM PST


KUALA LUMPUR 30 NOV: Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jan untuk mendengar bantahan anggota parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj untuk tindakan undang-undang bagi satu perintah mandamus meminta kerajaan menentukan prosedur dalam pengagihan dana daripada peruntukan khas kawasan pilihan raya.

Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu selepas menemui pihak-pihak berkenaan dalam kamar hari ini.

Peguam kanan persekutuan Suzana Atan, yang mewakili responden, memberitahu pemberita bahawa Jabatan Peguam Negara telah membangkitkan bantahan permulaan itu atas alasan bahawa tidak ada perkara dalam permohonan Dr Jeyakumar serta menyalahgunakan proses mahkamah.

Peguam Dr Jeyakumar Datuk S.Ambiga berkata beliau memerlukan masa untuk menjawab penghujahan Jabatan Peguam Negara mengenai bantahan itu yang diterimanya pagi ini.

Pada 29 Okt, pegawai Parti Sosialis Malaysia (PSM) memfailkan permohonan kebenaran untuk satu semakan kehakiman terhadap kerajaan dan dua yang lain antara lain memohon satu pengisytiharan bahawa peruntukan khas kawasan pilihanraya mestilah diberikan kepada semua angota Parlimen secara saksama mengikut Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam permohonannya, beliau menamakan Ketua pengarah Unit Pelaksanaan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengarah Kemajuan Negeri Perak (PPN Perak) dan kerajaan sebagai responden.

Beliau memfailkan saman undang-undang setelah permohonannya kepada pengarah PPN Perak untuk dana yang akan digunakan sebagai sumbangan kepada pojek kecil SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak-anak Yatim Nurul Ihsan serta dana untuk projek kecil bagi manfaat kampung-kampung Orang Asli, ditolak melalui sepucuk surat daripada pengarah itu pada 12 Okt.

Dr Jeyakumar berkata pemintaannya untuk dana itu sepatutnya diberikan kerana semua projek yang beliau pohon adalah jenis dalam peruntukan khas kawasan pilihan raya yang sepatutnya digunakan.

Beliau mendakwa bahawa responden itu tidak menggunakan budibicaranya dalam memberikan dana itu daripada peruntukan khas kawasan pilihan raya yang berat sebelah dengan berpihak kepada para anggota daripada parti campuran Barisan Nasional (BN) dan prejudis terhadap anggota daripada parti-parti pembangkang.

Dr Jeyakumar memohon satu perintah mandamus untuk mendesak responden menjelaskan autoriti mereka dalam pengagihan dana daripada peruntukan khas kawasan pilihanraya, menggunakan budibicaranya dan bagi menentukan prosedur untuk peruntukan pembiayaaan sejak 2008.

Anggota Parlimen itu juga mahukan satu writ quo waran yang akan dikeluarkan kepada responden untuk mereka memberikan maklumat sebagai autoritinya menggunakan budibicaranya untuk melulus dan mengagihkan dana daripada dana persekutuan yang disatukan dan peruntukan khas kawasan pilihanraya.-Bernama.

Isu Air: Khalid Yakin Sokongan Rakyat Selangor

Posted: 30 Nov 2010 12:20 AM PST


SHAH ALAM 30 NOV: Kempen 'Kembalikan Hak Air Selangor diyakini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mendapat sokongan rakyatnya yang akan bersama kerajaan dalam menuntut hak air.

Memetik laporan Harakahdaily, sehingga kini katanya, kempen 'Kembalikan Hak Air Selangor' telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu katanya, perhimpunan pada Ahad, 5 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang.

Menurut Khalid, rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk hadir mengetuai perarakan tersebut.

"Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di Masjid Negara.

"Jika perlu, rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang di-Pertuan Agong beritahu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya penswastaan air dihentikan.

"Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya.

Himpunan itu merupakan kemuncak siri kempen membantah penswastaan air di Selangor, yang dianjur kerajaan negeri.

Ia juga sebagai desakan agar empat syarikat swasta air dibeli semula dan diletak dalam satu badan milik kerajaan negeri untuk dikawal urus.

Melalui penghapusan penswastaan air, kerajaan negeri menjangkakan tarif air mampu dikurangkan sehingga 12 peratus setahun dan mengekalkan dasar pemberian 20 meter padu air percuma kepada isi rumah.

Jika penswastaan diteruskan, rakyat negeri ini akan menghadapi kenaikan tarif air sehingga 27 peratus.

Sebelum ini, kerajaan Selangor juga telah menghantar notis 14 hari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) agar memberhentikan Program Tabung Budi kerana melanggar syarat perjanjian konsesi air negeri.


Sumber: TVSNEWS

Saksi Ke-32 Dakwa Aminulrasyid Pemandu Berpengalaman

Posted: 30 Nov 2010 12:15 AM PST


SHAH ALAM 30 NOV: Saksi ke-32 kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah mendakwa kereta putih Iswara yang digunakan oleh mangsa dikatakan sebagai pemandu lapor Malaysiakini.

Saksi tersebut Lokman Hakim R Daily berkata pemandu kelihatan tahu cara mengendalikan kereta dalam usahanya melarikan diri daripada - dirinya, - Lokman Hakim dan kawan-kawannya - semasa dia mengejar remaja itu selama 30 minit.

"Nampaknya dia pemandu berpengalaman," katanya ketika disoal balas oleh peguambela, M Athimulan.

Semalam, Lokman Hakim memberitahu mahkamah bahawa dia bersama dua lagi rakannya mengejar kereta yang dipandu Aminulrasyid pada kira-kira jam 12.15 pagi.

Mereka bertindak demikian selepas kenderaan itu melanggar kereta Toyota Celica rakannya yang diparkir di tepi sebatang jalan di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut Lokman Hakim, dia mengejar kenderaan itu untuk mendapatkan ganti rugi daripada pemandu kereta Proton Iswara berkenaan yang merosakkan bahagian bumper depan kenderaan Toyota Celica rakannya.

Diasak oleh seorang lagi peguambela, Salim Bashir, beliau setuju bahawa kereta Iswara itu dipandu dalam cara semberono dan berbahaya.

Pengakuan Lokman Hakim selaras dengan kenyataan sahabat Aminulrasyid yang juga saksi utama kes ini Azamuddin Omar yang pada sidang media beberapa hari selepas kejadian itu berkata mangsa memecut selepas kereta yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta lain.

Azamuddin, yang ketika kejadian duduk di kerusi penumpang hadapan berkata Aminulrasyid panik selepas melihat sekumpulan lelaki bermotosikal mengejarnya.

Lokman Hakim, apabila disoal-balas oleh DPP Mohd Dusuki Mokhtar, berkata beliau mengandaikan pemandu kereta putih itu seseorang yang berpengalaman berdasarkan cara beliau mengendalikan kereta tersebut.

"Kereta dipandu laju dan melanggar lampu isyarat," katanya.

Korporal Jenain Subi, 48, dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit.


Sumber: TVSNEWS

Idham Lim: Hanya Umno Pertahan 'Azimat' Ketuanan Melayu

Posted: 30 Nov 2010 12:10 AM PST


IPOH 30 NOV: Isu Ketuanan Melayu yang dilontar oleh Presiden PKR, sewaktu kongres nasional ke-7 baru-baru ini menampakkan perbuatan jahat pemimpin konponen Barisan Nasional (BN) memanipulasi isu perkauman sebagai modal untuk mempengaruhi rakyat, ujar Drs Khalil Idham Lim.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh BN, peringatan tentang pentingnya perlembagaan dijaga, konsep ketuanan Melayu perlu dipelihara dengan baik, dan pelbagai lagi peringatan yang disebar melalui media BN kepada seluruh rakyat.

Tambahan pula ucapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimanipulasi dengan hebat sehingga menyimpang jauh dari maksud sebenarnya.

Sebagaimana yang disebut oleh Wan Azizah, Konsep tersebut wajib ditinggalkan terus kerana ia hanya menjadi landasan bagi segolongan kecil 'VIP' Melayu untuk kepentingan dan memperkayakan diri, keluarga, kaum kerabat dan kroni mereka sahaja.

"Kronologi hakisan ketuanan Melayu telah berlaku sejak pasca Tunku Abdul Rahman lagi, ia dimulai oleh Umno sendiri yang telah mencabar institusi diRaja sehingga menyifat serta meletakkan Institusi Raja-Raja sebagai bebanan bangsa satu ketika dahulu, dalam masa yang sama melaungkan bahawa mereka adalah pembela Melayu dan kaum lain," tulis Ketua Penerangan PAS Perak itu dalam blognya.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, golongan elit Melayu Umno telah mengaut keuntungan yang amat besar dengan keberkatan "ketuanan Melayu" yang mereka guna selama 50 tahun lebih.

Jika kita mahu entiti bangsa menjadi hebat serta dipandang mulia, jolokan tuan amat tidak sesuai, seolah-olah kita menggesa dengan tegas kepada bangsa lain supaya menghormati kita, katanya.

Khilafah Uthmaniah tidak pernah melaungkan ketuanan Turki semasa kegemilangan empayar itu sehingga ditakuti dunia barat suatu ketika dahulu, tegasnya lagi.

Selepas ini BN dijangka akan melakukan apa sahaja cara bagi mempertahankan Putrajaya dari dikuasai oleh Pakatan Rakyat, dan kita ingin menegaskan bahawa kita (Pakatan Rakyat) sentiasa bersedia ke arah itu.


Sumber: TVSNEWS

Guan Eng: Tiada Kabel Politik, PP Mahu Martabat Kontraktor Melayu.

Posted: 30 Nov 2010 12:05 AM PST


GEORGETOWN 30 NOV: Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bertujuan menghapuskan kabel politik bagi mendapatkan kontrak kerajaan negeri.

Langkah ini juga menurut Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja.

"Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer," katanya.

Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Guan Eng berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pedoman pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

"Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang.

"Biarlah Umno-Barisan Nasional menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan

Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus di masa depan, jelasnya.

Tambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Guan Eng dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, tambahnya.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn. Bhd., IJM Contructions Sdn. Bhd., HRA Teguh Sdn. Bhd.

Sumber: TVSNEWS

Kes Ling: Pindah Ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Posted: 30 Nov 2010 12:00 AM PST


KUALA LUMPUR 30 NOV: Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, 67, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.

Timbalan pendakwaraya (DPP) Manoj Kurup memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak pembelaan untuk memindahkan kes berkenaan pada 30 Ogos lalu.

"Kita telah mempertimbagkan permohonan itu dan Peguam Negara bersetuju memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi," katanya.

"Kita membuat permohonan mengikut Seksyen 418 di bawah Akta Kanun Jenayah."

Manoj dibantu oleh DPP Dzulkifli Ahmad, manakala Dr Ling diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong.

Hakim Suzana Hussin kemudian meluluskan permohonan itu dan mengarahkan kes berkenaan ke tarikh baru yang ditetapkan.

Beliau juga bersetuju wang ikat jamin RM1 juta ke atas Ling dikekalkan sehingga kes itu disebut semula.

Pada 29 Julai lalu, Ling, 67, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.

Mengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 418 Akta Kanun Jenayah dan beliau juga diberi pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, akta yang sama.

Ling, diiringi oleh dua anknya serta isteri, Toh Puan, Ena Ling di mahkamah hari ini dan berkata beliau mahu membersihkan namanya di mahkamah.

"Saya mahu perbicaraan disegerakan," katanya.- Malaysiakini.

Tiada ulasan: